Thursday, November 23, 2017

MOHON JANGAN DIPALSUKAN


Bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. salam hari khamis.

 

Dari pagi lagi mata aku ni dah berbulu menahan mengantuk. Sampai kan terlelap jua di pejabat. Herm lantak lah. Aku peduli apa. Lagipun kandungan dah masuk 30 weeks dengan paras HB yang rendah menjadikan aku mudah letih. Bagi yang nak mengata, silakan terus mengata. Biar aku kumpul pahala.

 

Sudah menjadi lumrah manusia untuk memutar-belitkan fakta agar kebenaran jauh terperosok tersembunyi. Tak apa di blog peribadi ini biar aku coret apa yang tergumpal di hati. Nak tahu atau taknak ambil tahu sama sekali aku tidak memaksa. Terpulang pada pemikiran dan pandangan masing-masing. Apa yang aku tulis ini ini adalah kisah peribadiku sahaja.

 

Baru setahun setengah aku berkhidmat di JKMNS, tiba-tiba datang satu surat penempatan semula untuk aku. Wow! Aku ditukar ke PKMD Kuala Langat. Terkejut. Terkedu. Tersedu. Termangu aku dibuatnya. Secara tak rasmi, dokumen tersebut tersebar di dalam wasapp di kala menjelang tengah malam. Tersangatlah tidak professional bagi aku. Apa tak boleh tunggu esok kah. Airmata dan tangisan terhambur saat itu juga. Bagaimana kan ku susun rutin kehidupan aku mulai esok hari. Terpaksa akur maka aku perlu melapor diri. Setelah itu, baru boleh minta pertangguhan. Sebarang keputusan boleh berubah dalam masa 2 minggu sahaja. Naik lemah lutut aku ini bila ia mengasak tugu fikiranku. Di pejabat keesokan harinya, airmata tetap menitis di dalam hati. Rakan sekerja datang bertandang langsung tak kuhirau. Bagaiman kan kumula lagi sedangkan yang payah ini pun belum lurus terurai. Kejamnya mereka pada aku. Membiarkan diri ini terpelanting tanpa haluan. Mahu sahaja rasanya untuk aku meletak jawatan agar diri tidak perlu lagi resah memikirkan setiap kelelahan. Mengapa aku yang kena? Motifnya aku kurang cemerlang berkhidmat kerana aku OKU dan tidak boleh berkhidmat di daerah yang besar. Wah! Mudahnya alasan mereka kan. Pihak atasan yang meneilai segala kekurangan ku telah membuat keputusan tanpa langsung berbicara pada diri ini. Hanya menyerahkan sepucuk surat untuk aku akur melaksanakan perintah.

 

Suami yang setia terpaksa bercuti kecemasan bagi menguruskan hal aku. Dibawa aku melapor diri ke Kuala Langat. Aku sangat tertekan saat itu dan hanya Allah yang Maha Mengetahui kepedihan di hati ini. Aku note, sekali lagi bahawa aku tak pernah meminta untuk ditukarkan. Surat pertukaran pun aku tak tahu formatnya macam mana. Inilah yang selalu digembar-gemburkan. Kononnya aku yang merayu untuk ditukarkan. Ya Allah hanya Kau yang menimpan kemas segala kebenaran ini. Tak apalah manusia suka memalsukan suatu kebenaran itu. Dengan berat hati untuk commit di Kuala Langat, maka aku merayu untuk ke Hulu Langat memandangkan aku tidak boleh kekal di JKMNS. Sebenarnya apa lagi pilihan yang aku ada? Dah tentu tiada! Aku dipaksa melakukannya. Tidak berakhir di situ, malahan aku yang dicanang memohon pertukaran. Dari pihak atasan hingga ke peringkat bawahan. Siapalah aku untuk menyatakan kebenaran kerana kepalsuan yang lebih suka digemparkan. 3 April 2017, bermulalah satu lagi episode kehidupan ku di PKMD Hulu Langat. Saban hari aku menangis dan terus menangis di dalam hati. Kini aku telah lali. Siapa pun yang bercakap tentang aku akan ku tolak ke tepi. Diletakkan jauh dari sisi. Kesempurnaan jadi batu pengukur untuk berbakti. Aku ini tidak boleh menyumbang sehebat mereka. Namun ketahuilah peluang itu kalian yang menutupi sebenarnya. Aku tidak berdendam namun sesekali tidak memaafkan orang-orang yang menghumban aku. Semoga Allah memberi balasan setimpal di atas perbuatan kalian. Aku seperti biasa akan menjalani apa jua takdir yang telah ditentukan buatku. Sekelumit doa pembaca, semoga aku terus tabah.

Thursday, November 16, 2017

LAGI CORETAN SAHABAT


            Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

 

            Bersua lagi di laman blog yang tidak seberapa ini. Lagi yang ku nak coretkan kisah sahabat yang baru setahun di alam rumahtangga. Namundia sudah punya seorang cahaya mata perempuan yang cukup cerdas dan comel berusia 4 bulan. Memiliki nama cukup indah dihiasi peribadi yang juga menawan. Namun setiap bayi punyai karekter tersendiri melalui proses pembesaran. Pasangan ini diuji dengan anak yang sukar untuk tidur, menangis dengan kuat serta tidak tahan dengan panasnya cuaca. Sebagai rakan, aku akan memberi tips dan nasihat apa yang termampu. Selebihnya terserah kepada pasangan ini untuk mengatur perjalanan bahtera mereka.

 

Pernah suatu malam, jam beranjak ke 12.00 tengah malam, A menghubungi ku dengan deraian airmata dan sendu tangis di hujung talian. Ditambah dengan tangisan bayi yang menggigit cuping telingaku. Bukan senang untuk aku menyaksikan dia menangis semasa waktu solo dulu. Berlainan sekali dengan alam bertiga. Aku selalu menitipkan agar dia kuat dan bersabar. Alam rumahtangga sangat mencabar penghuninya. Segalanya boleh menimbulkan ketidaksefahaman jika tidak ditangani dengan bijaksana. Kedua-dua perlu saling belajar dan menghormati antara satu sama lain. di tengah sunyi malam, aku mengajarnya agar tenang menghadapi situasi. Ambil bayi dan berusaha memujuknya setenang mungkin. Kemudian ambil masa untuk meredakan kemelut diri sendiri. Mujur keesokan harinya dia kembali cool dan tenang semula.

 

 

Selang beberapa lama ku mendengar lagi kisahnya. Kali ini masalah suami dengan rakan sekerja yang merupakan biras. Hati tidak tertahan kerana giliran bertugas dicantas pula. Herm. Pada pendapat aku, kalau sampai ke tahap tidak boleh tahan mengalah dan keluar sahaja. Rezeki ada di mana-mana walau tidak semudah dituturkan. Insyaallah bila kita tak jemu berusaha pasti Allah akan menggandakan. Lalu, si suami nekad menghubungi aku untuk memohon bantuan memulakan perniagaan urutan secara kecil-kecilan berdekatan dengan rumah ibunya. Hati kena sado bila kita bekerja sendiri.

 

Aku sendiri pun punya niat untuk membebaskan suami ku dari bekerja makan gaji. Biarpun ia terjamin tapi komitmen pada keluarga jauh lebih tinggi. Cuma belum tiba masa yang sesuai. aku tidak boleh buat keputusan tergesa-gesa. Biarlah kami bersusahan dahulu kerana dulu pun kami sudah terbiasa susah. Biar suami ku ambil kesempatan untuk memikirkan semasak-masaknya sebelum dia benar-benar mengubah haluan. Perjalanan sebagai bekerja sendiri ini tidak semudah yang dibicarakan. Segalanya perlu diatur dan diuruskan sendiri pasti! Semoga impian tersebut akan tercapai suatu hari nanti.

 

Berbalik kepada cerita sahabat tadi, kami dipanggil ke sesi perbincangan untuk membuka sebuah kanopi 10 x 10 di Bazar Ria yang mampu memuatkan 2 kerusi malas untuk mengurut. Kami akan membantu apa yang kami boleh. Perbincangan ringkas diadakan dengan orang yang sudi membantu. Setelah itu, kami menjejaki lokasi di mana kanopi tersebut akan dipacak. Hamper jam 1.00 pagi baru kami tiba di rumah. Keesokan harinya bermulalah usaha kami membantunya dengan membeli kanopi dan menempah bayner. Diharapkan hujung minggu ini dapatlah dipacakkan ke tempat yang sepatutnya dan dia boleh mulakan kerjanya seperti biasa. Semoga dia sekeluarga tabah melalui duri dan ranjau seorang peniaga kecil. Biar kami sebenarnya pun dalam kekontangan, tetapi demi tidak menghampakan kami bantu seboleh mungkin. Hanya dengan bermotorsikal, hubby mengusung aku “mak buyung” dan Adam dari Bangi ke Shah Alam untuk menempah bayner. Hanya harapan dan doa aku titipkan, semoga perniagaannya berjalan lancer. Aamiin!

 

Pagi-pagi lagi dia meluah perasaan padaku tentang sikap baran suaminya yang sudah menegur kakak iparnya secara terang-terangan. Ish. Ish. Ish. Ada-ada saja kisahnya. Pada aku semoga S tidak mengulangi lagi perbuatannya di masa akan datang. Itulah sebahagian asam-garam berkeluarga. Diharapkan S akan lebih banyak belajar untuk lebih mengawal diri. Tidak semestinya marah itu perlu diluah terang-terangan. Semoga yang manis-manis menjelma di penghujungnya.

Monday, November 13, 2017

TABAHKAN AKU


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam hari isnin.

 

Setiap hari cerita pasti berbeza. Ada duka dan ada bahagia. Ada gundah dan juga gembira. Inilah resam kehidupan manusiawi. Nikmatilah hidup yang diberi sementara ini. Hadapi dengan tenang selagi berdaya. Himpunkan kekuatan wahai manjalara. Jangan kau mengalah walaupun setiap kali kau diuji. Bila rebah bangkit dan bangunlah semula. Jangan dihirau sinis mata yang memandang. Biarkanlah mereka. Bila diarah kamu lakukan. Bila diminta kamu kerjakan. Jangan banyak bicara Manjalara kerana tiada siapa yang sudi meladeni nasib kamu. Serahkan saja aturan ini pada Yang Maha Kuasa. Pasti kau tak bersedih dan berhati walang. Terima segala ketentuan yang telah disuratkan kepada kamu tanpa sebarang bantahan. Redha itulah pilihan kamu.

 

Jangan sakiti hati insan yang menyayangi kamu iaitu suamimu. Jangan bercakap kasar atau berlaku derhaka padanya. Maafkan aku ya Rabbi. Sering juga aku khilaf dalam menempuhi ranjau. Melukakan yang banyak berbudi padaku. Rahmati suami ku dan lindungi dirinya walau di mana dia berada. Berilah aku peluang menikmati rimbunan cinta kasihnya di sepanjang usia ku. Semoga dia memaafkan walau sekelumit zarah perbuatan ku yang melukakan hatinya. Ampunkan aku hingga ke hujung nyawa.

 

Ada kisah di sebalik tulisan ini sebenarnya. Namun biarkan hati ini berbicara. Kekhilafan pada aku yang sarat mengandung 28 minggu. Kisah tempahan bayner di Shah Alam untuk kegunaan rakan yang ingin mula berniaga. Mujur suami tidak melenting dengan tingkah ku yang agak menggila. Aku mengomel tak henti-henti menyalahkan dirinya. Lambat bertindak dan menunggu masa last minute saja. Rajuk ku bawa dengan menghempas badan ke tilam. Mujur dia mampu bersabar. Bersabar dengan rengekan aku. Pukul 11.00 malam barulah kami tiba di rumah dengan menunggang motor dari Bangi ke Shah Alam. Akhirnya aku terlelap dan rasa marah itu berlalu pergi. Tapi. Tapi. Tapi. Aku tidak boleh selalunya begini. Semestinya aku perlu pujuk hati agar sentiasa bertenang dan bersabar. Faham akan keletihan suami. Tidak mendesak secara bertubi-tubi. Ya Allah, semoga kau perkuatkan ikatan kami walau saban hari ada ujian yang mendatang. Aamiin!

 

Lain ujian di pejabat. Datang memo yang meminta aku hadir ke kursus. Nama aku dan Nadia. Aku resah. Resah kerana kebaikannya. Kebaikan yang terserlah sejak bertugas di Shah Alam lagi. Kenapa tidak nama orang lain. kenapa ya? Apakah hikmah itu? Tiada orang lainkah di sini yang boleh jadi seperti dia. Entah aku takut untuk memikirkannya. Di Shah Alam, aku punya ramai yang seperti Nadia. Tapi sedikit demi sedikit, mereka dipisahkan dari ku. akhirnya aku sendiri yang tercampak ke tepi. Cekalkah hatiku untuk melalui detik-detik ini sehingga ke akhirnya? Kurang sempurna menjadikan aku tidak bernilai di pandangan mereka.

Saturday, November 11, 2017

SSPNI+ PELABURAN BUAT ADAM


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Salam hari sabtu.

 

Jarang sekali blog ini siap dicatat entri pada hujung minggu kan. Sebenarnya kami ada 1 misi pagi ini. Dimulakan dengan sarapan di tempat fav kami sekeluarga. Di warung roti canai baqhang Segambut. Since 2009 aku dah melekat dengan warung ini. Mencari penebar roti canai melayu agak sukar sebenarnya. Tambahan yang nak kena dengan citarasa kelantanis aku memang agak payah. Adam sememangnya suka sangat dengan kedai ni. Selalu dia akan makan 2 kepaing roti canai kosong. Berlainan hari ini hubby order 5 roti canai kosong & 1 roti canai sardine untuknya. Siapalah yang akan makan 3 keping pada kali ini ya? Aku? Atau Adam? Persoalan sudah bermain di minda. Seingat aku pernah juga aku makan 3 keping semasa bekerja sebagai juru urut di Medan MARA suatu masa dulu. Itu pun hanya sekali aje. Sesampai roti tersebut, Adam menarik 1 keping lagi roti hamper kepadanya. Melihatkan keletahnya seperti mahu diselesaikan 3 keping kali ini. Aku menikmati hidangan roti itu dengan penuh khusyuk. Mana tidak dengan kuah sardine banjir dan cicah sambal tumis. Kena sangat dengan seleraku! Tak lama kemudian hubby bertanya. Adam ke ummi yang nak lagi roti ini? Dah kami berdua berebut pula. Las-las aku pass kepada Adam. Aku tak nak matikan seleranya yang susah nak menjamah makanan. Mujur kami duduk dekat dengan penebar, hubby order 1 keping lagi untuk aku. Nampaknya kami sama-sama seri kali ni. Adam 3 & aku pun 3 juga. Sementara kami menghabiskan baki minuman, seseorang telah menyelesaikan bayaran sarapan kami. Ya Allah syukur sangat. Semoga beliau dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan berpanjangan demi menjaga keluarganya dan dilanjutkan usia. Aamiin!

 

Usai sarapan di segambut, kami bergerak pula ke Putrajaya. Inilah sebenarnya misi tersebut. buka akaun SSPNI + untuk Adam. Biarpun ia hanya sumbangan kecil kami, semoga masa hadapan Adam lebih cerah dengan skim ini. Kami hanya mampu laburkan RM30 sebulan bagi simpanan Adam. Sejak dua menjak ini Adam pun telah belajar menabung. Setiap hari aku beri dia RM4.00 dan 50 sen akan dibawa balik lalu dimasukan ke dalam tabung duit syiling aku dan hubby. Dengan hadiah tabung PTPTN ini Adam sudah belajar menabung sendiri. Semoga si kecil ku ini akan terus istiqamah sehingga dewasa. Hasil dari tabungannya akan kumasukan ke akaun SSPNI+ miliknya. Syabas untuk Adam. Hanya ini sebahagian pengorbanan kecil dari ummi dan abah. Semoga Adam jadi zuriat soleh dan orang yang Berjaya di dunia dan akhirat. Itu doa yang tak pernah putus dari kami berdua. Sedikit masa lagi nantikan update dari Danial pula! Tata!

 

Sebelum berakhir, terima kasih daun keladi buat Mahani adik hubby yang sudi menghulurkan kami cokelat free dari Langkawi.

Friday, November 3, 2017

HATI KU BERSUARA


Salam hari jumaat.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hujan rahmat di pagi hari membawa hati ku tenang semula setelah melalui liku-liku kerjaya. Bekerja di sector kerajaan ni tak semudah yang dipandang. Entri ini tak bermaksud menyakiti sesiapa tetapi sekadar meluahkan apa yang terbuku di dada selaku pekerja OKU penglihatan. Mungkin kefahaman dan nasib rakan-rakan lain tidak sehiba nasibku. So for get it! Teruskanlah kecemerlangan anda! Saya tak cemburu walau sedikit pun. Dah itu rezeki buat kalian kan!

 

Peristiwa ini masih lagi berbekas did dada, walau ia disingkir ke tepi. Mungkin aku yang terlalu emo ke? Tapi pada siapa kan ku luah selain di layar putih ini. Lagi pula kucoret di dalam blog peribadi ku saja. Tak pernah aku heboh pada sesiapa. Semalam aku ingin menutup fail dan membuka fail baru mengenai tugasan yang aku pegang, terkejut aku dibuatnya, setelah pihak pentadbiran memberitahu yang fail aku tidak sama dengan rekod fail yang ada pada mereka. Apa ni! Salah siapa? Bukankah yang buka fail itu pun di kalangan pekerja pentadbiran juga? Mengapa tidak direkod dengan betul sebelum diberi pada kami? Sudahnya, kami yang terkena balik seolah-olah pandai-pandai membuka fail sendiri. No, no, kami tak lakukan itu. Manalah kami tahu bagaimana untuk membuka sebuah fail apatah lagi selok-belok pengfailan. Seolah-olah kerja yang kami lakukan selama ini hanya sia-sia. Tak apalah. Allah maha tahu apa kesusahan yang telah aku tangong demi menyiapkan sebuah fail. Atau adakah penyebab lain? mungkin kerana aku yang memegang fail tersebut, maka mereka tidak percaya kepada ku? Terpulanglah! Aku tidak paksa sesiapa untuk bersetuju dengan cara kerjaku. Dah memang tersurat lorong kita cukup berlainan. Kini aku serahkan sepenuhnya urusan pengfailan kepada pihak pentadbiran. Mereka cekap dan lebih arif kan. Jadi biar mereka yang handle. Lagi mudah kerja ku.

 

Tapi aku tak rasa pun mereka buat sebab tanggung jawab. Hatiku tetap berkata, mereka memperlekehkan aku. Apa boleh buat! Golongan OKU didiskriminasi walau di mana berada kan. Tak diberi peluang dan jauh sekali menerima pandangan dan pendapat kami. Hidup ini ibarat roda. Tak selamnya kalian di atas dan tak selamanya kami di bawah! Semoga kekuasaan Allah merubah segalanya. Semoga aku benar-benar ditemukan dengan orang-orang yang berhati ikhlas yang tidak perlu dilihat dari sisi belakang mereka. Tangan menghulurkan madu, tetapi jauh di sebaliknya ada duri berbisa menanti. Apabila kami memberi pendapat laksana kami dituduh melanggar SOP sedia ada. Dugaan memang dugaan. Sabarkanlah hatiku hingga akhir nanti. Kalian ibarat durian dan kami ibarat mentimun. Tergolek kami terluka digolek lebih-lebihlah lagi.

Monday, October 23, 2017

BERITA DUKA SAHABAT


Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

 

Salam hari isnin dan selamat memulakan rutin bekerja bagi minggu yang baharu.

 

            Rasanya perlu untuk aku  mencatatkan sebuah entri  bagi mengenang kisah tragis ini. Meskipun ceritera ini menimpa rakan namun tak ku nafi sedikit sebanyak hatiku turut tercalar. Rakanku ini seorang pegawai, telah berkhidmat hamper 10 tahun since 2008. Namun kenapa? Sumbangannya bagai dinafi sehingga kini. Tidak dipandang walau hanya dengan ekor mata. Kejamnya manusia yang bangga dengan kesempurnaan pinjaman dari tuhan buat mereka, namun angkuh apabila berdiri sesama manusia. Menolak ketidaksempurnaan itu bagai mengutuk ciptaan Yang Maha Kuasa. Bilakah diskriminasi ini akan berakhir? Apakah selamanya kami akan dipinggir? Sebagai OKU menumpang di sudut bumi! Ya sememangnya ya! Tak perlu lagi untuk aku bertanya soalan sebodoh itu. Semuanya telah aku tahu dan kami tahu akan jawapannya. Tapi mungkin ada antara kami bengkit dengan penuh ceria di celah-celah tangisnya kami. Syukur atas nikmat yang telah diberi pada kalian. Detik-detik yang kami lalu sangat hambar. Baru sekejap tadi ada rakan yang update di FB mengenai jatuhkah darjat jika hulurkan bantuan pada kami?? Lunturkah level andai bergaul dengan kami? Serongkah masyarakat memandang kamu jika di sisimu ada kami? Kalau itulah semua. Berlalulah. Berlalulah dari kami! Tak kami harap sekelumit bantuan dari orang seperti kamu. Tak kami dahagakan belas simpati dari kepuraan kamu. Menjauhlah kamu dari kami. Jangan biarkan hati kami membusuk seperti hati kamu. Jangan tonjolkan muka di hadapan kami pun. tapi orang seperti kamu akan selalu datang menghantui kami, mendekati kami. Sebahgian dari ujian maha hebat buat kami. Kerana orang seperti kau ada di antara kami.

 

Di suatu hari dia mengkhabari aku berita gembira. Dari Putrajaya dia akan bertukar khidmat di salah sebuah institusi di Sungai Besi. Wah! Dalam hati ku melonjak bahagia. Mana taknya pada tangggapan ku sebagai kakitangan / pegawai nasibnya pasti terbela di sana. Tentu pelbagai pengalaman baru yang pasti digali dan ditimba, setelah bergelumang hamper 10 tahun di ibu pejabat. Lainlah aku yang hanya mampu melukut di tepian gantang. Tak siapa kisah akan diri ini. Tiada yang mahu menyapa apatah lagi untuk membela. Berterbangan lemah bagai burung kepatahan sayap di waktu pagi mencari secangkir rezeki. Berkali-kali tahniah aku ucapkan di samping mendoakan dia akan berada dalam keadaan yang lebih baik dari sebelum ini. Nasibnya lebih beruntung pada aku kerana punya rakan sekerja yang memahami.

 

Setelah dia selamat melapor diri, aku masih lagi terkasima saban hari menunggu berita dan update darinya. Wow! Sekelip mata dia boleh mengenali rakan sekerja yang sudi membantu di kala dia memerlukan bantuan. Hati aku berdetik. Seronoknya dia di sana meskipun terpaksa menempuh sedikit perjalanan yang agak jauh. Namun jika itu membahagiakan dan mendatangkan kepuasan apalah salah untuk diterokai. Aku hanya menjadi saksi dari kejauhan.


Setelah hamper seminggu bertamu di sana, saat hening suatu malam di kala aku sedang bergerak ke Mum’s Baby Shop di Bangi Gate Way, iPhone ku berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Ku slaid dan mendengar nama pemanggil yang dimaksudkan. Aku digamit resah. Tak selalunya dia menghubungi ku di hujung minggu begini lebih-lebih lagi pada waktu malam. Panggilan aku jawab disulami pertanyaan di dalam hati. Suara sendu dan hiba menyambar gegendang telinga ku. Apa sebenarnya yang terjadi pada dirinya? Celah hatiku. Dengan tangisan bernada kecil, pilu dia menceritakan bahawa penempatannya di sana telah ditarik kembali dan dia perlu kekal di tempat asal. Dump! Terasa ingin luruh jantung ini pada saat itu juga. Apa maksud mereka berbuat demikian? Menolak mentah-mentah kehadiran kakitangan OKU ke jabatan mereka. Sementelah lagi OKU penglihatan. Apa salah kami? Mengapa begitu sinis pandangan terhadap kami? Mengapa ketidaksempurnaan ini sering menjadi tali pengukur prestasi dan potensi kami? Tidak bolehkah dilihat dari sudut yang berlainan? Hati ini jadi disimbahi bara serta-merta. Rasa ingin saja berbicara pada dunia. Mengapakah kalian mengetepikan ciptaan tuhan. Menolak kurniaan dari Yang Maha Kuasa? Menidakkan sebahagian yang terjadi di muka bumi ini? Berilah peluang pada kami. Nilai kami bukan dari sudut kelemahan. Yakinkah kalian bahawa diri kalian benar-benar sempurna. Pasti lebih lagi perasaannya yang terasa bagai maruah dipijak ke lantai. Bagai diri tiada guna. Habis! Apakah makna sumbangan selama ini? Tak bererti langsung pada pandangan mata mereka.

 

Jika aku ditempatnya semesti aku akan hilang ketabahan. Bagaimana nak dihadap masa yang kehadapan. Sedih dan pilu sentiasa bermain d ruang minda. Kembali ke tempat asal seolah-olah bagai dicampak seperti sampah. Menyusuri hari muka ibarat lebih kelam dari hilangnya cahaya di mata kami. Ya! Tak siapa akan mengerti perasaan kami, melainkan yang benar-benar melaluinya. Kurniakanlah balasan setimpal pada orang-orang yang bertindak kejam dan zalim terhadap kami sebagi tanda kebesaranMu. Aamiin!

Monday, October 16, 2017

PERSIAPAN CAHAYA MATA KETIGA


Bismillahirahmanirrahim.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. salam hari isnin.


 

Sempena cuti sekolah Deepavali selama seminggu maka perlu ku membawa Adam ke tempat kerja. Sebenarnya aku tak berapa suka nak bawa anak ke pejabat, namun kerana tempat transit tutup terpaksalah ku redah saja. Dek kerana tak mahu menyusahkan orang-orang sekeliling, bertemankan iPhone diharap Adam betah selama 4 hari di sini. Takkan nak minta abahnya bawa pula. Dia kan kerja di bahagian logistic & transportation mana boleh ada gangguan. Mujur aku bekerja JKM yang sangat prihatin akan kanak-kanak. Satu kelebihan kiranya. Selain itu, audit dalaman MS ISO juga telah ditangguhkan. Hehehe.

 

Namun bukan itu yang menjadi titik tolak kepada pembicaraan entri kali ini. Sebenarnya setelah menyepi diri selama hamper 6 tahun dari dunia kehamilan, aku dan hubby bersetuju untuk menimang satu lagi cahaya mata. Menjadikan 3 orang Insyaallah. Alhamdulillah tanggal 16 Jun 2017, berpandukan UPT sahlah di dalam rahim ku tumbuh janin lagi. Bakal cahaya mata ketiga kami. Hasil ujian scan yang kulakukan pada 29 Julai 2017 di Klinik Sri Indah bersama Dr Zulailah, memang ternyata benar satu janin sedang membesar di dalam perutku sekitar 13 minggu. Sesungguhnya aku bersyukur sangat kerana masih berpeluang mengandungkan zuriat buat hadiah dan tanda pengorbanan pada suami. Aku dijangka akan bersalin pada 30 Januari 2018. Namun jantina masih kabur dan samar-samar. Berdasarkan kebiasaan jika sukar alat kelamin kelihatan, kemungkinan yang tinggi adalah bayi perempuan. Pada 1 Ogos 2017 secara rasminya buku merah ketiga dilancarkan. Mulai saat itu, aku sudah memasang angan yang anak kami ini perempuan. Suami tetap mengingatkan aku agar jangan terlalu berharap. Tapi di saat mengandung kali ini, aku terasa benar kelainannya. Pastinya aku sangat mengharap kehadiran seorang anak perempuan setelah kedua anak kami sebelum ini adalah lelaki. Setiap kali perut ini ku sentuh dan pegang, selalu aku bahasakan bayi ku puteri. Ini kerana aku sangat suka panggilan itu diberi pada cahaya mata perempuan kami. Akan lengkaplah kehidupan kami sekeluarga andai Allah mengizinkan. Aku merasa puteri ku sangat kuat dan akan tabah melalui dugaan sepanjang di dalam perut dan apabila telah dilahirkan nanti. Mana taknya aku telah ditukarkan tempat kerja dari JKMN Selangor di Shah Alam ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat di Kajang. Kami hanya berulang-alik menaiki motor sehaja. Alhamdulillah Allah selamatkan kami di sepanjang perjalanan.

 

Pada pagi sabtu lepas disaksikan suasana pagi shahdu nan hening, sekali lagi aku bersua dengan DR Zulailah bagi ujian scan seterusnya. Kali ini kami bertiga menaiki motor menuju ke Batu Caves. Hasil scan telah merentap separuh kegembiraan aku. Suami berlagak tenang namun di dalam hatinya mungkin ada menyimpan sedikit kecewa. Jantina terpampang jelas bayi lelaki juga untuk kurniaan kali ini. Aku terpempan saat dikhabarkan. Setelah keluar dari klinik, aku menangis semahu-mahunya. Sukar untuk terima khabar kali ini. Puteri yang kudamba tapi putera yang menjelma. Bahkan aku turut dimaklumkan bahawa kepala bayi ku berada di atas. Patutlah saiz perut ini tidak berapa membesar. Aku masih boleh memakai beberapa helai baju kurung seperti biasa. Meskipun kandungan memasuki usia 25 minggu. Sesampai di warung sarapan kegemaran, aku masih lagi terkujat menahan rasa. Terngiang kata DR apalah daya kita, yang penting bayi itu lahir dengan selamat, sihat dan sempurna. Bertambah terpana ku dibuatnya. Beliau pun punya 4 perempuan dan yang terakhir baru lelaki. Begitu juga kakak ku punyai 5 perempuan dan hanya si bongsu lelaki. Suami ku sendiri punya 4 lelaki dan 1 perempuan. Aku pula ada 3 perempuan 1 lelaki.

 

Untuk merawat hati ku luah bicara dengan suami. Hubby mengingatkan agar tidak terlalu memikirkannya. Lelaki mahupun perempuan keduanya anugerah Allah yang perlu dijaga, dibelai dan diberi kasih-sayang secukupnya. Kenangkanlah pada mereka yang masih belum dikurnia zuriat aku turut menasihatkan aku sendiri. Pulang ke rumah aku kembali lagi menangis bertemankan bantal. Melepas walang di dada hingga bawa ke petang. Kuhubungi cek memberitahu kisah. Takdir untuk ku 3 putera hati. Semoga menjadi zuriat soleh serta Berjaya di dunia dan akhirat. Aamiin.

 

Hingga ke tengah malam aku tetap meratap hiba. Dalam jaga mahupun lena. Mendatangi ku bisikan-bisikan syaitan yang mengharukan. Ingin memesong iman di hati insan kerdil. Ku kejjut suami agar menemani ku yang meratap luka. Hingga aku tertidur semula. Pada petang menjelang malam, kubawa kaki k Warta, Kompleks PKNS dan Mamaya Zon bagi mengalih tumpuan dan perhatian. Namun usaha ku gagal. Masih aku berada di awang-awangan. 1 biji bag pad hubby beli bagi menceriakan keadaan ku. Masih juga aku belum reda. Akhirnya aku buat keputusan untuk ke Sogo membeli-belah sedikit persiapan dan keperluan si bayi agar luka ini tidak perlu aku usung setiap masa. Akhirnya ku redha dan pasrah. Sebagai selingan : tahniah di atas kelahiran bayi lelaki oleh pelakon Amira Rosli pada 15 Oktober dan berita kehamilan Dato’ Siti Nurhaliza berusia 4 bulan melalui kaedah IVF. Semoga aku menjadi lebih tabah dan bersyukur. Alhamdulillah aku seronok membeli-belah semalam dan sangat teruja untuk menyambut ahli baru dalam keluarga kecil ku. Semoga Allah mengizinkan dan meredhai. Semoga kandungan ini baik-baik  saja dan selamat hingga aku melahirkan dengan sempurna. Aamiin.

Wednesday, October 11, 2017

SEDIHNYA TERPAKSA BERJAUHAN

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pagi ini ketika ku on PC, ingin aku coretkan secangkir kisah yang melingkari hati. Kesedihan bertandang meraut seluruh rasa membuatkan aku tak betah untuk memulakan apa sahaja. Serasanya ingin sahaja aku mengisi masa dengan bermenung seharian di rumah namun apalah dayaku yang bekerja makan gaji. Biar ku nukilkan agar sedikit sebanyak terlepas beban kesedihan yang kutanggong. Petang semalam setelah 9 hari cek dan ayah bertamu di rumah, aku perlu melepaskan dia pulang ke laman kelahiran. Ya di tempat sebahagian diriku dibersarkan. hujan yang renyai turun seolah memahami hati ini sedang menangis pilu. Sepulang aku dari kerja, di tempat biasa suami memarkir motor kutemui Danial dan ditemani cek sedang bermain sambil menunggu kami. pastinya Danial ingin membonceng motor menjemput Adam di sekolah. namun kerana luka di tangan akibat terjatuh semasa berbasikal dan hujan abah tidak membenarkan dia ikut bersama. pastinya ku akan terkenang semasa pulang di saban petang. inilah kesakitan yang sedang ku alami. perlu berjauhan dari anak kedua yang begitu manja dan punyai pelbagai kerenah.

naik sahaja ke rumah, dia merajuk di dalam bilik ku. badan dihempas ke tilam, menekup muka sambil menangis. tak betah untuk aku pujuk kerana hatiku turut menangis sama mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi sedikit masa lagi. kugagahkan jua melayani kerenah dia di kala badan keletihan dan perasaanku yang bungkam. sekembalinya abah dari menjemput Adam, sedikit sebanyak meredakan rajuk Danial. abah mengangkat Danial ke ruang tamu kerana aku tak mungkin berbuat demikian dek kandunganku yang sudah beranjak ke 6 bulan. setelah menjamah nasi lemak kukus yang ku pesan, kami bersiap-siap untuk menghantar Danial, cek dan ayah ke stesen bas Kajang. Sebelum itu, sempat abah membawa Danial ke rumah aki dan wan pengasuh sementara Danial untuk bersalam-salaman. apa yang membuatkan aku terkilan, Danial merajuk dan tidak benarkan aku menyapu minyak gamat pada lukanya. namun yang lebih membuatkan aku walang, jari kelingking Danial bengkak kerana digigit serangga dipercayai lebah namun tak sempat aku rawat dan ubati. berkali-kali ku titip pesan pada cek agar segera membawa Danial ke klinik sebaik tiba di Kelantan. Jarinya bengkak, membesar, panas dan tidak boleh dibengkokkan. Semoga cepat permata hati ummi sembuh. Kami tidak menunggu bas memutar roda, sebalinya terus pulang kerana ditakuti kolam mataku yang bertakung si airmata akan pecah bila-bila masa. di rumah kumembaringkan diri bagi menghapus resah di dada. Jika aku punya rezeki berlebihan, mahu saja ku pulang ke kampong saban minggu menjenguk permata hati tanpa menghirau keletihan dan keuzuran diri. Semoga Allah melindungi insan-insan yang menjadi kesayanganku.

Monday, October 9, 2017

TUHAN TABAHKAN HATIKU!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam hari isnin.
Ya Allah sesungguhnya aku benar-benar sedih hari ini. entah mengapa di dinding FB tak mampu kucoret bahasa luka ku. Sebenarnya aku malas nak mendengar jika ada yang bertanya tentang status yang bakal aku update di sana. Di sini aku bebas bercerita kerana blog ini masih lagi menjadi rahsia. Entah apa malang menimpa nasib ku! Selalu ada wujud pertelingkahan antara kai. Angkara sedikit hal dia memarahiku. Mengheret aku untuk menangis sehingga ke tengah malam. Terlena aku dengan rendaman air mata. Apa kerana kekurangan diri ini sebenarnya yang telah mendera perasaan hatinya. serasa-rasa aku begitu banyak kelonggaran yang kuberi demi menjaga keharmonian hubungan ini. Namun tetap aku yang dipersalahkan. hanya gara-gara aku menegur sedikit kelemahannya dalam membantu ku melakukan tugasan pejabat. Ku tidak memaksa andai dia tak mampu. Tapi dia lantas dan lancing membentak aku. Tergamaknya abang buat ayang begini! Ayang tak berniat menjatuhkan marwah abang, tapi ini yang abang beri pada ayang. Ayang terpaksa menulis di sini demi mengubat lara hati yang abang tinggalkan buat ayang. Semoga ayang tak khilaf dalam menghormati abang sebagai seorang suami.

Nak mengharap abang dating memujuk diri ayang memang jauh sekali. Saban kali perkelahian kita ayang terpaksa memendam dan menelan setiap perlakuka abang yang menolak ayang jauh ke tepi. Berkali-kali ayang meminta maaf andai setiap kesalahan itu ayang puncanya. Tetapi layanan hambar tetap abang persembahkan pada ayang. Ayang sentiasa mengorak senyum walau hati ini menangis dan menjerit kerana pedih terluka. Segala yang ayang korbankan kini tak bermakna lagi buat abang. Abang dah campakkan inajauh ke tepi. Perlahan-lahan abang bunuh rasa hati ayang ini. Apakah abang mahu ayang menjadi tawar andai tiba masanya nanti. Ayang mungkin boleh menjadi seketul batu yang membeku dengan apa juga keadaan abang. Pdahal ayang benar-benar cuba untuk memelihara kesucian hubungan ini. Ayang cuba merubah diri ini agar lebih matang dalam mengharungi dugaan berumahtanga. Namun seringkali abang yang menodai usaha ayang ini. Tak apalah mungkin ayang belum cukup bererti dan bermakna pada pandangan abang. Semoga Allah terus kuat dan cekalkan hati ayang ini. sebelum ayang menulis coretan ini, ayang tak punya semangat untuk melakukan tugasan pejabat. Ayang terpaksa coret di layar putih ini agar kesedihan ini pergi seketika dan ayang boleh seperti biasa melakukan tugasan pejabat yang masih memerlukan tindakan segera dari ayang. Ya Allah sejahterakan suamiku walau di mana dia berada. Aamiin!

Tuesday, August 15, 2017

ENGKAU YANG NAK KAHWIN – KENAPA AKU YANG PERLU BUSY BODY


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

      Lain benar je tajuk pagi ni! Rasa nak tulis entri yang agak panas sikit memandangkan cuaca mendung dan hujan yang kadangkala lebat melanda pagi ni. Apa-apapun hujan itu satu rahmat dan banyak doa yang kita boleh pohon kepada Azzawajalla di saat hujan mencurah ke bumi.

 

      Sehari dua ni aku dilanda kepanasan dengan isu seorang lagi anak saudara yang akan menamatkan zaman bujangnya. Sebenarnya aku tak cukup garrenti yang dia ni benar-benar dah bersedia dari segi calon atau ada lagi masalah-masalah lain. aku ni sama sekali tak nak terlibat dan taknak masuk campur dalam soal jodoh dan pertemuan ni. Jadi bila dah ditunjuk depan mata, bagi aku mesti dah berada di tahap serius. Takkan semua orang yang kita kenal nak kita tunjukan di hadapan orang kan! Kalau disebabkan orang tersebut tidak benar-benar special berada dalam hati kita. Atau kerana desakan orang sekeliling kitakah yang menyebabkan kita tak kisah pun nak show of sesiapa pun sebagai jodoh kita demi kita taknak bising-bising dengan omelan sekeliling. Sebenarnya kita ni yang panas telinga kan, bila orang asyik menegur tingkahlaku serta  tindak-tanduk kita selama ni. Jadi nak tutup mulut orang yang berkata, kita tunjuk sahaja sesuatu yang boleh menyebabkan orang itu berhenti bercakap. Sebenarnya perbuatan tu tak menguntungkan sesiapa pun termasuklah diri kita ni.

 

      Lagi satu kita jenis yang suka ambil kesempatan atas kebaikan orang pada kitakah? Ya maksud orang yang ikhlas mahukan kita tapi kita anggap dia adalah bahan untuk kita bersandar atau dengan erti kata mudah mengikis seberapa banyak yang ada pada dial ah kan. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Bagi aku pisau cukur ni tak semestinya perempuan pada zaman moden lagi mencabar ini. Lelaki pun ada potensi memakai pingat tersebut. pada aku perbuatan meminta-minta, mengambil kesempatan dan meraih simpati tiada dalam kamus hidup aku. Lebih-lebih lagi pada yang berlainan jenis. Aku tak mahu disakiti maka aku tak akan menyakiti. Aku lebih rela untuk bersama-sama tersakiti.

 

      Berbalik kepada topic asal, bila kita baru saja bekerja banyak perkara / impian / cita-cita / keinginan yang ingian kita capai dan sempurnakan. Sebagai seorang perempuan atau lelaki 6 bulan pertama adalah untuk stabilkan diri sendiri. Bukan untuk mencari pasangan hidup apatahlagi untuk berumahtangga. So, jangan dekati mana-mana jantina yang berlawanan yang memungkinkan kita untuk ubah fikiran. 6 bulan berikutnya adalah tempoh yang perlu kita guna untuk membantu ahli keluarga especially ibu ayah dan orang yang sangat berkepentingan bagi kita. Setelah itu, barulah kita boleh merancang perjalanan masa hadapan kita samada untuk meningkatkan kerjaya, berkahwin atau mengumpul asset. Tak mungkin dalam satu masa yang sama kita boleh focus untuk banyak benda. Pasti ada yang perlu kita pinggirkan, korbankan, ketepikan, membiarkan dan segala jenis perkataan yang seangkatan dengannya.

 

      Ok, aku terus nak story pada perancangan untuk berkahwin. Pertamanya apa yang kau expect pada seseorang tersebut sehingga kau memutuskan untuk menamatkan zaman solo bersamanya. Samalah dengan si dia. Pastinya dia ada expectation untuk engkau juga. Setiap pasangan itu tentunya akan complete each other. Bukan hanya satu pihak je perlu berkorban sementara satu pihak hanya menikmati pengorbanan itu. Lakukanlah secara bersederhana. Apa yang penting adalah kehidupan selepas berlangsung aqad nikah. Masing-masing perlu ada toleransi dan saling menghormati. Luahan sekadar mengingatkan ini tulus dari hati. Bukan untuk sebelah pihak tetapi untuk kedua-duanya. Buatlah perancangan rapi walau hakikatnya Allah juga merancang untuk kita. Pastinya perancangan Allah itu lebih baik. Aku yang tiada kaitan hanya mahu mendengar yang baik-baik sahaja. Terpulanglah nak ambil pandanganku sebagai sempadan mahupun teladan. Yang pastinya aku terlebih dulu makan garam dari kamu. Aku laksanakan tugas demi amanah penjaga kamu. Jadi tolong fahami itu. Berbelok dan sembunyi itu bukan citarasaku. Semoga kamu dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya dari terus teroleng-olenga tanpa matlamat. Semak kembali hati kau. Tulus, mulus, atau fulus.? Kata-kata ku hanya sekali. Nak pegang-peganglah. Nak dibuang pun silakanlah. Aku tidak suka bercakap untuk kedua kali. Aku lebih suka jadi pemerhati lebih dari pengkritik. Bila dah terluka, sukar untuk kusembuh kembali.

 

      Berhutang untuk sebuah majlis tidak berbaloi bagiku! Berhabis untuk nafsu sendiri tidak bermanfaat untuk ku. Buat yang patut, bersederhana itu yang lebih afdhal. Tak perlu jadikan nafsu sebagai panduan kita membuat keputusan. Kehidupan di zaman ini sangat mencabar hati, akal dan minda. Semoga kita tidak menyusahkan apa yang mudah. Semoga tabah melalui apa juga badai!

Tuesday, August 8, 2017

TABUR DUKA

Assalamualaikum bismillahirrahmanirrahim.
Entri kali ini aku ambil dari draf. Apa sebenarnya yang berlaku kala itu ya! Adakah aku sedang berhiba? adakah kerana berita sedih yang berkunjung? atau adakah aku diulang uji? Pastinya aku dalam mood yang sedih. Tapi aku tidak tahu. Apakah peristiwa itu. Semestinya dia menduga tabah dan sabarku. Mungkinkah tentang kerjaya? huh! pening aku nak fikir petang-petang ni! Nanti lah aku share lagi. Tajuk dah tak mengagak. tentu sedih sangat ni! tentang kerjaya lah tu? bukankah kau selalu diuji? Kali ni tak mungkin aku redha dan seredhanya. Aku akan bangkit mempertahankan diri. tidak ku biarkan tangan-tangan merentap aku. Kemaafan bagiku amat cukup payah. terasa aku diperkotak-katekkan. tak apalah Allah pasti ada jawapannya. Tak mungkin aku akan beralih lagi pada masa ini. Yang lama pun belum lurus terurai. Nak ditambah dengan derita baru. Ya Allah lindungi aku dari hati-hati mereka yang kejam. Kucar-kacirkan perancangan mereka untukku. Aamiin!
tulisan : 8 Augost 2017

Saturday, August 5, 2017

MAJLIS KESYUKURAN KEDAI RAKAN

Bismmillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabahrakatuh. Seminggu yang lepas kuterima satu panggilan telefon dari seseorang yang suaranya jarang kedengaran. Namun apabila bersua muka boleh jadi bingit suasana dengan tingkahnya. "aku nak jemput kau sekeluarga ke majlis makan-makan dan kesyukuran kedai urut aku di Putrajaya. harap kau boleh datang ya" ujarnya lagi. Aku terkesima terus duduk dari pembaringan. Insyallah kami akan sampai pada majlis tersebut. Terus aku menyatakan keputusan tidak bertangguh. Sepulang suami dari COD barangan Nurraysa terus ku maklum pada beliau. Langkah kanan kami hujung minggu depanlah kan. Hari ini tibalah detik berlangsungnya. Majlis sederhana yang ringkas cukup murni suasana yang dapat aku rasa. Kutemui Dora isteri Sadri bersama putera sulung mereka. Alhamdulillah hati menggambarkan mereka gembira kerana dapat memulakan perniagaan sendiri. Siapa tak banggakan! Bukan mudah untuk memulakan suatu langkah yang Nampak janggal pada fikiran dan penglihatan sesetengah orang. Pda aku tidak. Bagi sesiapa yang berusaha keras dia pasti akan mendapat hasil samada cepat atau pun lambat. Sebagai rakan seperjuangan aku sentiasa berdoa dan berusaha mendorong rakan untuk naik ke aras lebih tinggi. Semoga apa yang kalian impikan akan menjadi nyata. Selamat majujaya dan terus suksessdari kami sekeluarga. Pada sesiapa yang berkesempatan bolehlah mendapatkan perkhidmatan urut badan dan refleksologi dari kakitangan berpengalaman luas dan professional OKU penglihatan. Sila berkunjung ke Harmoni Refleksologi Terapi yang terletak di aras 1 bangunan pasar awam persin 16 Putrajaya. landmark yang mudah adalah di bawahnya terdapat kedai Rakyat Satu Malaysia. Insyaallah servis sungguh tiptop dan amat terjamin. Usai makan tengah hari yang cukup menyelerakan dan beramah mesra dengan tuan rumah kami mohon diri untuk pulang disebabkan aku ada urusan di tempat lain. Hidangan sangat istimewa. Gulai daging berkentang style Kelantan memang kena dengan tekak-manja ini. Tukang masak merupakan ibu kepada Sadri yang berasal dari Kelantan. 2 pinggan aku tambah. Memang banyak sungguh aku makan. Lebih-lebih lagi hubby yang cedukkan. Terima kasih atas jemputan untuk tuan rumah. Semoga dilimpahkan rezeki berganda. Sekelumit rasa syukur ini kutuju pada saudara islam yang memberi sedekah Rm50 pada aku. Terlalu segan dan malu untuk aku terima. Semoga kamu sekeluarga sentiasa berada di bawah lembanyung rahmat ilahi. Aamiin.

PUDARKAH RASA CINTA SUAMI


            Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

            Apa tajuk petang-petang ni macam dr. love pulak dah! Bukan apa hati ini tersentuh dengan kisah-kisah rakan semenjak dua menjak. Ada yang berkahwin dan beranjak usia ke 14 tahun di alam perkahwinan dan ada juga yang belum melepasi fasa 10 tahun pun. Masing-masing sedang diuji dengan ujian yang agak kuat. Yang satu pasangan ni merupakan member rapat semasa sekolah menengah dan yang satu lagi sejak sekolah rendah. Apakah factor yang menyebabkan pudarnya rasa cinta di kalangan suami isteri ni ya? Bila ditanya soalan sebegini pastinya banyak sebab kan! Kurang komunikasi, bosan dengan rutin yang sama, gangguan orang ketiga dan bermacam-macam lagi jawapan boleh jadi keluar dari mulut sesiapa saja yang berada di tempat itu kan. Sukarnya nak ku percaya bila bahagia yang didamba hingga ke syurga punah separuh jalan. Tapi hati ini berat bersetuju hubungan yang halal itu lebih afdhal wajar dipertahankan. Jika bermunajat dan mohon perlindungan dari Allah pastinya pertolongan itu akan sampai juga.

 

            Teman, temanku. Dari jauh di sudut hati saya mendoakan setiap kesejahteraan kawan-kawan saya yang sudah bersuami atau beristeri agar rumah-tangga yang terbina kekal hingga ke jannah, dihindari dari segala duga dan musibah. Semoga sentiasa berada di bawah rahmat ilahi seperti indahnya lafaz aqad nikah yant terucap suatu ketika dulu. Mohonlah kekuatan dari Allah agar setiap yang kamu jalani akan  ada barakahnya dan beroleh hikmah yang tersangatlah manisnya. Kepada S dan A semoga kalian tetap tabah. Bangkitlah terus mempertahankan rumah-tangga kalian. Hadirnya orang ketiga tak boleh merobek luka buat kalian selamanya-lamanya. Jangan jadi lemah. Jika perlukan bantuan jangan segan-segan menghubungi diri ini. Mungkin ada nasihat dan mungkin ada pendorong yang boleh kalian guna dalam melalui badai rumahtangga yang penuh roba dan onak ini. Jangan dibandingkan diri kita dengan mana-mana wanita pun di dunia ini kerana sudah pasti kesempurnaan itu bukan milik mereka juga. Hanya terdapat 4 orang wanita sahaja yang dijamin sempurna oleh Allah S.w.t iaitu ;

n  Mariam puteri Imran.

n  Asiah isteri firaun.

n  Saidatina Khadijah isteri Rasulullah S.a.w.

n  Dan Fatimah Az-Zahra puteri Rasulullah S.A.w.

Sedangkan Saidatina Aishah belum cukup sempurna jika dibandingkan 4 orang yang dijamin Allah yang diibaratkan gula dan garam dalam makanan. Inikan pula kita yang jauh tersasar! Jadi ambillah kata-kata ini untuk kalian terus bangkit dan jadikanlah ia sebagai azimatmembekali hidup. Wallahu a’lam.

Wednesday, May 31, 2017

BINGKISAN JURU URUT WANITA

semenjak Januari 2008 sehingga kini pada masa note ini di publish : anggaran 31 Mei 2017, inginku garap sebuah kisah nyata dan bukan hanya dicipta. hampir 9 tahun pengalaman menjadikan saya insan yang lebih dewasa dari sekadar budak mentah. medah MARA menjadi saksi, kutimba ilmu bekal di hati, dari guru yang banyak berbakti, hingga aku tegak berdiri tak jemu hingga kini menjawab segala persoalan menerjah sanubari. ilmu dan ajar sudahlah bertambah saya terus belajar dari pengalaman supaya kemahiran tajam diasah semakin bernilai tidak susut dek harga. dari kedai urut di tengah ibu kota, kulunsuri memberi khidmat di khemah dan padang di bawah sinaran rembulan dan lampu neon di bawah terik mentari berbahang ke dalam pusat membeli-bela mewah serta berhawa dingin ke ruang promosi 10 x 10 cuma ke segala macam pusat expo dan akademi ke kedai eksklusif dan butik pengantin ke pinggiran pantai dan teman rekreasi ke segenap kolej dan ceruk IPT ke rumah agam gah bagai istana ke teratak kampung yang tiada tangga ke ruang pejabat berbilang tingkat ke ruang klinik dan famasi hinggalah ke bilik massage di rumah sendiri. jangan ditanya berapa ramai yang sudah kujumpa? tunggulah sahaja jemari ini menjadi saksi menjawab persoalan yang entah berapa ribu kali diulang kerana diri ini sudah letih bicara tungkas membetulkan silap dan pandang menangkis sikap dan prejudis menongkah diskriminasi serta persepsi yang semakin ketara melanda. padahal segala telah dihidang dengan juadah informasi di hujung jari sepantas teknologi hari ini boleh baca dulu kalau tak tahu boleh tanya jika tak faham boleh bincang jika mahukan pertimbangan mengetepikan hinz dan klu yang diberi jangan buat diri seolah-olah baru dibangunkan tidur dari zaman batu. bila diri tergugat mencari helah bagai kami pula yang salah memutuskan ukhwah telah menjadi perkara mudah bila kemahuan tidak kami patuh bila kehendak tidak dapat kami ikut. indikator kamu apa? adakah seperti mereka ini? tepuk dahi tanya akal tepuk dada tanya hati tepuk jiwa tanyalah iman. level kamu di mana? menilai kami dengan apa yang diperhargakan? memberi RM100 untuk setengah jam perkhidmatan? membayar dengan rm300 untuk 3 hari berturut-turut selama 2 jam bagi setiap sesi? memberi seikhlas rm20 untuk 1 jam perkhidmatan? menghulur rm30 untuk servis 2 jam berterusan? menawarkan kami rm35 untuk 1 setengah jam urutan? atau menempah rm100 untuk 1 setengah jam setiap minggu? atau sekadara amalan sistem barter? memberi jaws, kerisi, kembong, atau bilis? semuanya kami terima semua minta kami redha semua minta kami halal semua minta kami pasrah tak kurang juga meraih ikhlas kami merayu minta dilebihkan itu dan ini menista kami dengan tomahan memperkecilkan kami bagai kamu yang sempurna segala melontar kata seolah rungutan kami menabur kepalsuan untuk mempersendahkan dengan rezeki yang ditentukan. pernahkah kalian berfikir bagaimana kami mengerah keringat? bagaimana kami memerah kudrat memunggah urat sendi kami mencagar tulang-temulang kami menyusun rentak nafas kami mensantuni emosi kami agar cekal berbakti cergas sepanjang hari demi sesuap nasi serta segenggam rezeki barakah. ini cuma sebahagian rencah dan asam garam siapa makan cili dia yang terasa pedasnya tiada nama yang tertentu ditujukan. peringatan diri sendiri juga. panduan tak leka di hari muka. datang mengelek seribu kesakitan pulang mahu ditinggalkan tak bersisa! datang membawa seribu kelesuan pulang mahu ditarik segalanya dari tubuh! datang membawa segunung beban pulang dengan senang hati seolah kami pula yang perlu memikulnya! datang membawa seribu bisa mahu kami menghapuskan sehingga lega! berapa lama dapat kami usahakan memulih setiap anggota membuka setiap yang sumbat melerai yang terikat menghancur yang berketul padu mengurai yang melekat melicin yang sangkut 5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 1 setengah jam, 2 jam atau lebih atau berulang-ulang? berapa harus dibayar? berapa harus dibayar? berapa harus dibayar? cubalah ke mesin urut automatik semestinya ini yang tertera atau ini yang kedengaran please insert coin! anda mampu bayar berapa? ya, anda mampu bayar berapa? atau memaksa anda untuk keluar dari pelantar! get out from platform bila anda buat-buat tak tahu atau sengaja tak faham kan! pilihan di tangan anda! anda mampu yang mana? sendiri jawab! ke salon kamu mampu ke spa kamu sanggup ke butik kamu tak kisah ke restoran kamu rela berhabis ke doktor rela berhutang ke luar negeri rela menabung mahukan emas rela bermain kutu mahu beraset sanggup meminjam tapi .... untuk kesihatan semulajadi sangat berkira untuk tubuh-badan sendiri sanggup tertunda kebajikan diri biar tergendala! anggota yang digunakan berdekad lamanya sakit menjalar ke paras tulang hitam pinta kami pulihkan dalam masa setengah jam? atau 10 minit? atau berapa lama? maaf kami bukan robot. bukan robot. bukan robot. kami manusia seperti anda juga. ingat. ingat. ingat. kesembuhan dari Yang Maha Esa. jangan sakiti kami kerana servis kami setimpal harga bukan tangkap muat semata atau sekadar di pinggiran tong sampah bukan sehari dua mengaku profesional? bersandarkan latihan dan pengalaman bertahun lamanya. jauh sekali mencipta nama, viral dan segera. fahami dengan budi bukan menyerbu ikut suka bukan meluru tak menentu hala? nilai dengan hati bukan pandangan sebelah mata bertindak melulu dan sukasuka. yang mengunjungiku bukan seorang cuma dari latar agama bangsa berbeza dari dalam negara mahupun seberang laut dari doktor pakar hingga peguam bicara dari penjaja hingga ke pemilik gedung permata dari berusia bayi hingga ke angka warga emas dari pramugari hinggalah ke atlit negara dari selebriti hingga ke produksi dari yang berdiri hingga ke yang terlantar. dari yang gagah berlari hingga yang menongkat jari. dari rakyat biasa hingga golongan istana. dari hamba sahaya hingga ke pemimpin jelata. kedatangan disambut tulus besar tapak tangan nyiru kami tadahkan cukup-cukuplah pandangan sinis hentikan jelingan mengikis kurang-kurangkanlah renungan mengguris ketepikanlah perkataan remeh tipiskanlah reaksi pesemis. jika rakan senasibku mengatakan salah mungkin kalian lebih baik dariku semestinya kalian jauh lebih hebat apa yang dipapar hanya secalit kisah ambillah jika mengandung nasihat pakailah andai ia bermanfaat sama sekali tidak berhasrat membangga diri memberi penghargaan buat yang menyumbang jerih perih keringat dan tenaga membimbingku di kiri kanan jalan jasa kalian tidak kulupa petua dan nasihat tidak kuabai ku pasak kata hikmat rakan dan taulan menjadi sebahagian punca rezeki bahkan yang utama sebelum dua tahun kebelakangan ini

Sunday, May 14, 2017

RALAT DI HUJUNG MINGGU

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
hari ni nak luahkan sesuatu yang terbuku di hati. Petang tadi kuterima satu wasap dari seorang yang baru kukenali. Dia merupakan customer yang telah memperkenalkan aku dengan beberapa lagi customer. Meskipun baru mengenali hubungan kami boleh dikatakan rapat juga. Katnya dalam wasap, sepupunya nak mengurut petang ini dating dari Janda Baik. Alhamdulillah rezeki ku dalam hati.
3 jam aku bekerja. Bermula jam 5 petang hinggalah jam 8 malam. Semasa ingin buat bayaran, beliau menyerahkan aku RM50. Aku tanpa bertanya berfikir secara positif dengan mengatakan ini sudah cukup lebih. Sebenarnya ia sangat terkurang. Rm50 untuk urutan selama 3 jam. Sangatkah berbaloi harganya? aku tidak deal terlebih dulu dengan customer tersebut kerana aku menyangka dia telah maklum mengenai harga dengan sepupunya itu. Sepatutnya juga kamu yang mendapatkan perkhidmatan maka kamu jugalah yang perlu bertanyakan harga bukan? Kita yang beli barang mengapa pula penjual yang perlu jelaskan semuanya. Tanyalah kepada juru urut harga sebenar bagi setiap sesi urutan agar kalian tidak termakan sumbang tenaga yang diberi. Bukan kami tak beri diskaun. Kami sebenarnya terlebih ikhlas dalam menyediakan rawatan. Seringkali keadaan kami dimanipulasi dan diambil kesempatan. Sudah tiba masanya untuk aku bertegas kali ini. Apa yang patut aku jelaskan sudah aku beritahu kerana ibunya turut mendapatkan barangan Nurraysa daripadaku. Kenapa yang itu aku boleh meklumkan dan kenapa yang ini tidak aku maklumkan ya! sila fikir dan cari jawapannya sendiri! jangan asyik nak persalahkan orang lain sahaja. Sebagai manusia dewasa aku rasa sudah cukup matang untuk memikirkan setiap perkara itu dengan sewajarnya. Bukan orang biasa-biasa yang datang kepadaku. Seorang guru tu. Apa ingat ini kampong ke? Harga kat kampong untuk urutan pun sudah melambung naik tau! jadi nilai dengan mata hati. jangan sekadar memandang remeh setiap kemahiran yang orang lain milliki.
Impaknya beliau memutuskan silaturrahim. Aku pasradh dan redha atas segala yang telah disuratkan. Rezeki itu milik Allah dan biarlah Dia yang mengatur jalan terbaik untk ku. Pada beberapa hari selepas itu, beliau telah bank in kepada ku mengikut jumlah yang ditetapkan. Demi tidak mengeruhkan keadaan aku berdiam diri sahaja. Terima kasih kerana hanya seketika berkenalan. Meninggalkanku itu keputusanmu. Aku tiada halangan. Manusia datang dan pergi bersilih ganti. Kau mungkin sebahagian pengalaman yang terpaksa aku lalui. Terima kasih atas segalanya. Tunggu next entry daripadaku berhubung sebuah bingkisan. Bingkisan di sebalik hati seorang juru urut wanita yang sering dipinggirkan.

Sunday, February 19, 2017

NURRAYSA : SATU JAWAPAN

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hujung minggu ini rutin kami ke rumah acu seperti biasa untuk ketemu mak dan abah. Sebelum mulakan perjalanan sempat lagi aku go true group Shah Alam Resident business mencari-cari peluang kerja part time untuk diri sendiri . Mana tahu kalau ada yang berkenan di hati! Menjana pendapatan bersama Nurraysa Beauty. Lebih kurang begitu bunyinya. Akhirnya buat aku tertambat. Padahal sebelum ini dah berkali-kali aku baca dan temui di kebanyakan group bisnes dalam FB. Yang membuatkan aku tertarik mungkin kerana jawapan atas doa yang telah kupohon dari Yang Khaliq untuk mengubat resah di jiwa ini. Allah telah menganugerah jawapan terindah untuk aku detik ku di dalam hati. produk kosmetik. Aku cukup-cukup tidak arif sebenarnya dalam hal ini. Nak bermekap bagai bukan aku lah tu. Aku lebih senang tampil cara natural dan santai sahaja. Setelah bertafakur lama, aku sedar tak banyak mungkin sedikit, kecantikan akan menjadikan kita lebih yakin untuk tampil meskipun kita tidak dapat melihat sekeliling. Tanpa satu sen mengeluarkan modal, aku mula merencana dengan sedikit pengetahuan yang didedahkan oleh ejen di atasku. Aku hanya bermula sebagai dropsyip sahaja. Walau margin keuntungan yang terbentang agak kecil, namun aku tetap bersyukur dari terus memikirkan jawapan yang tak tahu pun apa persoalan sebenarnya Keramahan yang ditunjuk Ckyn ejen danyat membantu aku mengrrak langkah sedikit demi sidikit. Ckyn sangat responsive menerima aku sebagai dropsyip walau dia sangat sedar dengan keterbatasanku sebagai OKU. Orang-orang sebeginilah yang sentiasa kami perlukan dalam kehidupan untuk memperbaiki rentak hidup kami yang selalunya dipandang canggung oleh sesetengah pihak. Cukup sekadar ini buat slot pengenalan. Semoga ini benar-benar jawapan kepada pencarianku selama ini. Ckyn terima kasih atas perkenalan dan sharing yang diberi kepada diri ini untuk terus maju ke hadapan. Akan datang kita story lagi ya semua. Wassalam.

Saturday, February 18, 2017

TAK TERLUAH

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Banyak perkara yang ingin kuluah di sini. Ingin kucatat segala yang datang sebagai memori. Tapi mengapa? Tidak kuatkah aku untuk menulis lagi! Ku sedar ku bukan berlidah bak sasterawan apatah lagi bermadah bagai pujangga. tetapi aku benar berhasrat untuk menukil segala suka-duka sepanjang bernyawa di pentas dunia. biarlah tak siapa membaca. Terlebih penting untuk simpanan aku semata. Banyak kisah yang ingin aku lakar. ingin aku coret di lembaran layar putih ini. Tetapi di mana kan kumula lagi ya. Sekali lagi aku harus kutip semangat yang berterbangan jauh setelah kunoktahkan dulu secara tidak sengaja. Sebenarnya hati ini dilanda lara gundah. Tu yang terdiam seribbu bahasa. Kelu untuk menyulam kata. Diuji lagi rasa hati yang kecewa. Cukup hebat juga kali ini duga yang menimpa. Menguji tabahnya aku sebagai hamba. Sejauh mana aku mampu redha dan pasrah dengan segala ketentuan yang tersusun indah buatku. Tiada niat membantah cuama sering diulit kecewa hingga terlena dengan keresahan. Bangkitlah. Bangkitlah. Bangkitlah dari lamunan dan leka. Sujud pada Yang Sejati memohon kekuatan dan jawapan atas segala rasa kecewa dan pilu ini. Segeralah mendatangkan jawapan bagi menghurai persoalan dan kebuntuan yang bertamu di kalbu.

Friday, February 17, 2017

BEBAN KERJA

salam hari jumaat saiiyidul ayyam. ini kisah semalam sebenarnya. tak apalah kita cuba garap hari ni. maklum today tak berapa nak ada kerja untuk disiapkan. actually baru je habis program baca Yasin di pejabat. selepas makan pagi, ada aktiviti 5S untuk membersih dan menceriakan kawasan pejabat. aku. biasalah dah semangat pakai baju blouse dan seluar ke pejabat. mengalahkan yang lain pulak. biarlah ini sebagai tanda sokongan dan komitmen. nak siapkan SKT kawan yang tolong belum sampai ke pejabat kerana ke klinik terlebih dulu. erm tak apalah kita kembali kepada cerita asal.

 

semalam ada kawan yang berkata di celah keriuhan tempat kerja, belajar hingga ke tahap diploma. habis berbelas ribu ringgit dan bayar PTPTN pun masih belum habis lagi, tetapi perlu membuat kerja-kerja remeh seperti mengfotostat dokumen. gayanya seperti pekerja lepasan PMR sahaja. wow. sungguh aku tersentap dengan kalimah tersebut. kenapa ya statement sebegini harus keluar. pada saya selaku insan kurang sempurna, lain pula fikirannya. berilah kami kerja apa sahaja, asalkan kalian yakin atas keupayaan kami, kami akan melaksanakan dengan penuh tanggungjawab. bukan apa. takut setiap detik masa kerja kami yang terbuang akan diperhitung di akhirat kelak. apakah jawapan yang akan kami beri kepada yang menyoal nanti? adakah ia akan diterima? semua itu menaut hati dan fikiran kami buat selama-lamanya selagi kesempurnaan itu yang kalian cari. kekurangan kami mudah saja terlihat bagai tidak boleh ditutup-tutup lagi. p/s : sekadar meluah rasa di blog sepi ini.

Wednesday, February 15, 2017

HEBATNYA KUASA CINTA DI BULAN CINTA

nah ini dia artikel yang telah saya janji untuk di post ke dalam blog selepas penerbitan di majalah PP. sudilah kiranya untuk dibaca. setinggi-tinggi terima kasih dan jutaan penghargaan khusus buat puan Roslinda atas kesudian menggarap kisah saya untuk penerbitan koleksi majalah Karang Kraf kali ini.

coppy paste semata-mata. tiada sebarang pengubahan dilakukan bertujuan untuk mengekalkan teks asal.

 

‎message, Benarlah kata orang, kuasa cinta mampu mengatasi segala-galanya. Hadirnya tanpa diundang dan memberi sejuta rasa kerana cinta merupakan satu perasaan yang terbit dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran. Semua orang berhak untuk mencintai dan dicintai. Walaupun kewujudan cinta tidak mampu untuk dilihat namun keikhlasan rasa cinta mampu membangkitkan seribu kekuatan dalam jiwa dan diri seseorang manusia. 

Walaupun hilang daya penglihatan sejak dilahirkan, kekurangan yang dialami oleh Mas Suni binti Mat Husin yang kini bertugas sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Selangor tidak menghalangnya untuk merasai nikmat cinta dan bertemu jodoh dengan lelaki pilihan, Mohd Idrus bin Ibrahim, seorang pemandu lori. Ternyata perasaan cinta dan sayang Idrus terhadap isterinya tidak tergugat sama sekali meskipun Mas Suni tidak seperti wanita normal yang lain. Tidak mengharap pasangan yang sempurna, cukuplah Idrus merasakan kesempurnaan apabila bersama Mas Suni. 

Sememangnya cinta sejati pasangan ini bukan lahir disebabkan oleh rupa paras mahupun fizikal semata-mata tetapi cinta mereka lahir kerana keikhlasan hati dan saling melengkapi antara satu sama lain. Sempena tema cinta pada edisi kali ini, kami bawakan kepada pembaca semua kisah cinta istimewa pasangan Mas Suni dan Idris. 

Aku Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sejak dilahirkan. Peringkat awal aku masih boleh melihat sedikit, namun penglihatanku hilang sepenuhnya ketika aku berusia 12 tahun. Seperti insan-insan lain, aku juga ingin hidup berpasangan. Syukur ke hadrat Ilahi apabila aku dijodohkan dengan insan yang memahami keadaanku. 

Jalinan kasih yang terbina sejak kami diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada tanggal 26 Februari 2009 bertambah ceria apabila hadirnya dua orang cahaya mata yang paling kami sayangi. Sememangnya dua orang putera menjadi pengarang jantung dan mengikat kasih sepanjang tempoh lapan tahun kami melayari bahtera rumah tangga. 

PERKENALAN TANPA DIDUGA

Aku mengenali suami kira-kira 10 tahun yang lalu ketika kami sama-sama bekerja di Persatuan Orang Buta. Ketika itu aku bekerja sebagai eksekutif manakala suamiku pula sebagai pemandu pejabat. Tanda diduga perkenalan aku dan suami bertambah akrab. Keikhlasan Idrus untuk mengenali aku dengan lebih mendalam dan menerima kekurangan yang aku alami membuatkan aku selesa berkawan dengannya. 

Aku sedar dalam menjalinkan hubungan, tidak semua orang akan menyokong kita. Begitu juga dengan kami apabila di peringkat awal hubungan aku dan Idrus mendapat kritikan daripada rakan-rakan. Walau apa pun yang berlaku, kami sentiasa positif dalam hubungan ini dan terus berkawan. Malah kami juga tanamkan matlamat untuk berkahwin dan mahukan yang terbaik dalam hubungan ini. 

Aku bersyukur kerana Idrus tidak memandang fizikal aku semata-mata sebaliknya Idrus melihat aku sebagai seorang yang sangat memahami dirinya, selain menjadikan aku sumber kekuatan untuknya. Malah Idrus juga sanggup berkongsi susah senang denganku sehingga membuatkan aku terpikat dengan keikhlasannya.   

TERIMA TENTANGAN KELUARGA

Setelah lama berkawan pastinya kami ingin menghalalkan hubungan yang dibina. Aku memberitahu keluarga tentang hubungan aku dan Idrus. Pada mulanya keluarga aku agak terkejut namun mereka tidak terus membantah. Setelah mendapat lampu hijau daripada mereka, kami mengatur strategi untuk keluarga aku mengenali Idrus secara mendalam. 

Di pihak Idrus pula lain kisahnya. Hubungan kami mendapat tentangan daripada keluarga Idrus. Ternyata mereka tidak dapat menerima aku sebagai pilihan menantu. Walau bagaimanapun kami cekal menepis segala halangan yang mendatang dan tekad untuk berkahwin. 

Kami juga tidak melatah dan menyerahkan jodoh kami kepada Ilahi. Segala persiapan kami uruskan sendiri kerana kami sudah menjangka apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Kami sedaya upaya mahu dinikahkan agar terhindar dari murka Allah. Hal-hal lain kami ketepikan. Kami bulatkan niat untuk meraih reda Ilahi agar segala-galanya dipermudahkan.

Alhamdulillah berkat kesabaran dan janji yang kami pegang, kami lalui halangan ini dengan tenang. Tiada apa yang dapat aku katakan, selain memanjatkan rasa syukur setelah kedua-dua belah keluarga merestui hubungan kami.

SUAMI BANYAK MEMBANTU

Setahun berkahwin, aku disahkan mengandung anak pertama. Alangkah gembiranya hati kami kerana rumah tangga kami bakal diserikan dengan kehadiran si comel ini. Pada 27 Mac 2010, lahirlah putera sulung kami yang diberi nama Muhammad Adam Arfanhakim. 

Pertama kali menguruskan anak pertama nyata memberi satu pengalaman baharu dalam hidup aku, apatah lagi aku OKU penglihatan. Walaupun sukar namun aku cekalkan diri menguruskannya sendiri tanpa sebarang bantuan ketika 45 hari usia Adam dilahirkan. Nasib ketika itu aku tidak bekerja dan ini memudahkan urusanku di rumah. 

Tahun berganti tahun, pada 6 Disember 2011 aku disahkan mengandung anak kedua, juga seorang lelaki comel yang diberi nama Muhammad Danial Afihakim. Sama seperti abangnya, aku selesa menguruskan sendiri selepas 18 hari Danial dilahirkan. Terasa satu kepuasan apabila aku sebagai ibunya yang menguruskan anak-anakku biarkan aku serba kekurangan. 

Dalam soal pengurusan rumah tangga, aku juga sama seperti isteri-isteri lain. Aku menguruskan keperluan suaminya sendiri. Pakaian suami aku gosokkan, makan dan minumnya aku sediakan, malah mengemas dan mencuci juga aku lakukan sendiri. Alhamdulillah, aku mendapat seorang suami yang cukup memahami dan tidak cerewet, malah suaminya sentiasa ringan tulang.

Kami juga banyak melakukan kerja rumah bersama-sama. Suamiku sedia membantuku bila-bila masa yang aku perlukan. Ternyata kami saling memerlukan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Suami juga banyak mengajar aku melakukan kerja-kerja rumah. Kami saling bertukar ilmu. Sememangnya kehidupan berumah tangga kami berdua cukup bahagia apatah lagi dengan adanya anak-anak.

PERANAN KOMUNIKASI PENTING Untuk mengecapi kebahagiaan dalam hubungan sesebuah rumah tangga, peranan komunikasi sangatlah penting. Kami sentiasa mengelakkan diri dari jurang komunikasi yang panjang. Dalam menyulam cinta dan kasih sayang agar rumah tangga kami kekal harmoni, kami saling terbuka untuk mendengar sebarang kritikan dan sentiasa memperbaiki kelemahan yang timbul.

Malah kami juga percaya yang kami berdua saling memerlukan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Rakan aku adalah rakan suami dan rakan suami adalah rakanku. Kami saling mengenali rakan masing-masing. Kami juga tidak sesekali mendedahkan urusan rumah tangga kepada mana-mana pihak. 

Aku bukanlah orang yang pandai memberi nasihat. Namun sekiranya ada pasangan di luar sana yang mempunyai kisah cinta sama seperti aku dan suami, sangatlah penting untuk anda belajar memahami dan menerima pasangan. Hargailah setiap kebaikan pasangan dan elakkan daripada menjatuhkan maruah pasangan. 

Agar hubungan anda sentiasa diberkati, paling penting jagalah hubungan keluarga pasangan anda dengan baik. Walau apa pun yang berlaku, jangan sesekali memburukkan keluarga pasangan. Semoga dengan adanya doa keluarga anda dan keluarga mertua, ikatan akad ini akan terus berkekalan hingga akhir hayat., 4:32 PM

Tuesday, February 14, 2017

MYR0.99 DENGAN UBER

last2 minute abang call ketika jam beranjak ke 5.20 petang. ada turun kontena katanya. aku dah start menggelabah nak balik sendiri ke rumah. tapi. tak kan nak tunggu dia pulak hingga 6.30 petang atau lebih. duduk bersendirian di office tanpa hala tuju sangat membosankan. dah lah problem lif kat office ni yang tak accessable membuatkan aku sangat tertekan dan terbeban. dengar-dengar sekeliling tak ada pula orang lalu-lalang untuk aku mohon bantuan segera. iPhone kucapai dan dengan pantas aplikasi uber dibuka. destination dan pick up place aku choose. wow! paparan harga yang sungguh menarik. tak sampai seringgit tambang balik rumah aku. apa lagi aku terus confirm request.

dengan perasaan tak berbelah bahagi aku bergerak menuju ke lif. erm! nasiblah lif. kau dapat orang macam aku ni. aku akan tunggu mana-mana lif yang aku berani nak guna. punat turun aku tekan dengan membaca kalimah Allah. semoga ia dipermudahkan. ulam dicipta pucuk mendatang. lif sebelah kanan paling hujung terbuka untuk aku guna. dengan sedikit pengalaman, aku mengagak aje di mana letak bbutton LG. dengan lagak selamba pintu lif tertutup dan lif mula bergerak ke bawah. mujur ada sedikit klu yang boleh membantu aku. jika aku berada di LG, sehelai permaidani sedia terbentang di hadapan lif. fuh! tiba di tingkat 4 pintu lif terbuka dan masuk seorang wanita menegurku. betul lah kan, bantuan akan datang apabila kita benar-benar perlu. sampai di bawah aku bergegas ke pintu bangunan yang berhadapan dengan Plaza Alam Central. hujan mula rintik-rintik turun ke bumi. satu lagi masalah menjelma. siapa akan bantu aku untuk mencari uber Honda City BNR . . . .. tidak lama kemudian hadir seorang wanita membantuku. satu bab dah selesai. sebenarnya. ada satu lagi masalah. aku x punch waktu turun tadi. herm, dah benda tu tak boleh aku guna. malas nak fikirlah. lagi satu aku tak tahu nak cari button tingkat dua. satu hal pulak kalau aku tersalah tekan tingkat.

 

okay. dah selamat. uber berjaya dijejaki. masuk aje di dalam, aplikasi waze aku buka untuk pandu arah jalan pulang. setelah tiba di round about ketiga, untuk tiba ke rumah aku, waze aku berbunyi tanda rotate arah telah berubah. aku dah mula rasa kesusahan di sini kerana hanya satu jalan je yang aku boleh tunjuk arah kepada pemandu. aku meminta ddia berpatah semula ke round about dan mengikut waze aku. nasiblah wahai pemandu hari ini. aku akan buat yang mana aku tahu. lagi pun kau sebagai uber tidak boleh meninggalkan customer di mana-mana sahaja tempat yang kau suka. setelah aku tiba di lobi rumah, satu lagi masalah menimpa. tambang yang terpapar di screen aku tidak sama dengan yang ada di screen pemandu. dia menyatakan RM11.00 sedangkan aku rm0.99. erm macam mana ni. akhirnya aku buat bayaran seperti jumlah yang tertera dan aku minta dia menyelesaikan masalah tersebut dengan uber sendiri. dengan rasa bertanggungjawab aku bagi jugalah 5 bintang kepadanya dengan sebab dia tidak meninggalkan aku di tempat yang salah.

 

masih belum berpuas hati dengan tambang yang dikenakan, sekali lagi aku buat research. kembali ke pejabat harganya tetap serupa. ke Sandway Piramid harganya MYR17.90. ini bermakna kesilapan bukan di pihak aku kan. harap ia menjadi bukti jika ada tuntutan kelak.

Monday, February 13, 2017

DOA PEMBUKA PINTU-PINTU REZEKI

entah mengapa hati ini sering kali berperasaan walang. apa lagi yang tidak mencukupi agaknya? kita sebagai hamba hanyalah pasrah meminta dan memohon pada Yang Khaliq tempat bergantung. terasa ingin berkongsi dari carian google sebentar tadi. inilah doa pembuka rezeki yang selalu diucap oleh datuk Fazilah Kamsah perunding motivasi tersohor Negara. terdapat 3 perkara utama yang acapkali dibawa ke dalam rencah nasihat beliau iaitu doa pembuka duabelas pintu, doa menghilangkan diri dari perasaan bakhil dan melepaskan diri dari beban hutang serta bagi sesiap yang melafazkan istigfr 100 kali pada setiap hari maka Allah akan melimpahkan kepadanya sebelas kebaikan. berikut adalah doa duabelas pembuka pintu. 1. allahummaftah li abwabal khairah : YA ALLAH BUKALAH PINTU KEBAIKAN. 2. WA ABWABAS SALAMAH : PINTU KESELAMATAN. 3. WA ABWABAS SIHAH : PINTU KESIHATAN. 4. WA ABWABAN NI'MAT : PINTU NIKMAT. 5. WA ABWABAL BARAKAH : PINTU BARAKAH. 6. WA ABWABAL QUWAH : PINTU KEKUATAN. 7. WA ABWABAL MAWADDHAH : PINTU CINTA SEJATI. 8. WA ABWABAR RAHMAH : PINTU KASIH-SAYANG. 9. WA ABWABAR RIZQI : PINTU REZEKI. 10. WA ABWABAL 'ILMI : PINTU ILMU PENGETAHUAN. 11. WA ABWABAL MAGHFIRAH : PINTU KEAMPUNAN. 12. WA ABWABAL JANNAH : PINTU SYURGA. YA ARHAMAR RAHOMIN. semoga entri ini bermanfaat bagi mereka yang gundah akan rezeki dan ni'mat kurniaan ilahi. apa yang penting lakukanlah dengan penuh tawadhuk dan istiqamah bagi mendapat kasih-sayang Allah. p/s lebih-lebih lagi ditujukan khas buat penulis sendiri.

Thursday, January 26, 2017

Kemelut Di Hati

salam hari khamis. pagi ni tiba-tiba aje hati ni rasa hiba sangat. nak menangis tapi tidak tahu pada siapa nak diluah. Ya Allah, terkadang kurasa sungguh berat ujian yang kau kurniakan padaku. dari aku dilahirkan hingga ke saat ini. ada bahagia. ada nikmat. tapi duka ini kubya sampai ke hujung hayat. kekadang ku bertanya sendiri. mengapa diri ini yang didugaan sehebat ini? adakah kerana aku benar-benar mampu? jika mampu, airmata tak henti mengalir di saat mengenangkan. salahkah aku merintih pada takdir? panggilan dari rakan sekerja di kala aku membonceng motor suami, buat aku semakin walang. aku.aku.aku. tidak dapat memberi bantuan seperti yang diingini. padahal apa yang diminta itu cukup ringkas. cukup simple. tapi kerana aku kurang upaya, aku tidak dapat lakukan sebaiknya. sedih benar hati ni. tak boleh digambar hati ini merintih dan menangis. cetak sekeping surat dan dapatkan tandatangan Timbalan Pengarah. aku benar-benar rasa bersalah. Ya Allah, tunjukan hikmah ke atas ku yang sentiasa mendamba belas kasihMu. maafkan kehadiranku di sini yang tidak dapat menyumbang sehabis kudrat. sungguh aku tersekat dan terhalang.