Monday, August 31, 2015

IC RECORDER SONY

salam kemerdekaan dan salam sehati sejiwa. sebenarnya peristiwa ni berlaku semalam iaitu hari ahad, tapi saja je nak taip hari ni. ia bagi mengenang sambutan hari kemerdekaan Malaysia Tanah tumpah darahku yang ke58 kan. semestinyalah dalam mood cuti umum, direct holiday. huhu! bukan itu yang seharusnya dikenang. apa yang tersirat dalam erti kemerdekaan yang perlu kita terapkan dalam hati dan minda. berbanggalah kerana menjadi rakyat Malaysia. meski diuji dengan cabaran dan dugaan, jangan sekali berundur dari medan. jangan sekali diperdagangkan bangsa Melayu dan Negara kita Malaysia meski diulit intan berjuta dan bintang berkelipan. inilah pusaka warisan tinggalan moyang yang akan kita wariskan pula bagi generasi terkemudian. janganlah mereka tidak dapat merasa apa yang telah kita nikmati dan kecapi sehingga hari ini. ok! semalam merayau dengan anak dan husband di plaza Low Yat. berpusing-pusing juga mencari benda ni. alah sebenarnya bukan susah sangat. tuju je ke Sony Centre, maka akan terjumpalah barang yang dicari. tapi saja melengahkan masa, dengan meninjau setiap kedai hp dan tablet. tak ketinggalan cuci juga tangan dengan hidangan laptop terkini. angan-angan telah dipasang untuk memiliki satu daripadanya. berbalik kepada tujuan asal, saya ke sini bagi mencari recorder untuk kegunaan tempat kerja. terdapat banyak juga Sony Centre di Low Yat ni. kerana terpesona dengan penerangan yang detail dan terperinci diberi oleh 'sales girl' berbangsa cina di aras 1, berakhirlah pencarianku. IC Recorder pink 4 GB jadi tarikan. harganya setelah diberi diskaun ialah RM399.00. terima kasih juga pada abang Long dan Rosni yang memperkenalkan saya dengan kemudahan ni. semoga adanya devise ini dapat membantuku melakukan tugasan pejabat nanti.

Tuesday, August 25, 2015

TERIMA KASIH ABANG

Assalamualaikum !! !! hai you all's. tulisan di bawah adalah selingan dari kata-kata abang yang cuba diterjemahkan oleh saya. ketika lif bergerak ke level 23 sempat lagi abang mengukir bicara. mungkin secara spontan di mana kami saling bersalaman sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. abang: sayanglah yang telah melahirkan kedua-dua putera untuk abang. saya: herm itu kebenarannya kan. abang: sayang sanggup berkorban melahirkan. saya: inilah sebahagian dari bakti yang ayang dapat tunaikan. apabila pintu lif terbuka, hati ini masih berbunga riang dengan kata-katanya. terima kasih abang kerana sentiasa mengenangkan diri ini. semoga abang dalam keadaan sejahtera dunia dan akhirat. amin! BEZA ANTARA Isteri dan Perempuan Simpanan En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk. Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya. En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang. Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu. En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya.. Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu. En suami : …. tapi kan ustaz…. Ustaz : Camni lah… kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. Subhanallah!

Monday, August 24, 2015

HUKUM MENGAHWINI WANITA HAMIL

Assalamualaikum. sharing saya kali ini adalah untuk menunjukkan rasa sedih dan marah atas situasi yang berlaku dalam masyarakat. tak apalah ini sesuatu yang aib. biar yang Esa menghakimi di sana nnanti. ilmu ini dikongsi bagi mengelakkan kesalah fahaman dan kekeliruan yang banyak terjadi di media sosial. harapan saya semoga kita sama-sama sedar dan insaf bahawa hukumnya maha berat di akhirat. semoga generasi hadapan ku akan terlindungi dan terhindar dari bencana seumpama ini. amin! anak Luar Nikah Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Soalan Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini. surachei@aicsemicon.com Jawapan UZAR Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita. Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya. Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu. "Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya. "Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin keretanya" Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si empunya kereta memberitahu :- "Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol" Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah. "mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah. Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya. Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:- Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut. HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah. Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78). a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :- Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 ) b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :- وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3) c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :- والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 ) Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah : ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 ) Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah. Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik. Kes Zina Bermasalah Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain. Ulama berbeza pandangan dalam hal ini. Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21) Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a. Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a : Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati" Dan juga sebuah lagi dalil iaitu : لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif) Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah. Lagi Displin Khas Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah. Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya : "Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan) Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah. Adapun berkenaan jawapan seorang imam yang disebar luaskan oleh orang ramai berikut :- SIla buka di sini Jawapan di atas juga ada benar sebahagiannya jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini. Kesimpulan Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin. Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 6 Mei 2007

SI IBU YANG BODOH

hai pembaca sekalian. post saya kali ini santai-santai saja. diharapkan pembaca tidak pernah jemu dan bosan. namun demikian ada mesej tersirat yang boleh kita ambil dari perkongsian di bawah. Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka! "Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi." Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya. "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. "Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..." Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. "Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!" Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi. "Takde apa cikgu. Maaf cikgu." Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. "Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?" Cikgu Yong mengangguk. "Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?" Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa. "Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh." Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. "Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah. Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik! Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada...??" Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata. *** Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.' Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

JIKA IA BERLAKU?

Assalamualaikum. ya, setiap daripada kita pasti merasai mati. terima kasih atas sharing yang sangat bermanfaat dari wall FB seorang teman. diharapkan ia akan berguna untuk setiap dari kita. Untuk rujukan Silalah kongsi dengan ahli keluarga dan sahabat2 Bagaimana kalau tiba tiba ada kematian di rumah kita Apa tindakan kita jika tiba tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah Jangan cemas tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua dua tangan di atas perut letak pisau gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling Tangan diikat dengan perca kain Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain jika ada darah yang keluar dari hidung telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik hospital Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah masjid Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520 mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu Patut juga kita ambil tahu nama nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba tiba terjadi dalam rumah masing2 Harus bersedia menghadapi kematian Mati yang pasti Wallahu alam

Wednesday, August 19, 2015

KENAPA SAYA YANG KENA? ? ?

sungguh malu rasanya. saya diminta lakukan sesuatu yang telah lama saya tinggalkan. kali terakhir, semasa di UM 9 tahun lalu. itu pun kerana tuntutan subjek. kali ni adakah dia kerana tuntutan juga. semoga ini yang terakhir. hopefully gagal lah. saya tahu saya bukan siapa-siapa. diri ni sememangnya "low profile". suka memberi khidmat di belakang tabir lakunya. tuhan tolonglah saya!

Monday, August 17, 2015

CAHAYA MATA KAK T DAN I

salam. dari title mesti telah dapat diteka apa yang ingin saya tulis. ya tahniah buat mereka. cahaya mata baru. cahaya mata pertama. semoga dengan kehadirannya akan bertambah seri mahligai yang dibina. saya hanya dapat khabar dari RA menerusi panggilan telefon. di hospital besar Selayang telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan.

LAPARNYA !! !!

salam isnin. hope you all in a good mood. selesai berusan di salah satu pejabat kerajaan yang terdapat di SA, saya beritahu abang tentang rasa lapar. saya: nak beli kuihlah. lapar sangat pagi ni. semalam makan awal kan. abang: herm. tak apa. kat ground floor ada kios. kita cuba tengok apa yang ada. roti pun boleh. saya angguk tanda setuju. selesai memilih dapatlah 2 "slice" roti sossage dan sekotak susu Dutch Lady. hati girang sebab rasa lapar akan terlunas sekejap lagi. naik je office terus buka bungkusan. herm lain macam je bau dia. kata saya dalam hati. tak puas hati tangan mencubit sedikit roti dan sossage. sah memang rasanya sudah berlainan. mayonisnya agak berlendir. mungkin roti ni dari hari khamis atau jumaat lagi kan. segera bungkusan dicampakkan ke dalam tong sampah di sisi. bukan rezeki getus saya. mujurlah ada 1 friend ni nak turun sarapan. kenalah beli lain sebagai ganti. peringatan pada diri dan sahabat pembaca sekalian, di kala enak memilih roti pelbagai rupa dan rasa, cuba perhatikan hari apa ni ya. of course lah jika di bangunan kerajaan, mana mungkin ada kios yang dibuka pada cuti hujung minggu kan! so tak payahlah nak teruja sangat! macam saya yang dah terkena di pagi hari ni!

Thursday, August 13, 2015

JAUHNYA !!!! MAKAN SEAFOOD

punya lama barulah teringat nak tulis kisah ni. bukan melupakan tapi ia masih segar di ingatan. jauh kami berjalan ke restoran Alai Melaka untuk makan seafood. sangat berbaloi! warga nuri telah menggamatkan suasana kedai sepanjang 3 jam. antara menu pilihan ialah sotong tepung, udang tepung, kupang, ikan siakap, kembong dan cencaru. maaflah saya dah lupa nama masakkannya. sepahat adalah jenis makanan laut yang saya tak pernah makan sebelum ni. ia berbentuk jejari. setakat mencuba boleh la! mujurlah tak ada kepah dan tiram. hamper 2.00 pagi kami tiba di rumah masing-masing dan esoknya diisytiharkan cuti. tarikh peristiwa: 15.09.2013

KALAM JAMA'I

pada hari sabtu lepas Adam telah menyertai pertandingan Kalam Jama'i peringkat Serdang bertempat di sekolah KAFA Integrasi Taman Ihsan Impian Balakong. pada mulanya saya tak faham apa itu Kalam Jama'i. rupa-rupanya ia mirip dengan "coral speaking". Alhamdulillah Adam dapat hafal setiap perkataan berbahasa arab sepenuhnya. saya kagum setiap kali dia praktis di rumah. meskipun hadiah bukanapa-apa, ia lebih kepada penghargaan buat Adam permata hati ummi dan abah.

Wednesday, August 12, 2015

PUTUSKAH SAHABAT DENGAN RM10?

sambil belek-belek katalog avon tidak terduga keluar ayat ini dari abang. "takkan kerana RM10 putus sahabat kot?" saya tersentak. fikiran segera berbalik kepada peristiwa hamper 2 bulan lalu. sulit untuk dirungkai sukar untuk diceritakan. inilah lumrah kehidupan. L telah membeli minyak Wangi Vanilla Soft Mass ML50 dengan sekian harga. perasaan curiga dan tidak puas hati memaksa bibit pertelingkahan tercetus. dalam apa jua keadaan saya merendah diri dan mengalah. saya telah di unfriend dari FB dan di remove dari group whatsapp. so .. .. .. .. .. kau yang memutuskan. inilah kesudahan .. .. .. .. .. .. . ..

Monday, August 10, 2015

TRAGEDI DI ELITE HIGHWAY

selesai berbuka, tak sabar nak update 1 perkara yang terjadi petang tadi "on the way" dari office. abang jemput saya sekitar 6.00 petang. hati berdebar sebenarnya nak menukar arah perjalanan. maklumlah saya ni memang takut sikit naik motor di highway. ya lah semua kenderaan akan speed maksima kan. setibanya kami di permulaan highway elite, cuaca macam nak hujan. angin bertiup kuat. jalan agak sibuk kerana kenderaan saling berasak-asak untuk ke distenasi masing-masing. ini kali ketiga kami menggunakan lebuh raya elite dengan cara berbeza. kali ni cadangnya akan keluar di exit 606 "Saujana Putra" lalu bersambung ke SKVE sehingga ke Country High dan mengambil highway Kajang Silt pula sebelum sampai ke tadika anak. tak sampai 10 minit masuk ke highway, abang membrek. motor. tak semena-mena aku rasa ada sesuatu telah melanggar kami dari belakang. syukur sangat kami tidak jatuh. namun dapat kudengar sesuatu berupa plastic telah pecah. abang berhentikan motor. tetapi kenderaan yang melanggar kami tidak. abang memblok di hadapan kenderaan tersebut. ya Allah, pacuan 4 roda Toyota Hi-Lux rupanya. abang berbincang dengan pemandunya. "maaf sebut" berbangsa cina dengan seorang pekerja Indonesia. mereka berdolak-dalih. aku amat terasa akan hentaman kenderaan di belakang. takkan no. plat hadapan kenderaan tersebut boleh patah sendiri tanpa melanggar sesuatu. tidak mendapat apa-apa, abang terus beredar. terima kasih aku ucapkan kepada pemandu tersebut yang sedikit pun tidak punya rasa tanggung-jawab atas perbuatannya. rasa bersalah jauh sama sekali. semoga mendapat balasan setimpal atas penganyiayaan ini. kubernekad tidak akan gunakan highway elite lagi selepas ini sekiranya bermotorsikal. "back to normal" pujukku pada abang walau hatiku fobia sangat.

PEMANDU KERETA!!TOLONGLAH BERHEMAH

salam to all. sebenarnya entri ni dah nak saya tulis dari minggu lepas lagi. tetapi memandangkan ini kejadian kedua dalam masa terdekat so kita combind lah sekali ni. kejadian ni menimpa di tempat hamper sama iaitu di seksyen 7 BBB. tetapi nasihat ni sememangnya dituju pada semua exspecially bagi yang bawa kereta. kali pertama khamis lepas. keteka tu bersama abang dan anak membonceng motorsikal di sekitar jalan sebelum masuk ke kawasan pasar malam. abang memberek dengan kuat dan kami hamper hilang kawalan. abang sempat berhenti dan memarahi pemandu yang tidak mengikuti peraturan sebenarnya. begitu juga kejadian pagi ni "on the way" ke pejabat. abang terpaksa membunyi hon dengan kuat agar si pemandu sedar akan kesilapannya. senang cerita saya nak mention kat sini kepada para pemandu kereta tolonglah berhemah sikit. apabila dah buat keputusan untuk masuk simpang atau menukar layn dan masuk ke susur dipersilakanlah memberi signal dan tolong tengok cermin pandang belakang anda bahawa ada terdapat penunggang motorsikal berdekatan anda atau pun tidak. kasihanilah kami para penunggang motorsikal yang ibarat timun. melanggar pun kami terluka dilanggar pun lebih-lebih lah lagi. janganlah nak kata pada kami begini pulak. kalau takut naik motorsikal maka naiklah kereta untuk ke mana sahaja. ingat semua bahawa kami bukan suka-suka untuk menunggang motorsikal demi membahayakan nyawa kami sendiri tatapi kami tidak mampu untuk berkereta seperti anda saban waktu. sekianlah dulu. sama-samalah kita berhati-hati di jalanraya!

Sunday, August 9, 2015

PERISTIWA DI SHELL

hai readers. hujung-hujung minggu ni mesti ramai yang punyai majlis makan-makan. tak kisahlah open house, kenduri kahwin, majlis doa selamat mahupun majlis pertunangan. diharapkan semuanya happy dan sentiasa berada dalam keadaan syukur selalu atas nikmat ilahi. kisah ni sebenarnya berlaku di stesen minyak shell di kawasan industry Selaman menghala ke Kajang. abang masa tu tengah ready nak isi minyak. tinggal saya dan anak di dalam kereta. tiba-tiba satu suara garau milik seorang lelaki memberi salam. saya terkejut. secara spontan tangan mendakap handbag dengan kuat. salam tidak kusahut kerana takut dia memberi pada yang lain. secon time pun still buat don't know lagi. tapi kali ketiga nadanya makin kuat. saya semakin panic dan terkejut. nama abang dipanggil. dengan rasa takut yang mula bertapak salam lelaki tersebut disahut serentak dengan abang. saya terkutik di kusyen kereta. abang menyuruh lelaki berkenaan beredah dari situ. setelah abang selesai mengisi minyak dan masuk kereta, saya segera bertanya. sudahnya inilah jawapannya. pekerja shell bangla kata abang yang agak kurang siuman. kenapa shell mengambil pekerja sebegini? bukan apa. jika abang tak ada semasa kejadian, apakah keadaan menjadi lebih teruk lagi. tak sepatutnya shell menimbulkan perasaan takut kepada paelanggannya.

Saturday, August 8, 2015

URA-URA DAN TERKEJUT PART 2

sekali lagi turun ke KL. kali ni dengan 1 tujuan. bertemu RA melunaskan hajatnya. kami ke SBMS demi mempelajari selama 1 jam. berkali aku nasihatkannya. namun hati RA telah tawar kini. aku hanya doakan yang terbaik untukmu. semoga Berjaya dan kau mampu bersabar mengharungi cabaran sebagai XX. biarlah hanya ku yang tahu. kami saling bergilir melakukan. aku hanya berikan yang basic agar boleh mencari rezeki. kami makan malam di sekitar rumahnya sebelum aku berangkat pulang. semoga apa yang cuba kuberi mendatangkan manfaat padamu. selamat Berjaya.

Friday, August 7, 2015

SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ALIA DAN ENDI

seperti kelaziman notification IPhone dibelek sesudah solat zohor. terdapat missed call. aplikasi whatsapp dibuka. terdapat "voice message" dari kak ALia Miasarah Ong. jemputan ke acara tahlil di MAB selepas solat maghrib. dari office, abang drop saya di MAB. jeng jeng jeng rupa-rupanya majlis doa selamat atas termetrainya sebuah ikatan pernikahan. selamat pengantin baru kak Alia dan Endi. semoga bahagia selamanya. mereka selamat diijabkabulkan di JAWI petang tadi. setelah itu memenuhi undangan kak Maridah pula di desa tasik. terima kasih atas juadah enak yang disajikan.

Thursday, August 6, 2015

URA-URA DAN TERKEJUT

salam. di hujung talian kedengaran suara RA. saya: ada apa ni? RA: nak Tanya 1 benda. saya sangat terkejut dengan pertanyaan tu. sudahkah difikir-fikir betul-betul tentang perkara tu. ia bukan suatu yang main-main nasihat saya. katanya nekad kali ni. dalam hati tertanya, apa yang tidak kena sebenarnya ni. perubahan ni akan melibatkan masa depan kataku lagi. mahu bertukar profesyen bukan jalan terbaik bagiku rasanya. pohonlah petunjuk dari Allah. kadang-kadang bila kita buntu mulalah menerawang perkara yang bukan-bukan. sabar! Insya Allah ada penyelesaiannya.

Wednesday, August 5, 2015

JIKA TIADA "REZEKI"


Jika tiada rezeki anak,

mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak

yang liar.

----------------------

Jika tiada rezeki wang ringgit,

mungkin diberikan rezeki kesihatan.

Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga

harta dunia.

--------------------------

Jika tiada rezeki kereta mewah,

mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang

menimbulkan masalah.

Maka kita lebih bahagia dari membayar

kerosakan yang mahal.

-----------------------

Jika tiada rezeki rumah yang besar,

mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak

pernah putus.

Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

-----------------

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,

mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik

dan pandai menguruskan rumahtangga.

Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman

dan terjaga segala.

-------------------

Jika tiada rezeki jodoh,

mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang

panjang.

Maka kita lebih bahagia dapat berbakti

sepenuhnya pada orang tua.

---------------------

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki

yang lebih baik pada esok hari.

Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak

dijangka.

------------

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.

Bertawakal.

Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

-------------

Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..

"Hasbi Rabbi Jalallah..

Maafi Qalbi Ghairullah..

Nur Muhammad Salallah.. 

Laa ilaa ha ilallah 3x

Muhammadur Rasullullah" 

...... sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ...... p/s: silakan share kepada saudara se-islam kita..

TAZKIRAH :: ALLAH MAHA TAHU


Sedikit tazkirah untuk hari ini ye..

Bayangkan.

Kita ada anak kecil.

Umur 3 tahun.

Satu hari.

Kita tengah masak di dapur.

Si anak ternampak pisau.

Merengek-rengek dia menangis.

Nakkan pisau jadi mainan.

Agak-agak kita bagi?

Tentu lah tidak, kan.

Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?

Bahkan, kerana sayanglah kita enggan

berikan.

Walaupun di mata anak.

Pisau itu 'menyeronokkan'

Tapi kita lebih tahu.

Ia merbahaya untuk anak kita.

Kita lebih tahu.

Anak tidak tahu.

Begitu juga.

Kita dengan Allah.

Kita 'merengek' nakkan sesuatu.

Tetapi Allah tidak izinkan.

Adakah Allah tidak sayangkan kita?

Bahkan, kerana sayanglah.

Kemahuan kita tidak diturutkan.

Malah diganti dengan yang lebih baik.

Kerana apa yang kita mahukan itu.

Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.

Tapi tidak pada pengetahuan Allah.

Allah lebih tahu.

Kita tidak tahu.

Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..

MESEJ CINTAI ORANGNYA!


Mohon diBaca baik-baik ambillah sebanyak mana pengajaran dari tulisan ini!!

GF : Saya nak awak sambung study,ambil degree supaya

ada kerja.

BF : ya sayang .

GF : Saya nak awak deposit kereta supaya senang nak  jalan-jalan

BF : Baik sayang .

GF : Saya nk bawa lelaki yang berkerjaya jumpa mak ayah sya.

BF : Baik sayang .

GF : Duit belanja sya dah habis. Nak minta kat bapa

malu. Kirimkan sya duit .

BF : Boleh sayang . Tapi tak banyak sebab sayang tahukan abang banyak benda nak bayar.Kerja pun tak tetap. Tak sampai RM1000 gaji . Bilik sewa, makan lagi.

RM50 cukup ya. Sayang pandai-pandai lah jimat ya.

Kalau sayang lapar,abang usaha hantarkan makanan kat hostel sayang. Ataupun biskut-biskut ke. Jangan selalu sangat keluar ya sayang.

GF : Engkau gile RM50 je? kau ingat aku makan makanan anak ayam hari-hari? Mana pergi duit gaji kau? Bukan banyak sangat kau nak bayar. Pergi kerja pakai motor,minyak motor bukan mahal . Kau makan bukan banyak. Tempat kerja ada

sedia makan. Setakat lelaki macam kau . Aku banyak

benda nak bayar. Nota study,yuran kolej. Belanja hari-hari .

BF : Abg bukan tak nak tolong sayang .

Baiklah , aanbg tambah sikit ya sayang. Sayang jangan merajuk dengan abang. Abang sayang kan sayang .

Suatu hari , setelah sekian lama GF mula bosan dgn BF nya yang tak pandai memajukan diri . Kerja tak tetap.

GF: mengenali seseorang yg baru,yg lebih berada &

selalu memenuhi kehendaknya berbanding BF nya yang dulu, Suatu hari , BF SMS GF nya .

BF : Sayang, petang ni abang hantar makanan kat hostel sayang ya . Abang nampak sayang post kat FB teringin nak makan nasi ayam , Tiada balasan dari GF nya. Namun BF tetap berusaha

ingin menghantar makanan . Petang pun menjelma BF

memecut laju motor kapcainya kerna khuatir makanan

yang dibawanya akan sejuk & ais minuman akan cair menuju hostel GF nya . Dengan penuh semangat & kasih-sayang , dia ingin benar berjumpa dgn kekasihnya membawa

sebungkus nasi ayam bersama teh susu ais kegemaran GF nya. Namun saat motor mulai memasuki kawasan hostel, BF ternampak GF bersama seorang lelaki di dalam sebuah kereta . Motor diperlahankan sayu hatinya melihat GF nya berlalu

pergi bersama lelaki lain . BF mengalirkan air mata.

Menatap kekurangan diri . Beberapa lama setelah itu , GF

ditipu bulat2 oleh Sang lelaki yg kaya . diperguna &

diperbodohkan . GF meratap sayu nasib dirinya . Sedang

dalam perjalanan ke kuliah , GF disapa mesra seorang

pengawal keselamatan hostelnya .

Security : Cik , maaf kalau sya mengacau . Niat sya

cuma nak bertanya , Nama cik , Cik Nina kan?

GF : ya , saya .

Security : Sebab sya nampak name tag cik . Tak salah org kot sya .

GF : kenapa ya pak cik?

Security : Oh , pagi tadi . Ada seorang lelaki pakai kereta

Honda City & berbaju Overall , macam kerja pelantar

minyak tu cik , offshore kot . Dia suruh sya hantar

bungkusan ni pada gadis yang bernama Nina . Saya cakap

sya tak kenal nanti takut salah org. Dia cakap , Cik Nina

kalau pergi kuliah, dia akan pakai kasut biru tau , beg

tangan warna merah , ikat rambut reben warna pink , orangnya cantik , dan gelang tangan di tgn sebelah kanan . Sya tak silap orang lah ni .

GF :terkejut hanya BF sahaja yg begitu detail tentang

dirinya . Hatinya sebak tiba-tiba. Tapi mustahil BF nya . BF

nya kerja supermarket , motor kapcai macam tak cukup

bulan , apalagi pakai Overall offshore , jauh sekali .

Bungkusan bertukar tangan . Dalam perjalanan , GF

membuka & membaca isi di dalam nya .

BF : "A'salammualaikum Nina . Apa khabar?

Sya tahu Nina dah tukar nombor . Sebab sya call tak dapat . Sya selalu datang hostel , tapi cuma perhatikan dari jauh . Sebab sya malu nak berhadapan dengan Nina . Sya

sedar kekurangan sya . Sya nak Nina bahagia . Sya minta maaf dulu tak dapat bagi banyak duit belanja untuk

nina . Duit gaji sya masa tu , saya kumpul & gunakan untuk deposit kereta. Hari itu , sya nampak Nina post teringin nak makan nasi ayam , sya tengah rehat lepas cuci

pelantar , hari panas terik , Saya rindu Nina . Saya nampak laut, Sya teringin nak jumpa nina . Maafkan sya takda banyak masa untuk nina . Tapi sya nampak Nina dengan orang lain sya tak marah . Sya sedar kekurangan sya . Sya menangis sebab lambat majukan diri . Mula dari hari itu , saya kerja habis-habisan . Walaupun Nina dah sakitkan saya , saya tak boleh lupa kan nina . Rezeki tuhan tak siapa duga. Kesungguhan sya dilihat oleh orang besar-besar di perkapalan . Saya ditawarkan jadi sebahagian dri team

 mereka . Esok sya akan berangkat ke Dubai. Saya menetap di sana . Maafkan sya tak jujur dengan Nina bukan karna sya

mahu sembunyikan tapi sya tak mahu Nina riak bila tahu

sya sedang berusaha utk masa depan kita . Sya mahu

buat kejutan utk Nina. Sya dah bincang dgn Mak Ayah sya sebelum ni . Kejutan

utk Nina , Mak akan datang merisik Nina bila sya dah beekerjaya tetap . Itu janji sya . Tapi , sya sedar , bukan mudah terima kekurangan sya . Sya ni comot . Tak pakai barang

branded. Jadi izinkan sya bwa diri. Hadiah ni sya beli guna duit gaji pertama sya sebagai seorang offshore . Terimalah sayang. Sya tahu dah lama Nina idamkannya . Setiap kali kita keluar bersama , inilah yang nina selalu tunjuk . Maafkan sya Nina" .

GF: mengangkat kotak bungkusan .GF terduduk di kerusi

security .  Air mata mengalir sebentuk cincin idamanya yang nilai nya tak terkira . jiwanya bergetar . Security : lelaki itu selalu datang sini cik dengan kereta Honda City tu . Handsome orangnya . Tapi dia cuma duduk dalam kereta . Hari ini baru sya nampak dia keluar dari kereta dan minta sya sampaikan ini pada cik .

GF menangis . .

Sekian . . . . Ingat!

Cintailah orangnya bukan apa yang dia ada .

CERPEN :: CAHAYA BIDADARI

salam. sedari kecil aku memang tidak boleh berpisah dari minat yang satu ini. aku suka membaca cerpen dan novel. jika novel tersebut bukan dalam tulisan braille maka aku tumpang dengar dari rakan-rakan yang boleh membaca tulisan biasa. antara mereka ni termasuklah Haida, Alia, kak Amy, Fizah, Afiqah, Mahsuri, cikgu Din dan entah siapa lagi aku dah lupa. mereka ni kebanyakkan mempunyai minat yang sama. bila kita nak bacakan orang sesuatu, maka kita juga hendaklah menggemarinya. Nor dan Yah juga sering meluangkan masa untuk aku. ni aku kongsikan cerpen yang telah dimuat di wall FB salah seorang rakan. harap terhibur!

Oleh: Iha Zaliza

 

Maisun, bukanlah manusia yang dipuji darjatnya. Namun nama yang dimilikinya itu telah membawanya ke suatu alaf yang terpuji. Maisun juga seperti anak gadis

zaman kini. Suka berfesyen, suka pada kecantikan, suka lagu-lagu techno dan remix, dan suka mengikut apa sahaja seperti remaja lain lakukan. Kalau tak

ikut nanti ketinggalan katanya.

 

Tetapi ada satu kelebihan yang aku lihat ada pada Maisun. Kebijaksanaannya itu telah menjadikan Maisun antara pelajar paling pintar di kampus tempat dia

belajar sekaligus mengharumkan nama Malaysia di bumi Australia ini.

 

Cuma aku sentiasa berdoa agar Maisun diberikan hidayah agar menjadi wanita solehah, yang menjaga akhlak dan ibadah sebaiknya. Dia cantik, dia bijak. Tapi

sayang, dia seksi.

 

Maknunah pula mempunyai sifat malu yang amat tinggi. Maknunah merupakan satu-satunya pelajar di kolej swasta yang menutup aurat sepenuhnya. Belum pernah

lagi aku melihat Maknunah tanpa purdah. Keperibadian Maknunah membuatkan ramai jejaka menghormatinya dan tidak sesekali berani hendak mendekati lalu menguratnya.

 

Namun itu adalah kisah dua sahabat karib yang berlainan jantina di alam maya. Malaeka? Oh, tak tahu nak ulas apa. Tapi yang pasti, kerana dialah aku sanggup

kemari, aku ingin mengenalinya lebih lanjut. Atas bantuan Maisun dan Maknunah, aku dapat berdiri di Sydney untuk mencari ‘insan istimewa’ itu.

 

Aku adalah pelajar tahun empat dalam bidang perubatan di UKM. Dan tahun ini merupakan tahun terpenting untuk aku pelajari dengan lebih mendalam mengenai

Osteogenesis Imperfecta (O.I.); sejenis penyakit keturunan yang masih belum ada penawar untuk mengubatinya.

 

Sedang leka mengkaji penyakit itu, kebetulan Maisun dan Maknunah, sahabatku dari Facebook itu memberitahu bahawa rakan serumah mereka, Malaeka menghidap

penyakit tersebut Jenis Ketiga. Jadi mudahlah untuk aku mengetahuinya melalui pesakit terus.

 

Aku belum pasti samada Malaeka sudah sedia maklum ataupun belum mengenai kehadiranku disini. Aku harap dia tahu. Aku masih teguh berdiri di hadapan bangunan

The University Of Sydney, tempat ‘Tiga M’ itu menuntut. Mana tahu ada rezeki untuk aku bertembung terus dengan Malaeka.

 

Penat semalam masih belum pudar. Selepas bermalam dan bersarapan di Dewan Malaysia yang terletak di 2A Alison Road, Randwick, New South Wales, aku terus

bergegas ke Univesiti Sydney kerana perasaan ingin tahu mengenai O.I. semakin membuak-buak. Sedang leka menunggu sambil membelek-belek telefon pintar,

seorang wanita menyapaku.

 

“Assalamualaikum, Dr. Mahran?”

 

“Waalaikumussalam.. err, ya?” Aku tak cam wajah wanita ini. Bukan Maisun, bukan juga Maknunah. Tetapi dia berkerusi roda. Malaeka?

 

“Doktor ke yang datang sini sebab nak jumpa saya?” Soalnya lembut, sahlah ini Malaeka.

Subhanallah, indah betul ciptaanNya. Disebalik kekurangan, dikurniakan kelebihan pada bahagian lain. Aku mengangguk sambil tersenyum.

 

Malaeka membalas senyumku. Manis sungguh, rasa tidak jemu untuk menatap senyuman itu. Tetapi dengan pantas aku mengalihkan pandangan, aku sedar imanku

tak kuat. Khuatir jika menjadi zina mata.

 

“Macam mana boleh kenal muka saya?”

 

“Facebook kan ada,” seloroh Malaeka. Aku turut tersengih.

 

Kami bertiga menuju ke Perpustakaan Rare Books (The Rare Books Library) atas ajakan Malaeka sendiri. Bertiga bersama sahabat sekuliah Malaeka, Michelle

Meharunnisa Abdullah. Meharunnisa sudah berkahwin dengan lelaki Melayu yang baru sahaja bermastautin disini.

 

Malaeka kata kelasnya sudah tamat untuk hari ini. Jadi aku boleh tanya seberapa banyak soalan mengenai O.I. .

 

“Sejak bila awak sakit?” Tanyaku memulakan mukadimah. Meharunnisa awal-awal lagi sudah meminta izin untuk pergi ke fakulti yang tidak jauh dari sini dengan

segera kerana ada pensyarah memanggilnya.

 

“Sejak lahir,” balasnya tenang sambil mengukirkan senyuman. Terus-terang katakan, aku sungguh lemah ketika melihat senyuman itu. Mungkin lebih afdal aku

menundukkan pandangan. Aku buat-buat sibuk mencatat sesuatu di dalam buku nota.

 

“Boleh kongsikan pengalaman awak sebagai pesakit O.I.? Maksud saya, mungkin awak lebih memahami tentang penyakit ini?” Soalku berhemah, aku kena menjaga

adab dalam komunikasi agar pihak yang menjawab tidak terasa hati dengan kekasaran pertuturanku.

 

“Nanti ada masa saya akan baca buku-buku dari abad ke-15 ini. Nampak macam menarik..” katanya perlahan. Eh, jawapan jenis apa tu? “Err maaf doktor, saya

merepek saja tadi.” Jelas Malaeka dengan nada gurau sambil tersengih. Aku juga turut ketawa dengan telatahnya yang spontan itu.

 

“Sebenarnya penyakit O.I. ni merupakan penyakit keturunan yang mana anak boleh menghidapnya jika si ibu atau bapa adalah pembawa. Tetapi ada juga pesakit

yang menghidapinya sendiri tanpa melalui keturunan, seperti saya. Takdir Allah, siapa tahu.”

 

“Macam mana nak tahu kalau tulang patah?”

 

“Sakit tak terkata, tapi saya tak menangis tau.” Jawabnya seraya ketawa. “Orang yang dekat dengan pesakit pun boleh dengar bunyi tulang patah. Bunyinya

lebih kurang macam masa kita main sendi-sendi di jari tangan.”

 

Aku terdiam, kenapa dia asyik mempamerkan wajah yang ceria ketika menceritakan akan penyakit yang dihidapinya? Aku pernah jatuh motor pada usia belasan

tahun dan patah pada bahu kiri. Memang sakit tak terkata!

 

“Kecilnya tulisan, macam mana nak baca manuskrip ni?” Tiba-tiba Malaeka mengeluh perlahan. Aku perhatikan dia sedang menatap manuskrip dari Boniface VIII

pada abad ke-14. Aku cuba bersabar dengan sikapnya yang seolah-olah tidak mengambil serius perbualan kami.

 

“Maaf! Kali ni saya betul-betul tak sengaja.” Malaeka membuat tanda ‘ampun’ padaku. Serta-merta aku terhibur melihat kerenahnya. “Tak apa, Malaeka. Jadi,

apa tindakan pesakit O.I. bila tulang patah?”

 

“Seeloknya balut pada bahagian yang patah supaya tulang tidak ‘lari’ dari tempat asal. Penghidap O.I. akan mengalami kecacatan fizikal ketika tulang patah

kerana tulang tersebut akan membengkok dan tidak dapat membentuk kembali seperti asal.” Aku mengangguk faham, sambil mencatat apa yang dikatakan Malaeka

tadi, pandangan aku dihalakan pada gadis itu seketika.

 

“Boleh saya tengok tangan dengan kaki awak?” Malaeka terdiam. Aku juga terkejut dengan permintaanku. Aku tahu, agak keterlaluan bunyinya. Malaeka tersenyum

seraya mengangguk. “Boleh doktor, tapi tengok macam ni sahaja ya? Saya tak boleh tunjuk lebih-lebih.”

 

Aku pantas mengangguk untuk mengelakkan salah faham. Aku hanya memandang seketika tangan dan kaki Malaeka dengan ditutupi jubah hitam yang dipakainya.

Aku lihat kakinya pendek dan bengkok. Entah kenapa hati aku tiba-tiba menjadi sayu walhal aku sudah menjumpai lebih ramai pesakit yang mana keadannya lebih

teruk dari Malaeka.

 

“Jadi awak pernah terima apa-apa rawatan yang sesuai untuk penyakit ini?”

 

“Pembedahan dan Pamidronate. Doktor mesti tahu ubat tu, bukan?” Aku mengangguk lagi, memang aku tahu Pamidronate itu merupakan rawatan yang sering digunakan

untuk mengurangkan tahap kekerapan tulang pesakit dari terus patah. Maklumlah, penyakit ini tidak boleh hilangkan terus, hanya boleh kurangkan kesakitan

sahaja.

 

Kali ni aku tidak tahu hendak menyoal apa lagi. Rasanya aku sudah sediakan soalan yang begitu banyak sejak di UKM tempoh hari. Sengaja aku tidak menyimpan

soalan-soalan tersebut kerana aku terlalu yakin yang aku boleh mengingatinya. Tapi aku jadi bingung serta-merta ketika bertemu Malaeka.

 

“Jadi saya rasa kita..”

 

“Bradfield..”

 

Kami bersuara serentak, Malaeka yang sedang membaca nama Dr. J.J.C. Bradfield itu memandangku. Kemudian dia ketawa.

 

“Saya rasa kita tak patut berjumpa di perpustakaan. Ini akan menyebabkan saya hilang tumpuan terhadap semua soalan doktor.” Malaeka berkata perlahan sambil

tersenyum malu. Aku turut ketawa.

“Saya pun rasa macam tu,” usikku lalu kami meneruskan ketawa. Seorang wanita yang kelihatan agak berusia memandang kami dengan pandangan kurang senang.

Segera kami memberhentikan ketawa. “Ini sebab kedua kenapa kita tak boleh ada di perpustakaan, gelak mengilai-ngilai!” Kataku lagi dan kali ini Malaeka

cuba menahan tawanya. Namun aku terkesima seketika semasa melihat lesung pipitnya.

 

Segera aku membuang pandang. Aku terus menyimpan buku nota di dalam poket. “Eh, dah habis?” Malaeka mula pelik. Aku tersenyum dan mengangguk buat kesekian

kali. “Saya sebenarnya terlupa nak tanya apa lagi. Nanti kalau saya dah ingat, kita jumpa lagi ya?”

 

“Saya tak pastilah bila lagi saya ada kelapangan.” Jelas riak bersalah pada wajah Malaeka ketika dia menyatakannya. Segera aku mengeluarkan kembali buku

nota dan menyalin sesuatu di dalamnya, lalu kuhulurkan padanya.

 

“Ini nombor saya, awak boleh telefon atau mesej saya kalau ada kelapangan. Kalau awak ada Whatsapp lagi bagus!” Aku tidak pasti apa yang aku buat sekarang

ni betul atau salah. Sungguh tak tahu malu tindakanku ini. “Err maksud saya, nanti kalau ada kelapangan awak boleh kongsikan lagi fasal O.I. pada saya

tak?” Malaeka tersenyum, tiada lagi kerutan dari keningnya.

 

“InsyaAllah boleh. Saya yakin, Allah akan mudahkan urusan doktor. Bukan senang nak cari doktor yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk mengkaji

penyakit tertentu. Kadang-kadang pelajar tahun empat atau lima akan fikir dua-tiga kali untuk menyoal jawab pesakit walaupun pesakit dah ada kat depan

mata.”

 

Aku hanya menundukkan kepala ketika mendapat pujian. “Saya pun harap matlamat saya dipermudahkan sepanjang seminggu berada disini.” Kataku mengakhiri perbualan

sebelum masing-masing meminta diri untuk pulang ke rumah.

***

Aku tersenyum ketika panggilan ‘doktor’ dari Malaeka itu terngiang-ngiang di telingaku. Aku hendak menghalang dia dari memanggil begitu lagi kerana aku

masih pelajar perubatan, tetapi rasa seronok dan comel pula bila Malaeka yang menuturkannya.

 

“Macam mana? Dah jumpa dia?” Tanya Muhajir setelah aku tiba di rumah sewanya. Memang besar banglo ini, harga sewa pun mesti ‘besar’. “Alhamdulillah, dah.”

 

Muhajir adalah kawan aku semenjak sekolah menengah lagi. Sekarang dia dah bermastautin kat Australia sebab nak jaga syarikat ayah dia kat sini. Kadang-kadang

terfikir juga aku, kenapa Muhajir tinggal di rumah sewa sedangkan dia anak orang kaya.

 

“Wah, jadi kau dapat tanya macam-macamlah tadi ya?” Aku hanya tersenyum nipis. “Sempat tanya yang penting aja.”

 

Muhajir tampak sedikit hairan. “Kenapa pula? Dia ada kelas ke?” Aku menggeleng. “Tak ada, tapi aku yang tiba-tiba tak tahu nak tanya apa. Banyak soalan

yang aku dah lupa, salah aku juga sebab tak salin soalan siap-siap.”

 

Tiba-tiba Muhajir ketawa. “Mesti cun sangat awek tu sampai kau boleh lupa.” Aku juga turut ketawa, hendak mengiyakan kata sahabat aku itu tetapi takut

dia akan salah faham. Memang Malaeka cantik, tapi tak adalah sampai aku jatuh cinta pandang pertama.

 

Muhajir mengajak aku untuk tinggal dirumahnya sepanjang aku berada di Sydney. Banglo itu mula sunyi semenjak teman serumahnya melancong ke Perancis untuk

menghabiskan cuti semester. Dengan kelapangan yang ada aku mula mencari mengenai Osteogenesis Imperfecta kembali di internet. Aku membaca setiap lapan

jenis yang ada dalam penyakit O.I. .

 

Kalau dibaca semua jenis yang ada, memang Jenis Ketiga agak kritikal berbading jenis-jenis yang lain. Jenis ketiga perlukan penjagaan yang begitu rapi

kerana pesakit terlalu senang mengalami kepatahan tulang. Jangka hayat bagi pesakit Jenis Ketiga adalah sama seperti manusia normal, tetapimereka perlukan

sokongan dari segi mental dan fizikal. Di luar negara, pihak hospital tidak membenarkan pesakit disentuh oleh mana-mana petugas akibat tulang pesakit yang

terlalu rapuh.

 

Hanya ahli keluarga mahupun penjaga yang begitu rapat sahaja berhak menjaga pesakit jika mereka tinggal di hospital. Tetapi di Malaysia, tidak ramai yang

mengetahui akan penyakit ini, Osteoporosis lebih popular berbanding Osteogenesis Imperfecta.

 

Fikiranku masih melayang pada Malaeka, bagaimana gadis berusia 25 tahun itu boleh berdikari di Australia seorang diri?

***

Hari ini merupakan hari keempat aku berada di Sydney, semalam aku hanya sempat pergiHarbour Bridge dan Opera House sahaja. Dapatlah juga serba-sedikit

pengalamanmakan laksa di Ipoh On York yang terletak di Jalan York, bertemu dan bergambar denganAborigin.Kemudian sempat makan kebab di Kebab Pizza Pide

sebelum pulang ke rumah sewa Muhajir.

 

Sempat juga aku membeli baju sejuk ketika bersiar-siar di Paddy’s Market. Muhajir sudah senyum mengusik kerana baju sejuk itu aku beli di bahagian pakaian

wanita. Aku tak tahu kenapa aku akan berasa ralat kalau tak membeli apa-apa untuk Malaeka. Dia juga tidak pernah menghantar mesej mahupun menelefonku selepas

pertemuan tempoh hari. Aku rindu dia, tapi aku menganggap itu hanya permainan syaitan yang sedang menghasutku. Sekejap lagi aku akan pergi ke Universiti

Sydney lagi untuk berjumpa Malaeka. Harap dia ada kelas hari ini.

 

Sementaranak bersiap tu aku buka Facebook sekejap di telefon. Aku nampak suatu ‘post’ yang berjaya menarik perhatianku dari Maisun.

 

Kawan-kawan, doakan rakan saya selamat. Tiba-tiba dia sesak nafas dan terus dikejarkan ke hospital. Risau sangat. ?

 

Aku menyoal Maisun dengan pertanyaan ‘siapa?’ di bahagian kotak komen. Dan satu notifikasi muncul di telefon bimbitku. Maisun sudah menjawab pertanyaanku

yang seolah-olah sudah dapat aku mengagak siapakah gerangan yang dimaksudkan.

 

Malaeka. Kau ada kat Sydney lagi, bukan? Datanglah melawat dia..

 

Aku terus bergegas keluar dari rumah setelah mengetahui lokasi Canterbury Sydney. Aku hanya terfikir hendak naik teksi sahaja untuk lebih cepat sampai

ke hospital. Aku terus masuk ke dalam perut teksi dan menghulurkan berapa keping AUD pada pemandu itu. Langsung tidak terfikir hendak mengira harga tambang

teksi itu. Bila pemandu teksi memulangkan baki segera aku menyimpannya di dalam poket. Mengambil masa tidak sampai setengah jam, aku berlari ke bahagian

kecemasan dan hantar mesej pada Maisun melalui Facebook.

 

Kata Maisun, Malaeka berada di wad tingkat dua. Aku menaiki tangga dan terus mencari nama Malaeka pada senarai nama-nama pesakit di setiap wad yang ada.

Selepas jumpa aku meneruskan larian mencari biliknya. Aku membuka pintu bilik tanpa memberi salam terlebih dahulu.

 

Dan…. inilah padahnya bila aku terlalu cemas, aku tidak mampu berfikir dengan lebih rasional bila melakukan sesuatu tindakan. Jelas Malaeka terperanjat

dengan kehadiranku lantas mengambil selimut untuk menutup seluruh tubuhnya.

 

“Maaf!” Serta-merta aku keluar dari bilik sambil menepuk dahi. Astaghfirullah, aku ternampak auratnya. Aku sangat menyesali atas perbuatanku yang mudah

tergesa-gesa.

 

“Dah lama sampai, Mahran?” Sapa Maisun seperti sudah lama bersahabat denganku walhal ini baru kali pertama kami bersua.“Baru sampai.”

 

“Kenapa tak masuk?”

 

“Err, tadi.. dia tak sempat pakai tudung lagi..” jawabku masih berasa serba-salah.Maisun menutup mulutnya. “Maknanya kau nampak..”

“Ya..”

 

Kami sama-sama terdiam seketika. Tidak tahu hendak kata apa lagi. “Maisun, kau masuklah dulu. Kau bagi baju ni kat dia ya.” Aku menghulurkan sebungkus

plastik pada Maisun. “Eh alang-alang kau dah sampai sini, kau jumpalah dia dulu.”

 

“Aku malu..”

 

“Tak apa, bukannya kau sengaja. Kau tunggu sini, biar aku masuk dulu. Kalau dia dah pakai tudung, kau masuk sekali ya?” Maisun mula memberi cadangan. Ada

benarnya, lagipun aku takut aku tak dapat jumpa Malaeka lagi. Aku ingin tahu kenapa dia ditahan di wad.

Dan sejujurnya, aku terlalu rindukan dia.

***

Kejadian pagi tadi masih tidak dapat aku lupakan. Malaeka pun seperti hendak tak hendak sahaja menjawab soalanku. Mungkin dia marah ataupun tidak larat

untuk meneruskan perbualan. Aku semak laporan kesihatan Malaeka. Tulang rusuknya patah ketika hendak bersiap ke kelas jadi dia tidak dapat bernafas dengan

betul. Aku ingin memberikan kata-kata semangat padanyatetapi lidahku kelu.

Nada telefonku berbunyi tanda ada mesej masuk. Aku membukanya dalam keadaan tanda-tanya.

 

Assalamualaikum.. terima kasih doktor. Macam tahu-tahu aja yang saya perlukan baju sejuk. ?

Aku tersenyum, tak sangka senyumanku menjadi lebar setelah membaca mesej dari Malaeka. Selepas menjawab salam, dengan pantas aku membalas mesejnya.

 

Awak jaga diri baik-baik ya. Esok saya ziarah awak lagi. Tapi kali ni saya janji, saya akan bagitahu awak awal-awal yang saya nakdatang melawat awak, okey?

***

 

“Assalamualaikum,” salamku disambut Malaeka dengan mesra. Maisun dan Maknunah akan datang menziarah selepas habis kelas.Meharunnisa pula baru saja balik

dari melawat Malaeka, katanya dia akan cuba semampu yang boleh untuk membantu menyediakan nota untuk Malaeka yang sudah tertinggal kuliah selama dua hari.

Ini semua sumber yang aku perolehi dari Meharunnisa sendiri ketika terserempak di pintu utama hospital.

 

Aku menghampiri katil Malaeka dengan penuh debaran. Kali ini aku mengaku, aku memang sudah jatuh hati padanya. Tak sangka pertemuan ini akan menimbulkan

‘perasaan unik’ dalam masa singkat.

 

“Macam mana hari ini? Pernafasan okey?” Soalku seolah-olah Malaeka adalah pesakitku. Heh, walhal aku masih pelajar, belum layak lagi untuk digelarsebagai

doktor.

 

“Alhamdulillah dah kurang sakit, doktor. Tapi masih takut nak bergerak, nak tarik nafas pun kena perlahan-lahan.” Aku mengangguk faham, simpatiku terhadapnya

semakin meningkat.

 

“Malaeka..” dia memandangku hairan, mungkin terkejut kerana aku jarang memanggil namanya. “Boleh tak saya nak berterus-terang?” Aku memang tak pandai nak

menyembunyikan perasaan ini lagi. Aku tak suka rasa cinta pada seseorang wujud dalam hidup aku kalau tidak diakhiri dengan ikatan yang sah.

 

Kalau jodohku bukan dengan dia, tak mengapa. Sekurang-kurangnya aku sudah menjalankan tanggungjawabku untuk tidak membiarkan rasa cinta ini berlarutan.

 

“Boleh doktor, fasal apa tu? Tentang penyakit saya, ya?” Aku menggeleng laju, bimbang dia risau akan penyakitnya.

 

“Bukan, ini fasal cinta.”

 

Aku memejam mata setelah melihat Malaeka seperti tiada respon. Tanganku digenggam perlahan, cuba mencari kekuatan untuk berterus-terang dengannya. “Saya

mula tertarik dengan awak sejak pertama kali berjumpa. Saya tertarik dengan mata awak yang berwarna biru. Saya tertarik dengan lesung pipit awak dan saya

memang rasa tak jemu tengok awak.

 

Kali kedua kita jumpa, saya ternampak sesuatu yang tak sepatutnya saya lihat. Memang saya yang salah, tapi dalam masa yang sama saya.. saya nak tatap lagi

wajah awak macam semalam. Saya tahu, apa yang saya kata ni agak teruk, sebab itulah sebelum saya balik Malaysia..”

Aku pandang wajah Malaeka dengan tepat dan serius.

 

“Saya nak lamar awak, untuk jadi isteri saya.”

 

Bulat mata Malaeka memandangku. Kalau aku berada ditempatnya pun pasti akan terkejut. Tak lama kemudian, dia tersenyum tawar. “Doktor, saya nak rehat.”

“Malaeka..”

 

“Baliklah doktor, saya nak tidur sekejap.” Aku tergamam setelah Malaeka bertegas berkata begitu. Aku tiada pilihan, mahu tak mahu aku terpaksa melangkah

keluar dari bilik dengan langkah yang berat. Memang aku kecewa dengan respon yang diberikan Malaeka, kerana perbualan kami tergantung begitu sahaja.Aku

berasa malu hendak berjumpa dengannya lagi. Bukan malu kerana keadaan kesihatan Malaeka, tetapi malu akibat rancanganku yang tidak menjadi kenyataan. Derap

langkah diteruskan diiringi kekecewaan yang membisa hati ini….

***

Aku mengemas beg pakaian tanda perjalananku di Sydney sudah hampir ke penghujungnya. Malam selepas kejadian lamaranku ditolak, Malaeka ada menghantar sepucuk

surat untuk aku. Surat itu sempat dikirimkan Maisun ketika aku menenangkan diri di kafe hospital. Sehingga kini aku tidak tahu hendak membalas apa, kerana

aku rasa bersalah dengan perbuatanku tempoh hari.

 

Assalamualaikum doktor.. pertama sekali, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf kerana bertindak kurang sopan siang tadi. Maaf.. ?

 

Saya rasa, itu tindakan paling sesuai untuk saya lakukan. Kalau kita teruskan perbualan, mesti saya akan menangis di hadapan doktor. Saya tak nak macam

tu. Doktor tahu kenapa saya jadi kurang ajar tadi? Sebab saya sangat susah nak percaya bahawa ada insan yang boleh jatuh hati terhadap saya.

 

Bila doktor adakan sesi melamar tadi, hati saya seperti disiat-siat. Seolah-olah ada lelaki yang sedang mempersendakan saya. Mana mungkin ada insan yang

akan cintakan saya. Ramai lagi wanita diluar sana yang layak dan sangat sesuai dijadikan sebagai isteri doktor, bukan saya. Saya sedar siapa saya….

 

Saya pernah bertunang, tetapi tunang saya meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah. Arwah dikebumikan tidak jauh dari tempat saya tinggal. Sebab itu

saya sanggup belajar dan dan ambil kos yang sama dengan arwah, sebab saya nak rasa apa yang bekas tunang saya alami sepanjang belajar disini. Kata keluarganya,

tunang saya terlalu tertekan ketika tinggal di Australia. Tetapi satu hari, Allah tunjukkan saya siapa kawan-kawannya. Mereka sekelas dengan saya, rupanya

merekalah yang mengajaknya untuk menjadi penagih dadah dan nak dijadikan cerita lagi, arwah ada lagi dua orang teman wanita dari negara ini.

 

Memang saya rindukan arwah, tapi dalam masa yang sama saya rasa malu sangat kerana selama ni saya sangka diri saya layak memiliki cinta. Kalau layak, takkan

mungkin nasib saya begini.

 

Doktor, terima kasih atas luahan hati doktor sebentar tadi. Saya terharu, tapi saya masih belum boleh lupakan peristiwa itu. Kalau benar apa yang doktor

katakan tadi, sama-sama kita mohon pada Allah S.W.T. , mohon agar kita diberikan petunjuk. Kalau sebaliknya, anggaplah kita tak pernah bersua….

 

Air mataku mula bergenang. Pelik sungguh kerana aku terlalu mudah merasa sayu jika ianya berkaitan dengan Malaeka. Dengan tulisan tangan yang tidak berapa

jelas dakwatnya, aku mengerti bahawa keadaan Malaeka kini begitu lemah. Mungkin tangannya tidak kuat untuk menekan mata pen di atas kertas. Kesudahan kami

berakhir disitu sahaja.

***

Setelah tiga tahun masa berlalu, aku sudah berjaya menamatkan pelajaran di UKM, kini aku sudah memiliki sebuah klinik di luar bandar. Setiap hujung minggu,

aku akan adakan satu seminar mengenai penyakit-penyakit yang jarang didengari di Malaysia. Aku akan buktikan bahawa aku boleh pikul tanggungjawab tersebut

setelah menjadi doktor. Bagiku, jadi doktor bukan untuk mengejar kerjaya dan gaji semata-mata, namun sokongan moral terhadap pesakit juga amat penting.

 

Dalam masa tiga tahun ini, aku sudah berjumpa dengan ramai wanita. Wanita-wanita itu telah termasuk dalam senarai untuk menjadi calon isteriku. Itu belum

lagi pilihan kedua orang tuaku.

Namun aku percaya pada takdirNya dan aku lebih percaya pada apa yang telah tertulis untukku.

 

Nur Malaeka Muayyad, akhirnya dialah wanita yang dipilih oleh Allah untuk dijadikan sebagai teman sehidup sematiku. Kami pergi dan elak macam mana sekalipun,

ada saja kejadian yang akan membuatkan kami terserempak dan berjumpa ketika masing-masing berada di ibu kota.

 

Aku bertemu dengan Malaeka pada bulan lepas ketika mencari ensiklopedia kesihatan di perpustakaan awam. Wajahnya dah lain, semakin kurus tetapi semakin

cantik. Sekarang dia menjadi pensyarah dalam jurusan muzik di kolej swasta selepas tamat belajar dalam bidangDoctor of Musical Arts. Selama ini aku benar-benar

lupa hendak bertanya kos apa yang diambilnya. Maknanya kami sama-sama sudah bergelar doktor sekarang.

 

Kami menahan tawa apabila ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi di perpustakaan. Cuma lokasinya sahaja yang berbeza. Akibat terlalu sibuk dengan kerjaya

masing-masing, kami hanya sempat bertukar nombor telefon dan e-mel ketika pertemuan di perpustakaan itu.

 

Dua minggu kemudian, aku terus bernikah dengannya setelah kami yakin bahawa jodoh kami memang sudah tertulis. Ramai yang mengenaliku tidak menjangka dan

terkejut dengan pilihanku. Jawapan aku mudah sahaja, Malaeka bermaksud bidadari. Jadi aku berasa sangat beruntung kerana dijodohkan dengan Cahaya Bidadari.

 

Aku ingat lagi pesananku pada Malaeka diawal perkahwinan.

 

“Jangan ingat takkan ada manusia yang sayang pada kita. Walau tak sesempurna manapun diri kita, akan ada insan yang menghargai kekurangan dan kelebihan

kita. Kalau tak ada, yakinlah bahawa Allah telah tetapkan yang terbaik di syurga nanti.”

 

“Terima kasih, abang. Terima kasih banyak-banyak.” Katanya sayu pada malam itu, tubir matanya bergenang dengan manik-manik jernih. Malam itu Malaeka tidak

berapa sihat kerana kurang cukup rehat ketika persiapan untuk majlis pernikahan. Aku mengusap bahunya perlahan.

 

“Bidadari abang kena kuat, pedulikan apa orang akan kata pada Bidadari nanti. Kalau ada yang mengeji atau mencaci, anggaplah itu satu tiket untuk Bidadari

mudah pergi ke syurga kelak.” Aku suka memanggilnya Bidadari. Panggilan itu membuatkan aku berasa isteriku lebih istimewa dari wanita lain. Dia hanya tersenyum

nipis dan mengangguk tanda akur.

 

Jangan jadikan penyakit yang dihidapi sebagai alasan untuk kita tidak berhak mendapat cinta.

-TAMAT-