“Abang,
laptop saya kena curi. Habis semua dokumen penting saya dalam tu. Dahlah nak
guna minggu ini urgent pula tu.”
Berkerut
kening lelaki berumur 35 tahun itu. Meletakkan fonnya. Panggilan tadi dari
isterinya. Isterinya yang jarak umur 7 tahun darinya itu sedang menghabiskan
penulisan tesisnya di peringkat sarjana di universiti.
Nak
tak nak, pasangan itu terpaksa berjauhan. Berjumpa sekurang-kurangnya dua
kali sebulan. Si suami buka gerai makan kecil saja di kampungnya. Kerja
sendiri. Oleh kerana isterinya ada degree, dia pula hanya sampai di peringkat
diploma, lelaki itu mencadangkan isterinya sambung belajar. Peluang untuk
isterinya itu mendapat kerjaya yang lebih baik mungkin lebih cerah. Itu yang
terbaik pada hematnya.
“Ibu
nak balik?”
Anak
tunggal perempuannya yang berumur 5 tahun menyentuh tangannya. Tersentak
seketika dari lamunan.
“Tak,
ibu sibuk study. Sibuk baca banyak buku. Minggu depan, kita pergi jumpa ibu
ya?”
Senyum
sambil membelai rambut anaknya itu. Mujurlah anak kecil itu tidak banyak
kerenahnya. Seolah-olah memahami ibunya bertungkus lumus berjuang menimba
ilmu. Demi masa depan keluarga mereka.
“Mana
aku nak cari duit seribu dua dalam masa satu minggu ni? Aduh.”
Kepalanya
kusut seketika. Sudahlah jualan di gerainya itu akhir-akhir ini makin
perlahan. Lokasi kedai dalam kampung pula tu. Sejak cukai dalam negara dinaikkan,
semua barangan naik mendadak harganya. Secara tidak langsung, kos dan modal
meningkat. Peniaga kecil sepertinya terbeban.
Mundar-mandir
sendiri dalam rumah. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.
“Abah,
peninglah tengok pusing-pusing.”
Anaknya
mengomel. Mengusik hatinya.
“Abah
exercise ni. Nak jadi hensem kenalah bersenam. Nak abah yang hensem tak?”
Dia
mencubit manja pipi tembam anaknya. Geram. Comel sangat. Anaknya gelak-gelak
sambil melarikan diri dari ayahnya itu.
Dalam
kekalutan fikiran, mujurlah Allah anugerahkan si kecil itu menyejukkan hati
dan perasaan. Dia melemparkan pandangannya ke halaman rumah. Matanya fokus
pada motosikal EX5 miliknya. Hatinya berbisik, jualkan saja. Itu saja caranya
untuk dapatkan wang segera. Nak harapkan duit dalam bank, memang tak
mencukupi. Beberapa ratus saja yang ada. Nak pinjam dengan orang, segan pula
rasanya. Lagipun, masih ada sebuah kereta Kancil untuk berulang-alik.
Lelaki
itu membulatkan tekadnya.
**
Tunai
sudah ada dalam tangannya. Tolak saja di kedai cina berhampiran. Mujur masih
lekat harga dalam dua ribu. Cukuplah tu untuk beli sebuah laptop baru.
“Kita
buat surprise kat ibu, nak? Jom kita gi jumpa ibu hari ini!”
Si
kecil itu terlompat-lompat riang bila dengar nak jumpa ibunya. Pagi-pagi
lagi, dua beranak itu dah siap-siap. Anaknya senyum saja dengan gaun merah
jambunya. Duduk di seat sebelah ayahnya dengan tali keledar kemas dikenakan.
Langsung tidak dimaklumkan pada si isteri, mereka akan pergi menemuinya di
kampus. Perjalanan dalam empat jam merentasi negeri.
Dalam
kereta, si ayah berborak dengan anaknya.
“Kamu
nanti, kena jadi rajin macam ibu ya. Ibu pandai. Tak macam abah sekolah pun
ponteng-ponteng. Belajar pun sekadar lulus saja.”
Anaknya
tengok saja wajah ayahnya yang sedang memandu sambil berceloteh. Senyum
dengan bibir mungilnya.
“Abah
nak kamu jadi solehah macam Fatimah az-Zahra.”
Anaknya
bertanya,
“Siapa
tu?”
Ayahnya
membalas lembut,
“Rasulullah
s.a.w. pernah bersabda, “Fatimah sebahagian daripadaku, dan barangsiapa yang
menimbulkan kemarahannya juga menimbulkan kemarahanku.” Fatimah adalah anak
Nabi s.a.w. yang paling bongsu. Nak tahu kenapa Rasulullah s.a.w. sayang
sangat padanya? Sebab beliau perjuangkan Islam sebagaimana Rasulullah
perjuangkan. Sayang kepada agama lebih dari segalanya. Sayang sekali sama
ayahnya.
Pernah
ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang
ketika Nabi s.a.w. sedang sujud menyembah Allah SWT, dengan menangis sedih
Siti Fatimah membersihkan tubuh Nabi sa.w. daripada kotoran yang ditaburkan
oleh kaum Quraisy.”
“Fatimah
seorang yang suka belajar. Rajin menuntut ilmu dari ayahandanya. Apa yang
ayahnya tak suka, dia benci sama. Apa yang ayahnya suka, dia turut cinta.”
Anaknya
tersengih saja melihat ayahnya bercerita. Ayahnya mengerling geli hati
melihat telatah anaknya yang sedikit terlopong. Entah faham, entah tidak.
“Sayang
abah tak?”
“Sayang
sangat!”
**
Hari
sudah petang ketika kereta mini itu tiba di perkarangan asrama universiti. Si
suami mendail nombor isterinya. Tanya isterinya di mana. Tanpa maklumkan
mereka berdua telah sampai di sana. Isterinya membalas,
“Saya
outing hari ini, bang. Pergi perpustakaan universiti. Tak ada di asrama.”
Suaminya
itu sedikit hampa. Alang-alang dah datang, tunggu sajalah di garaj kereta.
Berhampiran saja dengan asrama isterinya.
Seketika,
anaknya melambai-lambai tangannya dari dalam kereta. Dia menjenguk sama.
“Ibu,
ibu!”
Anaknya
menunjuk-nunjuk jemarinya ke arah seorang wanita yang sedang berdiri di
hadapan asrama. Tak lama, tiba sebuah kereta Honda Civic Type-R berhenti
betul-betul di sebelah isterinya.
Hatinya
mulai berdebar-debar. Keluar seorang lelaki lagaknya seperti orang kerja
pejabat. Segak bergaya. Buka pintu untuk isterinya masuk ke dalam kereta.
Berlalu dari situ.
Suami
tidak tunggu lama. Hidupkan kereta. Follow kereta tadi dari jarak agak jauh
supaya tidak disedari. Dia cuba call isterinya. Oh. Fon si isteri telah
dimatikan. Menyebabkan debaran jantungnya hampir tergendala.
Kedua-dua
kereta itu telah pun sampai ke Genting Highland.
“Library
apa di Genting Highland?!” Bentak hatinya yang sedang berkecamuk.
Parking
jauh sikit sambil matanya tidak berkelip sikit pun dari mengintai sang
isteri. Hatinya masih berharap, ini semua cuma sangkaan buruk hatinya.
Mungkin isterinya ada kerja di situ.
Lelaki
itu keluar dari kereta. Isterinya juga keluar sama. Si lelaki meraih tangan
isterinya. Berpegangan tangan. Seperti pasangan kekasih. Isterinya memaut
lengan lelaki, melentokkan kepalanya sedikit di bahu.
Saat
itu juga, jatuh menitik air mata si suami semahunya. Hanya Tuhan yang
mengerti segala!
“Ini
ke perpustakaan awak tu?!”
Pasangan
sejoli itu berpaling ke arah suara yang menengking. Detik itu juga, tumbukan
padu singgah di muka lelaki tak guna. Namun, tumbukan itu dibalas kembali
bertubi-tubi. Lawannya itu lelaki sado. Lelaki sasa yang masih muda. Akhirnya
yang rebah terkulai adalah dirinya sendiri.
Anak
perempuannya berlari mendapatkan ayahnya. Menangis-nangis. Dalam
terketar-ketar, si suami bersuara.
“Abang
datang untuk berikan laptop yang awak minta. Datang dengan anak nak
surprisekan awak, nak happykan awak, tapi tak sangka abang yang terima
surprisenya!”
Isterinya
itu membalas bongkak,
“Aku
tak suruh pun kan datang hari ni?! Dahlah, aku dah tak nak kau lagi. Kita
berpisah saja. Kau hantar aku masuk universiti, sebab nak aku yang sara
keluarga lepas keluar universiti nanti? Eh, aku tak bodohlah.
Buat
apa aku hidup dengan lelaki yang harapkan gaji isteri?! Kau sedarlah diri
sikit. Lelaki yang kau serang ni yang banyak tolong aku di sini. Dia baik
hati, tak kedekut macam kau. Kau hantar tiga empat ratus sebulan mana cukup?
Kau ingat aku budak sekolah ke? Duk kat bandar tak macam kat kampung! Nak
pakai duit banyak!
Laptop
tu bukan kena curi pun. Aku sengaja nak kau bank-in duit, sebab alat
kosmetik, supplements aku dah habis. Aku tak suruh pun kau belikan laptop baru.
Lurus bendul la kau ni. Sudahlah. Jangan buat hal sini. Kita jumpa saja di
mahkamah!”
Hancur
lebur hati si suami mendengar kata-kata isteri kesayangannya. Berubah terus.
Baru dia perasan isterinya sudah pandai bergaya, pakai cantik-cantik tak
pernah pula dipakai sedemikian di depannya.
“Anak
tu hak aku! Aku akan tuntut hak penjagaan anak.” Wanita itu menuding jarinya
ke arah si kecil.
Anaknya
itu tidak bergerak dari sisi ayahnya. Mendakap erat. Tak mahu lepaskan.
Menangis-nangis sambil berkata pada ibunya,
“Tak
nak ibu! Tak nak ibu! Nak sayang abah macam Fatimah sayang Nabi!”
Ibunya
tergamam. Tak menduga sebegitu jawapan anak kecil itu.
Ayahnya
juga turut terkesima. Bagai disuntik kekuatan baru, sang suami bangun.
Perlahan-lahan berlalu dari situ dengan memimpin tangan anaknya. Tanpa
berpaling langsung ke arah pasangan sejoli di belakangnya.
Hatinya
tawar sehabis tawar. Dalam hatinya pasti, bukan kerana dia tidak pandai
mendidik isteri.
Bukan
kerana berjauhan memisahkan dua hati. Bukan kerana dia tak cuba sedaya
upayanya atau kerana tidak ikhtiar seikhlas hati. Ini semua ujian Tuhan.
Untuk buatnya lebih tabah hadapi kehidupan.
Bila
hati dah tak sayang. Bila setia dah hilang bisanya.
Apa
saja yang dihamburkan isterinya tadi, itu semua alasan.
“Katalah
apa yang kau ingin, selagi kau dapat berkata!”
|
selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Wednesday, August 5, 2015
INSAN DAN PENGORBANAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment