Friday, December 23, 2016

Temubual Pesona Pengantin

salam jumaat. before this, en. sharulizam PPK kaunseling jabatan ku merisik khabar untuk aku ditemubual bagi pihak isterinya. herm, isterinya merupakan seorang editor di Karangkraf bahagian majalah Pesona Pengantin. aku sekadar bersetuju demi memudahkan urusan istrinya. yang membuatkan aku terkejut, sesi soal jawab akan berlaku menerusi whatsapp. ini first time bagiku. jika sebelum ni aku ditemuramah secara life. mampukah aku melontar jawapan sesuai dengan suasana. malam isnin lepas baru aku mendapat soalan-soalan dari puan Linda. terdapat lebih kurang 16 soalan kesemuanya. nampaknya aku perlu bekerjasama dengan hubby untuk menjawab soalan-saoalan tersebut. topiknya berkisarkan hebatnya kuasa cinta sempena bulan Februari. kata puan Linda, pihaknya menemubual 3 pasangan iaitu pasangan jarak jauh, pasangan jarak usia dan pasangan kurang upaya. dek kerana kesuntukan masa, aku menjawab seberapa pantas yang boleh. menjelang 12.00 malam, baru ia dapat diselesaikan. kini, aku menunggu balasan whatsapp puan Linda seterusnya. keesokan hari, puan Linda menyatakan keingginan untuk mengambil 3 atau 4 keping gambar aku bersama family. menggelabah jugalah aku. kerana aku ni bukan minah gambar dan tak obses dengannya. lainlah ketika aku dapat melihat dulu. keadaan menjadi sedikit sukar kerana kegagalan memberi gambar penuh seperti yang dikehendaki. tetapi aku tetap tidak putus-asa. kumeminta beliau mengambil dari album di FB. alhamdulillah. 2 hari kemudiaan, beliau telah siap membuat artikel dan lay out grafik kisahku. artikelnya telah dihantar kepada ku sekali lagi menerusi whatsapp, untuk dibetulkan sedikit sebanyak sebelum di submit ke kilang. beliau juga menyatakan hasrat untuk bertemu di pejabat sekiranya majalah tersebut telah keluar di pasaran. dia turut menyatakan kesudian membantuk ku membeli buku latihan sekolah anak dengan harga diskaun. terima kasih puan Linda atas kesudian mengangkat secebis kisah hidup ini. note : artikel akan saya letak kemudian, setelah majalah itu keluar nanti.

Monday, December 19, 2016

Part Time Juru Urut Di Pertama Terapi Zone

terlebih dahulu jangan salah sangka ya. tajuk ini bukan berkisar kepada pencarian pekerja urut. sebenarnya pada hari rabu lepas, saya terima satu panggilan telefon dari cashier PTZ yang memohon saya untuk menggantikan staff mereka yang bercuti di hujung minggu sabtu dan ahad. tanpa fikir panjang, disebabkan tengah sibuk bekerja saya mengiakan sahaja. tapi amat mujur sekali kerana saya tidak mempunyai plan rigik pada hujung minggu ni. cuma hajat untuk mencuba MRT perlu ditunda dulu. tak apalah. rezeki untuk saya dan rezeki juga untuk mereka. terima kasih untuk staff PTZ yang banyak membantu sepanjang 2 hari berada di sana. hati ni teruja juga kerana telah lama saya tidak membuat part time di kedai. pada hari sabtu pemulanya adalah warga negara Singapura dan penyudahnya semalam juga seorang dari Singapura. rata-rata mereka ni sedang bercuti di Malaysia sempena hujung tahun. Alhamdulillah atas kurniaan dari Yang maha Esa. 2 hari dapur rumah tidak berasap dan makan di luar sahaja. terima kasih kepada hubby yang membantu menghantar dan mengambil aku pulang dari tempat kerja. semasa menikmati makan malam, terimbau kenangan-kenangan lalu sepanjang aku bekerja urut sepenuh masa. ia suatu saat yang tidak boleh dilupakan. pada sesiapa yang ingin berkunjung ke kedai PTZ silalah naik ke tingkat 3. lokasi berhampiran lif, kedai makan dan stor Machinda. selamat berurut!

Friday, December 16, 2016

Bihun Celup Di Shah Alam

lewat petang semalam kubersembang dengan Atul di talian. kasihan aku melihatnya yang mengalami morning signuss yang agak teruk. badannya dan tenaga menjadi susut kerana setiap makanan yang masuk ke tubuh akan dimuntahkan semula. pada akhir perbualan, aku bertanyakan seleranya. maksudku apa yang dia teringin makan, dengan sedikit segan dia menjawab bihun celup. wah, ke mana akan kumencari bihun celup di Shah Alam ini? aku bukannya gemar makanan sebegitu. takapalah hati ini nekad untuk membantu sekadar kemampuan aku dan hubby. usai makan malam, kumenjelajahi safari. harapan mekar berbunga indah kerana dimaklumkan terdapat kedai Haziq Tomyam di medan selera Delima seksyen 24. dengan bermotor kami menuju ke sana. malang nasib kami kerana gerai tersebut telah tutup. wah! di kala mencari begini minda gagal mentafsirkan panduan yang tepat. sekali lagi kujelajah ke safari. hampa. aku menjadi buntu. kembara kuteruskan ke seksyen 18 menuju ke Bob Coner. dah hari ni tak berniaga pula. motor segera dipacu ke seksyen 7 ke Aroma Thai. namun makanan yang dicari tetap tiada. beralih pula ke medan selra di sana. hasilnya tetap mengecewakan. semena-mena hubby memberi cadangan untuk ke medan selera seksyen 2. tapi hati aku mengatakan memang tiada di situ. kulayari sekali lagi safari, namun maklumat terakhir yang kuterima pada tahun 2014. terdapat sebuah gerai John Mi Celup Padang Jawa, namun nombor telefon pula tiada dalam perkhidmatan. hubby nekad juga ke seksyen 2. aku dengan lemah hanya menurut. aku hanya menunggu di pakiran. hanya hubby yang masuk ke dalam. selepas 5 minit hubby kembali dengan membawa sedikit khabar. semoga ia dapat memberi cahaya dalam pencarianku. terima kasih pada hamba Allah yang membantu memberi sedikit maklumat. hubby minta aku waze restoran Wira Sejati seksyen 18. terlebih dahulu aku ke safari untuk mengetahui nombor telefon dan masa operasi. 10.00 pagi hingga 10.00 malam. herm, takutnya aku kerena dah agak kelewatan. tiba-tiab aku dilanda sakit perut yang amat sangat. mujur ada tandas di KFC. dapatlah kumelepaskan hajat. setelah lega, kami meneruskan lagi perjalanan. hampir dengan restoran, hubby memaklumkan kedai masih lagi meriah. resah sedikit berkurang dalam dada. di kaunter, kami mengajukan pertanyaan. alhamdulillah bihun celup terdapat di sini. di restoran thai Wira Sejati. oh Wira kau memang sejati. membantu tepat pada masanya. harga sebungkus bihun celup ialah RM5.00. menu lain yang menjadi perhatian ialah Song Tam, laksam, pulut durian dan pulut mangga. semua makanan tradisi thai. jam hampir 10.45 malam barulah kami dapat menghantar juadah tersebut ke tangan ibu mengandung. kunjungilah restoran ini yang beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam. (bagi penggemar bihun celup di Shah Alam) jangan lepaskan! tau.tau.tau. segera.segera.segera. note : pulut durian berharga RM12.00.

Thursday, December 15, 2016

Milk Shake di Zawara Coffee

memandangkan dah petang-petang begini, menjelang waktu nak balik dari office, saje lah gatal tangan ni nak usha blog untuk update. harap-harap ada yang sudi baca walau hanya sebaris ayat. yesterday, morning, dapat notification emal menyatakan EFT untuk bayaran ELM dah masuk. wuhu hati bersorak riang. sebenarnya saya ni jarang buat claim. selalunya claim cuti ganti aje. ni memandangkan kerja siang malam, terasa pula nak buat claim. sempena meraikan 1st claim ni, tergerak hati nak merasa lazatnya milk shake di Zawara Coffee Bukit Jelutong U8. bertemankan waze hubby nekad memandu ke sana sekitar jam 8.30 malam. sesampai di sana, suasana eksklusif restoran menyambut ketibaan kami. hubby mula gelabah tak tahu nak order apa. untuk mententeramkan hatinya aku beri cadangan supaya kita orang take away sahaja. hubby hanya belikan pesanan untuk aku seorang. di kaunter pelayan mmemberitahu bahawa terdapat 3 pilihan milk shake iaitu oreo blueberry dan butter scortach. aku buat pilihan sekadar butter scortach sahaja. lagi pun aku kurang minat kalau milk shake perlu bercampur dengan cokelat. setelah membuat pesanan kami beralih ke meja untuk sementara menanti penyediaan minuman. untuk pengetahuan, harga secawan milk shake adalah RM12.00. mari kita rasa kemanisannya! adakah berbaloi? menunggu hamper 7 minit, plat pesanan berbunyi seperti nada panggilan telefon. siap lengkap dengan vibrate lagi. wow! canggihnya. bukan selalu hanya plat nombor sahaja diberi kepada pelanggan. pelayan kaunter tersengih menggamit suami untuk mengambil pesanan. dalam kereta aku tak sabar untuk menikmati minuman yang disediakan secara eksklusif ini. herm, rasanya hamper serupa dengan milkshake yang biasa dan pernah aku beli dari restoran-restoran lain. tiada beza. hati mula teringat dengan milk shake MCD yang suatu ketika dulu menarik seleraku. harganya cukup mampu iaitu RM2.50. itu sekitar 10 tahun lalu. kalau nak naik pun lebih kurang rm5.00 masih berbaloi-baloi kan! lepas tu kami bergegas ke kedai awe (hubby yang beri nama) untuk sambung minum. jus tembikai jadi pilihan akhirnya. dalam hidup ni aku belajar bersederhana. tak perlu ditayang-tayang dan dicanang segala kebahagiaan yang dipinjamkan Allah. cukup sekadar menyatakan rasa syukur pada Yang Memberi. pengalaman tersebut boleh dikisahkan untuk manfaat pada sesiapa sahaja dengan syarat tidak berlebih-lebihan. biarlah ku tidak diberi istana. jika dengan pemberian itu aku jadi lalai dan leka. namun jika ia dianugerahkan semoga diri ini trlindung dan berada di bawah lembayung rahmatNya. semoga dengan indhanya istana mampu pula aku berbahagi kebahagiaan pada sesama. tidak ada burung yang boleh terbang sepanjang masa di awan, akhirnya pulang ke sarang jua. okay. next time sambung lagi. ni cerit dah lari topic. hahahahahahaha. my lovely hubby dan yang halal bagiku dah pun sampai. chao chin chao.

Monday, December 12, 2016

Martabak Singapore

Herm cerita tentang makan lagi. Kali ni nak cerita tentang makan-makan bersama rakan pula. Pada malam tadi, aku hubby, nizam dan Atul berjanji untuk makan malam bersama kerana Atul sedang mengidam nak makan ABC dan sate ikan. Dia ni tengah mengandung dan di bawah zon mengidam. Apapun tahniah dari aku kerna korang ni bunting pelamin. Hehehehe. Seronoklah kan. Ekspedisi nak menyambut orang baru. Orang lain dok kalut dengan ekspedisi diri sendiri. Bersuka dan berseronok mencari hiburan di kala gundah. Lain pula cerita dengn orang yang nak hilangkan stress. Okay, kami ke destinasi yang dirancang dalam renyai hujan malam. Singgah makan di restoran Martabak Singapore di seksyen 16 Bangi. Paling marvouless di sini dah tentulah martabaknya kan. Nizam memesan martabak ayam cheese 2 layer. Huh, sedapnya tidak terperi. Cheese nya boleh ditarik-trik seperti cheesy lava pizza hut. Setelah itu kami berlangsung pula ke uptown econ save jln Reko untuk misi mencari sate ikan. Atul complain ABC nya tak menarik kerana flavor yang digunakan masam, tidak seperti sirap sebagai kelazimannya. Next week aku pula akan mengunjungi restoran ini sekali lagi. Ini kedai boleh dikatakan favourite semasa aku tinggal di BBB. nak makan martabak Singapore yang tersohor tak perlu lagi ke singapura kan.

Saturday, December 10, 2016

The Pisang Cheese & KuehCafe

daripada tajuk dah dapat tahu apa isi ceritanya kan. tentang pissang goring Cheese yang rangup dan meletup di sekitar Shah Alam. maklumlah kan sedang menikmati cuti panjang sempena Maulidurrasul dan keputeraan sultan Selangor. selamat bersemayam di atas takhta istana bagi Yang Dipertuan Agong ke15 ke bawah duli sultan Kelantan Darul Naim Sultan Muhammad V. raja yang dekat di hati rakyat jelata sultan Tengku Muhammad Faris Petra 47. turut mengangkat sumpah Timbalan Yang Dipertuan Agong sultan Perak Raja Nazrin Muizuddin Shah. semoga sejahtera tetap memayungi Negara tercinta. selamat berangkat pulang kepada Tuanku Abdul Halim Muazzam Shah ke istana anak bukit Kedah selaku Yang Dipertuan Agong yang ke14. selepas zohor kami bergerak mencari santapan yang dinginkan. dari waze aku search ke jalan Kristal seksyen 7. kami bersua dengan warung goring pisang Azmi. sayangnya di sini tidak terdapat pisang cheese seperti yang didambarkan. kemudian hubby pusing arah ke seksyen 7 berhampiran dengan gedung jakel. di sini kedainya tutup pula. kebiasaan akau makan pisang cheese di Pisang Cheese Jakarta PCJ yang terletak di hadapan restoran Lawang Sari. tetapi kali ini aku mengubah haluan kerana tekak ingin merasa kelazatan pisang cheese yang meleleh. kerana hampa, aku tekad menjejaki FB The Pisang Cheese. herm, di seksyen 13 berdekatan dengan Nasi Lemak Cinta Sayang. kusegera hubungi owner gerai untuk mengetahui lokasi dan waktu beroperasi. dengan penjelasan ringkas dan padat, hubby drive pula ke sana. rupa-rupanya gerainya terletak di hadapan Kueh Café. untuk makan di meja, kami perlu menempah minuman dari café ini. harga 2 minuman yang hubby beli Rm14.00 iaitu ais lemond dan coffee late ice. segala jenis mak nenek kuhi=muih boleh didapati di café ini. harganya rm4.00 untuk 5 biji dan RM7.00 untuk 10 biji. berbalik kepada pisang cheesse, aku memilih yang original sahaja. namun terdapat 4 pilihan perisa lain. antara yang aku ingat ialah oreo dan white coklat. tepung pisang gorengnya sangat rangup jika hendak dibanding dengan PCJ. harga RM6.00 untuk 1 box regular. bagi big box yang mempunyai 21 keeping dan boleh di mix pelbagai flavor harganya adalah rm30.00. tak ketinggalan gerai ini turut nenyediakan perkihdmatan delivery dengan caj minimum RM10.00. minimum order mestilah RM30.00 ke atas. tak apa. saya tak akan post kan pun gambar makanan di sini atau di Fb, twitter mahupun instagram. bimbang serta ditakuti ada yang berkecil hati. jika berkesempatan datanglah sendiri untuk merasai keenakan makanan tersebut. harga yang disenaraikan hanyalah untuk pengetahuan mum sahaja dan rujukan semata-mata. selepas itu, kami bersantai di tasik permasuri. kami sekadar menjamah air tembikai susu, sengkuang calit dan jambu asam boi. hokaylah jumpa lagi! note : kumencari pisang cheese leleh seperti yang pernah kunikmati di foodcourt bangunan bursana MARA. aku mahu cheese cream yang meleleh di kala pisang goring sedang kepanasan. ku tak mahu tak mahu dan tak mahu cheese parut/cheda cheese. bilboleh jumpa!

Sunday, December 4, 2016

Tudung Lagi

beralih ke kisah tudung pula. selepas membaca satu add di FB hati ni terbuai untuk ke kedai tudung favourite ku di SG. promosi yang digembar-gemburkan adalah bawal satin. setelah bertemu emak dan abah di Selayang dengan membawa rojak mi Bellamy ku bergegas pula di sana. sebaik tiba, hati ini melonjak-lonjak untuk melihat tudung yang dimaksudkan. harganya RM25.00 sehelai. kainnya agak licin seperti satin. tapi aku tak grab pun tudung tu. hati ku tertarik pada tudung sarung 3 layer berharga RM25.00 dan sehelai selendang instant berharga RM15.00. alhamdulillah murahkan. sila berkunjung ke kedai ni ya. instant : oren. tudung sarung : hijau. yang penting niat nak pakai tudung tu ya. untuk jaga aurat. bukan untuk cantik. mohon betulkan. pakailah tudung dengan kemas. bukannya untuk orang lain lihat kecantikan itu! atau nak menunjuk-nunjuk fesyen tudung dan gaya yang kita pakai. note : SG Seri Gombak tau maksudnya.

Wednesday, November 30, 2016

5 Hari Tanpa Kamu

salam semua. pagi-pagi ni mood ummi dah terganggu. panggilan telefon dari Nor membuat hati ini dilanda kecamuk. bahang perasaan kian menular. mengundang resah dan menyesakkan dada. kenapa nak? kenapa nak? ummi tak faham. kesalahan apa yang ummi lakukan sehingga orang sekeliling melihat kamu sedang memberontak? kenapa setiap kali kamu tidak bersama ummi dan abah kamu jadi begitu? seseungguhnya hati ummi benar-benar hiba sepanjang separuh hari ini. ummi tak mampu fokus. fikiran ummi terbawa jauh untuk mengawasi kamu. kenapa? sukarkah untuk kamu mendengar nasihat sesiapa sahaja yang berdekatan dengan kamu? kenapa kamu membuat hati ummi tersedu-sedu sendiri. nak diluah pada abah. ummi tak pasti. takut keadaan makin keruh. hanya doa ummi titip dari jauh. Ya allah, selamat dan lindungilah permata hati ku walau di mana dia berada. peliharalah keduanya dlam rahmat kasihMu. amin! semoga Yang Di Atas memahami maksud doa hamba yang sangat kerdil ini. kenapa dengan teguran-teguran mereka ummi rasa sebal sangat. hati ini tercampak remuk ke lantai. bagaimana sebenarnya mereka mendepani anak-anak ummi? ummi tidak tahu. apakah kau sebenarnya disakiti dengan perkataan? jika itu nak. pulanglah pada ummi. biarkan ummi terus membesarkan kamu walau dalam masa senggangmu yang panjang. ummi beri peluang ini kerana ummi faham akan hati kecilmu. kemahuanmu meminta supaya ummi mengizinkan kamu ke sana. adakah kerana ketiadaan ummi di sisi membuat kamu bersikap sedemikian rupa? ingatlah apa yang telah ummi ajarkan pada kamu selama ni. pandai-pandailah kamu bawa diri. kenapa perlu kamu memecahkan lampu belakang kereta poksu? adakah kerana mereka yang membahangi kamu? tapi ummi tetap memperingatkan kamu tentang perasaan sabar. sabar dan sabarlah wahai permata hatiku.

BLOG DI IPHONE

Tak tahu lah kerja apa nak buat pagi-pagi ni. Merapu kat appstore gayanya. Test aplikasi yang mesra bagi orang buta. Ni lah hasilnya. Harap-harap menjadilah. Sebelum ni dah cuba juga. Tapi tak berapa berjaya. 😇😇☺️☺️

APL : JANGAN LUPAKAN AKU

hari ni baru ada mood untuk mengupas akan novel yang sedang aku baca. tapi APL hanya bacakan satu bab pada setiap kali siaran. jadi aku kena bersabar untuk mengetahui kesudahan novel ini. herm, secara keseluruhan ia agak menarik dan terdapat juga unsur-unsur yang tidak dapat aku teka apa akan terjadi. aku suka dan gemar jalan cerita novel yang begitu. tidak terlalu rigik pada satu-satu motif tertentu. tak rugi untuk dimiliki dan dibaca. namun perlu diutamakan apa yang utama. ini semua rencah dunia! ikutilah ulasan serba sedikit di bawah yang aku petik dari laman karangkraf. tajuk : Jangan Lupakan Aku Penulis : Iza Safiya Harga: RM 22.00 ISBN: 978-983-124-840-9 Halaman: ~576 Berat: 400 gram Tarikh Terbit: 20 Jan 2013 Sinopsis Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. “Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!” Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. “Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!” Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya. saat ini aku telah pun membaca sehingga bab tiga puluh. sepuluh bab awal boleh dibaca di laman karangkraf juga. pada aku Zara merupakan seorang gadis melayu yang teguh dengan identiti melayu dan penulis berjaya memperkuatkan elemen kemelayuan dalam watak Zara. begitu juga dengan Izack. seorang yang berjati diri tinggi meski jauh berkelana di US. adakah kebahagian kekal milik mereka? cuma ketahuilah bahawa di dunia ini tiada satu pun yang akan kekal. selamat membaca. note : aku bukan siapa-siapa untuk membuat ulasan. sekadar menyatakan apa yang terlintas di fikiran sahaja. tak suka tak apa!

Saturday, November 26, 2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI GABUNGAN SHAH ALAM

tepat jam 8.15 sebentar tadi kami berempat telah tiba di dewan Al-Falah SRA Seksyen 3 Shah Alam demi menyaksikan sebuah majlis gilang-gemilang untuk anak-anak PASTI. majlis kali ini mengiktiraf semua anak-anak berusia 4-6 tahun yang belajar di PASTI As-Shafi'ie seksyen 2 dan PASTI Khalif seksyen U12. apa yang menyebabkan hati ini dicuit keturjaan ialah Danial telah mendapat nombor 1 untuk pelajar berusia 5 tahun. Adam pula mendapat nombor 5 juga sangat membanggakan hati ummi. pada malam ini juga ibubapa dan hadirin disajikan dengan persembahan anak-anak dari kedua-dua pasti. Danial menyampaikan persembahan untaian hadis dan selawat tafrijiyah. Adam pula mempersembahkan 2 buah lagu nasyid bertajuk Bahtera Nuh dan PASTI Cemerlang Dan Terbilang. yang membuat hati ummi bertambah terharu Adam telah menyampaikan ucapan alu-aluan. ummi tak sangka Adam boleh melakukannya meski berhadapan dengan orang ramai. padahal di rumah, ummi tak pernah mendengar Adam membuat sesi latihan. "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. kami dari kumpulan nasyid PASTI As-Shafi'ie akan mempersembahkan 2 buah lagu yang bertajuk Bahtera Nuh dan PASTi Cemerlang Dan Terbilang". cukup dengan beberapa patah perkataan membuatkan hati ummi terusik bangga. semoga dikau lebih cemerlang pada masa hadapan duhai kedua puteraku. hampir jam 10.30 majlis telah berakhir. sebelum berpisah, kami bertemu sua dengan mualimah Hafizah dan guru-guru lain untuk mengucapkan selamat tinggal dan memohon maaf atas segala silap dan salah selama ini samada secara sengaja mahupun tidak. mohon guru menghalalkan setiap titis ilmu yang disampaikan kepada kedua-dua putera kami. merisik khabar potensi Adam : mualimah memberitahu sebenarnya orang lain sepatutnya yang menyampaikan ucapan tersebut, namun tidak menghadirkan diri. dengan bijak dan pantas, mualimah membuat keputusan bahawa Adam wajar menjadi pengganti. alhamdulillah! syukur atas anugerahNya. Adam mampu memikul amanah yang diberi dengan jaya. berakhirlah kisah perjalananmu di PASTI nak! semoga kamu siap untuk menempuhi alam baru dan masa depan yang lebih mencabar. 4 Januari - 25 November 2016

HARI ORIENTASI MURID

sebelum jam 9.00 pagi kami telah tiba di SRSA untuk pendaftaran 2 putera ke darjah 1 dan pra sekolah. alhamdulillah, mereka tetap bersekolah di tempat yang sama. sangat merunsingkan hati ummi dan abah jika mereka perlu diasingkan tempat persekolahan. ummi hampir 14 tahun telah meninggalkan alam persekolahan. semoga hati ummi tetap kuat untuk mengasuh semua anak-anak ummi. ummi mendengar ceramah pengenalan di dewan sekolah sementara abah ke kelas pra dan mendengar taklimat yang disampaikan. sebelum itu, Adam telah diserahkan kepada guru kelas 1 Z/merah untuk mengikuti sedikit ujian literasi dan mumerisasi. Ya Allah betapa berdebarnya hati ummi tatkala begini. seolah-olah ummi yang akan menduduki ujian tersebut. semoga Adam dapat melakukan yang terbaik. hanya doa yang mampu ummi hulurkan. setelah itu, ummi dan abah kiu pula untuk pendaftaran dan pembayaran yuran sekolah. sebanyak RM139.00 termasuk sumbangan PIBG. baju sukan sekolah lengan panjang telah ditempah untuk Adam. Adam memaklumkan kepada ummi bahawa sekolahnya besar sangat dan ramai orang. inilah pengalaman untuk kamu nak! ummi pun seperti kamu juga sewaktu kecil dahulu. semoga anakku tidak melalui kesusahan seperti yang pernah ummi lalui. anugerahkan kekuatan buat kedua-dua puteraku. itu doa yang tak henti-henti ummi pohon. sebelum pulang kami melunaskan bayaran Rm100.00 untuk baju seragam prasekolah Danial pula. selamat datang 3 Januari 2017! di sinilah anak-anak ku akan mengisi usia kanak-kanak dengan himpunan ilmu.

Friday, November 25, 2016

PENGALAMAN BERTANDOM DENGAN SUAMI

hai salam untuk semua. dah lama tidak menjengah dqan update blog ni. maklumlah kesibukan dan juga kemalasan sedang tegar melanda. ni petang-petang Jumaat, sementara menunggu waktu balik pejabat, kita curi-curi masa sikit lah kan. kisah yang nak saya tulis ini agak panjang sebenarnya dan berlaku sekitar 2 minggu sudah. berjanji dengan Siti Huraizah di MAB sempena carnival usahawan OKU anjuran PERKUM membuatkan hati ni teruja nak bertandom semula. bukan apa, saja untuk mengisi masa lapang kerana ketiadaan program pejabat mahupun program peribadi. lagi pun saya tertarik dengan semangat dia yang sedang giat bertandom. berdasarkan pengalaman, Siti Huraizah lebih dahulu otai dari saya. saya ni bukan nak menjadi rider tegar. sekadar seronok-seronok sahaja. lagi pun lebih banyak tanggungjawab lain perlu diutamakan. secara bergurau, saya cuba dapatkan respon en. suami. mujurlah dia tidak membantah. katanya dia tiada langsung pengalaman bertandom. naik basikal bersendirian di kampong di masa kecil dan remaja tu adalah. dia sangat teruja untuk ride dengan saya kali ni. untuk mendapatkan lebih maklumat tentang program bertandom, Siti Huraizah telah meminta group Rainbow tandom rider untuk add saya sebagai salah seorang ahli mereka. saya dengan senang hati bersetuju. kata Siti Huraizah lagi, group ini adalah hasil kerjasama antara volunteers dan kebanyakan program di bawah kendalian mereka. group tandom MAB, tidaklah semeriah group ini. herm. tak apalah. saya bukan mengejar nama apa lagi bak berlumba-lumba. saya join sekdar untuk melepaskan stress dan menganggapnya sebagai satu aktiviti riadah. setelah menjadi sebahagian dari ahli group RTR, barulah saya tahu tentang perjalanan aktiviti grou. segala info mengenai tandom dan basikal aje yang akan dibincangkan. sesuailah dengan matlamat penubuhannya kan. terdapat 1 program overnight yang ke Hulu Langat pada Februari 2017. saya terpaksa tolak tepi kerana perlukan bermalam. saya punya tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. herm. tak apalah. nanti-nati adalah rezeki tu. tidak lama kemudian, saya mulakan komunikasi bertanya mengenai ride terdekat. kata Eddy Chong, pada 13.11 akan diadakan trip ke Jenjarom dari HTCC Heavy Tour Cycle Centre Subang Jaya. setelah memikirkan masak-masak saya bersetuju memandangkan masih terdapat kekosongan. tapi apa yang membimbangkan, saya tidak mempunyai helmet basikal dan padding pance. dengan kayuhan sejauh km78 mampukah saya bertahan. tak apalah. ini kali pertamakan. saya sahut cabaran, walau hakikat akan sakit di bahagian ponggong kerana saiz tempt duduk terlalu kecil. nak beli kesemua perllatan tersebut, ia tidak termasuk dalam bajet kami. en. suami pun belum beri lampu merah untuk berbuat demikian. pada pagi yang dijanjikan, dengan hanya berpakaian sukan biasa kami bergerak ke tempat berkumpul. anak-anak dijaga oleh ibu dan ayah mertua yang baik hati. aku sebenarnya sangat berdebar kerana tidak melakukan sebarang persiapan samada dari segi ttamina dan training. hanya sebotol air mineral dan sebotol 100 plus yang kami bawa. menunggu hamper 30 minit, marsher mengarahkan masing-masing mengammbil tandom, helmet, mengenali stokker dan membuat persediaan akhir seblum perlepasan. belum separuh jalan telah aku rasa kepenatan. ish. ish. ish. tu lah langsung tak buat persiapan. padan muka aku kan. tapi aku terima segalanuya kerana motif aku join sekadar untuk riadah sahaja. tak lebih dari tu. dari pengalaman pertama husband, dia kata okey. tapi basikal digunakan semacam tiada power langsung. semakin lama ia semakin berat meskipun pergerakan gear telah dikawal. kebanyakan masa kami perlu mengerah tenag untuk ride. mungkin kerana husband tiada pengalan mengendalikan tandom putusku dalam hati. hampir 2 kilometer sebelum ke garis penamat, aku semakin sakit di bahagian ponggong dan sukar bagiku meneruskan kayuhan. lagipun kasihan sangat aku tengok husband yang dah kepenatan melayan basikal yang tak berapa sihat tu. aku teruskan perjalanan dengan support car untuk menikmati sarapan pagi di warung mamak berdekatan tesco Jenjarom. pada kayuhan pulang, aku nekad untuk berkereta sahaja dan membiarkan husband berkayuh sendirian lagi. hampir 5 kilometer, husband tidak dapat meneruskan kayuhan kerana keadaan basikal yang tidak mengizinkan. dia akhirnya berkereta bersamaku sehingga ke Subang Jaya semula. hampir jam 1.15 petang kami selamat tiba ke destinasi permulaan. dengan penat yang menghantui kami mengucapkan thanks to all support team kerana dapat menganjurkan program dengan jayanya. next trip pada 11.12 ride dari MAB ke hospital Orang Asli di batu 12 Gombak. aku tidak join kali ni setelah mengambil kira pandangan husband. husband nak tumpukan pada jarak yang dekat-dekat sahaja. aku juga berfikir sedemikian. so next trip kami adalah pada 3 Disember, MAB ke Bukit Tungku. semoga kali ni kami akan berjaya. doakan kami wahai pembaca budiman. tunggu next entry kalau berminat nak tahu! harap-harap basikal yang kami dapat masa tu mesra alam dan tak banyak onar. dari ulasan group, pastilah aku bahawa basikal yang kami ride telah rosak rantai dan giernya. namun ia tetap menjadi ride yang menyeronokan.

Wednesday, November 23, 2016

WA AKU PENGLIPUR LARA

salam tengah hari. entah siapalah yang sudi view blog ni. tak perlu aku usha. siapa yang sudi baca, bacalah. ini sekadar kisah peribadi aku. tempat ni lah yang menjadi kesukaan saya mencatat sesuatu kisah hidup, selain dari FB, twitter dan sebagainya. biar pun ayat yang tercipta tidak seindah penulis mahupun sasterawan, aku tetap bangga. sekurang-kurangnya dapatku mencatat seuatu sebagai kenangan dalam hidup. dulu kita popular dengan catatan diari. aku tak pernah lama menulis suatu diari. minat hanya sebentar. lepas tu tergendala separuh jalan. mujur ada blog. nak update bila, hanya perlu log in sahaja. tidak perlu dibawa ke hulu ke hilir seperti membawa diari. saat ini semuanya menjadi lebih mudah. dalam waktu tengah hari begini, satu whatsapp dari teman sekolah ku Idah yang bertanya khabar menarik hati aku untuk bersembang lanjut. padahal aku sibuk benar pada masa tu. membuat statistik bulanan untuk bahagian aku bertugas. naik pening dibuatnya memandangkan formula-formula yang digunakan. bukan aku biasa sangat dengan excell ni. sekadar guna bila perlu saja. Idah serba sedikit menceritakan kegiatan waktu lapangny. kata dia, sekarang ni tengah excited melayan novel, cerpen dan drama audio yang dihantar menerusi whatsapp group. pening kepala ku terhenti tiba-tiba, memaksa ku beralih topik dan perhatian pada voice message Idah. wow. macam seronok ulasku dengan penuh minat. group tersebut dinamakan aku penglipur lara yang ditadbir oleh OKU penglihatan nun jauh di utaranya. tanpa segan-segan aku meminta Idah supaya dapat menambahkan aku sebagai ahli. Idah bersetuju untuk memberitahu admin. dia juga tak kedekut denganku kerana sudi menghantar bab-bab sebuah novel yang sedang berlangsung. tajuknya aku kupas nanti. voice over Damayanti menjadi pembaca setia. walaupun dengan loghat Indonesia ia tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan minat ku yang satu ini. terima kasih Idah. walau dalam keadaan apa sekali pun kau tidak pernah melupakan aku. berbalik kepada tajuk novel aku bercadang untuk mengupas sinopsis sekali. jumpa lagi.

Sunday, November 6, 2016

HARI KONVOKESYEN ADAM

hari ini adalah hari yang penuh rahmat. diiringi dengan hujan renyai di awal pagi, meluncur perodua viva kecil membelah jalanraya menuju ke dewan Kemunting seksyen 25. di bumi ini Adam dinobat sebagai pelajar pasti kerana telah menamatkan usia pembelajaran selama 2 tahun dengan cemerlang. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Yang Esa. Ummi dan abah menjadi saksi atas keringat dan jerihmu wahai anak. ummi dan abah bangga sangat. kamu berdua mampu menghafal bacaan solat, doa harian dan surah-surah pilihan dalam Al-quran. kamu telah mengenal huruf, pandai mengeja dan mengira. terima kasih dan sekalung penghargaan kepada PASTI As-Shafi'ie dan PASTi Siti Sarah. terima kasih seluas lautan buat semua guru dan sesiapa sahaja yang teribat memberikan pendidikan kepada kedua-dua putera hati kami. sayang, Danial tidak dapat meneruskan graduasi di PASTI kerana perlu menyambung pelajaran di prasekolah. tahniah.tahniah.tahniah. anak-anak ummi. ummi abah sayang kamu selamanya!inilah sijil pertama Adam. ummi dan abah akan simpan sehingga dewasa.

Tuesday, September 20, 2016

SELAMAT DATANG UNIFI

sebenarnya dah agak lama hati ni berfikir-fikir tentang internet di rumah bagi menggantikan P1 yang dilanggani semenjak Februari 2013. setelah berpindah rumah, kualiti perkhidmatannya agak slow. jika berada di ruang tamu ada kemungkinan wifi tidak dapat ditact. belum lagi problem semasa hujan. kuota 20 GB yang diberi sudah tidak memadai. putera hati suka sangat streem kartun secara online. dalam 2-3 hari internet dah diperlahankan kelajuannya sebab kuota yang makin berkurang. yang makin merumitkan lagi, kaunter pembayaran P1 telah bertukar tempat. cuma yang ada di Digital Mall dan Sandway Piramid. service kaunter yang diberikan semakin tidak memuaskan. setelah melunaskan bi akhir pada 28 Ogos, tamatlah perkhidmatan P1 bersama kami. pakej yang kami langgan dulu berharga RM44.00 termsuk GST. oh lupa nak maklum, kesemua pakej yang diceritakan adalah fees bagi OKU.

 

maka pada penghujung Ogos, kami merisik khabar ke TM point. pertama kali pergi pada 26 Ogos 2016. pada awalnya kami hanya berminat untuk melanggan streamyx dengan kelajuan 1MBPS berharga rm63 sebelum dicampur GST. sementara itu kami diminta untuk menunggu survey dihantar ke pihak teknikal memandangkan alamat kami tidak dapat dikesan dalam radar liputannya. menunggu dan menunggu hampir seminggu juga lah. next week kami pergi lagi untuk mendapat info selanjutnya. setelah berbincang, tarikh pemasangan telah diputuskan pada 5 September 2016. sepanjang hari tersebut, tiada langsung khabar berita yang diterima dari installer. diam seribu bahasa. hati dah jadi panas ni! mana nak melayan karenah anak yang asyik minta nak tengok cerita kartun di internet. ditambah lagi dengan service TM pula yang buat hal. keesokkan harinya saya membuat aduan menerusi talian telefon. jawapan tetap mendukacitakan. saya kena tunggu lagi 1 minggu semata-mata untuk tahu sebab streamyx tidak dapat dipasang di rumah saya. lebih kurang 3 hari kemudian, kesalahan dikenalpasti berpunca dari installer yang tersalah membawa kabinet untuk pemasangan di rumah saya. tapi kenapa saya selaku pelanggan yang kena menanggong bahana dari kesalahan itu ya! sudah pelik dan ajaib ni! mood masih bertahan kerana hanya TM yang kami ada kan.

 

pada suatu petang setelah pulang bekerja, aku bertegur sapa dengan jiran sebelah. saja bertanyakan internet di rumahnya. dia sama sekali tidak mencadangkan kami memasang streamyx di rumah, katanya tersangatlah slow. dia terus mencadangkan kami mengambil pakej unifi advance 30MBPS berharga RM199.00b tak termasuk GST. kata akak jiran aku tu, speednya sangat memuaskan jika diguna dari pagi sampai ke malam.

 

hati jadi tertekan tiba-tiba. mahalnya! berapa banyak duit yang harus mengalir semata-mata untuk mendapat perkhidmatan internet ni. kesal mula bercambah. beratus-ratus ringgit perlu dilabur demi memenuhi kepuasan menonton kami sekeluarga. keputusan tidak dapat dicapai dengan kadar maksimum. aku buntu memikirkan beban kewangan yang semakin bertambah. 2 hari kemudian, aku dan hubby berkunjung lagi ke TM Point dan memutuskan Unifi VIP55 OKU berharga RM126.40 agak berat untuk kami pilih tarikh pemasangan telah ditetapkan pada 14 September. hampir jam 7.00 petang tibalah installer di rumah kami. namun demikian proses tersebut terpaksa ditangguhkan kerana sekali lagi installer terlupa membawa IP tv pulak. pada petang isnin 19 September maka rasmilah unifi di rumah kami. angan-angan seterusnya adalah untuk membeli android box pula. puaslah anak-anak dapat streem rancangan kartun kegemaran mereka. semoga my hubby kental untuk membayar bil ya! hehehehehehe.

Monday, September 19, 2016

RENUNGAN ZUHUR

nah ni saya nak share sikit ilmu pada petang ini. semoga kita beroleh manfaat. elakan mengeluh! teruskan bersyukur!

 

Renung2 kan ...

 


*1.* Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,

*Walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.*

 


*2.* Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, *Walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.*

 


*3.* Kalau kita bergaduh dengan boss,

*Walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.*

 


*4.* Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,

*Walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.*

 


*5.* Kalau kita bergaduh dengan guru,        *Walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.*

 


*6.* Kalau kita bergaduh dengan kawan,

*Walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.*

 


*7.* Kalau kita bergaduh dengan pasangan,

*Walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.*

 


*8.* Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,

*Walaupun kita menang,* *Kita tetap kalah.*

*Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri..*

*Yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri.*

 


*9.* Renungan bersama....

Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah *bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.*

 

*10.* Mendengar isteri membebel di rumah, *bererti kita masih punya keluarga.*

 


*11.* Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku *bererti kita masih punya suami.*

 


*12.* Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas *bererti kita masih punya mak ayah.*

 


*13.* Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, *bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.*

 


*14.* Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, *itu bererti kita mampu bekerja keras.*

 


*15.* Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, *itu bererti kita punya teman.*

 


*16.* Pakaianku terasa agak sempit, *itu bererti kita makan cukup.,*

 


*17.* Mencuci dan menggosok timbunan baju, *itu bererti kita memiliki pakaian.*

 


*18.* Membersihkan halaman rumah, mop lantai, *itu bererti kita memiliki tempat tinggal.*

 


*19.* Mendapatkan banyak tugasan, *itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.*

 


*20.* Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, *itu bererti kita masih boleh mendengar.*

 


*21.* Melihat anak-anak bermain riang, *itu bererti kita masih boleh melihat.*

 


*22.* Kita masih bernafas, *itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.*

 


Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

 


*Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya.*

 


Semoga yang terima pesanan ini diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat. amin!

JOM URUT!

rilekskan diri anda dengan sentuhan urut dari Mas Reflexology. segera call/whatsapp 012 276 8341 untuk sebarang temu janji.

biskad

 

biskad1

 

 

flyer_urut

CERPEN TIDAK BERJUDUL

mohon izin dari pemilik asal cerpen ini. kuambil dari FB seorang rakan. sungguh besar bakatnya. selamat menulis dan selamat maju jaya. Cerpen.. Buat 15 minit je.. Adehh. Umi! Qalisha meletakkan barang-barangnya di dalam kereta. Setelah selesai semuanya, dia membuka pintu di sebelah pemandu. Wajah kak longnya yang suram dia sentuh sebelum melabuhkan duduk. Lima minit kereta itu meninggalkan SMK Tungku Malik, sepatah pun mereka tidak berborak. Qalisha melepas keluhan berat. Nampaknya kenalah dia mulakan dulu kan? “Kak long sihat?” Diam lagi. Khusyuk benar Qalisa membawa kereta. “Kak long kenapa? Marahkan Lisha ke?” Qalisa menghembuskan nafasnya perlahan. Hatinya benar-benar sakit bila memikirkan tentang dia. “Lisha sihat?” Akhirnya, Qalisa bersuara juga. Qalisha tahu, hati Qalisa terluka dengan apa yang terjadi. “Sihat kak long. Maafkan Lisha, sebab Lisha tak balik waktu daddy kahwin. Waktu daddy meninggal pun, Lisha tak sempat balik. Sorry, kak long. Exam SPM tu penting kak long.” Qalisa menghadiahkan senyuman hambar untuk adik tersayangnya. Ya, Qalisa sahajalah permata hatinya. Dia tidak ada sesiapa lagi waktu ini. Mummy dan daddy sudah kembali mengadap ilahi. “Kak long faham. Takpe, exam tu penting kan? Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Cuma,” “Cuma?” Qalisha mengangkat kening. Pura-pura bertanya. “Kak long tak suka perempuan tu. Dia yang sebabkan daddy meninggal. Lepas aje daddy kahwin dengan dia, terus daddy meninggal. Kak long sedih.......sedih sangat dik.” Rintih Qalisa hiba. Airmata tak mampu disika lagi. Qalisha hanya menggangguk. Faham benar dengan perasaan kakaknya. Tapi, untuk membenci dia, tidak sama sekali. “Lisha, maafkan daddy. Bukan daddy tak cintakan mummy lagi......bukan. Daddy sungguh-sungguh cintakan mummy. Tapi, daddy sunyi Lisha, daddy perlukan seorang isteri yang boleh jaga daddy bila daddy sakit, daddy nak ada orang yang jaga Lisha bila daddy takde nanti. Bukan daddy tak percayakan kak long, bukan. Daddy percaya, kak long boleh jaga Lisha dengan baik. Tapi, tak kanlah sampai bila-bila, kak long nak jaga Lisha? Dia pun ada hidup sendiri Lisha.” Terang Qalif panjang lebar. Dia berharap sangat yang Qalisha bersetuju dengan cadangannya yang ini. “Daddy dah Tanya kak long?” Pertanyaan itu membuatkan hati Qalif yang sedih menjadi lagi sedih. Qalisa anak sulungnya yang berusia dua puluh lima tahun itu menentang hebat perkahwinannya bersama Noor Aziyan binti Amir yang berusia empat puluh tahun itu. “Kak long tak benarkan ke daddy?” Tanya Qalisha lagi setelah sekian lama Qalif berdiam diri. “Tak… kak long cakap, bakal isteri baru daddy tu, tak mungkin menggantikkan tempat mummy, kak long bagitahu daddy yang bakal isteri baru daddy ni tak mungkin akan dapat jaga anak OKU penglihatan macam Lisha. Daddy dah terangkan pada bakal isteri daddy tu. Dia tahu pasal Lisha. Insya-Allah, dia dapat terima Lisha.” Qalisha dapat mengesan kesedihan pada suara Qalif. Dia tahu, daddynya benar-benar kesunyian setelah kematian mummynya lima tahun lepas. “Daddy, kalau itu yang bahagiakan daddy, daddy teruskanlah hajat daddy tu. Lishha terima dan akan cuba terima dia dalam hidup Lisha. Pasal kak long, janganlah daddy risau ya? Insya-Allah, dia akan terima juga suatu hari nanti.” Qalif benar-benar terharu. Dia benar-benar bersyukur pada Allah kerana mengurniakan anak yang istimewa ini dalam hidupnya. Ya, mungkin Qalisha ini cacat fizikalnya, Qalisha ini buta matanya. Tapi, Qalisha tidak buta hati. Qalisha yang satu ini pandai benar menjaga hatinya dan arwah isterinya. “Thanks Lisha. Lisha jaga diri baik-baik ya? Janggan lupa makan. SPM buat baik-baik. Kalau daddy dah tinggalkan dunia ni, daddy harap sangat, Lisha tinggallah dengan umi, sembuhkan luka dihatinya sekiranya kak long melukai hatinya.” Ya…itulah ayat Qalif yang terakhir. Dua minggu selepas itu, Qalisa pula menelefon dan memberitahu yang Qalif meninggal sewaktu sedang berdoa. Dua hari selepas perkahwinan Qalif dan Aziyan. Qalisha kecewa kerana tidak dapat pulang...sedih kerana tidak dapat mengucupi Qalif disaat terakhir kali. Tapi, Qalisha yakin, daddynya bahagia dan gembira dengan kehidupannya. “Lisha,” bahunya disentuh perlahan. Qalisha tersedar semula dari angan-angannya. Mereka sudah sampai di rumah agam milik arwah daddy mereka. “Betul ke Lisha nak tinggal kat sini? Lisha tak nak tinggal dengan kak long ke? Adik, daddy dah takde, takde siapa yang boleh lindungi Lisha. Kalau dia.......” “Kak long, kak long jangan risau ya? Insya-allah, dia tak buat apa-apa dekat Lisha.” Qalisa hanya mendiamkan diri. Sungguh, berat hatinya hendak meninggalkan si adik yang tidak sempurna ini kepada orang luar. Adiknya yang seorang ini sangat-sangatlah manja. Risau jika terjadi sesuatu pada si adik, risau sekiranya ibu tiri yang dibenci tidak menerima si adik. Pintu rumah Qalisa buka kasar. Kelihatan ibu tirinya sedang baring di sofa. Penat sangatkah? Apa sahajalah kerja yang ada dalam rumah ini? hendak kkata menjaga suami? Melayan suami? Suaminya sudah tiada. Hendak dikatakan membuat kerja rumah? dia ini duduk sorang-sorang. Kerja apalah yang banyak sangat? Huh! Sakit hati Qalisa melihat raut wajah yang kepenatan. “Tu, seronok betul tidur tu. Entah apalah yang dibuat? Nampak letih sangat. Macam ni Lisha nak duduk dengan dia? Macam ni dia nak jaga Lisha? Silap-silap dibiarkan Lisha sorang-sorang. Tak payahla duduk dengan dia ni. Jomla, duduk dengan kak long. Lagi pun,” “Kak, biarlah Lisha stay sini. Lagi pun, ini aje kenangan yang Lisha ada. Rumah ni banyak sangat kenangan Lisha dengan daddy. Tak sanggup Lisha nak tinggalkan rumah ni.” Sudah itu kata-kata adiknya, apa lagi pilihan yang dia ada? Dia tidak mahu memaksa. “Eh, perempuan,” Pekikan Qalisa membuatkan Aziyan sedar dari lena. Sepasang mata terbuka dengan perlahan. “Kau jaga adik aku tu baik-baik. Kalau ada apa-apa yang jadi dekat dia, Aku bunuh kau.” Pintu hadapan Qalisa hempas kuat. Enjen kereta pantas dihidupkan dan kereta itu laju meninggalkan Aziyan yang terkebil-kebil memandang pintu rumah yang di hempas kuat tadi. Qalisha juga terkejut dengan pekikan-pekikan kakaknya. Tidak pernah Qalisha melihat kakaknya marah sebegitu rupa. Qalisha menggeleng-geleng. Patutlah arwah daddynya berharap sangat dia menjaga ibu tirinya yang seorang ini, patutlah daddynya menyuruh dia menyembuhkan luka dihati ibu tirinya sekiranya kak long Qalisa melukai hati itu. Rupa-rupanya, luka yang diberi kak longnya itu sangat dalam. Qalisha pantas memanjat tangga dan menuju ke kamar. Aziyan , sekadar memandang anak itu berlalu dari situ. Mengapa? Mengapa anak itu tidak menegurnya? Adakah anak itu sama seperti kakaknya? Membenci diri ini. ya Allah, kuatkanlah hati ini. Aziyan menangis lagi. Dia tidak kuat menempuh kehidupan ini tanpa Qalif. “Yan jangan risaulah. Lisha bukan macam Lisa. Dia pasti terima Yan dalam rumah ni.” “Yakinnya abang?” Qalif tergelak kecil. Alhamdulillah, akhirnya, mereka disatukan sekali lagi. Bezanya di sini, dahulu, perkahwinannya ditentang hebat oleh kedua-dua ibubapa dan kali ini, perkahwinan mereka ditentang hebat oleh anak sulungnya Qalisa Qalif. Biarlah…dia yakin, hati Qalisa akan lembut juga. “Maafkan Yan kerana tinggalkan abang dengan........” “Syyyyy.” Pantas jari-jemari milik Qalif mendarat ke bibir si isteri. Qalif tidak mahu lagi Aziyan berkata tentang kisah lama mereka. “Sayang, kalau sentuhan kali pertama ini, berhasil, abang nak Yan tahu, abang sangat sayangkan Yan… jagalah baby dalam ni dengan baik. Abang tak nak Yan sia-siakan anak-anak kita. Abang tak nak, bila Yan ada baby baru, Yan lupa Lisha, abaikan Lisha. Ini amanah abang Yan, tolong jagakan anak-anak abang. Tolong jaga Lisa, Lisha dan anak kita ini.” Aziyan menarik nafas sedalam yang mungkin. ‘Abang, sukarnya amanah yang abang berikan pada Yan abang. Yang bimmbang, Yan tak dapat memikul amanah ini abang, dari tinggkah laku Qalisha, ternyata dia juga seperti Qalisa… bencikan Yan. Apa yang Yan patut buat abang? Bantulah Yan abang? Yan tak kuat bila abang takde dengan Yan. Dahulu, kita pernah bersatu, tapi, kehendak Allah, kita terpisah. Waktu itu, Yan tak sedih sangat. Sebab Yan tahu, abang masih ada dan abang masih cintakan Yan seperti dahulu. Yan yakin, Allah akan temukan kita kembali. Kehendak Allah, kuasa Allah yang sentiasa mendengar doa Yan, akhirnya abang kembali, kembali pada Yan. Tapi, kuasa Allah juga, sekali lagi abang pergi. Pergi tinggalkan Yan jalani kehidupan ni. Bantulah Yan abang? Bantulah Yan.’ Rimtihnya di dalam hati. Tangisannya makin lama makin kuat. Aziyan takut, dia tidak kuat untuk menempuh semua ini. perlahan-lahan Qalisha mendekati Aziyan. Bahu Aziyan Qalisha sentuh lembut. Aziyan pantas menoleh. Kelihatan Qalishha yang tersenyum ke arahnya membuatkan kesedihan yang bertamu di hati beransur hilang. “Lisha sihat?” Tangan Qalisha Aziyan Tarik untuk duduk di sebelahnya. “Alhamdulillah, sihat aje umi. Umi sihat?” Aziyan tersentak. perlahan-lahan tangan Qalisha Aziyan lepaskan. Apakah maksud panggilan itu? Adakah....... “Umi? Kenapa Lisha panggil saya umi?” Soal Aziyan gugup. Jantungnya sudah berdegup pantas. Sekiranya Qalisha dapat melihat wajah Aziyan saat ini, pasti Qalisha terkejut. Rupa Aziyan waktu ini berubah sangat. Qalisha senyum mendengar pertanyaan Aziyan. Dia faham, Aziyan kaget mendengar panggilan yang dipanggil. Dia tahu, Aziyan tidak menyangka yang dia dapat menerima Aziyan dalam hidupnya. “Lisha panggil umi umi, sebab umi isteri daddy. Umi menangis ke?” Qalisha meraba-raba wajah Aziyan. Aziyan tersenyum sedikit. Tangan yang meraba wajahnya Aziyan genggam erat. Alhamdulillah, Qalisha tidak seperti kakak sulungnya. Qalisha ini tidak membencinya. Dia benar-benar bersyukur. “Tak, umi tak nangis pun. Lisha dah makan ke?” Tanya Aziyan. Teruja pula dia hendak memasak untuk anaknya yang satu ini. “Lapar jugak. Umi dah masak ke? Kalau belum, kita makan kat luar aje okey? Lisha nak stay dengan umi. Boleh kan?” Terharu Aziyan mendengar saranan Qalisha. Pantas dia bangun untuk bersiap. Airmatanya yang hendak mengalir dia kesat dengan hujung lengan baju. Bahagia dia rasakan. ‘Ya Allah, terima kasih, kerana kau telah makbulkan permintaanku.’ “Okey, kalau macam tu, Lisha pergi siap, kita keluar makan okey? Tapi,” Aziyan berfikir sejenak. Kasihan pula dia melihat Qalisha. Pasti dia penat. Baru sahaja pulang dari asrama. Sudah ingin keluar balik. “Tapi apa ya umi? Umi sakit ke?” Aziyan tersenyum sedikit. “Taklah yang, Tapi, Lisha tak penat ke? Yalah, Lisha baru sangat balik hostel kan?” Qalisha duduk semula di samping Aziyan. Bahu ibu tirinya dia raih manja. Entah mengapa, dia senang sekali dengan ibunya yang ini. “Okey saja umi. Tapi kan, apa kata kalau umi masak. Dah lima tahun Lisha tak merasa masakan seorang ibu, boleh?” Aziyan mencubit pipi anaknya manja. Dah masak pulak dah? Macam-macam budak ni. “Dah pulak dah. Tadi ajak umi keluar. Dah ni yang mana satu ni?” Qalisha tergelak kecil mendengar kata-kata uminya. Bagi Qalisha, tidak kisahlah masak atau pun makan di luar. Janji, dia dapat versama dengan ibu tirinya. Oh, bukan ibu tiri. Tetapi, ibu........ “Ha, cepat buat pilihan.” Sergah Aziyan. Sedikut tersentak Qalisha. Cepat-cepat Aziyan mengurut belakang anaknya. “Sorry-sorry.” Kata Aziyan perlahan. Dia tidak ada niat untuk mengejutkan permata hatinya ini. tidak sama sekali. “Eh, sikit aje ni. Tak mati pun kan?” Seloroh Qalisha disertakan dengan sedikit cubitan di lengan kirinya. “Lisha, please, jangan cakap soal mati. Tolong umi Lisha, umi belum bersedia nak hilang anak umi. Cukuplah daddy dah tinggalkan umi. Umi tak sanggup kehilangan Lisha. Please, lisha,” Rintih Aziyan tanpa sedar. Sayu hati Qalisha mendengar rintihan dari ibunya. Perlahan-lahan dia menarik Aziyan ke dalam dakapannya. Dia berjanji, selagi hayatnya masih ada, dia tidak akan tinggalkan ibunya itu. Biarlah kak longnya tidak suka pun. Dia wajib suka. “Umi, umi jangan risau. Selagi Allah izinkan, Lisha tak kan tinggalkkan umi. Insya-allah umi. Dahlah, janganlah macam ni. Tadi kata nak masak kan?” Hampir terlupa pula Aziyan soal masak. Pantas dia mengesat airmatanya. Leka sungguh dia melayan perasaan sehingga terlupa akan tujuannya. Kasihan Qalisha, pasti dia kelaparan. Aziyan terus melangkah ke dapur dan diekori oleh Qalisha. *********************************** “Boleh Lisha tolong ke ni?” Aziyan tersenyum sedikit. Dia yakin, walaupun Qalisha tidak mampu melihat, tapi, dia dapat melihat dengan mata hati. “Arwah daddy pernah story dekat umi yang Lisha tak biasa buat kerja-kerja dapur ni. So? Tak payahlah okey? Lisha tolong makan je.” Qalisha pantas memuncungkan mulutnya. Tak puas hati betullah. Ada ke patut tolong makan je? “Ala, umi, bolehla bagi Lisha tolong. Lagi pun umi kan ada dengan Lisha ni? Bukannya Lisha sorang-sorang. Boleh ya umi?” Qalisha cuba memujuk sambil membuat muka comel. Kasihan juga Aziyan melihatnya. Tapi, dia takut nanti terjadi apa-apa pada Qalisha. Dia tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk kepada anaknya ini. “Okey, kesiannya umi. Lisha tau, mesti umi tengah fikir-fikir kan? Tak apalah. Kali ni, Lisha beralah sikitlah.” Aziyan menarik Qalisha dekat padanya. rambut panjang Qalisha Aziyan usap manja. “Lisha sayang, suatu hari nanti, umi akan ajar Lisha ya? tapi, bukan sekarang. Boleh?” “Boleh, umi.” Cup! Satu kucupan singgah di pipi umi tersayang. Aziyan tergelak bahagia. Ya, dia tidak tipu. Bahagia dia rasa. ************************************************************************************ “Aduh!” Jeritan dari dapur memaksa Aziyan berlari pantas mendapatkan Qalisha. “Ya Allah, Lisha!” Kelihatan Qalisha tertiarap. Air panas mengenai kaki dan tangannya. Aziyan menangis dan menarik Qalisha bangun. Serasanya baru seketika dia naik ke atas. Mana tidaknya, kepalanya sakit sangat. Dia tidak dapat bertahan lagi. “Umi dah cakap kan? Jangan buat air waktu umi tak ada kan? Kenapa Lisha degil? Lisha memang tak sayangkan umi!”Satu tamparan hinggap di pipi kiri Qalisha. Qalisha menangis teresak-esak. Salahkah dia hendak membuat air minuman sendiri? Sewaktu dia hendak meletakkan air panas, dia hendak terjatuh. Kerana lantai dapur itu sangat licin. Jadi, dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Aziyan masih menampar muka anaknya. Dia seperti tidak sedarkan diri. Tiba-tiba, Pang! Terus tangannya terhenti memukul Qalisha. Dia baru tersedar dari perasaan marahnya. “Mummy, daddy dan aku sendiri pun tak pernah pukul Lisha sampai teruk macam ni. Tahu tak? Sebab tu aku tak suka kau! Sebab tu jugak aku tak nak adik aku tinggal dengan kau!” Aziyan terduduk. Dia menatap wajah Qalisha. Habis kesan lebam pada pipi anaknya dan kenapa dia tidak perasan yang Qalisha sudah tidak sedarkan diri? Ya Allah! Apa yang dia telah lakukan? “’Abang, maafkan Yan abang! *************************************************************************************** Qalisha menggerak badannya sedikit. Sakit. Dia cuba meraba-raba persekitarannya. Aduh! Tangannya juga sakit. Kakinya juga. Dia meraba sekitar wajahnya. Wey, sakit jugak! Apa dah jadi ni? Dia cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi. Okey, dah ingat. Tiba-tiba dia menjadi sebak. Umi, kenapa umi memukulnya dengan teruk sekali? Sedih. “Adik.” Suara kak longnya melenyapkan segala angan-angannya. “Lisha dekat mana?” “Dekat rumah kak long.” Qalisha menarik nafas sedalam yang boleh. rasanya dia faham mengapa Aziyan memukulnya tak ingat dunia. MungkinAziyan tidak sanggup hendak melihat orang sekelilingnya sakit lagi. Dia tidak mahu hilang orang yang dia sayang lagi. “Kak long, Lisha nak balik rumah daddy.” “Lisha masih nak balik rumah daddy lagi lepas apa perempuan tu buat pada Lisha? Tak. Kak long tak benarkan.” Qalisha bangun mendapatkan kak longnya. Tangan kak longnya Qalisha pegang erat. “Kak long, Lisha kena balik kak long. Lisha kena jaga umi. Umi sakit kak long. Darah yang mengalir dalam tubuh Lisha ni, darah umi. Lisha kena jaga dia.” Qalisa tersentak. Dahinya berkerut akibat tidak memahami apa yang adiknya cakapkan. “Apa maksud Lisha?” Qalisha menarik nafas sedalam yang mungkin. “Mummy memang ibu kandung Lisha tapi umi ibu susuan Lisha kak long. Waktu mummy lahirkan Lisha, mummy tak sedarkan diri selama dua hari. Waktu itulah Lisha disusukan oleh umi. Sebenarnya, umi dan daddy pernah kahwin dulu.” Qalisa ternganga mendengar ayat terakhir dari adiknya. Kenapa? Kenapa dia tidak pernah tahu soal ini? kenapa dia orang terakhir yang tahu hal ini? “Kak long jangan salahkan daddy atau mummy. Sebenarnya, Lisha pun tak berhak tahu. Cuma Lisha terdengar mummy dengan daddy borak. Kalau tidak, Lisha pun tak tahu yang Lisha ni ada ibu susuan. Kak long nak tahu, umi dengan daddy kahwin, semua orang bantah. Termasuklah mummy. Entahlah. Lisha pun tak tahu, kenapa Umi boleh jatuh cinta dengan suami orang. Lama-lama, mummy dah boleh terima umi dalam hidup dia. Kadang-kadang, hal jatuh cinta pada suami orang ni tak boleh salahkan si lelaki atau pun si perempuan. Sebab, itu semua urusan Allah. Itu mummy cakap. Mummy cakap lagi, mungkin ada hikmah semua ni jadi. Allah dah aturkan segala-galanya. Betul apa cakap mummy tu. Saat mummy tak sedarkan diri, ada orang yang murah hati nak susukan Lisha. Tapi sayang, jodoh umi dengan daddy tak lama. Umi terpaksa minta cerai dari daddy. Dia tak nak mana-mana pihak bergaduh. Dia tak nak lukakan hati sesiapa. Daddy terpaksa setuju. Lepas tu, umi terus hilangkan diri. Mungkin jodoh umi dan daddy ni kuat. Diorang jumpa balik. Sebab itu Lisha tak pernah halang daddy kahwin dengan umi.” Qalisa melepaskan nafas panjang. Dia tidak tahu, rupa-rupanya, ada cerita disebalik semua ini. Akhirnya, Qalisa mengambil keputusan untuk bertemu sendiri dengan Aziyan. Enjen kereta Qalisa hentikan. Dia pandang wajah adiknya yang tenang. Sebenarnya, dia takut. Takut andai kata Aziyan tidak memaafkannya. Tiba-tiba, Qalisa teringatkan sesuatu. “Lisha, tadi Lisha cakap, umi sakit kan? Umi sakit apa?” “Barah otak.” Jantung Qalisa bagai hendak terhenti saat mendengar jawapan adiknya “Mana Lisha tahu?” “Daddy bagitahu Lisha.” Qalisa pantas keluar dari kereta. Qalisha juga membuat perkara yang sama. Berkali-kali mereka memberi salam. Kali kedua, barulah seorang perempuan muncul. “Waalaikumsalam. Ya, cari siapa?” “Ini rumah umi saya kan?” Qalisha pantas memotong apabila mendengar suara orang asing di dalam rumah mereka. “Umi? Puan Aziyan ke? Ya. betul. Saya Arissa Arlin. Anak saudara dia. Dia sakit. Tengah tidur tu. Masuklah.” Qalisa dan Qalisha bersalaman dengan Arissa Arlin. “Awak Qalisha kan? Mak su selalu cerita pasal awak. Dia tunggu awak balik. Tapi, awak tak balik pun. Saya nak cari awak, tapi mak su tak bagi. Awak masuklah tengok dia. Dia demam sikit tu. Ketumbuhan dekat kepala dia pun makin membesar. Entahlah. Saya dah penat pujuk dia suruh buat pembedahan. Tapi dia tak nak.” Qalisha angguk. Kasihan umi. Dia bertarung sorang-sorang tanpa keluarga, suami dan anak-anaknya. Qalisa mengajak Qalisha ke bilik di mana Aziyan beradu. Qalisha tanpa banyak bicara menurut sahaja. “Umi tengah tidur dik. Kesian dia. Nampak pucat sangat muka dia. Kak long bersalah pada dia.” Bisik Qalisa sebak. Qalisha bersimpuh di sebelah kiri Aziyan. Jari-jari Aziyan yang sejuk Qalisha genggam erat. Memang dia tidak dapat melihat. Tetapi, dia dapat merasa penderitaan Aziyan. Perlahan airmatanya tumpah jua. “Umi,” Bergetar suaranya menyebut nama itu. “Umi,” Sekali lagi panggilan itu disebut. Aziyan buat tidak kisah sahaja. Dia tahu, ini semua anggan-angannya. Salah dia kerana memukul Qalisha dengan teruk. Salahnya kerana membiarkan Qalishha dibawa keluar dari rumah ini. Dia memang tak pandai nak jaga anak sendiri. Airmatanya tumpah lagi. Kali ini, dia tidak menyika. Biarlah dia menangis sepuas-puasnya. Qalisa yang melihat Aziyan menangis cepat-cepat menyapu airmata ibu tirinya. Tubuh kurus Aziyan Qalisa dakap erat. “Maafkan Lisa umi. Maafkan Lisa. Lisa salah dengan umi. Ampunkan Lisa umi.” Aziyan membuka matanya perlahan. Kelihattan Qalisa sedang menangis sambil memeluknya. Dia tidak bermimpi kan? Qalisa benar-benar berada di hadapan matanya sekarang. “Jangan nangis Lisa.” Aziyan membalas pelukan Qalisa. Akhirnya, Qalisa menerima juga dirinya. Qalisa tergamam saat berada di dalam pelukan hangat ibu tiri yang dia benci. Mengapa hangatnya pelukan ini seperti hangatnya pelukan ibu kandung sendiri? Subahanallah, rindunya dia kepada mummy. “Umi....” Tangisnya sungguh-sungguh. Sesungguhnya, Qalisa tidak dapat membendung kesedihannya lagi. Aziyan juga turut mengalirkan airmata. Sayangnya sudah lama tertumpah pada Qalisa dan Qalisha. Sejak lama dahulu. “Ampunkan Lisa, ya umi? Lisa banyak salah dengan umi.” Aziyan mengusap ubun-ubun Qalisa lembut. “Tak apa, sayang. Umi dah maafkan.” Aziyan memandang sayu ke arah anak susuannya pula. Dia gagahkan dirinya untuk bangun. Arissa Arlin sudah pandang dengan wajah risau. Ibu saudaranya ini, bukannya boleh bergerak sangat pun. “Mak su, mak su nak pergi mana tu?” Aziyan pura-pura tidak mendengar kata-kata anak saudaranya. Perlahan-lahan dia bangun dan mendekati Qalisha. Dia duduk bersimpuh di hadapan anak susuannya itu. Muka Qalisha Aziyan sentuh lembut. Airmata mengalir lagi di pipi. Mengapa dia tegar memukul anak ini? Dengan terketar-ketar, Aziyan menyentuh pipi Qalisha. “Sakit lagi, sayang?” Tanyanya perlahan. “Tak, umi.” Jawab Qalisha. Qalisha menghulurkan senyuman manis pada uminya. Makin lebat airmata Aziyan saat melihat senyuman itu. “Maafkan umi, sayang. Umi tak nak hilang Lisha. Umi sayangkan anak umi ni. Umi takut, Lisha.” Qalisha mendakap ibu susuannya erat. Dia tahu. Sangat-sangat tahu mengapa iumi memukulnya sebegitu. “Sudahla umi.. umi jangan nangis ya? Lisha pun saaaaayang sangat dengan umi. Lisha dengan kak long tak kan tinggalkan umi. Ya?” Aziyan senyum puas. Tergambar ketenangan di wajah ibu muda itu. Aziyan merebahkan badannya. Matanya memandang Qalisa, Qalisha dan Arissa Arlin silih berganti. “Alin, boleh ambikkan mak su air?” Tanpa banyak soal jawab, Arissa Arlin bangun menuju ke dapur. “Lisa, Lisha, baringla sini.” Kata Aziyan manja. Kedua-dua anak itu akur. Mereka membaringkan badan mereka di sebelah Aziyan. Qalisa di kiri, Qalisha di kanan dan dia berada di tengah-tengah. Bahagianya Ya Allah. Aziyan senyum lagi. Suka Qalisa melihat senyuman ibu tirinya ini. Tenang sekali. “Umi sayang anak-anak umi.” “Kitorang pun sayang sangat kat umi.” Kata Qalisha dan mengucupi pipi hangat Aziyan. Qalisa juga berbuat perkara yang sama. “Lisa lambat terima umi......” Kata Qalisa sayu. Aziyan senyum lagi. Rambut anak sulungnya Aziyan belai kasih. “Ni kan dah terima?” Kata Aziyan perlahan. Kini, Aziyan pula memberi kucupan di pipi Qalisa. Lama. Lama sekali. “Umi sayang anak sulung umi ni.” Airmata Qalisa menitis perlahan-lahan. “Jangan nangis, okey? Anak sulung mesti kuat. Ya?” Sekali lagi Kucupan hangat singgah. Tetapi kali ini, dikelopak mata Qalisa pula. Setelah itu, pandangannya beralih pula ke arah anak bongsunya. Qalisha Qalif. “Sayang, tidur ke?” Tanya Aziyan apabila melihat kelopak mata si anak bongsu tertutup rapat. Hidung si anak bongsu Aziyan Tarik sedikit. “Umi..” Qalisha tergelak manja. Dia memeluk erat umi tersayang. “Nakallah umi ni.” Aziyan tergelak sedikit. Senang dia dengan kemanjaan anak bongsunya ini. “Dah besar dah anak umi ni. Sayang?” “Ya, umi?” “Jangan selalu buat kerja-kerja dapur tanpa pengawasan orang ya? boleh?” Seperti Qalisa tadi, kini Aziyan berbuat perkara yang sama kepada Qalisha. Lama kucupan itu mengena pipi Qalisha. “Okey umi. Lisha tak buat dah.” “Good girl.” Kini, pandangan Aziyan jatuh kepada si anak saudara yang teresak-esak sambil memegang cawan. Arissa Arlin meletakkan cawan di atas meja. Diaa menerpa ke dalam pelukan ibu saudaranya. “Alin, kenapa Alin nangis, sayang? Jangan nangis ya? mak su sayang Alin.” “Alin pun sayang mak su Alin ni.” Arissa Arlin mengambil air dan menitiskan pada bibir Aziyan yang kering. Setelah itu, Aziyan mula meneguk air suam itu sedikit demi sedikit. dan Tiba-tiba, “Umi!” Qalisa menangis, Arissa Arlin juga turut mengalirkan airmata. Qalisha, hanya terkebil-kebil. Dia tahu, uminya Sudah tiada lagi. “Umi. Kenapa tinggal Lisha?” Dan dia. Dia juga turut menangis teresak-esak. TAMAT

FILEM PEKAK SATU DARI SERIBU PANDANGAN

Aku memang tak setuju dengan Syarifah Amani,  ni. Aku tak pernah lupa dengan kata-kata dia "I feel stupid when i speak in bahasa".

 


"Filem Pekak yang memang pekak!

Prof Madya Rafidah Hanim Mokhtar:

Apa yang akan jadi siulan anak-anak muda selepas ini?

Menurut Syarifah Amani, “Rugi dan kasihanilah Brunei kerana mengharamkan Pekak”. Selepas menonton saya kira 2/3 filem tersebut, saya setuju, malah saya salute tindakan Brunei dan saya kecewa mengapa Malaysia tidak bertindak sedemikian. Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah. Akhirnya saya keluar dalam keadaan menggigil tangan kerana menahan marah. Kesan dari filem ini, saya sudah “dengar” di dalam panggung ketika menontonnya. Kesan seterusnya? Saya tak sanggup bayangkan.

Sebelum itu, saya harus beri kredit pada pembukaan cerita yang segar, sudut kamera yang kreatif dan lakonan Zahiril Adzim dalam menunjukkan kesunyian orang pekak. Sayangnya filem ini bukan cerita tentang dia.

Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.

Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.

Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur. Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama

Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca

Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.

Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.

Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu memprovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kanak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah “Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?” Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belakang tu selepas menonton filem ini.

8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan. Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan

suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus. Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?

10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.

Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat. Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip? Heh.

Kenapa saya marah?

Kata Syarifah Amani, “Kita jangan menipu atau jangan cuba sorok [realiti] … Itu cara kita berdakwah. Insya Allah, orang dapat kebaikan daripadanya” Saya anggap Amani tersasul menyebut “dakwah”. Siapakah sasaran penonton cerita ini? Pemimpin negara? Supaya mereka mahu buka mata pemimpin negara akan keseriusan masalah sosial di negara ini? Atau adakah mereka sasarkan ibu bapa yang mempunyai anak remaja? Supaya ibu bapa berjaga-jaga akan tingkah laku anak mereka? Jangan sorok fakta, sasaran penonton filem ini adalah remaja. Seperti

remaja-remaja yang duduk di barisan belakang ketika saya menonton. Adakah filem ini mampu beri pengajaran baik? Anda nilaikan sendiri dari cerita saya di atas. Sebelum keluar panggung saya sudah mendengar kesannya. Saya tidak pekak.

Bergiat secara aktif dalam NGO, membuka telinga saya dari kepekakan terhadap isu-isu sosial. Saya mengenali Puan Vimmi Yasmin Razak secara peribadi walaupon saya baru pernah berjumpanya sekali. NGO kami telah bekerja sama beberapa kali. Ketika beliau mula menubuhkan Rumah Kita (rumah perlindungan untuk ibu remaja dan anak tidak sah taraf), Our Touch menyokong dengan dana sewa selama setahun. Saya membaca luahan rasa Kak Vimmi setiap hari di facebook beliau. Tentang anak-anaknya, tentang cucu- cucunya. Kerisauannya tentang gejala sosial yang melanda generasi muda negara ini dan jerit perih mencari dana untuk membela mereka. Anak-anak yang tersasar ini, beliau peluk dan pelihara. Tapi siapa akan merawat puncanya? Kejahatan tak perlu di ajar, syaitan ada di mana-mana. Kenapa kita mahu membantu syaitan? Bukan ada satu saja rumah perlindungan seperti ini di negara kita, banyak! Bukalah telinga anda, dan dengarkan rintihan mereka.

Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa

marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah “normal”. Saya bukan marah kepada mereka. Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah “hero”. Ringan-ringan tak apa.

Kau tidak adil kau tidak menontonnya sampai habis

Durasi filem ini 1 jam 36 minit. Filem bermula kira-kira jam 8.05 malam dan saya keluar kira-kira 9.25 malam. Selama satu jam dua puluh minit filem tu penuh dengan adengan-adengan rendah moral dan ia belum berakhir. Adakah anda fikir beberapa minit terakhir filem tu mampu

memurnikan minda anak-anak remaja yang tercemar dengan segala kebejatan yang diajar selama sejam lebih sebelumnya? Dapatkah mereka memadam imej-imej rendah moral dan dialog-dialog rendah akhlak dari minda mereka?

Tindakan Brunei tepat

Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama

saja. Adengan hisap dadah. Adengan panjat tembok sekolah. Adengan bercumbu. Adengan curi keluar malam dengan lelaki.

Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara?

Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita ‘terpaksa’ mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah. Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?

Filem ini memang PEKAK

Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban

hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masaalah yang ada!"

BUKAN LUAHAN SAMPAH

selain dari amalan membersihkan rohani dan hati, aku perlu tulis ini, agar ketenangan bisa kembali bertamu. pergilah duka. pergi airmata. pergi jauh dari aku. tak rela kutitiskan airmata ini keranamu. What's on your mind? "Ya Allah, jika aku telah membuat sesiapa berasa sakit hati terhadap perangai aq scra sengaja @ tidak sengaja, tolong lembutkan hati mereka utk memaafkan aku.. Jika ada sesiapa yg telah membuat aq berasa sakit hati @ terkesan trhdp perbuatan mereka scr sengaja @ tidak, aku mohon agar lembutkan hati ku utk memaafkan mereka"..aamiin Doa yg sentiasa terucap d bibir ketika hati mulai berasa serba salah .. Ya..! mungkin aku salah .. Aq salah kerana selalu terlupa untuk menjaga perasaan orang lain.. Aq salah, kerana mungkin aq terlalu pentingkan diri sendiri sehingga telah membuat hati org terluka tnpa sengaja.... Sepatutnya ..aq harus utamakan hati & perasaan orang lain dan bukannya hati & perasaan ku sendiri..Ya!..sepatutnya aq yg harus rasa sakit bukan org yg dekat dengan aku.. Kata seseorang "takpa lah,kita kan non-feeling".. kalau boleh d bagi pilihan.. Ya , bagus lagi hidup tanpa feeling..Jadi kita takkan rasa gembira 😁, sedih😭 , mahupun sakit hati..😠 Aku mati-matian berusaha jaga hati orang lain. Aku tak pernah kata "Aku sakit hati, aku sentap or so on" wlupun sebenarnya dlm ni hanya Tuhan yg tahu..Aq boleh jak cakap lepas tp aq tak nak sebab aq tak mahu ssorang jadi sentap, aku taknak ssorang sakit hati, aku tak nak ssorang serba salah. jadi biar aku pendam sampai hujung nyawa??😅.. #BukanLuahanSampah! #AirmataBerhentilahMengalir #Sama2perbaikidiri #ForgiveMe 😢😢😢 Akan ada satu tahap dalam hidup yang mana satu masa Kau akan rasa lali dengan semua benda dalam hidup ni. You just don’t care that much. Apa yang berlaku, biar kan berlaku. Masa tu kau taknak fikir dan malas nak fikir, benda kecik je, dan kau akan rasa malas dah layan karenah manusia. Dan masa tu juga kau akan terlihat seperti kau angkuh, pentingkan diri. Padahal tak. Kau cuma penat. Ya kau penat je layan karenah manusia. Tapi jangan risau.. It’s good actually. Because sometimes, terlampau caring dan peduli dengan manusia tak membawa makna apa pun. ya. it's true. sometime memang begini perasaanku. ini yang kurasa dan aku hadapi. biarlah layar perak ini menjadi saksi dari titis-titis bicara hati ini. tak perlu kuluahkan pada manusia. ya benar. sama sekali.ujian sebegini tetap hadir dan akan hadir selagi nyawa dibalut jasad. semoga hati ini terus tabah dan tabah. semoga bisa luka ini kebal membentengi diri. bertahan dan bertahan dari ia merobek setiap jalur bahagiaku. izinkan aku hidup di atas aspal ku sendiri meski kita berkongsi laluan yang sama.

Wednesday, September 7, 2016

CETUSAN RASA : APA SAHAJA ANGGAPANMU

hak milik penulis blog ni ya. selamat membaca! Apa sahaja anggapanmu Kita berpijak di bumi yang sama Kita dipayungi langit luas serupa Ditimpa ujian musibah seiring Detik hati berkalih rasa. Apa sahaja anggapanmu Nestapa awan mengundang duka Gelodak jiwa mengocah arus masa Tetap berjalan tak mungkin mengundur Walau lain haluan nakhoda. Apa sahaja anggapanmu Itu pilihan katamu Tak sempurna kan kelihatan di mana-mana Meski itu yang diimpikan Tetap goyah di sisi tuhan Kerana yang sempurna hanyalah Dia Bukan kita manusia sebahagian dari ciptaannya. Apa sahaja tanggapanmu Izinkan kumemilih seperti mana kamu Yang kutak halang walau seinci titik keputusanmu Meski yang tersandar lesu hanyalah aku Di bangku ini bertemankan waktu. Apa sahaja tangggapanmu Kebebasanmu ku tak sekat kerana kau melebihiku Jauh dariku dan bila pulang Aku masih di bangku kaku dan membisu. Apa sahaja tanggapanmu Biarkan aku dengan caraku Seperti mana aku harus telan perimu Yang kau tak Nampak pun canggungnya di situ. Apa sahaja tanggapanmu Pilihanku bukan ditentukanmu Kau tak berhak melabel itu Kerana aku tidak pernah mengecop kamu. Apa sahaja tanggapanmu Rasa hormat kutitip di hati Walau sakit yang cuba diberi Memamah ke seluruh urat nadi Ku tetap melangkah pasti. Apa sahaja tanggapanmu Kata nasihat kuambil peduli Caci nista kupinggir ketepi Kerana apa. Kerana ku telah lali Melalui kedewasaan ini Di atas suratan azali. Apa sahaja anggapanmu Bicara boleh menutur apa sahaja Meluka menyayat jauh ke sukma Biarkan aku memendam rasa bersama kau jua Terkadang harus sembunyi segala kata. Apa sahaja tanggapanmu Luka ini ubatnya sendiri Setelah kausiram cuka dalam madah Bangkitlah aku bertatih lagi Sedangkah kau gah melangkah bersama sepatu berkilat. Apa sahaja anggapanmu Bolehkah kau jadi aku Duduk menggantikan tempatku Kerana aku pun nak merasa indahnya cakerawala Dari sisiku yang berlainan. Apa sahaja anggapanmu Pada masa itu kau kan terkedu Bagaimana mungkin menjadi sepertiku Lantas serulah namaku Agar aku yakin membantumu Untuk pulangkan kehidupan Kerana sedarlah aku hanya aku yang layak berada di tempat Bersyukurlah wahai kamu.

BACAAN IQRA ADAM

malam tadi kerana menjamah makan malam agak lewat dari biasa, kupanggil Adam. sebelumnya Adam asyik benar membaca buku iqra. ummi : Adam ke sini sebentar. ambil muqadam biasa. arahku. Adam : kenapa ummi? sambil membawa muqadam ke arahku. kali ni aku nak cuba bacaan Adam pada muqadam biasa dan bukan buku iqra seperti selalu. ingin melihat sejauh mana potensi putera sulungku ini. Adam : nak baca surah apa ummi? ummi : baca dari Al-fatihah. aku ingin melihat bagaimana praktikalnya. bila tiba masa yang sesuai aku akan catat penilaian buat Adam. Adam membaca sehingga surah Al-'as dengan lancer sekali. herm ni mesti dia hafal tukasku. teruskan lagi Adam kata ummi. setelah itu, barulah aku dapat melihat perkembangan sebenar. dia telah mengenal huruf secara keseluruhan. dari pemerhatianku dapati dia belum mengenal fungsi tanda-tanda mati (sukun) dan sabdu. di samping itu, dia belum tahu membaca dengan hukum tajwid yang betul. sebagai contoh cara bunyi idgham dan ikhfa'. setakat ini aku amat berpuas hati dengan perkembangan Adam untuk bahasa melayu dan bahasa arab. tetapi bagaimana dengan pembacaan dan penulisan bahasa Inggeris. maka inilah ujian untukku selaku ummi selepas ini. aku bercadang untuk membeli buku cerita kanak-kanak dalam bahasa inggeris untuk Adam dan Danial. bukan itu sahaja, aku sangat menggalakan kedua beradik ini menonton kartun dalam bahasa inggeris. aku dan suami akan cuba menggunakan dialog-dialog ringkas bahasa inggeris agar mudah difahami keduanya dalam kehidupan seharian. janganlah jadi macam ummi ni yang terlalu malu untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris sehingga merugikan diri sendiri. apabila menjelang dewasa, barulah mula sedar akan kepentingannya.

Tuesday, August 30, 2016

MALAM APRISIASI OKU DARI SISI PANDANGKU

tanggal 29 Ogos saya telah dijemput sebagai jemputan khas di majlis gilang-gemilang yang berlangsung di PLPP Bangi. malam aprisiasi ini dianjur oleh JPOKU Putrajaya bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan OKU dalam organisasi JKM. tetamu kehormat pada majlis julung-julung kali ini adalah KSU KPWKM. kakitangan OKU dihimpun dari seluruh Malaysia. turut diraikan mereka kakitangan biasa yang bertungkus-lumus berkhidmat bagi memberi perkhidmatan cemerlang untuk OKU di institusi seliaan jabatan. syukur Alhamdulillah dan syabas serta tahniah digarap atas usaha murni keseluruhan pihak penganjur. pengisian malam tersebut cukup bermakna kerana dapat menghimpunkan semua elemen OKU di dalamnya. wakil OKU diberi peluang menyampaikan suara yang menjadi aspirasi untuk keseluruhan warga OKU. antara isu yang ditekankan termasuklah aksesibiliti, Pendidikan dan pekerjaan serta advokasi. pengisian lain turut mendapat tempat dan kena dengan tema program dan diharap ia tidak terhenti setakat itu sahaja. dari persembahan koier jabatan, sketsa kanak-kanak kurang pendengaran dan penterjemahan elemen DET Disability Equal Training maka dapatlah sedikit diserap kesedaran mengenai OKU. menerusi anugerah-anugerah yang disampaikan diharap dapat menyuntik semangat kakitangan OKU supaya terus dapat mencurah khidmat meskipun berhadapan dengan halangan dan kekangan semasa. bagi kakitangan biasa pula inilah satu-satunya penghargaan yang dapat sedikit memberi penawar setelah jerih-perih mereka bertugas sekian lama. namun demikian, terdapat sedikit yang harus diteliti dan dikaji semula berhubung dengan pelaksanaan program. semoga ia dapat diperbaiki dari masa ke masa hendaknya. pada hemat saya, program haruslah dijalankan pada siang hari demi mengelakan kekangan-kekangan kesihatan yang dihadapi oleh segelintir OKU. misalnya sempena makan tengah hari. suasana di siang hari itu jauh lebih realistic berbanding pada waktu malam. selain itu jamuan yang disediakan hendaklah benar-benar mencukupi kapasiti jemputan terlibat. buatkan mereka rasa bahagia. hikmah menikmati hidangan yang enak rasa serta mencukupi akan dikenang sepanjang hayat. mungkin perkara tersebut agak kedengaran remeh. namun secara hati ke hati ia akan memberi impak yang mendalam jauh ke ruang sanubari. mahukah kita sebagai penanjur melihat tetamu-tetamu pulang dalam rasa hampa kerana tidak sepenuhnya merasai nikmat juadah tersebut? renung-renungkanlah! harus difikirkan juga pada kakitangan-kakitangan yang jauh datang demi memenuhi jemputan program. seronokkah mereka? atau semakin terasa diperkecilkah mereka? sekian sahaja buat kali ini.

Sunday, August 28, 2016

CAHAYA HATI ERISYA

Ni episode kedua cerita MTQK Penang Thingkingface tu ya. Ada yang menarik ingin aku garapkan indah di sanubari. Melakar satu pertemuan menggamit rasa kagum dan rendah diri terhadap insan ini. Meski masih muda, hati kecil percaya dia mencapai kematangan awal dari usia. Nur Erisya seindah nama secantik orangnya. Tulus pekerti. Lemah-Lembut peri. Gadis comel ini menarik aku untuk menyulam memori. Berkenalan semasa dalam perjalanan, tak henti dirinya menghulur bantuan dan pertolongan. Aku ini bukan mudah mesra. Tapi keluguhan hatinya menghilangkan rasa duka ku yang berjauhan dari suami dan permata hati. Walau dia tidak peramah dan periang, tetapi dia pandai memancing perasaanku. Dia tahu kesusahanku sepanjang berada di USM. Dia temani ku ke blik air, menggosokkan pakaian, menyediakan ku makan dan menemani hamper setiap langkahku. Tak pernah walau sesaat dia melupakan aku. Walau dia membawa diri lama demi urusannya tetapi dia tetap mengambil ku di tempat yang dijanjikan. Sekali lagi sangat aku kagum dengannya. Sampaikan entri ini ditulis aku masih hiba mengenangkan perpisahan kami. Semoga kudiberi kelapangan untuk menemuinya di Kuala Selangor. Ku menunggu detik waktu untuk ke sana. Semoga dia sudi berteman dengan ku sehingga nyawa memisahkan kami. Terima kasih Erisya untuk tali ukhwah ini. Semoga kamu diberi limpahan rahmat berganda dari Allah S.W.T. amin!maafkan kakak andai sepanjang Isya bersama kakak hati kecilmu terguris dik. Kakak ni agak agresif berlainan sekali dengan mu yang sangat sopan-santun. Kakak sangat yakin kehadiranmu walau di mana jua akan menyenangkan hati sesiapa. Semoga kamu kekal dalam kelembutan. Ayu tau! Kakak suka sangat.

Saturday, August 27, 2016

GRAB BAJU

Salam hujung minggu. Ni nak share pada yang sudi nak baca je. Pada yang tak suka atau apa-apa rasa yang berkenaan harap dapat abaikan je. Masih panas lagi cerita ni tau. Baru habis posing round demi round. Aktiviti berlangsung dalam rumah sendiri je ni. Lepas asar tadi kami berkunjung ke kedai favourite ku di Subang Perdana. Cadangnya nak cari blouse biru untuk tema majlis dinner. Kedai tu nama dia focus shoe ya. Jangan tak tahu!! Bagi penggemar baju murah sepertiku. Setiba di sana kudapati ramai sangat orang. Rasanya akan tersekatlah aksi pilih-memilih ni ye. My hubby memang pantang bersesak-sesak ni. Hamper 10 minit meninjau kami dapat menyesuaikan keadaan. 3 blouse yang dapatku sambar hari ni. Hijau, biru dan pink. Kuberalih pulak ke jubah yang bergantungan. Memilih saiz seperti kelaziman. Namun hampa tiada pula yang berkenan. Hati gatal berpindah ke baju kurung pula. Wow memang mengancam! Setelah cuba lebih kurang dapat lagi 3 pasang baju kurung. Warna pink, pink ke oren dan hijau. Jenuhlah hubby nak bayar ni deh. Bukan selalu. Last shopping di sini November lepas. Dalam hatiku beraya haji sakan lah aku tahun ni. Tak habis di sini sahaja. Misi kedua diteruskan. Ke Taman Medan pula mencari bahagian anak-anak. Pusing punya pusing baju melayu Adam aje yang belum dibeli. Permata hatiku dapat 1 helai seluar jeans berpoket, 1 jeans biasa, 1 kemeja lengan panjang dan 1 t-shirt lengan panjang. Syukur dengan nikmat Allah. Baju melayu Adam akan kucari di lain kali putusku. Makan malam, beli aje lah di kedai!

Friday, August 26, 2016

DOA SELAMAT DI RUMAH BARU KAK ALIA

erm malam tadi kami dapat undangan ke majlis kenduri doa selamat naik rumah baru dari kak Alia di Lembah Subang 2. menerusi whatsapp kak Alia telah share location. majlis bermula jam 9.00 malam. first tihing, terima kasih pada kak Alia kerana sudi menjemput kami. Alhamdulillah dengan bermotorsikal kami sampai ke sana. hanya aku dan hubby aje. sebenarnya kawasan perumahan tersebut bekat dengan tempat tinggal lama kami Lembah Subang 1. alang-alang dah dekat ni, kami singgah seketika di gerai burger milik kak Zira di samping bertemu mek. mek ni adalah peniaga lauk masakan Kelantan yang menjadi favourite semasa mengandungkan Danial. pada masa tu, satu lauk pun kami tidak boleh masak di dapur kerana alahan yang teruk. mek ni tinggal di sebelah rumahku. Alhamdulillah aku tidak loya pula menghidu masakannya saban hari. setiba di blog rumah kak Alia, kuminta hubby menyiasat rumah kosong manalah tahu kalau hati ni berkenan membeli. yang besnya rumah ni ada 2 bilik air temasuklah master bedroom, walaupun kecil. menurut khabar berita, kebanyakkan OKU blind membeli rumah berkenaan kerana lokasi yang sangat berhampiran dengan public transport iaitu putra LRT stesen Ara damansara. harga yang ditawarkan agak menarik iaitu Rm35000.00 separuh dari harga asal RM70000.00. blok paling hamper dengan LRT adalah blok B. kebanyaakan rumah perlu melakukan renovation agar kelihatan lebih eksklusif. memandangkan rumah kak Alia penuh dengan orang, maka tidaklah aku menjelajah ke seluruh ruang. nasib menyebelahi kerana kubertemu dengan Ruziana. dia juga telah membeli rumah di sini dan dapat sama aras dengan kak Alia. kesempatan kuambil untuk membuat penelitian mendalam dengan berkunjung ke rumahnya yang telah direnovation. gril, tingkap, cat dan lantai telah bertukar wajah. warna biru light menjadi pilihan hati. bagi pandanganku, rumah tersebut sesuai untuk orang blind seperti aku. kerana keupayaan terhad cuma ini akses yang kami ada. bagi siapa yang bijak merebut peluang, hasil akan berpihak kepada mereka. tahniah buat semua pemilik-pemilik rumah di Lembah Subang. walaupun OKU, tetapi anda mampu mendapat asset terpenting dalam kehidupan. syabas dari saya sekali lagi. pada majlis ini juga kubertemu dengan rakan lama sewaktu di SMPK dan bahkan di PES lagi. dialah Aswati. dia telah 7 tahun totally blind sepenuhnya. dia dulu partially sighted. kekurangan penglihatan melanda setelah dia bersalin anak ke2 yang kurang secara perlahan-lahan. kubertukar khabar dan nombor telefon bersama. hamper 11.00 malam baru aku dan hubby beranjak pulang. masa terindah bersama rakan-rakan sukar diulang kembali. apa yang penting semoga mereka kekal di bawah lembayung kesejahteraan ilahi titip doa kudusku dalam hati.

Thursday, August 25, 2016

MTQK PENANG THINGKINGFACE

maaflah pembaca sekalian. tajuk tersebut saya rujuk pada nama group whtsap kontinjen Selangor ke Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan JKM kali ke-42 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang selama 4 hari 3 malam bersamaan 21-24 Ogos 2016. kontinjen membawa kekuatan 8 peserta bersamaan 8 kategori dan sayalah di antara salah seorang peserta tersebut. tanpa persediaan jitu dan rapi saya galas tanggungjawab tersebut meski di hati dilimpahi rasa malu yang menebal. ini merupakan pertandingan kali pertama saya yang melibatkan organisasi. calon-calon lain rasa-rasanya sudah benar-benar berkaliber lagi berkelayakan. hanya saya yang lemah dan cetek ilmu taranum. Alhamdulillah, sepanjang di sana saya ditemani kakak senior lagi otai di tempat saya bertugas sebagai pengiring. terima kasih atas jasa dan budimu sepanjang mengiringi. hanya Allah yang dapat membalasnya. dari 8 kategori hanya 2 sahaja yang tidak menyebelahi kontinjen dan salah satu yang tersebut ialah saya. perkara sebegini telah saya duga dan bersedia menerima rencah dan duri menikam. 4 kategori mendapat tempat naib johan dan 2 lagi mendapat tempat ketiga. syabas sangat2 saya ucapkan buat keseluruhan kontinjen. mendapat tempat ketiga adalah junior saya sewaktu di PES iaitu Norhidayu Mohd Yusoff. dari zaman sekolah lagi dah memang salude dengan dia ni. semoga Ayu terus Berjaya dalam menyampaikan ajaran Alquran buat anak bangsa. selain pengisian tersebut, terdapat juga beberapa acara sampingan. pendakian ke bukit Bendera, makan-makan di Padang Kota Lama dan acara makan durian di Balik Pulau adalah suatu yang sangat dan akan dikenang sampai bila-bila. entah ada kesempatan untuk lain kali ke tidak agaknya! kalau tiada pun saya tidak ralat kerana kemampuan ini masih lagi belum setara dengan qari dan qariah ulung jabatan. berbanyak-banyak terima kasih atas peluang yang diberi. satu lagi episode akan saya sambung pada entri berikutnya. jumpa lagi!

Sunday, August 14, 2016

DANIAL CHIKENPOP'S

salam hari isnin 8 Ogos. Monday bloos ke semua? diharapkan ceria dan bahagia sentiasa. baru jer nak ambil mood bekerja, IPhone gold berdering. tak sempat dijawab lalu kumelihat missed call. kepala 55******. saya akan cuak bila dapat panggilan dari permulaan angka tersebut. ini sekitar Shah Alam, gumam hatiku. kuhubungi semula maka panggilan disahut cikgu F. "Danial kena campak puan. yang berair lagi tu. merah dah satu badan. kena ambil cepat. saya takut berjangkit pada kanak-kanak lain," tutur cikgu F dengan cemas. "ya ke. patutlah di badannya ada biji-biji. saya ingatkan kena gigit nyamuk," sangkalku pula. "tak puan. saya dah confirm dengan kawan saya yang doctor melalui tanda-tanda merah yang ada di badannya," ulas cikgu F lagi. "okaylah bagi saya masa untuk call abah dia dulu," putusku seterusnya. HP abang kudail segera. mujur waktu masih awal. abang belum lagi keluar delivery. jam 10.45 pagi kami tiba di klinik kesihatan berhampiran. setelah 2 jam menunggu, dapatlah Danial MC seminggu dari doctor. nasib baik juga dia tidak demam. keletahnya aktif macam biasa. tiba di rumah dia kutanggalkan baju dan segera menyapu ubat. setengah jam kemudian, Danial tertidur tanpa sempat menjamah nasi. segera kuminta abang menghubungi abah untuk membuatkan air penawar menghilangkan impak penyakit tersebut. jam 2.00 petang abah tiba di rumah kami. nenek dan atuknyalah berkorban masa mengurus dan menjaga Danial sepanjang tempoh jangkitan. keadaan tidak berlarutan dan Danial hamper pulih pada penghujung minggu. syukur Alhamdulillah cemasku tidak berpanjangan seperti mana dia suspek denggi beberapa bulan lalu.

Wednesday, July 20, 2016

RUANG RINDUKU

kian usia dimamah waktu. sering mengundang rindu bertamu. tak mungkin kuhapus dari balutan memori. setiap masa, sepanjang ketika, Allah temukan aku insan-insan mulia. memberi bantuan pada diri yang tak sempurna. hingga detik ini, tak pernah pudar ingatan itu. jika ada terpalit dosaku pada kalian, kupohon keampunan sempena bulan mulia. izinkan aku abadikan namamu di sini. di layar putih tanda kenangan. insan-insan ini adalah insan sempurna ciptaan. terima kasih atas budi dan jasa kalian. hanya Allah yang dapat memberi kebaikan yang berkekalan. ada di kalanganmu jauh sudah berjaya di hadapanku. tahniah. tahniah. tahniah. ia setimpal dengan pengorbanan kalian selama ini. Tini ingin sekali kudengar khabarmu selaku room mate ku. Yusrina pembaca novel semasa di universiti dan kelembutan bicaramu. pernah bacakan aku novel Cinta Di hari-hari Rusuhan karya Faizal Tehrani. Haslina yang menemukan aku dengan pembaca-pembaca dari kalangan mahasiswa Pendidikan Islam. Azlina siswazah Perakaunan dan Perniagaan yang membantu aku membuat kerja-kerja akhir dan menjilidkan latihan ilmiah di saat aku buntu mencari rakan untuk membantu. Akmal pembantu yang cekap diturunkan oleh Rosni. hanya 2 semester bersamaku, namun bakti diberi sangat banyak. Mushirah orang yang tinggi lampai. membantu aku dari semester 2 hingga 6 tanpa jemu dan berpaling. Didi, kutemui di dinding perpustakaan utama Um, lantas menjadi tempat aku merujuk segala hal berkenaan tesis dan assighment yang bertimun. Zila dan Azza rakan sejabatan yang kutemui pada hari pertama kuliah bermula. pertolongan kamu berdua kunjung tatkala aku benar-benar memerlukan. kak Lin, Malia Kartini bernombor matrik AEA030194 sebelum nomborku dan Muliati Asyikin. mereka ini tak pernah menolak jika melihatku lalu datang menghulur bantuan. kak Zila dan kak Ida. keduanya matang dalam melihat setiap perkara. Wani dan Imah kawan baik Rosni yang tak pernah kekok membantu. pernah aku mengambil subjek TITAS ii bersama Wani dan kursus satu jabatan. Zura dan Ros kawan cek Yah yang membantu ketika subjek TITAS ii di Akademi Pengajian Melayu. Zura, Sha, Eca, Ikin dan Jihan junior-junior yang baik hati. membantu aku di kala kesunyian tanpa rakan sebilik. Zila, Jun, Moca, Fad dan Iim punya tempat tersendiri di hati. Zila dan Moca pernah kami menonton teater dan ke Genting Team Park bersama. mereka ni sains pure. tak ada jiwang-jiwang kesusasteraan. Balqis dan Pidah. dikenali melalui cek Yah. orang yang sangat baik dan setia membantu. Hanum dan Shidah juga rakan kepada Rosni. ke mana kamu semua. kirimlah khabar kepadaku agar silaturrahmi ini dapat disambung semula. turut tak dilupakan Jun, Ila dan Emi. mereka ni gadis Sabahan yang sentiasa menyahut sebaik diseru nama. tak dilupakan kak Nitrah dan kak Ada yang penuh dengan lembutnya seorang muslimah. sumbangan yang diberi Fifi, Fatimah, Mumtaz dan Siti Arimah yang berasal dari Malaysia timur menjadikan aku tetap digamit nostalgia. semoga kalian semua kekal dalam rahmat ilahi. amin!

KRONOLOGI RAYA 2016

5 Julai selasa : 11.45 pagi hubby ambil ku di pejabat untuk dihantar pulang ke rumah. 1.45 petang : hendak melelapkan mata barang seketika setelah bersembang dengan Huraizah menerusi whatsapp. 3.00 petang : hubby gerakkan aku yang mamai-mamai hendak tidur. aku terkejut lantas blur tak tahu apa nak dicapai untukpengemasan terakhir sebelum pulang ke kampung. mujur kami hanya berdua pada masa tu. barang campak atas sit belakang kereta jer. tak payah pening-pening nak susun. 4.00 petang : mula bertolak meninggalkan rumah. 7.30 malam : berbuka ala kadar dengan air dan kek cokelat dari berisi cafe MARA. 9.30 malam : singgah makan di Gua Musang. 12.00 pagi : tiba di rumah. anak-anak kecil dah tidur. yang dewasa je masih setia menunggu ketibaan kami. cek setia menyambut di muka pintu. raya pertama : solat sunat aidilfitri. kali ni ayah sihat dan dapat ikut kami bersama. beramah mesra dan makan juadah bersama cek, ayah dan adik-beradik terdekat. 10.30 pagi : aktiviti menziarahi dimulakan. ke rumah pokcik Yazid Kemasin, rumah mokteh Selamoh, rumah cik piyoh, rumah mokcik moh, rumah moksu esah Beris Lalang (dia sedang mengalami strok), kenapa anak-anak tak balik ziarah? muliakan mereka di hari raya! rumah Minoh Nikpo, rumah kak Nah, (telah berwajah baru) setelah ketiadaan tok ngoh rumah Dayyini (kawan along) dan terus ke rumah mami Huraizah. raya kedua : kenduri kahwin di rumah moksu Dalewe, * aku suka gi rumah dia dulu time kecik sebab ada banyak bunga. baunya harum bagaikan di taman raja. salude ayam goreng berempah memang terbaik. sambung lagi rumah Poksoh Kecik, rumah En. Nikli, rumah pokya Bachok dan selesai. raya ketiga : giliran rumah kak Nor abang Faiz. melilau jugaklah cari rumah ni, sampai orang kena jemput la. rehat dan berkemas ke penang. pick up anak dari kereta Nor. sampai di penang pukul 1.30 pagi. raya keempat : bersiap di rumah makteh Jah, lalu ke rumah makteh Liah, rumah lang Shah dan rumah Suid. lepas tu anak merengek nak beli lori tanah dan traktor. pergilah ke iconsave Jawi Jaya. petang pula ke rumah Syukri. selesai hantar abah terus ke pulau untuk makan pasembur di tempat favourite aku (gerai Gani). mujur dapat. tunggu nak naik feri hampir 1 jam. 10.00 malam bertolak pulang ke Kelantan. huh, abang memang long ranger waktu ni. aku dah tersadai keletihan di kerusi kereta. raya kelima : cek buat makan-makan. ada sotong goreng tepung yang dibeli di pantai Tok Bali. petang menziarahi moksu Kemasin yang sebaya dengan cek. namun dia menghidap kencing manis kronik dan ura-ura terdapat barah daging. ke rumah kakti Abang Sani. kan dia orang tinggal dekat je tu. bertemu kak La satu-satunya anak perempuan moksu Esah. malamnya ke rumah kawan baik abang, Zamani di Sekolah Padang Enggang. raya keenam : bersantai di rumah. menikmati masakan lala goreng pedas oleh cek. seperti biasa menjelang petang, ke pantai Irama menikmati keropok lekor dan air kelapa. memang menjadi kegemaran aku pun. raya ketujuh : bersantai di rumah aje kerana pukul 2.00 petang dah pun bertolak pulang ke tempat mencari rezeki semula. alhamdulillah. atas nikmat yang diberi. semoga tahun depan kan bersua!