Wednesday, November 30, 2016

APL : JANGAN LUPAKAN AKU

hari ni baru ada mood untuk mengupas akan novel yang sedang aku baca. tapi APL hanya bacakan satu bab pada setiap kali siaran. jadi aku kena bersabar untuk mengetahui kesudahan novel ini. herm, secara keseluruhan ia agak menarik dan terdapat juga unsur-unsur yang tidak dapat aku teka apa akan terjadi. aku suka dan gemar jalan cerita novel yang begitu. tidak terlalu rigik pada satu-satu motif tertentu. tak rugi untuk dimiliki dan dibaca. namun perlu diutamakan apa yang utama. ini semua rencah dunia! ikutilah ulasan serba sedikit di bawah yang aku petik dari laman karangkraf. tajuk : Jangan Lupakan Aku Penulis : Iza Safiya Harga: RM 22.00 ISBN: 978-983-124-840-9 Halaman: ~576 Berat: 400 gram Tarikh Terbit: 20 Jan 2013 Sinopsis Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. “Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!” Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. “Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!” Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya. saat ini aku telah pun membaca sehingga bab tiga puluh. sepuluh bab awal boleh dibaca di laman karangkraf juga. pada aku Zara merupakan seorang gadis melayu yang teguh dengan identiti melayu dan penulis berjaya memperkuatkan elemen kemelayuan dalam watak Zara. begitu juga dengan Izack. seorang yang berjati diri tinggi meski jauh berkelana di US. adakah kebahagian kekal milik mereka? cuma ketahuilah bahawa di dunia ini tiada satu pun yang akan kekal. selamat membaca. note : aku bukan siapa-siapa untuk membuat ulasan. sekadar menyatakan apa yang terlintas di fikiran sahaja. tak suka tak apa!