Saturday, November 26, 2016

HARI ORIENTASI MURID

sebelum jam 9.00 pagi kami telah tiba di SRSA untuk pendaftaran 2 putera ke darjah 1 dan pra sekolah. alhamdulillah, mereka tetap bersekolah di tempat yang sama. sangat merunsingkan hati ummi dan abah jika mereka perlu diasingkan tempat persekolahan. ummi hampir 14 tahun telah meninggalkan alam persekolahan. semoga hati ummi tetap kuat untuk mengasuh semua anak-anak ummi. ummi mendengar ceramah pengenalan di dewan sekolah sementara abah ke kelas pra dan mendengar taklimat yang disampaikan. sebelum itu, Adam telah diserahkan kepada guru kelas 1 Z/merah untuk mengikuti sedikit ujian literasi dan mumerisasi. Ya Allah betapa berdebarnya hati ummi tatkala begini. seolah-olah ummi yang akan menduduki ujian tersebut. semoga Adam dapat melakukan yang terbaik. hanya doa yang mampu ummi hulurkan. setelah itu, ummi dan abah kiu pula untuk pendaftaran dan pembayaran yuran sekolah. sebanyak RM139.00 termasuk sumbangan PIBG. baju sukan sekolah lengan panjang telah ditempah untuk Adam. Adam memaklumkan kepada ummi bahawa sekolahnya besar sangat dan ramai orang. inilah pengalaman untuk kamu nak! ummi pun seperti kamu juga sewaktu kecil dahulu. semoga anakku tidak melalui kesusahan seperti yang pernah ummi lalui. anugerahkan kekuatan buat kedua-dua puteraku. itu doa yang tak henti-henti ummi pohon. sebelum pulang kami melunaskan bayaran Rm100.00 untuk baju seragam prasekolah Danial pula. selamat datang 3 Januari 2017! di sinilah anak-anak ku akan mengisi usia kanak-kanak dengan himpunan ilmu.