Saturday, April 25, 2015

REVIEW PILOT CAFE

Ni kisah imbas kembali aku ya. Novel Pilot Café ditulis oleh novelis yang menempati ruang istimewa hatiku. Zuraidah Othman dan Ahadiat Akashah sememangnya gabungan mantap dan meletup. Memandangkan ia novel perkongsian maka seingatku novel ini dibeli juga hasil perkongsian aku dengan Zarina rakan pendengar tegar novel time semasa di sekolah dulu. Pembacanya kalau tak silap aku ialah Siti Hafizah dan Alyaa’. Terbitannya sekitar tahun 1999. Hak miliknya Zarina amanahkan kepadaku. Betul-betul memang aku suka jalan ceritanya dan sentiasa berangan untuk makan dan minum di café mewah lagi eksklusif “Pilot Cafe” tuuuu. Tak semena-mena aku nak review pasal cerita ni. Sila perhatikan di bawah Petikan ayat dari novel Pilot Cafe DI PILOT CAFE SATU LEMBARAN CINTA TELAH BERPUTIK kehidupan ini bermula di mana-mana... tak menentu indah ataupun gundah bila MAYA kehilangan jantung hatinya... dia bertemu AMEER... lelaki yang hanya tau menodai cinta. bermula dengan SECANGKIR KOPI PANAS DI PILOT CAFE... segala-galanya berubah untuk mereka berdua. AMEER mula merasai apa itu cinta manakala MAYA belajar untuk menolak cinta yang suci. bagaimanakah akhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini. SHARMILA, DR KHALEED dan RASYID... mereka pula insan-insan yang terperangkap di dalam kemelut cinta ini.. tidak berakhir di situ, novel ini telah diadaptasi sebagai filem pula dan telah pun ditayangkan pada tahun 2015. mengisahkan seorang pilot bernama Ameer Reeza (Fahrin Ahmad) jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Dengan kehenseman yang dimilikinya, Ameer menggunakan peluang itu sebaiknya! Ameer seorang yang playboy dan kaki perempuan. Sharmila (Neelofa) gadis seksi dan cantik berjaya mencuri tumpuan Ameer. Bagi Ameer, perasaannya pada Sharmila sedikit berlainan dibandingkan dengan wanita yang pernah dia tiduri. Penampilan Sharmila sangat mempesonakan dan menambat hatinya. Malah, Ameer juga tidak bertepuk sebelah tangan. Sharmila turut jatuh hati pada dirinya. Perasaan tanpa batasan menyebabkan Ameer dan Sharmila terlanjur hingga Sharmila disahkan mengandung. Mengetahui Sharmila telah hamil, Ameer berprasangka mungkin anak itu bukan benih dirinya. Memandangkan penampilan Sharmila yang sentiasa memikat selera lelaki. Selepas Ameer enggan mengaku anak tersebut bukan dari darinya, Sharmila pergi membawa diri. Ketika itu dia berjumpa dengan Dr Khaleed (Datuk Eizlan Yusof), akhirnya Sharmila dan Dr Khaleed berkahwin. Pekerjaan Ameer sebagai juruterbang terhenti bila mana insiden kapal terbang terhempas menimpa kawan baiknya. Insiden yang menakutkan itu membuatkan dirinya berhenti sebagai pilot dan mengubah haluan kerjayanya. Ameer membuat keputusan untuk membuka sebuah kafe yang diberi nama Pilot Cafe. Siapa sangka di Pilot Cafe itu, Ameer bakal menemui cinta hatinya. Maya (Izara Aishah) seorang gadis naïf dan tinggal di kampung telah ditipu oleh kekasihnya, Rashid. Selepas mengetahui Maya mengandung, Rashid mengelak diri dari memikul tanggungjawab itu. Pada awalnya, Rashid memujuk Maya agar menggugurkan kandungan tersebut namun Maya enggan. Bagi Maya telah banyak dosa yang telah dia lakukan. Dosa berzina, apatah lagi bila memikirkan dia bakal menanggung dosa menggugurkan anak. Sudah jemu memujuk Maya, Rashid bertindak melarikan diri dari kampung itu. Dia menghilangkan diri tanpa khabar berita. Takut untuk berterus terang dengan keluarganya, dan tidak mahu keluarganya menanggung malu, Maya membuat keputusan untuk pergi ke Kuala Lumpur. Sekali lagi Maya ditimpa musibah. Pemandu teksi yang menghantarnya ke Kuala Lumpur cuba untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Dia merancang untuk menjual Maya dan bakal menjadikan Maya pekerja di kelab malam. Maya segera menghidu niat jahat lelaki itu. Lantas Maya melarikan diri sekuat hati. Hayunan kaki Maya melangkah jauh hingga ke Pilot Cafe. Di situlah bermulanya perkenalan antara Maya dan Ameer. Kasihan melihat nasib yang menimpa Maya, Ameer memberikan perlindungan dan tempat tinggal buat Maya sehingga dia melahirkan anak. Tanpa disedari, dirinya telah jatuh cinta pada Maya. Namun, perasaan Ameer ditolak lembut oleh Maya. Baginya, cintanya masih tersisa pada Rashid. Ameer kecewa namun menghormati permintaan Maya. Bagaimanakah hubungan Ameer dan Maya selepas anak itu dilahirkan? Adakah mereka kembali erat dan mencipta perasaan istimewa? Benarkah tidak sedikitpun rasa cinta Maya terhadap Ameer? Jejaka kacak yang menjadi kegilaan wanita. Bagaimana pula dengan Sharmila? Adakah benar anak dikandung Sharmila merupakan anak Ameer? Kutonton filem ini menerusi laman sesawang gangtube kalau aku tak silap lah. Di malam hari di suatu hujung minggu. Memang power lakonan Neelofa kat dalam tu. Aku suka sangat! Di bawah ni aku sertakan lirik OST filem sebagai ending. Lirik Lagu Hafiz Feat Adira (OST Pilot Cafe) - Untuk Cinta -Hafiz Kau tunjuk kan aku Yang memangnya tak pernah tahu Erti sebenarnya cinta dari jiwa Bukan hanya dari mata -Adira kau ajar hati ku kasih setulus seikhlas nya Tak pernah mengalah Walau kan terpisah Sedikit pun tak berubah -Hafiz&Adira Namun Tak kan menjadi miliki ku Cinta bukan tercipta untuk ku -Hafiz Tolong jaga lah diri nya buat diri ku Jangan biar luka lagi hati nya Yang amat ku cinta Yang milik engkau saja Biar ku simpan semua kasih dan cinta Akan ku pendam kan sepanjang nyawa Hingga tiba masa Untuk aku bercinta semula.... -Hafiz&Adira Selamat tinggal kasih Aku kan pergi (ku kan pergi) bawa diri (bawa diri) Yang telah rela (yang telah rela) Dan mengerti (ohhhh) Dan disini saja Berakhir nya sebuah kisah Cinta bertepuk sebelah Terpaksalah... Ku terima tentuan nya Ohhh... kredit lirik: Astro Gempak@youtube

Wednesday, April 8, 2015

DEMAM

assalamualaikum. entah kenapa semenjak sebulan lalu aku diberi ujian demam yang berpanjangan. mungkinkah kerana aku stress atau terlalu banyak fikir sehingga menjejas kesihatan. beberapa hari terpaksa mengambil cuti kerana tidak mampu bekerja seperti biasa. suhu badan tidaklah naik mendadak cuma sakit kepala yang sangat berat. berdenyut-denyut dan berpusing-pusing seolah ingin terbalik ku dibuatnya. setelah memakan ubat dari famasi keadaan tetap tidak pulih. kali ni aku nekad ke klinik dr. Rohaya di level G medan MARA. Masyaallah ramainya orang, getusku. nak tak nak hamper 2 jam menunggu barulah dapat berjumpa dr Roziah. setelah dibekalkan beberapa jenis ubat maka kembalilah aku ke tempat kerja ditemani Syahrul. pada keesokkannya sekali lagi aku ambil cuti. badan terasa lemah dan berat sekali. sehingga petang aku hanya berbaring.

jam 5.30 petang kugagahkan diri memeriksa IPhone. mula-mula seperti biasa FB dan whatsapp jadi focus. selepas itu aku periksa apa saja application yang ada notifikasi baru. gmail. segera kubuka. tertera email dari "pengambilan" seperti lazim diterima ketika suatu panggilan temuduga dari SPA. hati berdebar kencang. apakah aku akan gagal atau sebaliknya. bukankah keputusan sepatutnya keluar pada minggu hadapan. apa sudah jadi. kenapa kali ini awal. sedangkan kebiasaannya akan tertunda. dengan menggeltar aku cuba membaca baris demi baris. perkara: keputusan temuduga. tahniah anda Berjaya. aku menangis semahunya dan tak kisah akan IPhone lagi. penantianku selama 9 tahun akhirnya terlerai. Allah punya perancangan. aku hambaNya kena tawadhuk. seolah-olah beratnya beban yang kutanggung sebelum ini pergi jauh meninggalkanku. berat perasaan yang kukendong sekian lama terlepas dari pegangan. syukur. syukur.syukur. Dia maha merencana perubahan dengan hanya sekelip mata. takberlengah terus hubungi abang dengan airmata berjuraian di pipi. abang pada mulanya terkejut kerana aku sendirian dalam keadaan tidak sihat di rumah. sebaik dikhabarkan, abang hamper menangis sama. setibanya abang di rumah diriku terurai dalam pelukkannya. lama kami saling meluahperasaan. segera dalam fikiran, cek dan ayah di kampong dan Nor. kukhabari mereka dalam sebak. sambutan mereka juga dalam hiba. semua menangis atas anugerah ilahi. malamnya pula ke rumah emak dan abah. menemui orang-orang yang wajib diberitahu. terima kasih pada semua yang tak pernah berhenti mengutus doa untuk diri ini. semoga sejahtera di dunia dan akhirat dan jannah tempatnya. amin! dari hatiku yang paling dalam.