Wednesday, April 8, 2015

DEMAM

assalamualaikum. entah kenapa semenjak sebulan lalu aku diberi ujian demam yang berpanjangan. mungkinkah kerana aku stress atau terlalu banyak fikir sehingga menjejas kesihatan. beberapa hari terpaksa mengambil cuti kerana tidak mampu bekerja seperti biasa. suhu badan tidaklah naik mendadak cuma sakit kepala yang sangat berat. berdenyut-denyut dan berpusing-pusing seolah ingin terbalik ku dibuatnya. setelah memakan ubat dari famasi keadaan tetap tidak pulih. kali ni aku nekad ke klinik dr. Rohaya di level G medan MARA. Masyaallah ramainya orang, getusku. nak tak nak hamper 2 jam menunggu barulah dapat berjumpa dr Roziah. setelah dibekalkan beberapa jenis ubat maka kembalilah aku ke tempat kerja ditemani Syahrul. pada keesokkannya sekali lagi aku ambil cuti. badan terasa lemah dan berat sekali. sehingga petang aku hanya berbaring.

jam 5.30 petang kugagahkan diri memeriksa IPhone. mula-mula seperti biasa FB dan whatsapp jadi focus. selepas itu aku periksa apa saja application yang ada notifikasi baru. gmail. segera kubuka. tertera email dari "pengambilan" seperti lazim diterima ketika suatu panggilan temuduga dari SPA. hati berdebar kencang. apakah aku akan gagal atau sebaliknya. bukankah keputusan sepatutnya keluar pada minggu hadapan. apa sudah jadi. kenapa kali ini awal. sedangkan kebiasaannya akan tertunda. dengan menggeltar aku cuba membaca baris demi baris. perkara: keputusan temuduga. tahniah anda Berjaya. aku menangis semahunya dan tak kisah akan IPhone lagi. penantianku selama 9 tahun akhirnya terlerai. Allah punya perancangan. aku hambaNya kena tawadhuk. seolah-olah beratnya beban yang kutanggung sebelum ini pergi jauh meninggalkanku. berat perasaan yang kukendong sekian lama terlepas dari pegangan. syukur. syukur.syukur. Dia maha merencana perubahan dengan hanya sekelip mata. takberlengah terus hubungi abang dengan airmata berjuraian di pipi. abang pada mulanya terkejut kerana aku sendirian dalam keadaan tidak sihat di rumah. sebaik dikhabarkan, abang hamper menangis sama. setibanya abang di rumah diriku terurai dalam pelukkannya. lama kami saling meluahperasaan. segera dalam fikiran, cek dan ayah di kampong dan Nor. kukhabari mereka dalam sebak. sambutan mereka juga dalam hiba. semua menangis atas anugerah ilahi. malamnya pula ke rumah emak dan abah. menemui orang-orang yang wajib diberitahu. terima kasih pada semua yang tak pernah berhenti mengutus doa untuk diri ini. semoga sejahtera di dunia dan akhirat dan jannah tempatnya. amin! dari hatiku yang paling dalam.

No comments:

Post a Comment