Thursday, May 21, 2015

PERGI JUA

assalamualaikum. khabar duka mengiringiku lagi. ketika menikmati sarapan panggilan telefon dari Nor membantut selera. nor: mok Dah dah tak ada meninggal dunia maksudnya. saya: innalillahi wainna ilaihi rajiun. bila? ? ?? sudu dan darfu di tangan dilepaskan. nor: jam 3.30 k3e 3.45 pagi. tak pasti. ya Allah, setelah mengharungi derita kangser selama kurang lebih 2 tahun, dia menghembus nafas terakhir. mujurlah sewaktu pulang ke kampong tempoh hari sempat juga menzirahi beliau yang sedang terlantar. badan yang berisi hanya tinggal tulang dan kulit. berselra untuk makan jauh sama sekali. semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang beriman. amin! Al-fatihah! mok Dah adalah sepupu di sebelah ayah.

Wednesday, May 20, 2015

PERSEDIAAN AWAL

abang ambil cuti hari ni. nak buat persiapan sebab surat tawaran telah tiba. mula, kami sarapan di kedai mak Su Piah Man Coner, bangunan Mutiara Bangsar. macam biasa menu aku nasi lemak, sambal kerang dan ikan bilis. abang pula lontong. selepas tu kami ke klinik kesihatan Tang Ling di jalan Cenderasari. urusan di sini yang agak lamanya. selepas register, kami ke klinik gigi terlebih dulu untuk buat pemeriksaan. nurse di situ sangat peramah dan tak henti-henti mengucapkan tahniah. maklumlah aku ni dah menginjak 3 siri baru terhegeh-hegeh nak dapat kerja. otak pun dah semakin tepu lainlah kalau dapat after graduate. semangat berkobar-kobar dan hati masih membara. minda pada masa tu pun masih lagi fresh. nak buat macam mana rezeki dah ditakdirkan begini. hendak tak hendak kenalah redha.

pemeriksaan seterusnya adalah tinggi dan berat. kemudian tekanan darah. diikuti ujian air kencing dah ujian darah. bahagian visual aku terlepas kerana memang sedia mengalami masalah penglihatan. tak pasal-pasal kena buat ujian PSP sekali. aku nervous sebenarnya. mujur ada abang. dia banyak bagi moral support. tibalah masa untuk berjumpa doctor for final result. jeng jeng jeng aku tak lepas kat sini. kata beliau kadar protein agak tinggi. dia minta kami buat semula. untuk menenangkan keadaan, kami keluar minum di kafe berhampiran.segelas milo ais, segelas the ais dan 1 botol kecil air mineral berharga RM7.20. betul ke!! macam tak percaya kan. tapi sebab dah minum maka bayar aje lah. setelah berbuat kali kedua, ia masih lagi sama. namun aku bersyukur kerana ia tidak menggugat maklumat kesihatan yang perlu diserahkan. namun demikian aku diminta untuk membuat rawatan susulan. di kompleks pertama, tingkat 12 kami bertemu pesuruhjaya sumpah bagi mengemukakan akuan bersumpah. ke BSN dan bank Islam untuk urusan perbankan. di medan MARA ramainya orang termasuklah para VIP. rupanya ada fiesta harum manis. patutlah kerabat diraja Perlis pun ada mencemar duli sekali. agenda seterusnya ke butik Avon. husband merupakan dealer yang boleh dikatakan aktif walaupun secara kecil-kecilan. kemudian dalam hujan renyai, kami ke PKMD Ulu Langat untuk urusan temu janji.

Monday, May 11, 2015

BLIND ART MASSAGE CENTRE

seetelah menganggur beberapa hari maka keputusan perlu dibuat. ya. aku perlu terus bekerja. Blind Art Massage centre di pecan baru Sungai Besi tempat baru mencari rezeki. pusat urut ini diusahakan oleh cikgu Maridah dan cikgu Moira senior yang sudah jauh Berjaya. sesiapa yang berminat dan tinggal di kawasan berhampiran silalah berkunjung ke pusat ini yang telah pun 2 tahun beroperasi. segalanya kuserahkan pada Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah rezeki tetap ada. janji Allah itu pasti! lokasi kedai aras 1. berada di antara bangunan BSN dan KFc. di bawahnya kedai serbaneka 2 ringgit. harap-harap faham dengan penjelasan saya ni. selamat berkunjung!

Wednesday, May 6, 2015

AWAL VS AKHIR DI NURI

ini adalah fasa kedua aku bertugas sebagai juruurut di NWC. di hari mulia yaumul jumaah 15 Februari 2013. kujejaki lagi bandaraya KL diiringi suami, 2 putera dan harapan setinggi gunung. pengelaman menjadi tukang urut selama setahun antara jun 2008 hinggalah jun 2009 dan sepanjang tahun 2012, aku jadikan bekal mengharungi liku kerjaya ini sekali lagi. aku bersyukur dengan sedikit kemahiran dan minat yang ada, semakin mematangkan aku. sedaya upaya cuba menimba sebanyak mana ilmu yang dicurah dari sifu dan mempelajari pelbagai teknik bersesuaian untuk diaplikasi dalam rawatan. juga berkesempatan mengikuti kelas anatomi yang berfungsi mempertajamkan kemahiran sedia ada. terima kasih sifu.

setelah 2 tahun 3 bulan, takdir telah merubah segalanya. sekembalinya dari cuti sempena hari pekerja yang aku apply sehingga 5 Mei, seakan ia dinafikan. terasa diri ini dihiris dek kata-kata dan fitnah yang dilontar. herm ... bisanya lidah manusia ni. boleh membunuh. itulah yang aku tafsirkan. tumpah jua airmata yang kusekat sekian lama demi mempertahankan karier. maka dengan rendah hati tunduklah aku pada perancangan Allah. berundurlah aku dengan tragis. percaya dengan rezeki Allah, kuteruskan pekerjaan seperti biasa. cuma tempat yang berbeza. next time aku cerita. tungguuuuu!

Tuesday, May 5, 2015

SURAT TAWARAN SPA

debaran semakin bertapak hebat di dada. setelah 2 minggu surat masih belum tiba. hari-hari kerja abang membersihkan peti surat. abang: katalog avon, cosway, giant, dan lain-lain surat adalah. saya: tu lah biasanya 2 minggu dari tarikh makluman. akhirnya kami redha, pulang ke kampong penuh dengan tanda Tanya. sekembalinya ke KL, abang terus bekerja. sementara aku masih menyambung cuti. abang: ayang tengok ni. ayang: apa tu bang. sepulang suami dari tempat kerja. ayang: surat ke. tangan tersentuh apa yang sedang dipegang abang. abang: tengok sampul pun dah koyak-rabak. ayang: kenapa? abang: postor paksa tolak masuk dalam peti surat lah ni. ayang: tak apa lah. yang koyak cuma sampul je. isinya masih elok kan. abang: ya betul surat tawaran dari SPA. ayang: syukur Alhamdulillah.