Wednesday, May 6, 2015

AWAL VS AKHIR DI NURI

ini adalah fasa kedua aku bertugas sebagai juruurut di NWC. di hari mulia yaumul jumaah 15 Februari 2013. kujejaki lagi bandaraya KL diiringi suami, 2 putera dan harapan setinggi gunung. pengelaman menjadi tukang urut selama setahun antara jun 2008 hinggalah jun 2009 dan sepanjang tahun 2012, aku jadikan bekal mengharungi liku kerjaya ini sekali lagi. aku bersyukur dengan sedikit kemahiran dan minat yang ada, semakin mematangkan aku. sedaya upaya cuba menimba sebanyak mana ilmu yang dicurah dari sifu dan mempelajari pelbagai teknik bersesuaian untuk diaplikasi dalam rawatan. juga berkesempatan mengikuti kelas anatomi yang berfungsi mempertajamkan kemahiran sedia ada. terima kasih sifu.

setelah 2 tahun 3 bulan, takdir telah merubah segalanya. sekembalinya dari cuti sempena hari pekerja yang aku apply sehingga 5 Mei, seakan ia dinafikan. terasa diri ini dihiris dek kata-kata dan fitnah yang dilontar. herm ... bisanya lidah manusia ni. boleh membunuh. itulah yang aku tafsirkan. tumpah jua airmata yang kusekat sekian lama demi mempertahankan karier. maka dengan rendah hati tunduklah aku pada perancangan Allah. berundurlah aku dengan tragis. percaya dengan rezeki Allah, kuteruskan pekerjaan seperti biasa. cuma tempat yang berbeza. next time aku cerita. tungguuuuu!

No comments:

Post a Comment