Wednesday, May 20, 2015

PERSEDIAAN AWAL

abang ambil cuti hari ni. nak buat persiapan sebab surat tawaran telah tiba. mula, kami sarapan di kedai mak Su Piah Man Coner, bangunan Mutiara Bangsar. macam biasa menu aku nasi lemak, sambal kerang dan ikan bilis. abang pula lontong. selepas tu kami ke klinik kesihatan Tang Ling di jalan Cenderasari. urusan di sini yang agak lamanya. selepas register, kami ke klinik gigi terlebih dulu untuk buat pemeriksaan. nurse di situ sangat peramah dan tak henti-henti mengucapkan tahniah. maklumlah aku ni dah menginjak 3 siri baru terhegeh-hegeh nak dapat kerja. otak pun dah semakin tepu lainlah kalau dapat after graduate. semangat berkobar-kobar dan hati masih membara. minda pada masa tu pun masih lagi fresh. nak buat macam mana rezeki dah ditakdirkan begini. hendak tak hendak kenalah redha.

pemeriksaan seterusnya adalah tinggi dan berat. kemudian tekanan darah. diikuti ujian air kencing dah ujian darah. bahagian visual aku terlepas kerana memang sedia mengalami masalah penglihatan. tak pasal-pasal kena buat ujian PSP sekali. aku nervous sebenarnya. mujur ada abang. dia banyak bagi moral support. tibalah masa untuk berjumpa doctor for final result. jeng jeng jeng aku tak lepas kat sini. kata beliau kadar protein agak tinggi. dia minta kami buat semula. untuk menenangkan keadaan, kami keluar minum di kafe berhampiran.segelas milo ais, segelas the ais dan 1 botol kecil air mineral berharga RM7.20. betul ke!! macam tak percaya kan. tapi sebab dah minum maka bayar aje lah. setelah berbuat kali kedua, ia masih lagi sama. namun aku bersyukur kerana ia tidak menggugat maklumat kesihatan yang perlu diserahkan. namun demikian aku diminta untuk membuat rawatan susulan. di kompleks pertama, tingkat 12 kami bertemu pesuruhjaya sumpah bagi mengemukakan akuan bersumpah. ke BSN dan bank Islam untuk urusan perbankan. di medan MARA ramainya orang termasuklah para VIP. rupanya ada fiesta harum manis. patutlah kerabat diraja Perlis pun ada mencemar duli sekali. agenda seterusnya ke butik Avon. husband merupakan dealer yang boleh dikatakan aktif walaupun secara kecil-kecilan. kemudian dalam hujan renyai, kami ke PKMD Ulu Langat untuk urusan temu janji.

No comments:

Post a Comment