Tuesday, September 20, 2016

SELAMAT DATANG UNIFI

sebenarnya dah agak lama hati ni berfikir-fikir tentang internet di rumah bagi menggantikan P1 yang dilanggani semenjak Februari 2013. setelah berpindah rumah, kualiti perkhidmatannya agak slow. jika berada di ruang tamu ada kemungkinan wifi tidak dapat ditact. belum lagi problem semasa hujan. kuota 20 GB yang diberi sudah tidak memadai. putera hati suka sangat streem kartun secara online. dalam 2-3 hari internet dah diperlahankan kelajuannya sebab kuota yang makin berkurang. yang makin merumitkan lagi, kaunter pembayaran P1 telah bertukar tempat. cuma yang ada di Digital Mall dan Sandway Piramid. service kaunter yang diberikan semakin tidak memuaskan. setelah melunaskan bi akhir pada 28 Ogos, tamatlah perkhidmatan P1 bersama kami. pakej yang kami langgan dulu berharga RM44.00 termsuk GST. oh lupa nak maklum, kesemua pakej yang diceritakan adalah fees bagi OKU.

 

maka pada penghujung Ogos, kami merisik khabar ke TM point. pertama kali pergi pada 26 Ogos 2016. pada awalnya kami hanya berminat untuk melanggan streamyx dengan kelajuan 1MBPS berharga rm63 sebelum dicampur GST. sementara itu kami diminta untuk menunggu survey dihantar ke pihak teknikal memandangkan alamat kami tidak dapat dikesan dalam radar liputannya. menunggu dan menunggu hampir seminggu juga lah. next week kami pergi lagi untuk mendapat info selanjutnya. setelah berbincang, tarikh pemasangan telah diputuskan pada 5 September 2016. sepanjang hari tersebut, tiada langsung khabar berita yang diterima dari installer. diam seribu bahasa. hati dah jadi panas ni! mana nak melayan karenah anak yang asyik minta nak tengok cerita kartun di internet. ditambah lagi dengan service TM pula yang buat hal. keesokkan harinya saya membuat aduan menerusi talian telefon. jawapan tetap mendukacitakan. saya kena tunggu lagi 1 minggu semata-mata untuk tahu sebab streamyx tidak dapat dipasang di rumah saya. lebih kurang 3 hari kemudian, kesalahan dikenalpasti berpunca dari installer yang tersalah membawa kabinet untuk pemasangan di rumah saya. tapi kenapa saya selaku pelanggan yang kena menanggong bahana dari kesalahan itu ya! sudah pelik dan ajaib ni! mood masih bertahan kerana hanya TM yang kami ada kan.

 

pada suatu petang setelah pulang bekerja, aku bertegur sapa dengan jiran sebelah. saja bertanyakan internet di rumahnya. dia sama sekali tidak mencadangkan kami memasang streamyx di rumah, katanya tersangatlah slow. dia terus mencadangkan kami mengambil pakej unifi advance 30MBPS berharga RM199.00b tak termasuk GST. kata akak jiran aku tu, speednya sangat memuaskan jika diguna dari pagi sampai ke malam.

 

hati jadi tertekan tiba-tiba. mahalnya! berapa banyak duit yang harus mengalir semata-mata untuk mendapat perkhidmatan internet ni. kesal mula bercambah. beratus-ratus ringgit perlu dilabur demi memenuhi kepuasan menonton kami sekeluarga. keputusan tidak dapat dicapai dengan kadar maksimum. aku buntu memikirkan beban kewangan yang semakin bertambah. 2 hari kemudian, aku dan hubby berkunjung lagi ke TM Point dan memutuskan Unifi VIP55 OKU berharga RM126.40 agak berat untuk kami pilih tarikh pemasangan telah ditetapkan pada 14 September. hampir jam 7.00 petang tibalah installer di rumah kami. namun demikian proses tersebut terpaksa ditangguhkan kerana sekali lagi installer terlupa membawa IP tv pulak. pada petang isnin 19 September maka rasmilah unifi di rumah kami. angan-angan seterusnya adalah untuk membeli android box pula. puaslah anak-anak dapat streem rancangan kartun kegemaran mereka. semoga my hubby kental untuk membayar bil ya! hehehehehehe.

Monday, September 19, 2016

RENUNGAN ZUHUR

nah ni saya nak share sikit ilmu pada petang ini. semoga kita beroleh manfaat. elakan mengeluh! teruskan bersyukur!

 

Renung2 kan ...

 


*1.* Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,

*Walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.*

 


*2.* Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, *Walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.*

 


*3.* Kalau kita bergaduh dengan boss,

*Walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.*

 


*4.* Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,

*Walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.*

 


*5.* Kalau kita bergaduh dengan guru,        *Walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.*

 


*6.* Kalau kita bergaduh dengan kawan,

*Walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.*

 


*7.* Kalau kita bergaduh dengan pasangan,

*Walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.*

 


*8.* Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,

*Walaupun kita menang,* *Kita tetap kalah.*

*Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri..*

*Yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri.*

 


*9.* Renungan bersama....

Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah *bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.*

 

*10.* Mendengar isteri membebel di rumah, *bererti kita masih punya keluarga.*

 


*11.* Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku *bererti kita masih punya suami.*

 


*12.* Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas *bererti kita masih punya mak ayah.*

 


*13.* Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, *bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.*

 


*14.* Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, *itu bererti kita mampu bekerja keras.*

 


*15.* Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, *itu bererti kita punya teman.*

 


*16.* Pakaianku terasa agak sempit, *itu bererti kita makan cukup.,*

 


*17.* Mencuci dan menggosok timbunan baju, *itu bererti kita memiliki pakaian.*

 


*18.* Membersihkan halaman rumah, mop lantai, *itu bererti kita memiliki tempat tinggal.*

 


*19.* Mendapatkan banyak tugasan, *itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.*

 


*20.* Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, *itu bererti kita masih boleh mendengar.*

 


*21.* Melihat anak-anak bermain riang, *itu bererti kita masih boleh melihat.*

 


*22.* Kita masih bernafas, *itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.*

 


Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

 


*Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya.*

 


Semoga yang terima pesanan ini diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat. amin!

JOM URUT!

rilekskan diri anda dengan sentuhan urut dari Mas Reflexology. segera call/whatsapp 012 276 8341 untuk sebarang temu janji.

biskad

 

biskad1

 

 

flyer_urut

CERPEN TIDAK BERJUDUL

mohon izin dari pemilik asal cerpen ini. kuambil dari FB seorang rakan. sungguh besar bakatnya. selamat menulis dan selamat maju jaya. Cerpen.. Buat 15 minit je.. Adehh. Umi! Qalisha meletakkan barang-barangnya di dalam kereta. Setelah selesai semuanya, dia membuka pintu di sebelah pemandu. Wajah kak longnya yang suram dia sentuh sebelum melabuhkan duduk. Lima minit kereta itu meninggalkan SMK Tungku Malik, sepatah pun mereka tidak berborak. Qalisha melepas keluhan berat. Nampaknya kenalah dia mulakan dulu kan? “Kak long sihat?” Diam lagi. Khusyuk benar Qalisa membawa kereta. “Kak long kenapa? Marahkan Lisha ke?” Qalisa menghembuskan nafasnya perlahan. Hatinya benar-benar sakit bila memikirkan tentang dia. “Lisha sihat?” Akhirnya, Qalisa bersuara juga. Qalisha tahu, hati Qalisa terluka dengan apa yang terjadi. “Sihat kak long. Maafkan Lisha, sebab Lisha tak balik waktu daddy kahwin. Waktu daddy meninggal pun, Lisha tak sempat balik. Sorry, kak long. Exam SPM tu penting kak long.” Qalisa menghadiahkan senyuman hambar untuk adik tersayangnya. Ya, Qalisa sahajalah permata hatinya. Dia tidak ada sesiapa lagi waktu ini. Mummy dan daddy sudah kembali mengadap ilahi. “Kak long faham. Takpe, exam tu penting kan? Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Cuma,” “Cuma?” Qalisha mengangkat kening. Pura-pura bertanya. “Kak long tak suka perempuan tu. Dia yang sebabkan daddy meninggal. Lepas aje daddy kahwin dengan dia, terus daddy meninggal. Kak long sedih.......sedih sangat dik.” Rintih Qalisa hiba. Airmata tak mampu disika lagi. Qalisha hanya menggangguk. Faham benar dengan perasaan kakaknya. Tapi, untuk membenci dia, tidak sama sekali. “Lisha, maafkan daddy. Bukan daddy tak cintakan mummy lagi......bukan. Daddy sungguh-sungguh cintakan mummy. Tapi, daddy sunyi Lisha, daddy perlukan seorang isteri yang boleh jaga daddy bila daddy sakit, daddy nak ada orang yang jaga Lisha bila daddy takde nanti. Bukan daddy tak percayakan kak long, bukan. Daddy percaya, kak long boleh jaga Lisha dengan baik. Tapi, tak kanlah sampai bila-bila, kak long nak jaga Lisha? Dia pun ada hidup sendiri Lisha.” Terang Qalif panjang lebar. Dia berharap sangat yang Qalisha bersetuju dengan cadangannya yang ini. “Daddy dah Tanya kak long?” Pertanyaan itu membuatkan hati Qalif yang sedih menjadi lagi sedih. Qalisa anak sulungnya yang berusia dua puluh lima tahun itu menentang hebat perkahwinannya bersama Noor Aziyan binti Amir yang berusia empat puluh tahun itu. “Kak long tak benarkan ke daddy?” Tanya Qalisha lagi setelah sekian lama Qalif berdiam diri. “Tak… kak long cakap, bakal isteri baru daddy tu, tak mungkin menggantikkan tempat mummy, kak long bagitahu daddy yang bakal isteri baru daddy ni tak mungkin akan dapat jaga anak OKU penglihatan macam Lisha. Daddy dah terangkan pada bakal isteri daddy tu. Dia tahu pasal Lisha. Insya-Allah, dia dapat terima Lisha.” Qalisha dapat mengesan kesedihan pada suara Qalif. Dia tahu, daddynya benar-benar kesunyian setelah kematian mummynya lima tahun lepas. “Daddy, kalau itu yang bahagiakan daddy, daddy teruskanlah hajat daddy tu. Lishha terima dan akan cuba terima dia dalam hidup Lisha. Pasal kak long, janganlah daddy risau ya? Insya-Allah, dia akan terima juga suatu hari nanti.” Qalif benar-benar terharu. Dia benar-benar bersyukur pada Allah kerana mengurniakan anak yang istimewa ini dalam hidupnya. Ya, mungkin Qalisha ini cacat fizikalnya, Qalisha ini buta matanya. Tapi, Qalisha tidak buta hati. Qalisha yang satu ini pandai benar menjaga hatinya dan arwah isterinya. “Thanks Lisha. Lisha jaga diri baik-baik ya? Janggan lupa makan. SPM buat baik-baik. Kalau daddy dah tinggalkan dunia ni, daddy harap sangat, Lisha tinggallah dengan umi, sembuhkan luka dihatinya sekiranya kak long melukai hatinya.” Ya…itulah ayat Qalif yang terakhir. Dua minggu selepas itu, Qalisa pula menelefon dan memberitahu yang Qalif meninggal sewaktu sedang berdoa. Dua hari selepas perkahwinan Qalif dan Aziyan. Qalisha kecewa kerana tidak dapat pulang...sedih kerana tidak dapat mengucupi Qalif disaat terakhir kali. Tapi, Qalisha yakin, daddynya bahagia dan gembira dengan kehidupannya. “Lisha,” bahunya disentuh perlahan. Qalisha tersedar semula dari angan-angannya. Mereka sudah sampai di rumah agam milik arwah daddy mereka. “Betul ke Lisha nak tinggal kat sini? Lisha tak nak tinggal dengan kak long ke? Adik, daddy dah takde, takde siapa yang boleh lindungi Lisha. Kalau dia.......” “Kak long, kak long jangan risau ya? Insya-allah, dia tak buat apa-apa dekat Lisha.” Qalisa hanya mendiamkan diri. Sungguh, berat hatinya hendak meninggalkan si adik yang tidak sempurna ini kepada orang luar. Adiknya yang seorang ini sangat-sangatlah manja. Risau jika terjadi sesuatu pada si adik, risau sekiranya ibu tiri yang dibenci tidak menerima si adik. Pintu rumah Qalisa buka kasar. Kelihatan ibu tirinya sedang baring di sofa. Penat sangatkah? Apa sahajalah kerja yang ada dalam rumah ini? hendak kkata menjaga suami? Melayan suami? Suaminya sudah tiada. Hendak dikatakan membuat kerja rumah? dia ini duduk sorang-sorang. Kerja apalah yang banyak sangat? Huh! Sakit hati Qalisa melihat raut wajah yang kepenatan. “Tu, seronok betul tidur tu. Entah apalah yang dibuat? Nampak letih sangat. Macam ni Lisha nak duduk dengan dia? Macam ni dia nak jaga Lisha? Silap-silap dibiarkan Lisha sorang-sorang. Tak payahla duduk dengan dia ni. Jomla, duduk dengan kak long. Lagi pun,” “Kak, biarlah Lisha stay sini. Lagi pun, ini aje kenangan yang Lisha ada. Rumah ni banyak sangat kenangan Lisha dengan daddy. Tak sanggup Lisha nak tinggalkan rumah ni.” Sudah itu kata-kata adiknya, apa lagi pilihan yang dia ada? Dia tidak mahu memaksa. “Eh, perempuan,” Pekikan Qalisa membuatkan Aziyan sedar dari lena. Sepasang mata terbuka dengan perlahan. “Kau jaga adik aku tu baik-baik. Kalau ada apa-apa yang jadi dekat dia, Aku bunuh kau.” Pintu hadapan Qalisa hempas kuat. Enjen kereta pantas dihidupkan dan kereta itu laju meninggalkan Aziyan yang terkebil-kebil memandang pintu rumah yang di hempas kuat tadi. Qalisha juga terkejut dengan pekikan-pekikan kakaknya. Tidak pernah Qalisha melihat kakaknya marah sebegitu rupa. Qalisha menggeleng-geleng. Patutlah arwah daddynya berharap sangat dia menjaga ibu tirinya yang seorang ini, patutlah daddynya menyuruh dia menyembuhkan luka dihati ibu tirinya sekiranya kak long Qalisa melukai hati itu. Rupa-rupanya, luka yang diberi kak longnya itu sangat dalam. Qalisha pantas memanjat tangga dan menuju ke kamar. Aziyan , sekadar memandang anak itu berlalu dari situ. Mengapa? Mengapa anak itu tidak menegurnya? Adakah anak itu sama seperti kakaknya? Membenci diri ini. ya Allah, kuatkanlah hati ini. Aziyan menangis lagi. Dia tidak kuat menempuh kehidupan ini tanpa Qalif. “Yan jangan risaulah. Lisha bukan macam Lisa. Dia pasti terima Yan dalam rumah ni.” “Yakinnya abang?” Qalif tergelak kecil. Alhamdulillah, akhirnya, mereka disatukan sekali lagi. Bezanya di sini, dahulu, perkahwinannya ditentang hebat oleh kedua-dua ibubapa dan kali ini, perkahwinan mereka ditentang hebat oleh anak sulungnya Qalisa Qalif. Biarlah…dia yakin, hati Qalisa akan lembut juga. “Maafkan Yan kerana tinggalkan abang dengan........” “Syyyyy.” Pantas jari-jemari milik Qalif mendarat ke bibir si isteri. Qalif tidak mahu lagi Aziyan berkata tentang kisah lama mereka. “Sayang, kalau sentuhan kali pertama ini, berhasil, abang nak Yan tahu, abang sangat sayangkan Yan… jagalah baby dalam ni dengan baik. Abang tak nak Yan sia-siakan anak-anak kita. Abang tak nak, bila Yan ada baby baru, Yan lupa Lisha, abaikan Lisha. Ini amanah abang Yan, tolong jagakan anak-anak abang. Tolong jaga Lisa, Lisha dan anak kita ini.” Aziyan menarik nafas sedalam yang mungkin. ‘Abang, sukarnya amanah yang abang berikan pada Yan abang. Yang bimmbang, Yan tak dapat memikul amanah ini abang, dari tinggkah laku Qalisha, ternyata dia juga seperti Qalisa… bencikan Yan. Apa yang Yan patut buat abang? Bantulah Yan abang? Yan tak kuat bila abang takde dengan Yan. Dahulu, kita pernah bersatu, tapi, kehendak Allah, kita terpisah. Waktu itu, Yan tak sedih sangat. Sebab Yan tahu, abang masih ada dan abang masih cintakan Yan seperti dahulu. Yan yakin, Allah akan temukan kita kembali. Kehendak Allah, kuasa Allah yang sentiasa mendengar doa Yan, akhirnya abang kembali, kembali pada Yan. Tapi, kuasa Allah juga, sekali lagi abang pergi. Pergi tinggalkan Yan jalani kehidupan ni. Bantulah Yan abang? Bantulah Yan.’ Rimtihnya di dalam hati. Tangisannya makin lama makin kuat. Aziyan takut, dia tidak kuat untuk menempuh semua ini. perlahan-lahan Qalisha mendekati Aziyan. Bahu Aziyan Qalisha sentuh lembut. Aziyan pantas menoleh. Kelihatan Qalishha yang tersenyum ke arahnya membuatkan kesedihan yang bertamu di hati beransur hilang. “Lisha sihat?” Tangan Qalisha Aziyan Tarik untuk duduk di sebelahnya. “Alhamdulillah, sihat aje umi. Umi sihat?” Aziyan tersentak. perlahan-lahan tangan Qalisha Aziyan lepaskan. Apakah maksud panggilan itu? Adakah....... “Umi? Kenapa Lisha panggil saya umi?” Soal Aziyan gugup. Jantungnya sudah berdegup pantas. Sekiranya Qalisha dapat melihat wajah Aziyan saat ini, pasti Qalisha terkejut. Rupa Aziyan waktu ini berubah sangat. Qalisha senyum mendengar pertanyaan Aziyan. Dia faham, Aziyan kaget mendengar panggilan yang dipanggil. Dia tahu, Aziyan tidak menyangka yang dia dapat menerima Aziyan dalam hidupnya. “Lisha panggil umi umi, sebab umi isteri daddy. Umi menangis ke?” Qalisha meraba-raba wajah Aziyan. Aziyan tersenyum sedikit. Tangan yang meraba wajahnya Aziyan genggam erat. Alhamdulillah, Qalisha tidak seperti kakak sulungnya. Qalisha ini tidak membencinya. Dia benar-benar bersyukur. “Tak, umi tak nangis pun. Lisha dah makan ke?” Tanya Aziyan. Teruja pula dia hendak memasak untuk anaknya yang satu ini. “Lapar jugak. Umi dah masak ke? Kalau belum, kita makan kat luar aje okey? Lisha nak stay dengan umi. Boleh kan?” Terharu Aziyan mendengar saranan Qalisha. Pantas dia bangun untuk bersiap. Airmatanya yang hendak mengalir dia kesat dengan hujung lengan baju. Bahagia dia rasakan. ‘Ya Allah, terima kasih, kerana kau telah makbulkan permintaanku.’ “Okey, kalau macam tu, Lisha pergi siap, kita keluar makan okey? Tapi,” Aziyan berfikir sejenak. Kasihan pula dia melihat Qalisha. Pasti dia penat. Baru sahaja pulang dari asrama. Sudah ingin keluar balik. “Tapi apa ya umi? Umi sakit ke?” Aziyan tersenyum sedikit. “Taklah yang, Tapi, Lisha tak penat ke? Yalah, Lisha baru sangat balik hostel kan?” Qalisha duduk semula di samping Aziyan. Bahu ibu tirinya dia raih manja. Entah mengapa, dia senang sekali dengan ibunya yang ini. “Okey saja umi. Tapi kan, apa kata kalau umi masak. Dah lima tahun Lisha tak merasa masakan seorang ibu, boleh?” Aziyan mencubit pipi anaknya manja. Dah masak pulak dah? Macam-macam budak ni. “Dah pulak dah. Tadi ajak umi keluar. Dah ni yang mana satu ni?” Qalisha tergelak kecil mendengar kata-kata uminya. Bagi Qalisha, tidak kisahlah masak atau pun makan di luar. Janji, dia dapat versama dengan ibu tirinya. Oh, bukan ibu tiri. Tetapi, ibu........ “Ha, cepat buat pilihan.” Sergah Aziyan. Sedikut tersentak Qalisha. Cepat-cepat Aziyan mengurut belakang anaknya. “Sorry-sorry.” Kata Aziyan perlahan. Dia tidak ada niat untuk mengejutkan permata hatinya ini. tidak sama sekali. “Eh, sikit aje ni. Tak mati pun kan?” Seloroh Qalisha disertakan dengan sedikit cubitan di lengan kirinya. “Lisha, please, jangan cakap soal mati. Tolong umi Lisha, umi belum bersedia nak hilang anak umi. Cukuplah daddy dah tinggalkan umi. Umi tak sanggup kehilangan Lisha. Please, lisha,” Rintih Aziyan tanpa sedar. Sayu hati Qalisha mendengar rintihan dari ibunya. Perlahan-lahan dia menarik Aziyan ke dalam dakapannya. Dia berjanji, selagi hayatnya masih ada, dia tidak akan tinggalkan ibunya itu. Biarlah kak longnya tidak suka pun. Dia wajib suka. “Umi, umi jangan risau. Selagi Allah izinkan, Lisha tak kan tinggalkkan umi. Insya-allah umi. Dahlah, janganlah macam ni. Tadi kata nak masak kan?” Hampir terlupa pula Aziyan soal masak. Pantas dia mengesat airmatanya. Leka sungguh dia melayan perasaan sehingga terlupa akan tujuannya. Kasihan Qalisha, pasti dia kelaparan. Aziyan terus melangkah ke dapur dan diekori oleh Qalisha. *********************************** “Boleh Lisha tolong ke ni?” Aziyan tersenyum sedikit. Dia yakin, walaupun Qalisha tidak mampu melihat, tapi, dia dapat melihat dengan mata hati. “Arwah daddy pernah story dekat umi yang Lisha tak biasa buat kerja-kerja dapur ni. So? Tak payahlah okey? Lisha tolong makan je.” Qalisha pantas memuncungkan mulutnya. Tak puas hati betullah. Ada ke patut tolong makan je? “Ala, umi, bolehla bagi Lisha tolong. Lagi pun umi kan ada dengan Lisha ni? Bukannya Lisha sorang-sorang. Boleh ya umi?” Qalisha cuba memujuk sambil membuat muka comel. Kasihan juga Aziyan melihatnya. Tapi, dia takut nanti terjadi apa-apa pada Qalisha. Dia tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk kepada anaknya ini. “Okey, kesiannya umi. Lisha tau, mesti umi tengah fikir-fikir kan? Tak apalah. Kali ni, Lisha beralah sikitlah.” Aziyan menarik Qalisha dekat padanya. rambut panjang Qalisha Aziyan usap manja. “Lisha sayang, suatu hari nanti, umi akan ajar Lisha ya? tapi, bukan sekarang. Boleh?” “Boleh, umi.” Cup! Satu kucupan singgah di pipi umi tersayang. Aziyan tergelak bahagia. Ya, dia tidak tipu. Bahagia dia rasa. ************************************************************************************ “Aduh!” Jeritan dari dapur memaksa Aziyan berlari pantas mendapatkan Qalisha. “Ya Allah, Lisha!” Kelihatan Qalisha tertiarap. Air panas mengenai kaki dan tangannya. Aziyan menangis dan menarik Qalisha bangun. Serasanya baru seketika dia naik ke atas. Mana tidaknya, kepalanya sakit sangat. Dia tidak dapat bertahan lagi. “Umi dah cakap kan? Jangan buat air waktu umi tak ada kan? Kenapa Lisha degil? Lisha memang tak sayangkan umi!”Satu tamparan hinggap di pipi kiri Qalisha. Qalisha menangis teresak-esak. Salahkah dia hendak membuat air minuman sendiri? Sewaktu dia hendak meletakkan air panas, dia hendak terjatuh. Kerana lantai dapur itu sangat licin. Jadi, dia tidak dapat mengimbangkan badannya. Aziyan masih menampar muka anaknya. Dia seperti tidak sedarkan diri. Tiba-tiba, Pang! Terus tangannya terhenti memukul Qalisha. Dia baru tersedar dari perasaan marahnya. “Mummy, daddy dan aku sendiri pun tak pernah pukul Lisha sampai teruk macam ni. Tahu tak? Sebab tu aku tak suka kau! Sebab tu jugak aku tak nak adik aku tinggal dengan kau!” Aziyan terduduk. Dia menatap wajah Qalisha. Habis kesan lebam pada pipi anaknya dan kenapa dia tidak perasan yang Qalisha sudah tidak sedarkan diri? Ya Allah! Apa yang dia telah lakukan? “’Abang, maafkan Yan abang! *************************************************************************************** Qalisha menggerak badannya sedikit. Sakit. Dia cuba meraba-raba persekitarannya. Aduh! Tangannya juga sakit. Kakinya juga. Dia meraba sekitar wajahnya. Wey, sakit jugak! Apa dah jadi ni? Dia cuba mengingati kembali apa yang telah terjadi. Okey, dah ingat. Tiba-tiba dia menjadi sebak. Umi, kenapa umi memukulnya dengan teruk sekali? Sedih. “Adik.” Suara kak longnya melenyapkan segala angan-angannya. “Lisha dekat mana?” “Dekat rumah kak long.” Qalisha menarik nafas sedalam yang boleh. rasanya dia faham mengapa Aziyan memukulnya tak ingat dunia. MungkinAziyan tidak sanggup hendak melihat orang sekelilingnya sakit lagi. Dia tidak mahu hilang orang yang dia sayang lagi. “Kak long, Lisha nak balik rumah daddy.” “Lisha masih nak balik rumah daddy lagi lepas apa perempuan tu buat pada Lisha? Tak. Kak long tak benarkan.” Qalisha bangun mendapatkan kak longnya. Tangan kak longnya Qalisha pegang erat. “Kak long, Lisha kena balik kak long. Lisha kena jaga umi. Umi sakit kak long. Darah yang mengalir dalam tubuh Lisha ni, darah umi. Lisha kena jaga dia.” Qalisa tersentak. Dahinya berkerut akibat tidak memahami apa yang adiknya cakapkan. “Apa maksud Lisha?” Qalisha menarik nafas sedalam yang mungkin. “Mummy memang ibu kandung Lisha tapi umi ibu susuan Lisha kak long. Waktu mummy lahirkan Lisha, mummy tak sedarkan diri selama dua hari. Waktu itulah Lisha disusukan oleh umi. Sebenarnya, umi dan daddy pernah kahwin dulu.” Qalisa ternganga mendengar ayat terakhir dari adiknya. Kenapa? Kenapa dia tidak pernah tahu soal ini? kenapa dia orang terakhir yang tahu hal ini? “Kak long jangan salahkan daddy atau mummy. Sebenarnya, Lisha pun tak berhak tahu. Cuma Lisha terdengar mummy dengan daddy borak. Kalau tidak, Lisha pun tak tahu yang Lisha ni ada ibu susuan. Kak long nak tahu, umi dengan daddy kahwin, semua orang bantah. Termasuklah mummy. Entahlah. Lisha pun tak tahu, kenapa Umi boleh jatuh cinta dengan suami orang. Lama-lama, mummy dah boleh terima umi dalam hidup dia. Kadang-kadang, hal jatuh cinta pada suami orang ni tak boleh salahkan si lelaki atau pun si perempuan. Sebab, itu semua urusan Allah. Itu mummy cakap. Mummy cakap lagi, mungkin ada hikmah semua ni jadi. Allah dah aturkan segala-galanya. Betul apa cakap mummy tu. Saat mummy tak sedarkan diri, ada orang yang murah hati nak susukan Lisha. Tapi sayang, jodoh umi dengan daddy tak lama. Umi terpaksa minta cerai dari daddy. Dia tak nak mana-mana pihak bergaduh. Dia tak nak lukakan hati sesiapa. Daddy terpaksa setuju. Lepas tu, umi terus hilangkan diri. Mungkin jodoh umi dan daddy ni kuat. Diorang jumpa balik. Sebab itu Lisha tak pernah halang daddy kahwin dengan umi.” Qalisa melepaskan nafas panjang. Dia tidak tahu, rupa-rupanya, ada cerita disebalik semua ini. Akhirnya, Qalisa mengambil keputusan untuk bertemu sendiri dengan Aziyan. Enjen kereta Qalisa hentikan. Dia pandang wajah adiknya yang tenang. Sebenarnya, dia takut. Takut andai kata Aziyan tidak memaafkannya. Tiba-tiba, Qalisa teringatkan sesuatu. “Lisha, tadi Lisha cakap, umi sakit kan? Umi sakit apa?” “Barah otak.” Jantung Qalisa bagai hendak terhenti saat mendengar jawapan adiknya “Mana Lisha tahu?” “Daddy bagitahu Lisha.” Qalisa pantas keluar dari kereta. Qalisha juga membuat perkara yang sama. Berkali-kali mereka memberi salam. Kali kedua, barulah seorang perempuan muncul. “Waalaikumsalam. Ya, cari siapa?” “Ini rumah umi saya kan?” Qalisha pantas memotong apabila mendengar suara orang asing di dalam rumah mereka. “Umi? Puan Aziyan ke? Ya. betul. Saya Arissa Arlin. Anak saudara dia. Dia sakit. Tengah tidur tu. Masuklah.” Qalisa dan Qalisha bersalaman dengan Arissa Arlin. “Awak Qalisha kan? Mak su selalu cerita pasal awak. Dia tunggu awak balik. Tapi, awak tak balik pun. Saya nak cari awak, tapi mak su tak bagi. Awak masuklah tengok dia. Dia demam sikit tu. Ketumbuhan dekat kepala dia pun makin membesar. Entahlah. Saya dah penat pujuk dia suruh buat pembedahan. Tapi dia tak nak.” Qalisha angguk. Kasihan umi. Dia bertarung sorang-sorang tanpa keluarga, suami dan anak-anaknya. Qalisa mengajak Qalisha ke bilik di mana Aziyan beradu. Qalisha tanpa banyak bicara menurut sahaja. “Umi tengah tidur dik. Kesian dia. Nampak pucat sangat muka dia. Kak long bersalah pada dia.” Bisik Qalisa sebak. Qalisha bersimpuh di sebelah kiri Aziyan. Jari-jari Aziyan yang sejuk Qalisha genggam erat. Memang dia tidak dapat melihat. Tetapi, dia dapat merasa penderitaan Aziyan. Perlahan airmatanya tumpah jua. “Umi,” Bergetar suaranya menyebut nama itu. “Umi,” Sekali lagi panggilan itu disebut. Aziyan buat tidak kisah sahaja. Dia tahu, ini semua anggan-angannya. Salah dia kerana memukul Qalisha dengan teruk. Salahnya kerana membiarkan Qalishha dibawa keluar dari rumah ini. Dia memang tak pandai nak jaga anak sendiri. Airmatanya tumpah lagi. Kali ini, dia tidak menyika. Biarlah dia menangis sepuas-puasnya. Qalisa yang melihat Aziyan menangis cepat-cepat menyapu airmata ibu tirinya. Tubuh kurus Aziyan Qalisa dakap erat. “Maafkan Lisa umi. Maafkan Lisa. Lisa salah dengan umi. Ampunkan Lisa umi.” Aziyan membuka matanya perlahan. Kelihattan Qalisa sedang menangis sambil memeluknya. Dia tidak bermimpi kan? Qalisa benar-benar berada di hadapan matanya sekarang. “Jangan nangis Lisa.” Aziyan membalas pelukan Qalisa. Akhirnya, Qalisa menerima juga dirinya. Qalisa tergamam saat berada di dalam pelukan hangat ibu tiri yang dia benci. Mengapa hangatnya pelukan ini seperti hangatnya pelukan ibu kandung sendiri? Subahanallah, rindunya dia kepada mummy. “Umi....” Tangisnya sungguh-sungguh. Sesungguhnya, Qalisa tidak dapat membendung kesedihannya lagi. Aziyan juga turut mengalirkan airmata. Sayangnya sudah lama tertumpah pada Qalisa dan Qalisha. Sejak lama dahulu. “Ampunkan Lisa, ya umi? Lisa banyak salah dengan umi.” Aziyan mengusap ubun-ubun Qalisa lembut. “Tak apa, sayang. Umi dah maafkan.” Aziyan memandang sayu ke arah anak susuannya pula. Dia gagahkan dirinya untuk bangun. Arissa Arlin sudah pandang dengan wajah risau. Ibu saudaranya ini, bukannya boleh bergerak sangat pun. “Mak su, mak su nak pergi mana tu?” Aziyan pura-pura tidak mendengar kata-kata anak saudaranya. Perlahan-lahan dia bangun dan mendekati Qalisha. Dia duduk bersimpuh di hadapan anak susuannya itu. Muka Qalisha Aziyan sentuh lembut. Airmata mengalir lagi di pipi. Mengapa dia tegar memukul anak ini? Dengan terketar-ketar, Aziyan menyentuh pipi Qalisha. “Sakit lagi, sayang?” Tanyanya perlahan. “Tak, umi.” Jawab Qalisha. Qalisha menghulurkan senyuman manis pada uminya. Makin lebat airmata Aziyan saat melihat senyuman itu. “Maafkan umi, sayang. Umi tak nak hilang Lisha. Umi sayangkan anak umi ni. Umi takut, Lisha.” Qalisha mendakap ibu susuannya erat. Dia tahu. Sangat-sangat tahu mengapa iumi memukulnya sebegitu. “Sudahla umi.. umi jangan nangis ya? Lisha pun saaaaayang sangat dengan umi. Lisha dengan kak long tak kan tinggalkan umi. Ya?” Aziyan senyum puas. Tergambar ketenangan di wajah ibu muda itu. Aziyan merebahkan badannya. Matanya memandang Qalisa, Qalisha dan Arissa Arlin silih berganti. “Alin, boleh ambikkan mak su air?” Tanpa banyak soal jawab, Arissa Arlin bangun menuju ke dapur. “Lisa, Lisha, baringla sini.” Kata Aziyan manja. Kedua-dua anak itu akur. Mereka membaringkan badan mereka di sebelah Aziyan. Qalisa di kiri, Qalisha di kanan dan dia berada di tengah-tengah. Bahagianya Ya Allah. Aziyan senyum lagi. Suka Qalisa melihat senyuman ibu tirinya ini. Tenang sekali. “Umi sayang anak-anak umi.” “Kitorang pun sayang sangat kat umi.” Kata Qalisha dan mengucupi pipi hangat Aziyan. Qalisa juga berbuat perkara yang sama. “Lisa lambat terima umi......” Kata Qalisa sayu. Aziyan senyum lagi. Rambut anak sulungnya Aziyan belai kasih. “Ni kan dah terima?” Kata Aziyan perlahan. Kini, Aziyan pula memberi kucupan di pipi Qalisa. Lama. Lama sekali. “Umi sayang anak sulung umi ni.” Airmata Qalisa menitis perlahan-lahan. “Jangan nangis, okey? Anak sulung mesti kuat. Ya?” Sekali lagi Kucupan hangat singgah. Tetapi kali ini, dikelopak mata Qalisa pula. Setelah itu, pandangannya beralih pula ke arah anak bongsunya. Qalisha Qalif. “Sayang, tidur ke?” Tanya Aziyan apabila melihat kelopak mata si anak bongsu tertutup rapat. Hidung si anak bongsu Aziyan Tarik sedikit. “Umi..” Qalisha tergelak manja. Dia memeluk erat umi tersayang. “Nakallah umi ni.” Aziyan tergelak sedikit. Senang dia dengan kemanjaan anak bongsunya ini. “Dah besar dah anak umi ni. Sayang?” “Ya, umi?” “Jangan selalu buat kerja-kerja dapur tanpa pengawasan orang ya? boleh?” Seperti Qalisa tadi, kini Aziyan berbuat perkara yang sama kepada Qalisha. Lama kucupan itu mengena pipi Qalisha. “Okey umi. Lisha tak buat dah.” “Good girl.” Kini, pandangan Aziyan jatuh kepada si anak saudara yang teresak-esak sambil memegang cawan. Arissa Arlin meletakkan cawan di atas meja. Diaa menerpa ke dalam pelukan ibu saudaranya. “Alin, kenapa Alin nangis, sayang? Jangan nangis ya? mak su sayang Alin.” “Alin pun sayang mak su Alin ni.” Arissa Arlin mengambil air dan menitiskan pada bibir Aziyan yang kering. Setelah itu, Aziyan mula meneguk air suam itu sedikit demi sedikit. dan Tiba-tiba, “Umi!” Qalisa menangis, Arissa Arlin juga turut mengalirkan airmata. Qalisha, hanya terkebil-kebil. Dia tahu, uminya Sudah tiada lagi. “Umi. Kenapa tinggal Lisha?” Dan dia. Dia juga turut menangis teresak-esak. TAMAT

FILEM PEKAK SATU DARI SERIBU PANDANGAN

Aku memang tak setuju dengan Syarifah Amani,  ni. Aku tak pernah lupa dengan kata-kata dia "I feel stupid when i speak in bahasa".

 


"Filem Pekak yang memang pekak!

Prof Madya Rafidah Hanim Mokhtar:

Apa yang akan jadi siulan anak-anak muda selepas ini?

Menurut Syarifah Amani, “Rugi dan kasihanilah Brunei kerana mengharamkan Pekak”. Selepas menonton saya kira 2/3 filem tersebut, saya setuju, malah saya salute tindakan Brunei dan saya kecewa mengapa Malaysia tidak bertindak sedemikian. Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah. Akhirnya saya keluar dalam keadaan menggigil tangan kerana menahan marah. Kesan dari filem ini, saya sudah “dengar” di dalam panggung ketika menontonnya. Kesan seterusnya? Saya tak sanggup bayangkan.

Sebelum itu, saya harus beri kredit pada pembukaan cerita yang segar, sudut kamera yang kreatif dan lakonan Zahiril Adzim dalam menunjukkan kesunyian orang pekak. Sayangnya filem ini bukan cerita tentang dia.

Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.

Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. “Bang, mana satu bagus?” tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. “Entah, saya tak pernah pakai” jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, “Tak apalah bang, cancel”. Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.

Persoalan filem ini bermula di babak ini. “Wei, kau dan on belum dengan Kamil” tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud “on”. “On” bermaksud “sleep”. Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. “Aku baru je berapa jam kenal Azman dan “on” dah!” cabar Melur. Setiap kali menyebut “ON”, Melur menjungkit bahu. Perkataan “ON” tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama

Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. “Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku “servis” dia sikit!”. Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca

Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu ‘upclose’ dan ‘detail’. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.

Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.

Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu memprovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kanak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah “Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?” Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa “Kita bakar!” menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog “dah on” ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belakang tu selepas menonton filem ini.

8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan. Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan

suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan ‘darurat’, kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus. Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?

10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.

Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni “tell but not show?”. Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang “baik” yang menyantuni anak-anak yang sesat. Watak paling “baik” adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak “ulama penghukum”. Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip? Heh.

Kenapa saya marah?

Kata Syarifah Amani, “Kita jangan menipu atau jangan cuba sorok [realiti] … Itu cara kita berdakwah. Insya Allah, orang dapat kebaikan daripadanya” Saya anggap Amani tersasul menyebut “dakwah”. Siapakah sasaran penonton cerita ini? Pemimpin negara? Supaya mereka mahu buka mata pemimpin negara akan keseriusan masalah sosial di negara ini? Atau adakah mereka sasarkan ibu bapa yang mempunyai anak remaja? Supaya ibu bapa berjaga-jaga akan tingkah laku anak mereka? Jangan sorok fakta, sasaran penonton filem ini adalah remaja. Seperti

remaja-remaja yang duduk di barisan belakang ketika saya menonton. Adakah filem ini mampu beri pengajaran baik? Anda nilaikan sendiri dari cerita saya di atas. Sebelum keluar panggung saya sudah mendengar kesannya. Saya tidak pekak.

Bergiat secara aktif dalam NGO, membuka telinga saya dari kepekakan terhadap isu-isu sosial. Saya mengenali Puan Vimmi Yasmin Razak secara peribadi walaupon saya baru pernah berjumpanya sekali. NGO kami telah bekerja sama beberapa kali. Ketika beliau mula menubuhkan Rumah Kita (rumah perlindungan untuk ibu remaja dan anak tidak sah taraf), Our Touch menyokong dengan dana sewa selama setahun. Saya membaca luahan rasa Kak Vimmi setiap hari di facebook beliau. Tentang anak-anaknya, tentang cucu- cucunya. Kerisauannya tentang gejala sosial yang melanda generasi muda negara ini dan jerit perih mencari dana untuk membela mereka. Anak-anak yang tersasar ini, beliau peluk dan pelihara. Tapi siapa akan merawat puncanya? Kejahatan tak perlu di ajar, syaitan ada di mana-mana. Kenapa kita mahu membantu syaitan? Bukan ada satu saja rumah perlindungan seperti ini di negara kita, banyak! Bukalah telinga anda, dan dengarkan rintihan mereka.

Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa

marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah “normal”. Saya bukan marah kepada mereka. Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah “hero”. Ringan-ringan tak apa.

Kau tidak adil kau tidak menontonnya sampai habis

Durasi filem ini 1 jam 36 minit. Filem bermula kira-kira jam 8.05 malam dan saya keluar kira-kira 9.25 malam. Selama satu jam dua puluh minit filem tu penuh dengan adengan-adengan rendah moral dan ia belum berakhir. Adakah anda fikir beberapa minit terakhir filem tu mampu

memurnikan minda anak-anak remaja yang tercemar dengan segala kebejatan yang diajar selama sejam lebih sebelumnya? Dapatkah mereka memadam imej-imej rendah moral dan dialog-dialog rendah akhlak dari minda mereka?

Tindakan Brunei tepat

Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama

saja. Adengan hisap dadah. Adengan panjat tembok sekolah. Adengan bercumbu. Adengan curi keluar malam dengan lelaki.

Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara?

Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita ‘terpaksa’ mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah. Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?

Filem ini memang PEKAK

Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban

hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masaalah yang ada!"

BUKAN LUAHAN SAMPAH

selain dari amalan membersihkan rohani dan hati, aku perlu tulis ini, agar ketenangan bisa kembali bertamu. pergilah duka. pergi airmata. pergi jauh dari aku. tak rela kutitiskan airmata ini keranamu. What's on your mind? "Ya Allah, jika aku telah membuat sesiapa berasa sakit hati terhadap perangai aq scra sengaja @ tidak sengaja, tolong lembutkan hati mereka utk memaafkan aku.. Jika ada sesiapa yg telah membuat aq berasa sakit hati @ terkesan trhdp perbuatan mereka scr sengaja @ tidak, aku mohon agar lembutkan hati ku utk memaafkan mereka"..aamiin Doa yg sentiasa terucap d bibir ketika hati mulai berasa serba salah .. Ya..! mungkin aku salah .. Aq salah kerana selalu terlupa untuk menjaga perasaan orang lain.. Aq salah, kerana mungkin aq terlalu pentingkan diri sendiri sehingga telah membuat hati org terluka tnpa sengaja.... Sepatutnya ..aq harus utamakan hati & perasaan orang lain dan bukannya hati & perasaan ku sendiri..Ya!..sepatutnya aq yg harus rasa sakit bukan org yg dekat dengan aku.. Kata seseorang "takpa lah,kita kan non-feeling".. kalau boleh d bagi pilihan.. Ya , bagus lagi hidup tanpa feeling..Jadi kita takkan rasa gembira 😁, sedih😭 , mahupun sakit hati..😠 Aku mati-matian berusaha jaga hati orang lain. Aku tak pernah kata "Aku sakit hati, aku sentap or so on" wlupun sebenarnya dlm ni hanya Tuhan yg tahu..Aq boleh jak cakap lepas tp aq tak nak sebab aq tak mahu ssorang jadi sentap, aku taknak ssorang sakit hati, aku tak nak ssorang serba salah. jadi biar aku pendam sampai hujung nyawa??😅.. #BukanLuahanSampah! #AirmataBerhentilahMengalir #Sama2perbaikidiri #ForgiveMe 😢😢😢 Akan ada satu tahap dalam hidup yang mana satu masa Kau akan rasa lali dengan semua benda dalam hidup ni. You just don’t care that much. Apa yang berlaku, biar kan berlaku. Masa tu kau taknak fikir dan malas nak fikir, benda kecik je, dan kau akan rasa malas dah layan karenah manusia. Dan masa tu juga kau akan terlihat seperti kau angkuh, pentingkan diri. Padahal tak. Kau cuma penat. Ya kau penat je layan karenah manusia. Tapi jangan risau.. It’s good actually. Because sometimes, terlampau caring dan peduli dengan manusia tak membawa makna apa pun. ya. it's true. sometime memang begini perasaanku. ini yang kurasa dan aku hadapi. biarlah layar perak ini menjadi saksi dari titis-titis bicara hati ini. tak perlu kuluahkan pada manusia. ya benar. sama sekali.ujian sebegini tetap hadir dan akan hadir selagi nyawa dibalut jasad. semoga hati ini terus tabah dan tabah. semoga bisa luka ini kebal membentengi diri. bertahan dan bertahan dari ia merobek setiap jalur bahagiaku. izinkan aku hidup di atas aspal ku sendiri meski kita berkongsi laluan yang sama.

Wednesday, September 7, 2016

CETUSAN RASA : APA SAHAJA ANGGAPANMU

hak milik penulis blog ni ya. selamat membaca! Apa sahaja anggapanmu Kita berpijak di bumi yang sama Kita dipayungi langit luas serupa Ditimpa ujian musibah seiring Detik hati berkalih rasa. Apa sahaja anggapanmu Nestapa awan mengundang duka Gelodak jiwa mengocah arus masa Tetap berjalan tak mungkin mengundur Walau lain haluan nakhoda. Apa sahaja anggapanmu Itu pilihan katamu Tak sempurna kan kelihatan di mana-mana Meski itu yang diimpikan Tetap goyah di sisi tuhan Kerana yang sempurna hanyalah Dia Bukan kita manusia sebahagian dari ciptaannya. Apa sahaja tanggapanmu Izinkan kumemilih seperti mana kamu Yang kutak halang walau seinci titik keputusanmu Meski yang tersandar lesu hanyalah aku Di bangku ini bertemankan waktu. Apa sahaja tangggapanmu Kebebasanmu ku tak sekat kerana kau melebihiku Jauh dariku dan bila pulang Aku masih di bangku kaku dan membisu. Apa sahaja tanggapanmu Biarkan aku dengan caraku Seperti mana aku harus telan perimu Yang kau tak Nampak pun canggungnya di situ. Apa sahaja tanggapanmu Pilihanku bukan ditentukanmu Kau tak berhak melabel itu Kerana aku tidak pernah mengecop kamu. Apa sahaja tanggapanmu Rasa hormat kutitip di hati Walau sakit yang cuba diberi Memamah ke seluruh urat nadi Ku tetap melangkah pasti. Apa sahaja tanggapanmu Kata nasihat kuambil peduli Caci nista kupinggir ketepi Kerana apa. Kerana ku telah lali Melalui kedewasaan ini Di atas suratan azali. Apa sahaja anggapanmu Bicara boleh menutur apa sahaja Meluka menyayat jauh ke sukma Biarkan aku memendam rasa bersama kau jua Terkadang harus sembunyi segala kata. Apa sahaja tanggapanmu Luka ini ubatnya sendiri Setelah kausiram cuka dalam madah Bangkitlah aku bertatih lagi Sedangkah kau gah melangkah bersama sepatu berkilat. Apa sahaja anggapanmu Bolehkah kau jadi aku Duduk menggantikan tempatku Kerana aku pun nak merasa indahnya cakerawala Dari sisiku yang berlainan. Apa sahaja anggapanmu Pada masa itu kau kan terkedu Bagaimana mungkin menjadi sepertiku Lantas serulah namaku Agar aku yakin membantumu Untuk pulangkan kehidupan Kerana sedarlah aku hanya aku yang layak berada di tempat Bersyukurlah wahai kamu.

BACAAN IQRA ADAM

malam tadi kerana menjamah makan malam agak lewat dari biasa, kupanggil Adam. sebelumnya Adam asyik benar membaca buku iqra. ummi : Adam ke sini sebentar. ambil muqadam biasa. arahku. Adam : kenapa ummi? sambil membawa muqadam ke arahku. kali ni aku nak cuba bacaan Adam pada muqadam biasa dan bukan buku iqra seperti selalu. ingin melihat sejauh mana potensi putera sulungku ini. Adam : nak baca surah apa ummi? ummi : baca dari Al-fatihah. aku ingin melihat bagaimana praktikalnya. bila tiba masa yang sesuai aku akan catat penilaian buat Adam. Adam membaca sehingga surah Al-'as dengan lancer sekali. herm ni mesti dia hafal tukasku. teruskan lagi Adam kata ummi. setelah itu, barulah aku dapat melihat perkembangan sebenar. dia telah mengenal huruf secara keseluruhan. dari pemerhatianku dapati dia belum mengenal fungsi tanda-tanda mati (sukun) dan sabdu. di samping itu, dia belum tahu membaca dengan hukum tajwid yang betul. sebagai contoh cara bunyi idgham dan ikhfa'. setakat ini aku amat berpuas hati dengan perkembangan Adam untuk bahasa melayu dan bahasa arab. tetapi bagaimana dengan pembacaan dan penulisan bahasa Inggeris. maka inilah ujian untukku selaku ummi selepas ini. aku bercadang untuk membeli buku cerita kanak-kanak dalam bahasa inggeris untuk Adam dan Danial. bukan itu sahaja, aku sangat menggalakan kedua beradik ini menonton kartun dalam bahasa inggeris. aku dan suami akan cuba menggunakan dialog-dialog ringkas bahasa inggeris agar mudah difahami keduanya dalam kehidupan seharian. janganlah jadi macam ummi ni yang terlalu malu untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris sehingga merugikan diri sendiri. apabila menjelang dewasa, barulah mula sedar akan kepentingannya.