Showing posts with label juadah hati. Show all posts
Showing posts with label juadah hati. Show all posts

Monday, September 19, 2016

RENUNGAN ZUHUR

nah ni saya nak share sikit ilmu pada petang ini. semoga kita beroleh manfaat. elakan mengeluh! teruskan bersyukur!

 

Renung2 kan ...

 


*1.* Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,

*Walaupun kita menang, Pelanggan tetap akan lari.*

 


*2.* Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja, *Walaupun kita menang, Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.*

 


*3.* Kalau kita bergaduh dengan boss,

*Walaupun kita menang, Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.*

 


*4.* Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,

*Walaupun kita menang, Hubungan kekeluargaan akan renggang.*

 


*5.* Kalau kita bergaduh dengan guru,        *Walaupun kita menang, Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.*

 


*6.* Kalau kita bergaduh dengan kawan,

*Walaupun kita menang, Yang pasti kita akan kekurangan kawan.*

 


*7.* Kalau kita bergaduh dengan pasangan,

*Walaupun kita menang, Perasaan sayang pasti akan terguris.*

 


*8.* Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,

*Walaupun kita menang,* *Kita tetap kalah.*

*Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri..*

*Yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri.*

 


*9.* Renungan bersama....

Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah *bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.*

 

*10.* Mendengar isteri membebel di rumah, *bererti kita masih punya keluarga.*

 


*11.* Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku *bererti kita masih punya suami.*

 


*12.* Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas *bererti kita masih punya mak ayah.*

 


*13.* Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, *bererti kita masih punya anak untuk saham akhirat ku nanti.*

 


*14.* Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, *itu bererti kita mampu bekerja keras.*

 


*15.* Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, *itu bererti kita punya teman.*

 


*16.* Pakaianku terasa agak sempit, *itu bererti kita makan cukup.,*

 


*17.* Mencuci dan menggosok timbunan baju, *itu bererti kita memiliki pakaian.*

 


*18.* Membersihkan halaman rumah, mop lantai, *itu bererti kita memiliki tempat tinggal.*

 


*19.* Mendapatkan banyak tugasan, *itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya.*

 


*20.* Mendengar bunyi ekzos & hon dan anak jiran bising, *itu bererti kita masih boleh mendengar.*

 


*21.* Melihat anak-anak bermain riang, *itu bererti kita masih boleh melihat.*

 


*22.* Kita masih bernafas, *itu bererti kita masih diberi peluang oleh pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah.*

 


Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari. Kita juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar kita masih memiliki orang yang peduli pada kita.

 


*Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun. Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mengeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknya.*

 


Semoga yang terima pesanan ini diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat. amin!

Monday, June 27, 2016

KATAM ALQURAN

bulan ramadhan merupakan bulan alquran. di dalamnya terdapat peristiwa nuzul Quran wahyu pertama diturunkan kepada rasululah S.A.W 1400 tahun lalu. sebagai umat Muhammad, kita digalakkan mengisi bulan ini dengan memperbanyakkan bacaan Alquran. biarlah ayat-ayat Allah ini meniti di bibir tiap masa di sepanjang bulan ini.saranan yang dibuat oleh pengarah semasa perjumpaan tempoh hari mahukan warga kerjanya menjalankan tadarus Alquran di sepanjang bulan Ramadhan. ni lah kali pertama aku berkatam setelah bekerja. kami telah dibahagi kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. perempuan perlu menghabiskan 20 juzuk bermula dari surah Al-baqarah manakala lelaki akan bermula dari juz 21 sehingga ke juz 30. Alhamdulillah berkat usaha keras kami Berjaya menamatkan bacaan dalam masa 14 hari. setiap hari 2 jam diperuntukkan untuk bacaan. bukan semata-mata bacaan, tetapi sebutan makhraj dan hukum tajwid juga diperbetulkan. semoga budaya ini akan berterusan pada masa hadapan dan mendapat lebih ramai sambutan. terima kasih buat semua yang turut serta merealisasikan hasrat pengarah termasuklah kak I, kak Z, kak Zaida, Akmal, liyana, kak Tas, puan Sunarni, timbalan dan lain-lain. semoga dengan istiqamahnya kita membaca Alquran akan menghindari diri kita melakukan dosa dan membentengi diri kita dari sebarang unsur kejahatan dan malapetaka.

Saturday, February 27, 2016

AZIMAT HIDUP

salam pagi sabtu. selamat bercuti pada yang bercuti dan selamat bekerja pada yang sedang bekerja. subuh-subuh hari lagi nurani aku dah terkesan dengan satu untaian kata yang ditulis di wall FB teman. jadi saya ingin kongsikan di sini dengan tujuan memperingati diri sendiri dan teman-teman juga. harap sudi membaca dan sematkan di dalam hati. hope Manja akan ke arah itu juga satu hari nanti. Manja teringin sangat nak mendahului kehendak akhirat berbanding dunia. tapi setakat ni, Manja belum mampu mengekssploitasi sepenuhnya dalam kehidupan. tolong doakan manja ya! Aduhai Manja, bangkitlah. Biarpun kau sudah letih berharap, semoga kau tidak letih berdoa. Berputus asalah dengan manusia, tapi jangan sekali-kali berputus asa dengan Allah. Seseorang kawan rapat tidak berkongsi kesakitan denganmu. seorang kekasih tidak menanggung keperitanmu. Seorang suami tidak mempedulikan perasaanmu. seorang rakan karib tidak menggantikan tempatmu untuk berjaga malam.. Ambil beratlah tentang dirimu sendiri..jagalah ia..pimpinlah ia. jangan kamu layan peristiwa yang berlaku melebihi kadar yang sepatutnya Pastikan dengan sebenar2nya. ketika engkau bersedih, tiada yang boleh menenangkanmu kecuali dirimu sendiri. ketika engkau tewas, tiada yang boleh memenangkanmu selain dirimu sendiri. kemampuanmu untuk bangkit semula tiada yang memilikinya selain dirimu. Janganlah kamu cari nilai diri kamu pada pandangan manusia. carilah ia dalam jiwa kamu sendiri. bila jiwa itu tenang, terangkatlah kedudukan. bila kamu telah kenal diri kamu, maka apa yang dikatakan kepadamu tiada kesan mudaratnya lagi. Usahlah kamu tanggung beban keresahan hidup di dunia kerana ia adalah milik Allah. Usah jua kamu pikul beban keresahan mencari rezeki kerana ia adalah dari Allah dan usahlah jua kamu pikul beban keresahan mengejar masa depan kerana ia adalah di Tangan Allah. Yang perlu kamu pikul hanyalah satu beban keresahan sahaja, iaitu bagaimana hendak melakukan perkara yang meredhakan Allah. kerana bila engkau meredhakan Allah, Dia akan meredhaimu, mencukupi bagimu dan memadai untukmu Janganlah kamu berputus asa dengan kehidupan yang menyebabkan hati mu menangis..sebaliknya, katakanlah: "Ya Allah! gantikanlah untukku dengan kedua2 kebaikan di dunia dan akhirat.. Kedukaan itu akan hilang dengan satu sujud. manakala kegembiraan akan datang dengan satu seruan. Allah tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah engkau buat atau keresahan yang telah engkau tolong hilangkan atau mata yang hampir menangis yang engkau tolong ceriakan.. Hiduplah di atas prinsip: Jadilah seorang yang baik, meskipun engkau tidak dilayan dengan baik. bukan kerana mereka..tetapi kerana Allah suka kepada orang yang baik. Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum. Semoga Manja segra sembuh dari penderitaannya. Ya Allah, Ya Afwu, Ya Tawwab. Semoga musibah yang menimpa Manja cukup untuk membersihkan dosa-dosanya yang lalu. Ameen, Allahumma ameen. (mohon maaf Manja tukar nama individu yang terlibat). semoga menjadi inspirasi pada Manja di sepanjang perjalanan bertemu penciptaNya.

Thursday, February 4, 2016

CERAMAH UAI

hari ni adalah hari yang busy. pagi dengan mesyuarat penarafan pematuhan pusat jagaan dan petangnya pula dengan ceramah UAI di LG Bangunan Darul Ehsan. pertama kali dapat saksikan penceramah ulung ni secara life. ceramah yang disampaikan sungguh santai dan dapat menceriakan mood di petang hari. hebat beliau ni kerana Berjaya menjadi ikon tarikkan belia. semoga beliau terus sukses menyampaikan risalah dan amanat yang ditinggalkan junjungan besar Rasulullah S.A.W. dan Alquran yang menjadi penghubung antara manusia dan Yang Khaliq. semoga apa yang disampaikan secara bersungguh-sungguh dapat melekat dan menjadi amalan dalam perjalanan hidup kita. terima kasih Ustaz UAI!

Friday, January 22, 2016

SUMBER PENDAPATAN

entri ini saya tujukan kepada teman-teman yang tak henti bertanya apakah bezanya kerja makan gaji dan kerja sendiri. nak dikata saya ni banyak pengalaman sangat tu tidaklah. tapi saya menulis atas apa yang saya rasa. mohon maaf jika ada yang menganggap penulisan saya ni tipikal ataupun berat sebelah. bukan maksud tidak bersetuju atau bias, hanya untuk berkongsi pandangan saja. sebelum ini, saya pernah bekerja dengan menerima bayaran komisyen sahaja. pernah juga bekerja dengan bayaran gaji hari. pernah juga bekerja di syarikat swasta. pernah juga bekerja sendiri sepenuhnya dan kini bekerja makan gaji dengan kerajaan Malaysia. sebut je makan gaji dengan kerajaan, orang akan anggap wow faedah, kebajikan dan masa depan terjamin walau gaji tidak setinggi mana. makan gaji dengan pihak swasta pula, gaji yang diberi akan setimpal dengan tanggungjawab yang digalas. bila gaji besar maka besarlah sumbangan yang perlu diberi. bila gaji hari pula sudah tentu seseorang tersebut akan berusaha untuk bekerja secukupnya demi meraih gaji yang disasarkan. bila bayaran komisyen,, ia sangat bergantung keupayaan kita mencapai sasaran dari segi kuantiti. bila bekerja sendiri sepenuhnya tertakluk kepada usaha sendiri di samping tawakal kepada pemberi rezeki iaitu Yang Maha Agung di atas sana. jadi yang mana satu pilihan anda. tepuk dada tanya selera. berpeganglah kita bahawa setiap yang di bumi dan di langit ini telah diaturkan rezeki masing-masing. namun jika ada peluang untuk berubah dari 1 tahap biasa kepada 1 tahap yang tidak biasa, berusaha dan redha dengan segala takdirNya. ingatlah sifat redha itu mendekatkan kita dengan limpahan rezeki dan rahmat Allah yang maha luas lagi. justeru itu, saya mengajak pembaca untuk menilai kekuatan hubungan kita dengan Yang Maha pemberi rezeki walau apa jua sumber pendapatan yang kita perolehi. sekianlah dulu buat kali ini!

Thursday, September 17, 2015

MAKNA BACAAN SOLAT

assalamualaikum semua. harap sudi luangkan masa untukmembaca post kali ni. ia sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. amalan solat tiang agama umat islam. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat. Takbiratul-Ihram / Takbir: Allah Maha Besar. Doa Iftitah: Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah: Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk: Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk: Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal: Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud: Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud: Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. Bacaan ketika Tahiyat Awal: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut: Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah. Semoga bermanafaat utk semua.termasuk DIRIKU😊

Monday, August 24, 2015

HUKUM MENGAHWINI WANITA HAMIL

Assalamualaikum. sharing saya kali ini adalah untuk menunjukkan rasa sedih dan marah atas situasi yang berlaku dalam masyarakat. tak apalah ini sesuatu yang aib. biar yang Esa menghakimi di sana nnanti. ilmu ini dikongsi bagi mengelakkan kesalah fahaman dan kekeliruan yang banyak terjadi di media sosial. harapan saya semoga kita sama-sama sedar dan insaf bahawa hukumnya maha berat di akhirat. semoga generasi hadapan ku akan terlindungi dan terhindar dari bencana seumpama ini. amin! anak Luar Nikah Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Soalan Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini. surachei@aicsemicon.com Jawapan UZAR Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita. Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya. Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu. "Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya. "Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin keretanya" Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si empunya kereta memberitahu :- "Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol" Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah. "mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah. Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya. Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:- Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut. HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah. Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78). a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :- Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 ) b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :- وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3) c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :- والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 ) Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah : ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 ) Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah. Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik. Kes Zina Bermasalah Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain. Ulama berbeza pandangan dalam hal ini. Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21) Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a. Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a : Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati" Dan juga sebuah lagi dalil iaitu : لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif) Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah. Lagi Displin Khas Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah. Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya : "Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan) Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah. Adapun berkenaan jawapan seorang imam yang disebar luaskan oleh orang ramai berikut :- SIla buka di sini Jawapan di atas juga ada benar sebahagiannya jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini. Kesimpulan Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin. Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 6 Mei 2007

Wednesday, August 5, 2015

JIKA TIADA "REZEKI"


Jika tiada rezeki anak,

mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.

Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak

yang liar.

----------------------

Jika tiada rezeki wang ringgit,

mungkin diberikan rezeki kesihatan.

Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga

harta dunia.

--------------------------

Jika tiada rezeki kereta mewah,

mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang

menimbulkan masalah.

Maka kita lebih bahagia dari membayar

kerosakan yang mahal.

-----------------------

Jika tiada rezeki rumah yang besar,

mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak

pernah putus.

Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

-----------------

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,

mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik

dan pandai menguruskan rumahtangga.

Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman

dan terjaga segala.

-------------------

Jika tiada rezeki jodoh,

mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang

panjang.

Maka kita lebih bahagia dapat berbakti

sepenuhnya pada orang tua.

---------------------

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki

yang lebih baik pada esok hari.

Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak

dijangka.

------------

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.

Bertawakal.

Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil

-------------

Pinjam 1 minit, baca ayat ni ..

"Hasbi Rabbi Jalallah..

Maafi Qalbi Ghairullah..

Nur Muhammad Salallah.. 

Laa ilaa ha ilallah 3x

Muhammadur Rasullullah" 

...... sebarkan kepada kawan & saudara mara.. Awak Akan Membuat Beribu , Malah Berjuta-Juta Org Berselawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W ...... p/s: silakan share kepada saudara se-islam kita..

TAZKIRAH :: ALLAH MAHA TAHU


Sedikit tazkirah untuk hari ini ye..

Bayangkan.

Kita ada anak kecil.

Umur 3 tahun.

Satu hari.

Kita tengah masak di dapur.

Si anak ternampak pisau.

Merengek-rengek dia menangis.

Nakkan pisau jadi mainan.

Agak-agak kita bagi?

Tentu lah tidak, kan.

Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?

Bahkan, kerana sayanglah kita enggan

berikan.

Walaupun di mata anak.

Pisau itu 'menyeronokkan'

Tapi kita lebih tahu.

Ia merbahaya untuk anak kita.

Kita lebih tahu.

Anak tidak tahu.

Begitu juga.

Kita dengan Allah.

Kita 'merengek' nakkan sesuatu.

Tetapi Allah tidak izinkan.

Adakah Allah tidak sayangkan kita?

Bahkan, kerana sayanglah.

Kemahuan kita tidak diturutkan.

Malah diganti dengan yang lebih baik.

Kerana apa yang kita mahukan itu.

Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.

Tapi tidak pada pengetahuan Allah.

Allah lebih tahu.

Kita tidak tahu.

Mari bertasbih, tahmid dan takbir mengagungkan Allah swt. SEBARKAN tulisan ini agar damai hati-hati yang membacanya..

Wednesday, July 22, 2015

Kisah Benar:: "Malaysian Tribune" Hinanya Kami Mak Bapa Dia .... Mereka Tidur Hotel


Sama-samalah kita ambil pengajaran dan saling mengingati.
Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Abd Ghani Haron yang menceritakan perbualannya dengan seorang ibu mengenai sikap anaknya ketika balik beraya di kampung. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Baca lagi:

  

 

 

 

 

TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH EMAK

 

Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya. Air mukanya berubah. 

 

Katanya, "Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan jem."

 

"Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu. Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, kita nak tidor di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya."

 

Sampai disini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yg masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

 

"Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yg membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami."

 

"Saya tahu, depa jijik tegok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibubapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat dirumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia." Kesedihannya makin berlarutan.

 

Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka. Jika biasa dengan kemewahan dirumah sendiri, jangan mengharap yang sama dirumah ayah bonda. Kita dibesar dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa dirumah ibubapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa, kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita. 

 

Ingat kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga utk mencipta kejayaan kita, tetapi hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup dirumah tuanya. Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini, tidur dihotel kerana tak sanggup tidur dirumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.

 

Jika anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yg orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.

 

Betapa ibu ayah mengharap anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dsbnya. Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini. Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saydara mara, mungkin mereka sedikit ingin berbangga dgn kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping. 

 

Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim, menggembirakan ayah ibu. Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu ayah yg akan memahat dosa yang besar.

 

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai, mohon izin dengan baik pada ibu ayah. Mereka tentu memahami. Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercuim busuknya, apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dg rasional, ibu ayah itu keutamaan. Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.

 

Tuesday, July 21, 2015

Tazkirah: Ingati Allah Selalu


 
"Ouch!"
 
Kakiku terpijak kaca. 
 
Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 
Kecil saja. Tapi berdarah juga.
 
Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.
  
"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.
 
"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."
 
Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.
 
"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.
 
Kau nak dengar?"
 
Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.
 
"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.
 
Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.
 
Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.
 
Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.
 
Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung! 
 
Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."
 
Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,
 
"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran. 
 
Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.
 
Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.
 
Bila Allah sayang seseorang ha
mba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?
 
Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun." ..        
 
Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.
 
"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia. 
 
Pasti ada saat kau terlupakan Dia.
 
Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"
 
Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.
 
"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."
 
Kawanku menepuk-nepuk bahuku.
 
"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri." ..
 
Aku tunduk mengalah.
 
Malu semalu. Malunya ..
   [moga dapat forward & peroleh manfaat yg berterusan]
-copi pesh ja -

Peringatan Untuk Isteri


Sekada perkongsian;;Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
 
Nabi Ibrahim: Siapakah kamu?
 
Menantu: Aku isteri Ismail.
 
Nabi Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?
 
Menantu: Dia pergi berburu.
 
Nabi Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
 
Menantu: Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
 
Nabi Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
 
Menantu: Ya, baiklah.
 
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
 
Nabi Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
 
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
 
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
 
Isteri: Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
 
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
 
Isteri: Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
 
Nabi Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
 
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
 
Nabi Ibrahim: Di mana suamimu?
 
Menantu: Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
 
Nabi Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
 
Menantu: Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
 
Nabi Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
 
Menantu: Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
 
Nabi Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
 
Menantu: Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
 
Nabi Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum
mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
 
Nabi Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).
 
Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang mencarinya.
 
Nabi Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
 
Isteri: Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
 Nabi Ismail: Apa katanya?
 
Isteri: Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
 
Nabi Ismail: Apa jawapanmu?
 
Isteri: Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum. 
 
Nabi Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
   
Isteri: Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
 
Nabi Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
 
Isteri: Alhamdulillah, syukur.
 
Kesimpulannya:-
1-Menjadi kewajipan isteri tidak menceritakan keaiban rumahtangga kpd org luar walaupun kpd keluarganya sendiri (bapa mertuanya).
2-Isteri hendaklah bersyukur dan menerima kemampuan suami seadanya.
3-Mulut adalah kelemahan wanita. Wanita mestilah berhati-hati & menjaganya dengan baik.
 
**Wallahualam**
 
##Salin dan kongsikan kpd rakan-rakan anda. Semoga isteri-isteri rakan anda tergolong di dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga Jannah.Amiin## Ya ALLAH.. Kau berikanlah isteri yg baik untuk Ku & Dan juga kepada sahabat2ku yg lain juga.. Amin Robbal'Allamin