"Ouch!"
Kakiku
terpijak kaca.
Perlahan-lahan
cuba buang serpihan kaca di tapak kaki.
Kecil
saja. Tapi berdarah juga.
Aku
terhincut-hincut ke ruang tamu.
"Kau
okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.
"Entah.
Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak
aku yang sangat hensem ini."
Aku
menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Aku
teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia
ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.
Kau
nak dengar?"
Aku
mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.
"Suatu
hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.
Entah
macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.
Kemalangan.
Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.
Kenderaan-kenderaan
lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan
keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di
situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.
Tiba-tiba,
kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah,
tiada sebarang kecederaan langsung!
Kereta
barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian
memberhentikan kereta dan menolong beliau."
Kawanku
mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,
"Dalam
perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis
tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah
seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran.
Pada
pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia
qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.
Mungkin
kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini
bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat
sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah
dosa.
Bila
Allah sayang seseorang ha
mba-Nya,
Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa
hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?
Sebab
Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun." ..
Aku
bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh
perhatian dengar cerita.
"Pengajaran
dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali
pada Dia.
Pasti
ada saat kau terlupakan Dia.
Sekarang,
setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"
Aku
tunduk tengok kain pelekat kawanku.
"Aku
solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok
facebook aku. Aku suka tengok orang likes."
Kawanku
menepuk-nepuk bahuku.
"Jangan
ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak
peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu
segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka
kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri." ..
Aku
tunduk mengalah.
Malu
semalu. Malunya ..
[moga dapat forward & peroleh manfaat yg berterusan]
-copi
pesh ja -
|
selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Tuesday, July 21, 2015
Tazkirah: Ingati Allah Selalu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment