Sekada
perkongsian;;Peristiwa Nabi Ibrahim dan anak menantunya perlu dijadikan
teladan. Nabi Ibrahim pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi
Ismail tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail belum pernah bertemu bapa
mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah
dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Nabi
Ibrahim: Siapakah kamu?
Menantu:
Aku isteri Ismail.
Nabi
Ibrahim: Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu:
Dia pergi berburu.
Nabi
Ibrahim: Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu:
Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan
lapang.
Nabi
Ibrahim: Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan
padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan
isterinya).
Menantu:
Ya, baiklah.
Setelah
Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang
orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi
Ismail: Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri:
Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi
Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri:
Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi
Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri:
Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta
kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi
Ismail: Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang
kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail
pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta
tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia
rumah tangga kepada orang luar. Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin
lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan
menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan
menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi
Ibrahim: Di mana suamimu?
Menantu:
Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi
Ibrahim: Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam
kesenangan?
Menantu:
Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang
kurang.
Nabi
Ibrahim: Baguslah kalau begitu.
Menantu:
Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi
Ibrahim: Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu:
Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi
Ibrahim: (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum
mereka.
(Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri
Makkah adalah berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi
Ibrahim: Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampaikan salamku kepadanya.
Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan untuk
mengekalkan isteri Nabi Ismail).
Apabila
Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya
sesiapa datang mencarinya.
Nabi
Ismail: Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri:
Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya sepertimu.
Nabi
Ismail: Apa katanya?
Isteri:
Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi
Ismail: Apa jawapanmu?
Isteri:
Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang
kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi
Ismail: Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri:
Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu
rumahmu.
Nabi
Ismail: Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya
itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri:
Alhamdulillah, syukur.
Kesimpulannya:-
1-Menjadi
kewajipan isteri tidak menceritakan keaiban rumahtangga kpd org luar walaupun
kpd keluarganya sendiri (bapa mertuanya).
2-Isteri
hendaklah bersyukur dan menerima kemampuan suami seadanya.
3-Mulut
adalah kelemahan wanita. Wanita mestilah berhati-hati & menjaganya dengan
baik.
**Wallahualam**
##Salin
dan kongsikan kpd rakan-rakan anda. Semoga isteri-isteri rakan anda tergolong
di dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga Jannah.Amiin## Ya
ALLAH.. Kau berikanlah isteri yg baik untuk Ku & Dan juga kepada
sahabat2ku yg lain juga.. Amin Robbal'Allamin
|
selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Tuesday, July 21, 2015
Peringatan Untuk Isteri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment