Friday, July 24, 2015

PETUA MUDAH UNTUK SERONOK BEKERJA DAN BAHAGIA RUMAH-TANGGA

Salam Jumaat buat seluruh umat islam di seantero alam ini. pagi ni saya sangat berminat dengan satu tips untuk mencapai keseronokkan dalam bekerja dan seterusnya memacu rumah-tangga yang bahagia. memandangkan saya sendiri masih lagi baru dalam dunia pekerjaan, meski telah lapuk diijazahkan, saya secara langsungnya perlu mempertingkatkan diri dari masa ke masa. semoga tips yang ingin saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat merubah diri ini ke arah yang lebih baik dan dapat mendatangkan manfaat pada para penggemar blog sekalian hendaknya. s"sharing is Caring"

Semalam saya menerima satu soalan. Bunyinya mudah, tapi saya mengambil masa lebih 30 minit untuk memberi jawapan yang panjang lebar kepada yang bertanya.

 

Sebab sebenarnya di sebalik soalan yang nampak mudah itu ada satu rahsia yang ramai orang terlepas pandang. Petua mudah bagaimana seseorang boleh bekerja dengan hati yang sentiasa gembira. Di tempat kerja tiada masalah, mudah naik pangkat, mudah dapat peluang dan rezeki. Rumahtangga bahagia. Hati sentiasa lapang. Kali ini saya ingin kongsikannya di sini.

 

Ceritanya macam ni: 

 

Semalam petang, pukul 4 pintu office saya diketuk. 'Siapa pula yang datang?' saya pelik. Sekarang ni agak jarang pintu office diketuk sebab anak-anak didik sedang bercuti semester. Staf pun ramai takde dan fakulti lengang sebab ramai yang masih bercuti.

 

Tiba-tiba tercegat seorang anak didik. Beliau adalah pelajar tahun 3 (masuk tahun 4). Sedang buat latihan industri (praktikal) di sebuah syarikat di kawasan berdekatan.

 

"Hari ni saya cuti lagi, Dr. Saya balik awal dari Kedah sebab nak tanya Dr satu soalan" katanya dengan muka sengeh-sengeh dengan loghat Kedahnya yang agak pekat.

 

'Hamboi, hari cuti datang jauh-jauh nak tanya soalan. Soalan apa yang penting sangat ni?' tertanya-tanya pula saya dalam hati. Yelah, bunyi macam soalan antara hidup dan mati.

 

Bila saya minta beliau bercerita, memang saya terkejut. Sebab rupanya masalahnya mudah saja: 

 

Di tempat beliau membuat praktikal, beliau sepatutnya habis waktu bekerja pada pukul 5:30 petang. Tapi semua orang di syarikat itu habis kerja dan pulang pada pukul 6 petang.

 

"Surat tawaran saya kata habis kerja pukul 5:30 petang, Dr. Saya fikir saya nak cakap kat supervisor saya. Dr rasa ok tak?"

 

Itulah soalannya. Simple je kan? Tersenyum saya, buat suspen orang je hehe.

 

Saya tanya dia semula: "Awak nak dengar jawapan ikhlas dari saya?" 

 

"Sebab tu saya datang, Dr" katanya sambil mengangguk penuh yakin. 

 

Saya tanya sebab sebenarnya saya boleh bagi jawapan mudah, yang boleh ambil masa tak sampai seminit. Saya boleh kata "awak cakap je, yang penting cakap elok-elok". Atau saya boleh jawab simple "takpe, 30 minit kan tak lama". 

 

Tapi bila saya dengar soalan ni, tiba-tiba saya teringat satu fasa dalam hidup saya yang waktu itu penuh dengan tekanan perasaan yang sebenarnya datang dari kesilapan saya sendiri. Sebab tu saya mesti share dengan anak didik saya ni supaya dia tidak melakukan kesilapan yang sama.

 

Waktu itu adalah tahun-tahun awal saya berkahwin. Tiba-tiba saya kena buat perkara-perkara yang saya yakin dan pasti ia bukan tanggungjawab seorang isteri pun. Contohnya bila suami minta saya bayar bil. Muka dah berkerut, muncung sedepa. 

 

Dalam hati rasa geram 'ni tanggungjawab siapa?'. Bila saya kena bangun pukul 3 pagi untuk masak megi pun saya merungut. Kononnya badan dah letih setelah seharian bekerja.

 

Agak lama saya hidup dengan mempersoalkan tentang hak dan tanggungjawab. Sampailah satu masa kami duduk di New Zealand ketika saya menyambung pelajaran. 

 

Masa tu, suami saya terpaksa bekerja sebagai cleaner di sebuah universiti dan sekolah. Bangun pagi-pagi, pukul 3 dah mula bekerja. Balik pukul 7 pagi, lelap sekejap kemudian keluar bekerja petangnya pula. Allahuakbar, sampai susut badan suami. 

 

Tapi yang menyentuh hati saya beliau balik rumah tak pernah complain. Walaupun kepenatan, mukanya ceria menikmati apa yang saya masak seadanya dengan sangat berselera seolah-oleh itulah masakan yang paling sedap. 

 

Buat saya terfikir..suami seorang yang berpelajaran, tapi sanggup bersusah payah kerja macam tu semata-mata menemani saya sambung belajar. Semata-mata nak support cita-cita saya. 

 

Allahuakbar, apalah sangat saya kena bayar bil yang cuma beberapa ratus. Tak keluar peluh pun.

 

Dari situ saya belajar, yang bila saya berkira soal hak dan tanggungjawab sebenarnya saya hanya menekan diri sendiri. Sedangkan bahagia bukan pada apa yang kita dapat atau terima tapi apa yang kita sumbangkan kepada orang lain.

 

Sebab tu bila saya dah lulus Ph.D, untuk pengetahuan saya tak pergi pun majlis konvo di sana walaupun saya sedar memang payah nak dapatkan sijil tu. Untuk pergi sekeluarga memerlukan kos yang tinggi hanya semata-mata untuk bergambar dengan jubah dan topi. 

 

Nak pergi seorang diri, Allah..lagi saya tak mahu. Saya tak boleh bayangkan macamana saya nak naik pentas dan tersenyum mengambil gambar. Sedangkan kejayaan tersebut adalah dengan pengorbanan seorang insan yang sanggup bersusah-payah kerana menyokong saya, mana mungkin saya raikannya tanpa beliau di sisi. 

 

Orang yang mengajar saya bahawa kita bahagia dan mudah berjaya apabila tidak berkira. 

 

Hidup jangan berkira. Memang agama ada menggariskan hak dan tanggungjawab suami dan isteri masing-masing, tapi selagi kita bertelagah soal itu selagi itu kita menekan diri sendiri dan hidup tidak bahagia.

 

Samalah soalnya dengan kerjaya. 

 

Saya tanya anak didik saya: "Sebagai seorang pelajar, mana yang awak suka?:"

 

"Seorang pensyarah yang masuk kelas, bagi kuliah dan kemudian keluar kuliah. Tak kisah separuh dari kelas tak datang. Tak kisah ada pelajar yang tidur. Tak kisah bila pelajar sibuk dengan smartphone. Tak kisah pelajar faham ke tak, yang penting dia habiskan silibus"

 

"atau pensyarah yang akan tanya part mana yang student tak faham, explain balik dengan cara yang mudah supaya student akan lebih faham. Yang akan cuba ingatkan nama setiap orang walaupun dalam kelas ada lebih dari 60 orang pelajar supaya kalau mana-mana pelajar terlelap dia boleh panggil nama sampai tak jadi pelajar tu nak tidur. Yang akan buat kelas tutorial walaupun takde dalam surat tugasan pengajarannya. Yang akan tanya kenapa student A tak datang kelas. Kenapa student B fail dalam ujian"

 

Anda pun tahu apa jawapan beliau. 

 

Saya tanya lagi, "kalau awak bos, awak nak naikkan pangkat pekerja yang macamana?:"

 

"Yang pandai buat kerja tapi kerja betul ikut apa yang dibayar oleh gajinya. Maksudnya, kalau gaji RM 2500, kualiti kerja yang diberikan pun selevel dengan RM 2500"

 

"Atau pekerja yang rajin buat kerja lebih seolah-olah itu syarikat dia sendiri. Yang kualiti kerja macamlah dia dibayar RM 10,000 sebulan walaupun sebenarnya gajinya hanya RM 2500"

 

"Mana satu yang awak rasa boss lagi suka nak naikkan pangkat?"

 

Anda pun boleh agak jawapan beliau.

 

Saya kata lagi "Sebenarnya bila tadi awak macam nak berkira soal masa, soal kerja lebih..saya cakap ni bukan saya nak condemn awak. Saya tahu awak tak tahu benda ni sebab memang ramai orang tak sedar hal ni. Termasuk saya sendiri masa muda-muda macam awak. Hidup berkira. 

 

Not willing to do more, to give more.

 

Tapi kalau awak faham apa yang saya cakap ni dan amalkan dari sekarang, inilah yang akan menyebabkan awak bekerja nanti dengan hati gembira sebab tidak berkira. Bab rezeki jangan risau. Bila kita buat lebih, orang sendiri akan nampak. 

 

Kalau orang lain pun nampak, apatah lagi Allah yang Maha Melihat. Dia boleh bagi rezeki any time.

 

Kalau awak dah kahwin, pasangan awak pun akan hargai awak selaku teman hidupnya bila awak tak berkira soal hak dan tanggungjawab. Nanti dia sendiri pun tidak berkira. Bila masing-masing do more and give more and complaint less, insha Allah bahagia hidup bersama."

 

Saya harap kunjungan beliau jauh-jauh dari Kedah semalam tidak sia-sia. Saya doakan semoga beliau berjaya dalam kerjaya dan bahagia dalam rumahtangganya nanti.

 

Semoga juga ada manfaat dari perkongsian kecil ini buat anda yang sudi membaca.

 

Lets live "willing to do more, give more. and complain less" Satu petua mudah untuk bekerja dengan gembira dan rumahtangga bahagia.

 

FB: Dr Siti Ujila Official

23 Julai 2015.

No comments:

Post a Comment