Monday, July 20, 2015

Duhai Ayah Teruslah Bersama Kami

kenapa sambutan aidilfitri kali ini dirasakan amat berlainan sekali. pilu hatiku saat menjejakkan kaki bersama suami dan Adam sekitar jam 1.30 pagi 17 Julai 2015 (jumaat) di kehiningan pagi syawal. sambutan dari cek tiada yang kurasa kurang, namun sendu suara ayah membuatkan aku tersentak seketika. ayah tidak sihat lantaran penyakit kencing manis yang dihidapinya semakin menjadi teruk. keadaan ayah yang beratnya menurun sehingga KG43 amat membimbangkanku. aku diruntun hiba. lemahnya bicara ayah. menggeltarnya suara ayah. terketar-ketar setiap kali ayah cuba melafazkan kata. cek cuba bernada gembira, menyambut aku dengan ketupat dan tapai yang dihasilkan meskipun tidak juga begitu sihat. terima kasih cek kerana menyediakan juadah buat kami sekeluarga di bulan syawal ini.
di pagi raya, sekali lagi aku dilanda resah, ayah tidak bersama menyertai kami ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri seperti selalunya. keadaan ayah sungguh lemah. Ya Allah, kurniakanlah kesihatan buat ayahku. berilah peluang kepada kami anak-anaknya menabur bakti sepuas-puasnya seperti mana di menjaga aku di waktu kecil dan masa  sukar.
raya kali ini sangat bersederhana saja sambutannya. tambahan pula aku dan suami tidak bercuti panjang. pada hari ketiga kami telah kembali ke Kuala Lumpur meneruskan pekerjaan seperti biasa. Alfatihah untuk cek dan ayah. semoga ayah bertambah pulih. amin! "luahan yang menyentuh rasa kerana aku masih lagi menitiskan airmata saat entrie ini dilayangkan."

No comments:

Post a Comment