Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.. salam hari khamis.
Dari pagi lagi mata
aku ni dah berbulu menahan mengantuk. Sampai kan terlelap jua di pejabat. Herm lantak
lah. Aku peduli apa. Lagipun kandungan dah masuk 30 weeks dengan paras HB yang
rendah menjadikan aku mudah letih. Bagi yang nak mengata, silakan terus
mengata. Biar aku kumpul pahala.
Sudah menjadi lumrah
manusia untuk memutar-belitkan fakta agar kebenaran jauh terperosok
tersembunyi. Tak apa di blog peribadi ini biar aku coret apa yang tergumpal di
hati. Nak tahu atau taknak ambil tahu sama sekali aku tidak memaksa. Terpulang pada
pemikiran dan pandangan masing-masing. Apa yang aku tulis ini ini adalah kisah
peribadiku sahaja.
Baru setahun
setengah aku berkhidmat di JKMNS, tiba-tiba datang satu surat penempatan semula
untuk aku. Wow! Aku ditukar ke PKMD Kuala Langat. Terkejut. Terkedu. Tersedu. Termangu
aku dibuatnya. Secara tak rasmi, dokumen tersebut tersebar di dalam wasapp di
kala menjelang tengah malam. Tersangatlah tidak professional bagi aku. Apa tak
boleh tunggu esok kah. Airmata dan tangisan terhambur saat itu juga. Bagaimana kan
ku susun rutin kehidupan aku mulai esok hari. Terpaksa akur maka aku perlu
melapor diri. Setelah itu, baru boleh minta pertangguhan. Sebarang keputusan
boleh berubah dalam masa 2 minggu sahaja. Naik lemah lutut aku ini bila ia
mengasak tugu fikiranku. Di pejabat keesokan harinya, airmata tetap menitis di
dalam hati. Rakan sekerja datang bertandang langsung tak kuhirau. Bagaiman kan kumula
lagi sedangkan yang payah ini pun belum lurus terurai. Kejamnya mereka pada
aku. Membiarkan diri ini terpelanting tanpa haluan. Mahu sahaja rasanya untuk
aku meletak jawatan agar diri tidak perlu lagi resah memikirkan setiap
kelelahan. Mengapa aku yang kena? Motifnya aku kurang cemerlang berkhidmat
kerana aku OKU dan tidak boleh berkhidmat di daerah yang besar. Wah! Mudahnya alasan
mereka kan. Pihak atasan yang meneilai segala kekurangan ku telah membuat
keputusan tanpa langsung berbicara pada diri ini. Hanya menyerahkan sepucuk
surat untuk aku akur melaksanakan perintah.
Suami yang setia terpaksa
bercuti kecemasan bagi menguruskan hal aku. Dibawa aku melapor diri ke Kuala
Langat. Aku sangat tertekan saat itu dan hanya Allah yang Maha Mengetahui
kepedihan di hati ini. Aku note, sekali lagi bahawa aku tak pernah meminta
untuk ditukarkan. Surat pertukaran pun aku tak tahu formatnya macam mana. Inilah
yang selalu digembar-gemburkan. Kononnya aku yang merayu untuk ditukarkan. Ya Allah
hanya Kau yang menimpan kemas segala kebenaran ini. Tak apalah manusia suka
memalsukan suatu kebenaran itu. Dengan berat hati untuk commit di Kuala Langat,
maka aku merayu untuk ke Hulu Langat memandangkan aku tidak boleh kekal di
JKMNS. Sebenarnya apa lagi pilihan yang aku ada? Dah tentu tiada! Aku dipaksa
melakukannya. Tidak berakhir di situ, malahan aku yang dicanang memohon
pertukaran. Dari pihak atasan hingga ke peringkat bawahan. Siapalah aku untuk
menyatakan kebenaran kerana kepalsuan yang lebih suka digemparkan. 3 April
2017, bermulalah satu lagi episode kehidupan ku di PKMD Hulu Langat. Saban hari
aku menangis dan terus menangis di dalam hati. Kini aku telah lali. Siapa pun
yang bercakap tentang aku akan ku tolak ke tepi. Diletakkan jauh dari sisi. Kesempurnaan
jadi batu pengukur untuk berbakti. Aku ini tidak boleh menyumbang sehebat
mereka. Namun ketahuilah peluang itu kalian yang menutupi sebenarnya. Aku tidak
berdendam namun sesekali tidak memaafkan orang-orang yang menghumban aku. Semoga
Allah memberi balasan setimpal di atas perbuatan kalian. Aku seperti biasa akan
menjalani apa jua takdir yang telah ditentukan buatku. Sekelumit doa pembaca,
semoga aku terus tabah.