Tuesday, May 17, 2016

VIVA PUTIH MERAGAM

assalamualaikum.. heh dah naik bersawang dah blog ni kan. hamper sebulan lebih tak update. sebenarnya ada je cerita yang ingin ditulis, tapi bila nak menulis blog pula buat hal. hari ni mood nak cerita tentang apa ya? tentang dia yang meragam, tentang dia yang dah mula buat hal. 2 tahun setengah bersama akhirnya dia memberi kejutan berat buat kami sekeluarga. pertama sekali aircond dah tak sejuk macam selalu. dalam hatiku berkata, dah tiba masa untuk servis lah ni. usya punya usya, hubby teringat tempat yang dia pernah pergi untuk servis aircond. katanya sangat menjadi dan berbaloi. selepas bersarapan pada pagi itu, kami bergerak ke Batu Caves di mana teletaknya kedai Mahair. turut dipandu waze sebagai penunjuk jalan. mujurlah pemilik kedai itu dan hubby saling mengenali. harga untuk servis sahaja RM350.00 belum termasuk penukaran sebarang alat ganti. the 2nd problem is power steering pula bocor. sepanjang 3 hari termasuk cuti hari pekerja hubby cuba-cuba menggodeknya. maklumlah my hubby ni ada bakat dan kemahiran foreman/mekanik. tapi usaha hubby dan abah tidak Berjaya. setelah hamper putus-asa, aku cuba cari-cari iklan power steering di mudah dan FB. kata hubby, oil sillnya perlu ditukar sekali dengan steering rack. ini yang menjadi kesulitan. sparepartnya tidak dijual. mohon pendapat dari produa, harga yang ditawarkan sangat tinggi dan diluar bajet kemampuan. akhirnya kami temui sebuah page di FB iaitu J Power steering Rack yang merupakan pembekal dan penyedia perkhidmatan baik pulih steering rack. setelah dihubungi dan berbincang, harga yang ditawarkan kepada kami ialah RM280.00 belum termasuk GST. keputusan dibuat, dengan kadar segera. tempoh yang disiapkan pun tidak sampai seminggu. Alhamdulillah. kini hubby menunggu cuti hujung minggu untuk melakukan pemasangan semula. semoga hubby Berjaya. kedai tersebut terletak di jalan perubatan Pandan Indah Kuala Lumpur. pada sesiapa yang sedang tercari-cari silakan google ya. bye!