Friday, February 27, 2015

TERIMA KASIH TAK TERUCAP ABANG!

assalamualaikum. bermula era kemunculan smart phone sekitar 2007 dari Apple. saya telah memasang cita dan angan. moga suatu hari nanti mampu mendapatkannya. memasang angan-angan juga pentingkan demi merealisasi impian. angan ini semakin kuat membara setelah keluaran IPhone 4S penghujung tahun 2011. namun ada yang lebih patut diberi perhatian membuatkannya sekadar tinggal impian. sekali lagi pengjujung tahun 2012 IPhone 5 pula dilancarkan. hati ni sekali lagi berkobar-kobar untuk memilikinya. mana tidaknya telah semakin ramai di kalangan sahabat dan OKU penglihatan membelinya. kemesraan touch screen IPhone sangat memuaskan berbanding smart phone yang menggunakan android sebagai system operasinya.

demi mengubat sedikit lara hati pada tahun 2014 suami telah membelikanku Samsung Y neo. sebagai percubaan katanya. suami nak aku belajar terlebih dahulu dan nasihatkan aku supaya jangan terikut-ikut dengan gaya dan tran. sebagai isteri, kuakur dengan permintaannya. hamper 6 bulan melalui tempoh penyesuaian, sekali lagi aku tercabar apabila Apple mengumumkan pengeluara IPhone yang bersaiz sedikit besar berbanding sebelumnya iaitu IPhone 6 berukuran 4.7 inci dan IPhone 6 + bersaiz 5.3 inci. maka mengembaralah aku ke laman sesawang yang membuat tawaran terbaik akan pakej pembelian IPhone secara ansuran. dari celcom, aku ke maxis dan seterusnya ke di gi. herm, macam-macam rupa promosi yang ditampilkan. setelah melalui beberapa fasa perbincangan, kami nekad membelinya secara tunai di mana tidak terikat dengan sebarang syarikat telekomunikasi. kita bebas menggunakan mana-mana pakej yang dirasakan menguntungkan lagi jimat.
sempena hari anniversary yang keenam tahun disandingkan dan pada hari yang sama kali ini, kami gembira mengulangi nostalgia lama. memulakan perjlanan dengan menaiki monorel di tun Sambanthan ke Imbi untuk singgah ke U mobile centre bagi membuat pertukaran sim Card. kemudian ke kedai roti Sugar Bread membeli Cheesse bun. menggunakan monorel lagi untuk ke stesen raja Chulan. terimbaulah kenangan di tempat kerja lama suami di Etihad Airways, aras 32, menara Standard Chartered. pelbagai peristiwa yang dikisahkan sambil menemani acara berjalan kaki menuju ke Suria KLCC. terasa penat berjalan, kuenggan kembali semula ke stesen raja Chulan. cukuplah sekali aku berjalan demi sebuah tujuan. namun itulah yang kekal berpaut di ingatan. menjejakkan kaki ke KLCC kami mengambil peluang berehat sambil makan terlebih dulu di Food Cort. berlegar-legar di fikiranku, bagaimanakah rupanya Apple Machine stor tu ya? kami saling teruja.

sebaik melangkah masuk, abang membawaku menyentuh semua devise Apple yang ada di situ. para pelanggan boleh mencuba satupersatu. wow seronoknya amat sangat. tiada siapa pun yang melayan kami pada permulaan melainkan jurujual maxis. fikiran telah dibulatkan. IPhone gold 64 GB jadi pilihan. order dan pembayaran perlu dibuat terlebih dulu, sebelum melakukan sebarang proses. ini bermakna Apple sangat yakin akan kualiti produk mereka. RM2750.00  diserahkan kepada cashier. abang sempat melawak. nah yang cium duit ni dulu sebelum apa-apa. aku hanya ketawa kecil. abang: ayang tengok duit ni lagi tebal dari IPhone. aku tersenyum girang. abang: inilah hadiah sempena ulang tahun perkhahwinan kita yang keenam. ayang: terima kasih tak terucap abang. dibantu sales girl bernama Fatin, kami set up segala yang berkaitan seperti Apple ID, Touch Id dan ICloud. abang dan aku: terima kasih Fatin. sebelum melangkah keluar. Alhamdulillah!alhamdulillah!Alhamdulillah lafazku berkali-kali. kembara diteruskan lagi dengan PUTRA LRT ke KL central untuk mencari cover dan tempert glassnya pula.

Thursday, February 12, 2015

TELAH PULANG MURABBI

assalamualaikum pembaca. ketika suatu perjalanan itu bermula bermakna kita semestinya akan melalui detik akhir. hakikat kehidupan insan. tepat malam jumaat 9.40 malam, maka telah tersurat detik akhir buat murabbi kesayangan negeri che Siti Wan Kembang akibat serangan Kangser prostat. dialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. insan mulia yang menjadi contoh teladan sekalian ummah. ketegasan, ketawadukkan dan ketaatan beliau sungguh memukau. digelar pemimpin yang memimpin dalam miskin. menjadikan darul Naim ikon keutuhan islam. saya sememangnya antara yang mengikuti ceramah beliau di dataran Ilmu saban jumaat. cek dan ayah akan membawa kami setiap kali cuti sekolah sebelum ke lain-lain destinasi. kini yang tinggal ilmu dan amanat beliau menjadi kesinambungan. Alfatihah buat murabbi ummah. sangat bertuah kerana mengenalimu. permata hati telah dicukur jambul oleh beliau. itulah kenangan yang ada. puluhan ribu mengiringi jenazah! awan berarak lembut, bayu berpuput menyambut salam kepulangan ke pangkuan Khaliqmu.

Friday, February 6, 2015

FLY SEKELUARGA

ummi: Adam dah pernah naik apa? kenderaan maksudku. Adam: motor dah. kereta dah. bas dah. keretapi dah. keretapi laju pun dah. kapal terbang je belum lagi. jawab Adam pantas. dialogk ketika dalam kereta suatu masa dulu. aku: abang tahu je kan anak kita ni. abang hanya tergelak kecil sambil memandu. ya. betul setakat ni kami tidak pernah berpeluang untuk naik kapal terbang bersama-sama. dulu selalulah juga. ketika itu aku masih solo. kali terakhir terbang sekitar 6 tahun lalu bersama suami. dengan sedikit rezeki dan bantuan temanku Rosni kami buat keputusan untuk flied bersama-sama. segalanya dirahsiakan dari pengetahuan anak. perjalanan dari KL KB dan KB KL telah ditempah dengan Air Asia. bayaran Rm452.00 telah kami lunaskan di akaun CIMB Rosni. hati gembira bukan kepalang. hajat anak dapat ditunaikan. inilah yang dikatakan rezeki anak kan. kami pulang ke Kelantan sempena perkahwinan Mira sepupuku. selamat pengantin Mira dan Eddy. semoga bahagia sampai syurga. amin!

seminggu sebelum perjalanan aku dan abang ke rumah Rosni di Kepong mengambil tiket yang telah diprint secara online. tq Rosni sebab belanja dominos pizza. kami bersembang panjang, maklumlah dah lama tak bersua. macam-macam ceritalah yang keluar. memandangkan flight kami pagi sebelum subuh lagi telah kesiapkan anak-anak. setelah solat kami mulakan perjalanan. memarkir kereta di Putrajaya Central untuk menggunakan perkhidmatan ERL KL transit. pertama kali flied di KLIA 2. besarnya jangan kiralah jika dibandingkan dengan LCCT. kegembiraan Adam dan Danial sangat terserlah. apabila kapal terbang semakin tinggi, Adam mengadu tidak boleh melihat apa-apa katanya. dia hamper menangis. kujelaskan padanya keadaan yang berkabus dan kita berada tinggi sangat. maka sebab itulah Adam tidak dapat melihat. akhirnya dia mendiamkan diri di sebelahku. keadaan suami tenang sepanjang penerbangan. berlainan dengan aku yang sentiasa berdebar. mungkin bukan kegemaranku agaknya untuk naik flight. hari ahad, kami ambil flight terakhir dan KL transit juga yang terakhir. hamper 2.00 pagi kami selamat tiba di rumah. syukur sangat kerana dapat menggembirakan anak.