Thursday, February 12, 2015

TELAH PULANG MURABBI

assalamualaikum pembaca. ketika suatu perjalanan itu bermula bermakna kita semestinya akan melalui detik akhir. hakikat kehidupan insan. tepat malam jumaat 9.40 malam, maka telah tersurat detik akhir buat murabbi kesayangan negeri che Siti Wan Kembang akibat serangan Kangser prostat. dialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. insan mulia yang menjadi contoh teladan sekalian ummah. ketegasan, ketawadukkan dan ketaatan beliau sungguh memukau. digelar pemimpin yang memimpin dalam miskin. menjadikan darul Naim ikon keutuhan islam. saya sememangnya antara yang mengikuti ceramah beliau di dataran Ilmu saban jumaat. cek dan ayah akan membawa kami setiap kali cuti sekolah sebelum ke lain-lain destinasi. kini yang tinggal ilmu dan amanat beliau menjadi kesinambungan. Alfatihah buat murabbi ummah. sangat bertuah kerana mengenalimu. permata hati telah dicukur jambul oleh beliau. itulah kenangan yang ada. puluhan ribu mengiringi jenazah! awan berarak lembut, bayu berpuput menyambut salam kepulangan ke pangkuan Khaliqmu.

No comments:

Post a Comment