Friday, February 6, 2015

FLY SEKELUARGA

ummi: Adam dah pernah naik apa? kenderaan maksudku. Adam: motor dah. kereta dah. bas dah. keretapi dah. keretapi laju pun dah. kapal terbang je belum lagi. jawab Adam pantas. dialogk ketika dalam kereta suatu masa dulu. aku: abang tahu je kan anak kita ni. abang hanya tergelak kecil sambil memandu. ya. betul setakat ni kami tidak pernah berpeluang untuk naik kapal terbang bersama-sama. dulu selalulah juga. ketika itu aku masih solo. kali terakhir terbang sekitar 6 tahun lalu bersama suami. dengan sedikit rezeki dan bantuan temanku Rosni kami buat keputusan untuk flied bersama-sama. segalanya dirahsiakan dari pengetahuan anak. perjalanan dari KL KB dan KB KL telah ditempah dengan Air Asia. bayaran Rm452.00 telah kami lunaskan di akaun CIMB Rosni. hati gembira bukan kepalang. hajat anak dapat ditunaikan. inilah yang dikatakan rezeki anak kan. kami pulang ke Kelantan sempena perkahwinan Mira sepupuku. selamat pengantin Mira dan Eddy. semoga bahagia sampai syurga. amin!

seminggu sebelum perjalanan aku dan abang ke rumah Rosni di Kepong mengambil tiket yang telah diprint secara online. tq Rosni sebab belanja dominos pizza. kami bersembang panjang, maklumlah dah lama tak bersua. macam-macam ceritalah yang keluar. memandangkan flight kami pagi sebelum subuh lagi telah kesiapkan anak-anak. setelah solat kami mulakan perjalanan. memarkir kereta di Putrajaya Central untuk menggunakan perkhidmatan ERL KL transit. pertama kali flied di KLIA 2. besarnya jangan kiralah jika dibandingkan dengan LCCT. kegembiraan Adam dan Danial sangat terserlah. apabila kapal terbang semakin tinggi, Adam mengadu tidak boleh melihat apa-apa katanya. dia hamper menangis. kujelaskan padanya keadaan yang berkabus dan kita berada tinggi sangat. maka sebab itulah Adam tidak dapat melihat. akhirnya dia mendiamkan diri di sebelahku. keadaan suami tenang sepanjang penerbangan. berlainan dengan aku yang sentiasa berdebar. mungkin bukan kegemaranku agaknya untuk naik flight. hari ahad, kami ambil flight terakhir dan KL transit juga yang terakhir. hamper 2.00 pagi kami selamat tiba di rumah. syukur sangat kerana dapat menggembirakan anak.

No comments:

Post a Comment