Tuesday, August 30, 2016

MALAM APRISIASI OKU DARI SISI PANDANGKU

tanggal 29 Ogos saya telah dijemput sebagai jemputan khas di majlis gilang-gemilang yang berlangsung di PLPP Bangi. malam aprisiasi ini dianjur oleh JPOKU Putrajaya bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan OKU dalam organisasi JKM. tetamu kehormat pada majlis julung-julung kali ini adalah KSU KPWKM. kakitangan OKU dihimpun dari seluruh Malaysia. turut diraikan mereka kakitangan biasa yang bertungkus-lumus berkhidmat bagi memberi perkhidmatan cemerlang untuk OKU di institusi seliaan jabatan. syukur Alhamdulillah dan syabas serta tahniah digarap atas usaha murni keseluruhan pihak penganjur. pengisian malam tersebut cukup bermakna kerana dapat menghimpunkan semua elemen OKU di dalamnya. wakil OKU diberi peluang menyampaikan suara yang menjadi aspirasi untuk keseluruhan warga OKU. antara isu yang ditekankan termasuklah aksesibiliti, Pendidikan dan pekerjaan serta advokasi. pengisian lain turut mendapat tempat dan kena dengan tema program dan diharap ia tidak terhenti setakat itu sahaja. dari persembahan koier jabatan, sketsa kanak-kanak kurang pendengaran dan penterjemahan elemen DET Disability Equal Training maka dapatlah sedikit diserap kesedaran mengenai OKU. menerusi anugerah-anugerah yang disampaikan diharap dapat menyuntik semangat kakitangan OKU supaya terus dapat mencurah khidmat meskipun berhadapan dengan halangan dan kekangan semasa. bagi kakitangan biasa pula inilah satu-satunya penghargaan yang dapat sedikit memberi penawar setelah jerih-perih mereka bertugas sekian lama. namun demikian, terdapat sedikit yang harus diteliti dan dikaji semula berhubung dengan pelaksanaan program. semoga ia dapat diperbaiki dari masa ke masa hendaknya. pada hemat saya, program haruslah dijalankan pada siang hari demi mengelakan kekangan-kekangan kesihatan yang dihadapi oleh segelintir OKU. misalnya sempena makan tengah hari. suasana di siang hari itu jauh lebih realistic berbanding pada waktu malam. selain itu jamuan yang disediakan hendaklah benar-benar mencukupi kapasiti jemputan terlibat. buatkan mereka rasa bahagia. hikmah menikmati hidangan yang enak rasa serta mencukupi akan dikenang sepanjang hayat. mungkin perkara tersebut agak kedengaran remeh. namun secara hati ke hati ia akan memberi impak yang mendalam jauh ke ruang sanubari. mahukah kita sebagai penanjur melihat tetamu-tetamu pulang dalam rasa hampa kerana tidak sepenuhnya merasai nikmat juadah tersebut? renung-renungkanlah! harus difikirkan juga pada kakitangan-kakitangan yang jauh datang demi memenuhi jemputan program. seronokkah mereka? atau semakin terasa diperkecilkah mereka? sekian sahaja buat kali ini.

Sunday, August 28, 2016

CAHAYA HATI ERISYA

Ni episode kedua cerita MTQK Penang Thingkingface tu ya. Ada yang menarik ingin aku garapkan indah di sanubari. Melakar satu pertemuan menggamit rasa kagum dan rendah diri terhadap insan ini. Meski masih muda, hati kecil percaya dia mencapai kematangan awal dari usia. Nur Erisya seindah nama secantik orangnya. Tulus pekerti. Lemah-Lembut peri. Gadis comel ini menarik aku untuk menyulam memori. Berkenalan semasa dalam perjalanan, tak henti dirinya menghulur bantuan dan pertolongan. Aku ini bukan mudah mesra. Tapi keluguhan hatinya menghilangkan rasa duka ku yang berjauhan dari suami dan permata hati. Walau dia tidak peramah dan periang, tetapi dia pandai memancing perasaanku. Dia tahu kesusahanku sepanjang berada di USM. Dia temani ku ke blik air, menggosokkan pakaian, menyediakan ku makan dan menemani hamper setiap langkahku. Tak pernah walau sesaat dia melupakan aku. Walau dia membawa diri lama demi urusannya tetapi dia tetap mengambil ku di tempat yang dijanjikan. Sekali lagi sangat aku kagum dengannya. Sampaikan entri ini ditulis aku masih hiba mengenangkan perpisahan kami. Semoga kudiberi kelapangan untuk menemuinya di Kuala Selangor. Ku menunggu detik waktu untuk ke sana. Semoga dia sudi berteman dengan ku sehingga nyawa memisahkan kami. Terima kasih Erisya untuk tali ukhwah ini. Semoga kamu diberi limpahan rahmat berganda dari Allah S.W.T. amin!maafkan kakak andai sepanjang Isya bersama kakak hati kecilmu terguris dik. Kakak ni agak agresif berlainan sekali dengan mu yang sangat sopan-santun. Kakak sangat yakin kehadiranmu walau di mana jua akan menyenangkan hati sesiapa. Semoga kamu kekal dalam kelembutan. Ayu tau! Kakak suka sangat.

Saturday, August 27, 2016

GRAB BAJU

Salam hujung minggu. Ni nak share pada yang sudi nak baca je. Pada yang tak suka atau apa-apa rasa yang berkenaan harap dapat abaikan je. Masih panas lagi cerita ni tau. Baru habis posing round demi round. Aktiviti berlangsung dalam rumah sendiri je ni. Lepas asar tadi kami berkunjung ke kedai favourite ku di Subang Perdana. Cadangnya nak cari blouse biru untuk tema majlis dinner. Kedai tu nama dia focus shoe ya. Jangan tak tahu!! Bagi penggemar baju murah sepertiku. Setiba di sana kudapati ramai sangat orang. Rasanya akan tersekatlah aksi pilih-memilih ni ye. My hubby memang pantang bersesak-sesak ni. Hamper 10 minit meninjau kami dapat menyesuaikan keadaan. 3 blouse yang dapatku sambar hari ni. Hijau, biru dan pink. Kuberalih pulak ke jubah yang bergantungan. Memilih saiz seperti kelaziman. Namun hampa tiada pula yang berkenan. Hati gatal berpindah ke baju kurung pula. Wow memang mengancam! Setelah cuba lebih kurang dapat lagi 3 pasang baju kurung. Warna pink, pink ke oren dan hijau. Jenuhlah hubby nak bayar ni deh. Bukan selalu. Last shopping di sini November lepas. Dalam hatiku beraya haji sakan lah aku tahun ni. Tak habis di sini sahaja. Misi kedua diteruskan. Ke Taman Medan pula mencari bahagian anak-anak. Pusing punya pusing baju melayu Adam aje yang belum dibeli. Permata hatiku dapat 1 helai seluar jeans berpoket, 1 jeans biasa, 1 kemeja lengan panjang dan 1 t-shirt lengan panjang. Syukur dengan nikmat Allah. Baju melayu Adam akan kucari di lain kali putusku. Makan malam, beli aje lah di kedai!

Friday, August 26, 2016

DOA SELAMAT DI RUMAH BARU KAK ALIA

erm malam tadi kami dapat undangan ke majlis kenduri doa selamat naik rumah baru dari kak Alia di Lembah Subang 2. menerusi whatsapp kak Alia telah share location. majlis bermula jam 9.00 malam. first tihing, terima kasih pada kak Alia kerana sudi menjemput kami. Alhamdulillah dengan bermotorsikal kami sampai ke sana. hanya aku dan hubby aje. sebenarnya kawasan perumahan tersebut bekat dengan tempat tinggal lama kami Lembah Subang 1. alang-alang dah dekat ni, kami singgah seketika di gerai burger milik kak Zira di samping bertemu mek. mek ni adalah peniaga lauk masakan Kelantan yang menjadi favourite semasa mengandungkan Danial. pada masa tu, satu lauk pun kami tidak boleh masak di dapur kerana alahan yang teruk. mek ni tinggal di sebelah rumahku. Alhamdulillah aku tidak loya pula menghidu masakannya saban hari. setiba di blog rumah kak Alia, kuminta hubby menyiasat rumah kosong manalah tahu kalau hati ni berkenan membeli. yang besnya rumah ni ada 2 bilik air temasuklah master bedroom, walaupun kecil. menurut khabar berita, kebanyakkan OKU blind membeli rumah berkenaan kerana lokasi yang sangat berhampiran dengan public transport iaitu putra LRT stesen Ara damansara. harga yang ditawarkan agak menarik iaitu Rm35000.00 separuh dari harga asal RM70000.00. blok paling hamper dengan LRT adalah blok B. kebanyaakan rumah perlu melakukan renovation agar kelihatan lebih eksklusif. memandangkan rumah kak Alia penuh dengan orang, maka tidaklah aku menjelajah ke seluruh ruang. nasib menyebelahi kerana kubertemu dengan Ruziana. dia juga telah membeli rumah di sini dan dapat sama aras dengan kak Alia. kesempatan kuambil untuk membuat penelitian mendalam dengan berkunjung ke rumahnya yang telah direnovation. gril, tingkap, cat dan lantai telah bertukar wajah. warna biru light menjadi pilihan hati. bagi pandanganku, rumah tersebut sesuai untuk orang blind seperti aku. kerana keupayaan terhad cuma ini akses yang kami ada. bagi siapa yang bijak merebut peluang, hasil akan berpihak kepada mereka. tahniah buat semua pemilik-pemilik rumah di Lembah Subang. walaupun OKU, tetapi anda mampu mendapat asset terpenting dalam kehidupan. syabas dari saya sekali lagi. pada majlis ini juga kubertemu dengan rakan lama sewaktu di SMPK dan bahkan di PES lagi. dialah Aswati. dia telah 7 tahun totally blind sepenuhnya. dia dulu partially sighted. kekurangan penglihatan melanda setelah dia bersalin anak ke2 yang kurang secara perlahan-lahan. kubertukar khabar dan nombor telefon bersama. hamper 11.00 malam baru aku dan hubby beranjak pulang. masa terindah bersama rakan-rakan sukar diulang kembali. apa yang penting semoga mereka kekal di bawah lembayung kesejahteraan ilahi titip doa kudusku dalam hati.

Thursday, August 25, 2016

MTQK PENANG THINGKINGFACE

maaflah pembaca sekalian. tajuk tersebut saya rujuk pada nama group whtsap kontinjen Selangor ke Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan JKM kali ke-42 yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang selama 4 hari 3 malam bersamaan 21-24 Ogos 2016. kontinjen membawa kekuatan 8 peserta bersamaan 8 kategori dan sayalah di antara salah seorang peserta tersebut. tanpa persediaan jitu dan rapi saya galas tanggungjawab tersebut meski di hati dilimpahi rasa malu yang menebal. ini merupakan pertandingan kali pertama saya yang melibatkan organisasi. calon-calon lain rasa-rasanya sudah benar-benar berkaliber lagi berkelayakan. hanya saya yang lemah dan cetek ilmu taranum. Alhamdulillah, sepanjang di sana saya ditemani kakak senior lagi otai di tempat saya bertugas sebagai pengiring. terima kasih atas jasa dan budimu sepanjang mengiringi. hanya Allah yang dapat membalasnya. dari 8 kategori hanya 2 sahaja yang tidak menyebelahi kontinjen dan salah satu yang tersebut ialah saya. perkara sebegini telah saya duga dan bersedia menerima rencah dan duri menikam. 4 kategori mendapat tempat naib johan dan 2 lagi mendapat tempat ketiga. syabas sangat2 saya ucapkan buat keseluruhan kontinjen. mendapat tempat ketiga adalah junior saya sewaktu di PES iaitu Norhidayu Mohd Yusoff. dari zaman sekolah lagi dah memang salude dengan dia ni. semoga Ayu terus Berjaya dalam menyampaikan ajaran Alquran buat anak bangsa. selain pengisian tersebut, terdapat juga beberapa acara sampingan. pendakian ke bukit Bendera, makan-makan di Padang Kota Lama dan acara makan durian di Balik Pulau adalah suatu yang sangat dan akan dikenang sampai bila-bila. entah ada kesempatan untuk lain kali ke tidak agaknya! kalau tiada pun saya tidak ralat kerana kemampuan ini masih lagi belum setara dengan qari dan qariah ulung jabatan. berbanyak-banyak terima kasih atas peluang yang diberi. satu lagi episode akan saya sambung pada entri berikutnya. jumpa lagi!

Sunday, August 14, 2016

DANIAL CHIKENPOP'S

salam hari isnin 8 Ogos. Monday bloos ke semua? diharapkan ceria dan bahagia sentiasa. baru jer nak ambil mood bekerja, IPhone gold berdering. tak sempat dijawab lalu kumelihat missed call. kepala 55******. saya akan cuak bila dapat panggilan dari permulaan angka tersebut. ini sekitar Shah Alam, gumam hatiku. kuhubungi semula maka panggilan disahut cikgu F. "Danial kena campak puan. yang berair lagi tu. merah dah satu badan. kena ambil cepat. saya takut berjangkit pada kanak-kanak lain," tutur cikgu F dengan cemas. "ya ke. patutlah di badannya ada biji-biji. saya ingatkan kena gigit nyamuk," sangkalku pula. "tak puan. saya dah confirm dengan kawan saya yang doctor melalui tanda-tanda merah yang ada di badannya," ulas cikgu F lagi. "okaylah bagi saya masa untuk call abah dia dulu," putusku seterusnya. HP abang kudail segera. mujur waktu masih awal. abang belum lagi keluar delivery. jam 10.45 pagi kami tiba di klinik kesihatan berhampiran. setelah 2 jam menunggu, dapatlah Danial MC seminggu dari doctor. nasib baik juga dia tidak demam. keletahnya aktif macam biasa. tiba di rumah dia kutanggalkan baju dan segera menyapu ubat. setengah jam kemudian, Danial tertidur tanpa sempat menjamah nasi. segera kuminta abang menghubungi abah untuk membuatkan air penawar menghilangkan impak penyakit tersebut. jam 2.00 petang abah tiba di rumah kami. nenek dan atuknyalah berkorban masa mengurus dan menjaga Danial sepanjang tempoh jangkitan. keadaan tidak berlarutan dan Danial hamper pulih pada penghujung minggu. syukur Alhamdulillah cemasku tidak berpanjangan seperti mana dia suspek denggi beberapa bulan lalu.