Tuesday, August 30, 2016

MALAM APRISIASI OKU DARI SISI PANDANGKU

tanggal 29 Ogos saya telah dijemput sebagai jemputan khas di majlis gilang-gemilang yang berlangsung di PLPP Bangi. malam aprisiasi ini dianjur oleh JPOKU Putrajaya bagi mengiktiraf dan menghargai sumbangan OKU dalam organisasi JKM. tetamu kehormat pada majlis julung-julung kali ini adalah KSU KPWKM. kakitangan OKU dihimpun dari seluruh Malaysia. turut diraikan mereka kakitangan biasa yang bertungkus-lumus berkhidmat bagi memberi perkhidmatan cemerlang untuk OKU di institusi seliaan jabatan. syukur Alhamdulillah dan syabas serta tahniah digarap atas usaha murni keseluruhan pihak penganjur. pengisian malam tersebut cukup bermakna kerana dapat menghimpunkan semua elemen OKU di dalamnya. wakil OKU diberi peluang menyampaikan suara yang menjadi aspirasi untuk keseluruhan warga OKU. antara isu yang ditekankan termasuklah aksesibiliti, Pendidikan dan pekerjaan serta advokasi. pengisian lain turut mendapat tempat dan kena dengan tema program dan diharap ia tidak terhenti setakat itu sahaja. dari persembahan koier jabatan, sketsa kanak-kanak kurang pendengaran dan penterjemahan elemen DET Disability Equal Training maka dapatlah sedikit diserap kesedaran mengenai OKU. menerusi anugerah-anugerah yang disampaikan diharap dapat menyuntik semangat kakitangan OKU supaya terus dapat mencurah khidmat meskipun berhadapan dengan halangan dan kekangan semasa. bagi kakitangan biasa pula inilah satu-satunya penghargaan yang dapat sedikit memberi penawar setelah jerih-perih mereka bertugas sekian lama. namun demikian, terdapat sedikit yang harus diteliti dan dikaji semula berhubung dengan pelaksanaan program. semoga ia dapat diperbaiki dari masa ke masa hendaknya. pada hemat saya, program haruslah dijalankan pada siang hari demi mengelakan kekangan-kekangan kesihatan yang dihadapi oleh segelintir OKU. misalnya sempena makan tengah hari. suasana di siang hari itu jauh lebih realistic berbanding pada waktu malam. selain itu jamuan yang disediakan hendaklah benar-benar mencukupi kapasiti jemputan terlibat. buatkan mereka rasa bahagia. hikmah menikmati hidangan yang enak rasa serta mencukupi akan dikenang sepanjang hayat. mungkin perkara tersebut agak kedengaran remeh. namun secara hati ke hati ia akan memberi impak yang mendalam jauh ke ruang sanubari. mahukah kita sebagai penanjur melihat tetamu-tetamu pulang dalam rasa hampa kerana tidak sepenuhnya merasai nikmat juadah tersebut? renung-renungkanlah! harus difikirkan juga pada kakitangan-kakitangan yang jauh datang demi memenuhi jemputan program. seronokkah mereka? atau semakin terasa diperkecilkah mereka? sekian sahaja buat kali ini.