Monday, March 2, 2015

SOALAN TEMUDUGA

saje lah nak sharing pada semua soalan yang ditanya oleh SPA dan JKM semasa saya ditemuduga baru-baru ni. soalannya memanglah tak beraaa susah. namun jika kita ni kuran pandai berkomunikasi di samping persiapan yang tak berapa nak rapi tu memang haru-birulah jadinya. tambahan perasaan kita yang mudah panic dan menggelabah secara total akan mengganggu prestasi pada masa tu. saya usah cakap lah. walau dah berkali-kali hadir temuduga tetap nervous. inilah masalah besar bagi saya. semoga ia menjadi panduan pada next betch.

--sila perkenalkan diri?
--apakah cara bagi penjawat awam meningkatkan prestasi bagi mencapai kepuasan pelanggan?
--bagaimanakah seseorang pekerja kebajikan itu tahu yang pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima?
--sekiranya ada paparan melalui media massa mengenai seorang warga emas sebatang kara di suatu kampung. apakah respon dan tindakkan sebagai pegawai JKM?
--mengapakah OKU perlu didaftarkan?
--sejauh manakah aspirasi kerajaan dalam memelihara hak-hak OKU?
--apakah tugas sebagai seorang penolong pegawai pembangunan masyarakat?
--sebagai seorang pekerja kebajikan masyarakat apakah cara atau teknik yang bersesuaian digunakan bagi berhadapan dengan kepelbagaian latar-belakang masyarakat dalam erti kata menyampaikan perkhidmatan?
bagaimana .. .. .. mencabar tak soalan-soalan tersebut. berdebarlah hati sementara tunggu result. good lucks untuk semua calon.