selamat datang : Seiring denyut nadi :indah jemari melakar kisah. Sepanjang aspal. terukir di lembaran : menuju destinasi ukhra.
Showing posts with label tips/info. Show all posts
Showing posts with label tips/info. Show all posts
Monday, February 13, 2017
DOA PEMBUKA PINTU-PINTU REZEKI
entah mengapa hati ini sering kali berperasaan walang. apa lagi yang tidak mencukupi agaknya? kita sebagai hamba hanyalah pasrah meminta dan memohon pada Yang Khaliq tempat bergantung. terasa ingin berkongsi dari carian google sebentar tadi. inilah doa pembuka rezeki yang selalu diucap oleh datuk Fazilah Kamsah perunding motivasi tersohor Negara. terdapat 3 perkara utama yang acapkali dibawa ke dalam rencah nasihat beliau iaitu doa pembuka duabelas pintu, doa menghilangkan diri dari perasaan bakhil dan melepaskan diri dari beban hutang serta bagi sesiap yang melafazkan istigfr 100 kali pada setiap hari maka Allah akan melimpahkan kepadanya sebelas kebaikan.
berikut adalah doa duabelas pembuka pintu.
1. allahummaftah li abwabal khairah : YA ALLAH BUKALAH PINTU KEBAIKAN.
2. WA ABWABAS SALAMAH : PINTU KESELAMATAN.
3. WA ABWABAS SIHAH : PINTU KESIHATAN.
4. WA ABWABAN NI'MAT : PINTU NIKMAT.
5. WA ABWABAL BARAKAH : PINTU BARAKAH.
6. WA ABWABAL QUWAH : PINTU KEKUATAN.
7. WA ABWABAL MAWADDHAH : PINTU CINTA SEJATI.
8. WA ABWABAR RAHMAH : PINTU KASIH-SAYANG.
9. WA ABWABAR RIZQI : PINTU REZEKI.
10. WA ABWABAL 'ILMI : PINTU ILMU PENGETAHUAN.
11. WA ABWABAL MAGHFIRAH : PINTU KEAMPUNAN.
12. WA ABWABAL JANNAH : PINTU SYURGA.
YA ARHAMAR RAHOMIN.
semoga entri ini bermanfaat bagi mereka yang gundah akan rezeki dan ni'mat kurniaan ilahi. apa yang penting lakukanlah dengan penuh tawadhuk dan istiqamah bagi mendapat kasih-sayang Allah. p/s lebih-lebih lagi ditujukan khas buat penulis sendiri.
Saturday, March 26, 2016
HATI-HATI DENGAN WANG PALSU
salam malam hujung minggu buat pengunjung setia blog yang tidak seberapa ini. pada masa entri ini dulis, kami baru saja mengalami kejadian tersebut. ini kisah benar dan saya hanya ingin sampaikan buat peringatan kepada semua. selesai makan begur di Taman Medan, sambil menunggu hubby bersembang dengan teman-temanya, apa lagi menulis blog la aku. malam sebelumnya hubby mengeluarkan gaji dari ATM. namun keadaan yang tidak biasa berlaku apabila hubby ingin membuat payment menggunakan CDM, duit ditolak. bukan sekeping tapi lebih dari 4 keeping not RM50.00. mustahil CDM tolak mentah-mentah sedangkan duit ini datangnya dari ATM juga. hubby ceritakan kisah ini ketika berada dalam kereta. setelah memikirkan beberapa lama, barulah hubby perasan bahawa duit tersebut adalah duit palsu. mana mungkin duit palsu boleh terlepas masuk ke ATM tanpa pemerhatian rapi. takkan nak burn begitu aje kan. bukan salah kita pun. kita tidak tahu macam mana duit boleh wujud dlam mesin tersebut. jadi di sini ada tips yang ingin saya kongsi. pada sesiapa yang mengesyaki sesuatu akan duit yang baru dikeluarkan dari ATM, cuba lalukan duit tersebut di kamera yang terdapat pada mesin. ini sekadar bukti tambahan sekiranya bank tidak yakin dengan aduan yang kita sampaikan kelak. pada yang blind seperti aku, sila pekakan diri anda dengan tebal nipis kertas wang berkenaan. wang palsu mempunyai ciri kertas yang lebik seolah-olah kertas yang digunakan itu dari jenis yang biasa aje. bagi wang tulen pula, kualiti kertas yang digunakan agak tinggi. take not ya, memang boleh dibezakan melalui sentuhan pun. selain itu garisan kilauan timah berkilat yang kelihatan di bawah tulisan not juga akan berbeza. bagi yang tulen, kilauan akan kekal lama, tidak terkeluar dan tidak pecah. bagi yang palsu adalah sebaliknya. semoga kejadian ini tidak akan terulang lagi di masa akan datang.
Sunday, March 20, 2016
TIPU MUSLIHAT FIRST DIRECT BANK
salam to all mudah seller. sebenarnya entri kali ini adalah bertujuan memberi panduan untuk sesiapa yang masih baru dalam perniagaan online seperti aku juga lah. kejadian ni berlaku pada hari rabu lepas, di mana aku cuba usha2 mudah.com.my untuk menjual suatu barangan yang tidak boleh saya gunakan. nak dijadikan kisah, setelah Berjaya post iklan, ada seorang buyer menghantar mesej ke telefon bimbit untuk melakukan pembelian. so sepanjang khamis lepas, aku sibuk berhubung dengannya menerusi email. hati masa tu dah teruja nak jual sangat that item. mesej punya mesej, aku bersetuju nak pos barang tersebut keesokkan harinya. setelah menyerahkan details akaun, kuterima pula email confirmation dari first direct bank ni yang menyatakan bahawa clientnya telah mengarahkan pindahan wang ke akaun aku. dalam hati huh lega rasanya, padahal duit belum masuk lagi kan. setelah poskan barang tersebut, dia minta pula slip pos sebagai tanda pengeposan. perasaan ni belum timbul keraguan lagi pada masa tu kerana menganggapnya sebagai prosedur biasa. ya lah kan. takkan senang-senang je nak lepaskan duit. mesti nak ada beck up dan pengesahan kan. so aku follow lagi the rules. . oooh, aku lupa nak maklum akaun penyangak tu adalah akaun Hotmail. jadi aku harap sangat pada sesiapa yang kurang berpengetahuan dalam dunia internet ni supaya tidak menyerahkan setiap detail dan jumlah wang yang diminta mengikut sesuka hati. mereka ni semua penipu yang cuba menangkap mangsa yang tidak dapat berfikir secara rasional. unsur psikologi dan emosi turut digunakan agar kita terpedaya dengan janji-janji palsu mereka. mohon setiap dari kita berhati-hati dalam tindak-tanduk dan membuat penyiasatan yang menyeluruh sebelum merancang suatu keputusan. penyangak-penyangak ni akan mengambil kesempatan dari kelekaan kita. akaun-akaun email ni datangnya dari Negara-Negara di benua eropah. berbalik ke cerita aku, setelah shipping dilakukan, aku scan dan email ke first direct bank ni. mereka dengan pantas reply dan mohon aku tunggu selama 72 jam sebelum duit tersebut masuk ke akaun. aku sabar lagi. semalam hari ahad dalam jam 10.20 pagi, aku terima email pending dari mereka ni yang menyatakan bahawa duit tak dapat dimasukkan kerana jumlah pembelian tersebut tidak mencukupi. mereka minta aku buat kiriman wang secara western union atau money gram ke someone sebelum jumlah wang tersebut dapat dimasukkan ke dalam akaun aku. hati aku mula panas dan membahang dah waktu ni. aku yang jual barang, tapi kau pulak yang nak minta duit dari aku. dah terbalik dah ni. kau yang guna service pengantara tapi kau nak jadikan aku mangsa penipuan kau tu. siap ugut aku dengan Interpol dan pelbagai akta dan undang-undang. nasib baik aku ni belum terlanjur lebih jauh dan segera sedar. so tolong kepada sesiapa yang hamper-hamper nak terkena macam aku ni, ambil masa dan fikirkan secara rasional. setakat rugi barang yang telah dipos, aku redha. mujur tak rugi hingga ribuan ringgit demi memenuhi hasrat dan tekak mereka. kita yang membanting tulang mencari rezeki, senang-senang je nak rampas dari kita kan. aku mohon orang-orang Malaysia dan orang-orang asia khususnya jangan, jangan, dan jangan terpedaya dengan sendikit sebegini. semalam aku post lagi 1 iklan, dan someone yang guna akaun Hotmail telah SMS dengan menyatakan harga terbaik untuk barang aku tu. no, no, no oh no! no! no! for a 2nd time. semoga perkongsian aku kali ini dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada anda dan anda di luar sana. pada aku yang dah tertipu ni, ambillah iktibar dan belajar dari pengalaman. jumpa lagi!
Monday, February 1, 2016
TAK PERLU MENAJA ! TAK PERLU CARI ORANG HANYA DUDUK DIAM DAN DAPAT DUIT
herm ayat sebagai tajuk kat atas dah banyak digunakan orang khususnya untuk menambahkan income. logikkah dengan duduk diam-diam kita boleh dapat duit yang banyak hehehe. nak tergelak pun ada, rasa ingin tahu pun saling tak tumpah bertandang di hati. maklumlah kan siapa yang tak suka dan tidak kabur mata, sekiranya wang bertimpa-timpa jatuh atas riba tanpa perlu bersusah-payah. muhasabahlah wahai Manja. jangan diikut sangat gejolak hawa nafsu dan kehendak yang bersarang di jiwa tu. keberkatan dan rezeki yang berpanjangan itu lebih nikmat. jangan terpesona dengan ayat-ayat pemanis berkenaan. dah tentu-tentulah jika mahukan sesuatu kita perlu berusaha dan mohon doa dari Allah. bahkan bukannya diam melunsuri FB sepanjang hari untuk melihat kejayaan orang lain. syukurlah! setakat hari ini belum lagi terpengaruh dengan daiyah sebegini, walau ada yang terdekat datang memberi undangan. setelah membuat sedikit pembacaan, hati ini kuat mengatakan cara memperoleh wang sebegitu adalah tidak patut dilakukan oleh seseorang yang mementingkan rezeki berkat. saya tak mahu menyebut mana-mana skim berkenaan, bukan kerana takut dikecam, tetapi saya hendak pembaca mengambil 5 minit untuk berfikir sejenak sebelum mengorak langkah lebih jauh. janganlah kerana ingin hidup senang dengan cara memerah keringat orang lain untuk menyenangkan kita. huhuhu! skim ini akan hidup mati dan hidup semula selagi ada manusia yang tamak dan rakus dengan menghukum orang lain. yang masuk di permulaan akan menikmati keuntungan tanpa batas. tapi apa cerita bagi yang masuk kemudian atau paling akhir sebelum skim ini tersungkur. takkan hanya gigit jari je kan! pernah sekali dulu RM60.00 ku lesap entah ke mana. konon akan dapat duit setelah mempromosi iklan. nasib baiklah jumlahnya kecil. jadi tak adalah hati ni hiba sangat. inga, ingat dan ingatlah Manja jika nak kan rezeki hendaklah berusaha dengan gigih dan tak lupa mohon pada Allah yang maha mengasihani.
Sunday, October 18, 2015
SUSPEK DENGGI
hamper tidak dapat melelapkan mata pada malam sabtu lepas. Danial anakku diserang batuk yang sangat teruk. jam menunjukkan angka 1.00 pagi. dia lapar dan ingin makan nasi. abah segera membawa dia turun makan di kedai berhampiran sementara saya tinggal di rumah menunggu Adam yang tidur. pukul 2.00 pagi keadaan agak tenang sedikit setelah diberi ubat batuk Woots yang dibeli dari Seven Eleven. beberapa jam kemudian dia mengadu pula sakit perut. dengan pengalaman yang ada, saya mengambil minyak ubat TYT dan menyapu di keseluruhan betis. pada saat inilah kekhuatiran saya bertambah kerana nafasnya sudah berbunyi dan tersekat. saya kejutkan abang dan Adam dan kami bergegas ke hospital Serdang.
jam 7.00 pagi Danial dikejarkan ke bahagian kecemasan. darahnya diambil, di xray dan diberi gas sebanyak 3 kali bagi mencairkan kahak. hamper jam 10.00 pagi, baru keputusan dapat dibuat para doctor. jika perkembangan terus negative, ke arah serangan denggi, Danial perlu dirujuk ke klinik kesihatan Bangi sebelum admit ward . hati ni mula gelisah dan tidak tenteram, tambahan pula Danial enggan makan ubat yang diberi, menjelang tengah hari suhu badannya menjadi lebih panas. saya tersangat risau. namun saya tetap memujuk Danial untuk makan sedikit bubur nasi. dengan pemahaman yang diberi Danial akhirnya setuju untuk makan dan menelan semua ubat yang diberi. barulah fikiran ni dapat berfungsi dengan waras semula. saya cuba menyelidik dari teman dan keluarga menerusi whatsapp tentang langkah pencegahan denggi. inilah yang ingin saya kongsi dengan pembaca sekalian. berilah mereka minum air rebusan pucuk betik. jika tidak pun, dapatkan jus betik yang telah dibotolkan dari farmasi berhampiran. selain itu juga minumlah air rebusan ketam batu yang telah dimasak sehingga empuk. semoga perkongsian dari saya ini akan berguna buat kalian yang memerlukan satu hari nanti. semalam, Danial kembali bertenaga seperti biasa, di sudah makan semula, bermain, suhu badan tidak lagi panas dan batuk mula berkurangan. namun demikian rasa bimbang masih bertamu. saat ingin ke tempat kerja, batuk sudah kembali menyerang. apa yang terlintas di fikiran, sepulang dari tempat kerja akan saya dan abang usahakan membeli madu pula. semoga Danial cepet sembuh dan pulih seperti biasa. amin!
Monday, August 24, 2015
JIKA IA BERLAKU?
Assalamualaikum. ya, setiap daripada kita pasti merasai mati. terima kasih atas sharing yang sangat bermanfaat dari wall FB seorang teman. diharapkan ia akan berguna untuk setiap dari kita.
Untuk rujukan Silalah kongsi dengan ahli keluarga dan sahabat2
Bagaimana kalau tiba tiba ada kematian di rumah kita
Apa tindakan kita jika tiba tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita
Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah
Jangan cemas
tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah
sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka
Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua dua tangan di atas perut
letak pisau gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
Tangan diikat dengan perca kain
Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain
jika ada darah yang keluar dari hidung telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi
Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik hospital
Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran
Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah
Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah masjid
Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520 mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan
Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu
Patut juga kita ambil tahu nama nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka
Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba tiba terjadi dalam rumah masing2
Harus bersedia menghadapi kematian Mati yang pasti
Wallahu alam
Monday, August 17, 2015
LAPARNYA !! !!
salam isnin. hope you all in a good mood. selesai berusan di salah satu pejabat kerajaan yang terdapat di SA, saya beritahu abang tentang rasa lapar. saya: nak beli kuihlah. lapar sangat pagi ni. semalam makan awal kan. abang: herm. tak apa. kat ground floor ada kios. kita cuba tengok apa yang ada. roti pun boleh. saya angguk tanda setuju. selesai memilih dapatlah 2 "slice" roti sossage dan sekotak susu Dutch Lady. hati girang sebab rasa lapar akan terlunas sekejap lagi. naik je office terus buka bungkusan. herm lain macam je bau dia. kata saya dalam hati. tak puas hati tangan mencubit sedikit roti dan sossage. sah memang rasanya sudah berlainan. mayonisnya agak berlendir. mungkin roti ni dari hari khamis atau jumaat lagi kan. segera bungkusan dicampakkan ke dalam tong sampah di sisi. bukan rezeki getus saya. mujurlah ada 1 friend ni nak turun sarapan. kenalah beli lain sebagai ganti. peringatan pada diri dan sahabat pembaca sekalian, di kala enak memilih roti pelbagai rupa dan rasa, cuba perhatikan hari apa ni ya. of course lah jika di bangunan kerajaan, mana mungkin ada kios yang dibuka pada cuti hujung minggu kan! so tak payahlah nak teruja sangat! macam saya yang dah terkena di pagi hari ni!
Sunday, July 26, 2015
99 WAYS TO LOVE
|
Assalamualaikum semua. herm ....... sebenarnya banyak cara boleh dilakukan bagi menunjukkan sayangnya kita pada seseorang. tidak kiralah dalam apa jua bentuk perhubungan yang diredhai. maka, dipersilakanlah membaca post sharing saya kali ini. semoga dapat kita amalkan walau tidak kesemuanya. mengikut keserasian dan citarasa masing-masing...
1. Hug them.
2. Write a love note. 3. Call them at work just to say "Hi." 4. Give them a foot massage. 5. Tell them a joke. 6. Caress them with slow gentle strokes. 7. Go for a walk with them. 8. Send them a "happy gram." 9. Admit your mistakes. 10. Say: "I love you." 11. Indulge a whim. 12. Listen to them talk about an interest of theirs. 13. Be trustworthy. 14. Instead of complaining, tell them what you would prefer. 15. Look at them when you're in a discussion. 16. Send flowers. 17. Compliment something they did. 18. Offer to help. 19. Ask them to show you how to do something. 20. Call when you are going to be late.. 21. Take them out to dinner. 22. Write them a poem about how special they are. 23. Cut out a cartoon they'll enjoy. 24. Ask them what they'd like sexually. 25. Go shopping together. 26. Take an afternoon drive. 27. Cuddle. 28. Put your arm around them in front of others. 29. Take them out on a surprise date. 30. Do something they want to do. 31. Listen. 32. Plan a candle light dinner. 33. Look at old photos together. 34. Serve them breakfast in bed. 35. Hold hands. 36. Share sexual fantasies. 37. Do a work project together. 38. Rub their back. 39. Take a shower together. 40. Carry their photo in your wallet. 41. Go away together for a weekend holiday. 42. Kiss them. 43. Smile more when you look at them. 44. Go for a bicycle ride together. 45. Surprise them with "special" attire. 46. Plan a picnic lunch. 47. Read something together about how to have a better relationship. 48. Repeat what they say before answering. 49. Say "Good morning" first. 50. Ask if they have a few minutes first before interrupting. 51. Send them a card. 52. Surprise them with a gift when it's a non-holiday. 53. Cook them a favorite meal. 54. Try a new restaurant. 55. Ask them how they feel. 56. Let them know when you are proud of them. 57. Ask for their opinion. 58. Turn on some romantic music. 59. Dedicate a song to them. 60. Send them a balloon bouquet. 61. Watch a sunset together. 62. Play a game together. 63. Have them teach you something they know. 64. Tell them they have the night off. 65. Go to a movie they select. 66. Ask them for a hug. 67. Wear some new cologne. 68. Discuss future plans with them. 69. Ask if you can help when they look sad. 70. Ask them about their dreams. 71. Meet them for lunch.. 72. Enlarge a scenic photo of a place you've shared.. 73. Give them a gift certificate for their favorite store. 74. Tell them what you like about them. 75. Buy them a new perfume. 76. Take them to a scenic spot. 77. Send them a gourmet gift basket. 78. Send them a joke card. 79. Let them know when you've thought of them during the day. 80. Buy them a toy. 81. Compliment them to their friends. 82. Bring them a thirst quenching drink. 83. Tell them when they look attractive. 84. Send them a post card. 85. Invite them to a secret rendezvous. 86. Give them a massage. 87. Take a lesson with them. 88. Look at photos together of when you met. 89. Plan a vacation with them. 90. Listen openly to their opposing opinion. 91. Buy them a new piece of jewelry. 92. Watch a TV show they like with them 93. Write them a letter. 94. Listen to music with them, such as an old favorite. 95. Whisper sweet nothings in their ear. 96. Tell them what you like that they do. 97. Give a head massage. 98. Invite them to a concert. 99. Let them know you care. |
Monday, March 2, 2015
SOALAN TEMUDUGA
saje lah nak sharing pada semua soalan yang ditanya oleh SPA dan JKM semasa saya ditemuduga baru-baru ni. soalannya memanglah tak beraaa susah. namun jika kita ni kuran pandai berkomunikasi di samping persiapan yang tak berapa nak rapi tu memang haru-birulah jadinya. tambahan perasaan kita yang mudah panic dan menggelabah secara total akan mengganggu prestasi pada masa tu. saya usah cakap lah. walau dah berkali-kali hadir temuduga tetap nervous. inilah masalah besar bagi saya. semoga ia menjadi panduan pada next betch.
--sila perkenalkan diri?
--apakah cara bagi penjawat awam meningkatkan prestasi bagi mencapai kepuasan pelanggan?
--bagaimanakah seseorang pekerja kebajikan itu tahu yang pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima?
--sekiranya ada paparan melalui media massa mengenai seorang warga emas sebatang kara di suatu kampung. apakah respon dan tindakkan sebagai pegawai JKM?
--mengapakah OKU perlu didaftarkan?
--sejauh manakah aspirasi kerajaan dalam memelihara hak-hak OKU?
--apakah tugas sebagai seorang penolong pegawai pembangunan masyarakat?
--sebagai seorang pekerja kebajikan masyarakat apakah cara atau teknik yang bersesuaian digunakan bagi berhadapan dengan kepelbagaian latar-belakang masyarakat dalam erti kata menyampaikan perkhidmatan?
bagaimana .. .. .. mencabar tak soalan-soalan tersebut. berdebarlah hati sementara tunggu result. good lucks untuk semua calon.
--sila perkenalkan diri?
--apakah cara bagi penjawat awam meningkatkan prestasi bagi mencapai kepuasan pelanggan?
--bagaimanakah seseorang pekerja kebajikan itu tahu yang pelanggan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang diterima?
--sekiranya ada paparan melalui media massa mengenai seorang warga emas sebatang kara di suatu kampung. apakah respon dan tindakkan sebagai pegawai JKM?
--mengapakah OKU perlu didaftarkan?
--sejauh manakah aspirasi kerajaan dalam memelihara hak-hak OKU?
--apakah tugas sebagai seorang penolong pegawai pembangunan masyarakat?
--sebagai seorang pekerja kebajikan masyarakat apakah cara atau teknik yang bersesuaian digunakan bagi berhadapan dengan kepelbagaian latar-belakang masyarakat dalam erti kata menyampaikan perkhidmatan?
bagaimana .. .. .. mencabar tak soalan-soalan tersebut. berdebarlah hati sementara tunggu result. good lucks untuk semua calon.
Subscribe to:
Posts (Atom)