Friday, January 25, 2019

HATI UMMI TAK TENANG


            Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

            Ssesampainya kami bertiga ke teratak kecil setelah menyertai rombongan PERKUM ke Johor Bahru dan Singapura hamper jam 2.00 pagi, hatiku terdetik resah. Serasa-rasa ada bisikan menyatakan aku tak usah hantar mereka ke sekolah pada keesokan harinya AK cutikan, sebab kami kepenatan berjalan-jalan selama 3 hari. Namun kutolak bisikan itu ketepi. Kucapai handphone dan menghantar whatsapp kepada cikgu Ayu agar tak usah menjemput anak-anak. Kumaklumkan mereka akan aku hantar terus ke sekolah petang seperti biasa. Setelah berkemas-kemas serba sedikit kami tidur sehingga menjelang pagi.

 

            Nah inilah rupanya alamat dari perasaanku yang kurang enak malam tadi. Sambil berbaring di atas katil, usai pulang dari pejabat, whatsapp group kelas 2 optimis berbunyi dengan agak banyak. Mula-mula aku buat tak endah sebab malas nak melayan sangat group yang bersepah-sepah ni. Tapi semena-mena whatsapp kubuka, ada seorang ibu menyatakan lidah anak perempuannya terbelah serta bibir luka dan mengeluarkan darah yang banyak lengkap dengan photo. Di sinilah bermula gejola arus ketenangan diriku di mana ibu itu mencari ibu dan ayah Danial Afihakim. Aku sangat tersentak dan terkejut lantas segera menghubungi ustazah AKA merangkap ibu di transit Danial. Kuberitahu serba sedikit tentang kejadian agar ustazah ini tahu duduk perkara. Kuminta bercakap dengan Danial, namun dia sedang makan ketika itu. Setelah itu, aku forward photo dan message berkenaan kepada ustazah.

 

            Di sinilah hibanya hati aku sebagai seorang ibu yang sebatang kara membesarkan permata hati setelah kekuatanku dijemput Ilahi. Namun aku harus juga bergerak seiring masa dan tetap perlu redha dengan apa yang berlaku. Hanya pada Dia tempat aku mengadu dan meluah rasa. Ustazah kemudian menghubungi ibu tersebut dan memaklumkan bahawa kes akan disiasat kepadaku.

 

            Sesampai Danial ke rumah aku segera bertanya kepadanya. Ternyata anakku ini tidak tahu-menahu langsung tentang kejadian tersebut. katanya, dia tidak melanggar murid perempuan tersebut. aku amat sedih dan sangat terkilan. Kebiasaan selama pemerhatian aku, sekiranya Danial membuat salah dia tidak akan berani bercakap walau sepatah pun. Dah sekarang ini, dia boleh beritahu yang dia tidak melakukannya. Allahu hanya padaMu tempat aku memohon agar Kau berikan perlindungan kepada putera-putera ku kerana aku tidak mampu menjaga mereka sebatas kemampuanku. Peliharalah dia walau di mana dia berada. Jauhilah mereka dari segala bentuk fitnah kerana aku tak punya kekuatan untuk menangkis setiap hinaan dan tomahan yang menjelma.

 

            Setiap hari aku Tanya perkembangan mengenai siasatan yang dilakukan oleh pihak sekolah, kerana aku mahu anak aku diadili seadilnya. Kepada sesiapa yang menyebarkan fitnah dan jika anakku tidak bersalah, aku tidak akan memaafkan perbuatan tersebut dan kita akan bersua di sana nanti.

 

            Respon dari ustazah juga aku Tanya beberapa kali. Kes sudah dalam pengetahuan pihak pentadbiran maklumnya. Di sekolah atau di mana sahaja, sekiranya kes tidak melibatkan buli dan peganyiayaan tak perlulah ia diperbesarkan. Kalian mahu apa sebenarnya? Padahal pada Jumaat lepas Danial beritahu selepas pulang dari sekolah yang hidungnya berdarah serta bibir pecah akibat diperlakukan rakan. Namun aku hanya mendiamkan diri dan meminta dia lebih berhati-hati sahaja. Kerana peristiwa ini, aku telah sekat pergaulan Adam dan Danial. Kutak mahu lagi mereka bergaul dengan murid-murid perempuan. Untuk ke taman permainan pun aku tidak benarkan. Segala aktiviti luar biarlah aku yang atur. Ku tak mahu menyusahkan sesiapa. Biarlah segala kesakitan ini kutanggong sendiri. Berkali-kali aku mohon semoga Allah melindungi zuriatku walau di mana mereka berada setelah pelindung buat kami Kau jemput pulang. Aamiin! Kepada murid perempuan yang terkena musibah kutitip doa agar kembali pulih seperti sedia kala!

No comments:

Post a Comment