Friday, February 15, 2013

BERTANDANG LAGI

setelah 16 bulan kumengubah haluan bahtera, aku tetap tewas. sekali lagi merayu pada abang agar dapat kembali semula ke kota metropolitan itu. walau hakikat sebenar tak ingin ditinggalkan Tanah serendah sekebun bunga. abang pun dah serasi dengan masyarakat kat sini hehehe. lagipun seronokkan sebab duduk rumah atas tanah lagi kereta dan motor dapat perlindungan terbaik. Danial pun dah berusia 15 bulan sekarang. tok dia bersetuju nak jaga mereka berdua. first day la aku kat BBB. terima kasih pada yang membantu. aku dengan rendah hati bekerja semula di NWC. buat sementara ni berulang-alik dengan kereta kerana barang-barang dan motor belum diangkut pindah lagi. terima kasih pada tuan rumah merangkap kawan baik abah yang baik hati. jasamu kami ingati sampai akhir nafas. tugasku pula bersekang mata mencari pekerjaan untuk abang pula. temanku di waktu malam adalah laptop Acer kesayangan dan modem internet. semoga abang dapat pekerjaan terbaik. amin! aku pula akan bekerja bersungguh-sungguh kerana itulah janjiku buat abang. seminggu 2 akan datang pasti aku merasa kekok dengan hiruk-pikuk kota mencari rezeki. abang last bekerja di stor kayu pada 6 Februari. satu lakaran ceritera kami baru sahaja bermula.