Friday, July 31, 2015

PROGRAM JUMAAT

salam jumaat semua. suasana di office agak meriah pagi-pagi ni. semua orang masih dalam mood raya. ramai yang ditegur kerana mengenakan pakaian yang cantik. termasuklah aku. tapi baju ni aku beli murah jer di salah sebuah kedai di Subang Perdana. kepada sesiapa yang suka survey harga mesti tahu lah tempat tersebut. menjelang tengah hari. rakan sebelah menegur: jom kita keluar pegi open house. saya: kat mana. pn. Z: Subang Jaya. segera aku capai handbag dan mengikutnya. sesampainya di lobi kami disambut oleh van BDT. jalan sememangnya jamm sementelah waktu tengah hari. pelbagai hidangan yang disediakan. aku memilih sate, lemang, laksa penang, lazania, pudding laici, kuih serimuka, pudding kelapa dan cendol. meriah sungguh layanan mereka. antaranya termasuklah pn. W, kak I, Ak. diharapkan JKM mampu menjadi ikon kepada entiti kerjaya untuk OKU terus diiktiraf sebagai pekerja. sememangnya kesempurnaan bukan milik kami. tetapi kami memerlukan kerjaya untuk survival. di sana aku dipertemukan sekali lagi dengan pn. NS yang dahulunya adalah tutor ku di UM. kali terakhir bertemu beliau adalah di bahagian OKU JKMM Menara Tun Ismail Mohamed Ali 7 tahun lalu. kini beliau berkhidmat di Sepang. terima kasih semua!

Wednesday, July 29, 2015

BUAH NANAS

pagi selasa, tengah asyik tidur aku terjaga. kepalaku terasa sangat sakit sekali. kugagahkan kaki ke tempat kerja seperti biasa bertemankan minyak angin cap kapak. nasib baik ada pasar malam maka dapatlah kupesan agar dibeli buah nanas. jika tiada epal hidau sudah memadai. inilah yang sering dilakukan bila sakit kepala yang tiada tertahan. nasib baik di rumah tiada cuka. jika tidak dapatlah buat pencicah. sudah 2 hari, potongan nanas kubawa sebagai kudapan. ish ish! sampaikan rakan sepejabat menegur. kenapa makan nanas di pagi hari ni. beginilah caraku dan beginilah hidupku. sakit agak kurang sedikit. sewaktu makan tengah hari tadi kupesan pada Akmal supaya dibelikan limau ais. cun limaunya masam. kena dengan selera. tq Akmal!

OPEN HOUSE SEKOLAH ADAM

abang: ayang kad bayaran yuran sekolah bulan ni dah keluar. ayang: herm. abang: macam mana nak bayar? ayang: belum fikir. maklumlah kena tunggu gaji pertama dulu. abang: kita cuba  bincang dengan pihak tadika. ayang: ok setuju. lagi satu, Adam ada jamuan raya di sekolah kata abang. hari ni lah acaranya. lalu kami sepakat membekalkan Adam dengan KG1.5 nugget ayam untuk hidangan bersama. semoga Adam, rakan-rakan dan pihak sekolah bergembira meraikannya.

RINDUNYA!!!

kali ini saya ingin bercerita lagi. jam 12.00 malam saya bangun dari katil, setelah rasa sakit kepala sudah semakin tak terbendung. hajat di hati memanglah tidak mahu makan ubat dek keadaan yang tidak mengizinkan. namun terpaksa jua demi mengurangkan rasa sakit ini. kucabut IPhone dari power plag poin demi melihat-lihat wall FB kalau ada berita terkini mengenai cabinet Negara. maklumlah sekitar jam 1.30 tengah hari, pengumuman telah dibuat oleh YAB perdana menteri di Putrajaya yang merombak sedikit perubahan. antaranya timbalan perdana menteri telah digugurkan.
berbalik kepada cerita asal, whatsapp dibuka, tertera 2 onred message dari Hanisa anak saudaraku. antara kandungannya voice message suara Danial yang melafazkan "Subahanallah" diiringi Anis. aku terkesima dan sebak beberapa ketika. berulang kali aku playback klip tersebut. rasa seronok dan rindu amat sangat aku forewardkan pula kepada husband. apa yang membuatkanku tambah terharu adalah cek telah membelikan Danial sebuah basikal baru tanpa sedikit pun memberitahuku. syukur Alhamdulillah! terima kasih cek. dapatlah Danial mengayuh basikal tersebut. rindunya ummi padamu dik. perkembangan ayah juga Alhamdulillah sudah mulai makan walau hanya sedikit.

Sunday, July 26, 2015

BERITA AYAH

Assalamualaikum. jam di handset nokia E71 menunjukkan angka 9.59 pagi, aku tersentak dari memperagakan instant shawl yang baru dibeli petang semalam. mana taknya deringan panggilan masuk dari adikku Nor mengubah rentak jiwaku. terus bertukar ke irama sendu. khabar. ya khabar itu telah meresah jiwa dan memecahkan kolam airmataku. ayah semakin lemah beritahunya. aku terus tersedu sambil tangan memegang erat handset. ayah penghidap kencing manis. berat badannya menjunam turun. selera makannya hilang sudah sebulan dua ini. ayah sering jua megalami sesak nafas sejak kebelakangan ini. aku gelisah memikirkan segala kemungkinan. setelah berbincang, kami bernekad untuk berikan yang terbaik buat ayah. segala ikhtiarkan akan diusahakan selagi ada nyawa. Ya Allah, kembalikanlah kesihatan ayah. kami belum lagi terasa puas bersamanya. aku bagaikan terasa untuk menjadi kecil semula agar ayah kembali muda dan bertenaga seperti dulu. agar ayah mampu pergi ke mana saja yang diingini.
setelah menamatkan panggilan, aku semakin tersedu di atas katil. perasaan hiba tidak mampu disorokkan. di sudut hati yang paling dalam, aku sangat tahu betapa besar pengorbanan ayah membesarkanku yang OKU ini. namun ayah tak pernah mengeluh atau mempersoalkan anugerah ilahi kepadanya. ayah telah berikan segalanya untukku. terpampang segala kenangan, kesusahan dan segala pemberian ayah selama ini untukku. aku tak kuat untuk menanggung hiba ini. hamper setengah jam barulah aku pulih semula. kusedekahkan bacaan Alfatihah dan surah Yasin agar ayah bisa melewati detik kritis. segala doa kupanjatkan pada Rabbuljalil agar dipermudahkan urusan kami untuk memulihkan ayah.

99 WAYS TO LOVE


Assalamualaikum semua. herm ....... sebenarnya banyak cara boleh dilakukan bagi menunjukkan sayangnya kita pada seseorang. tidak kiralah dalam apa jua bentuk perhubungan yang diredhai. maka, dipersilakanlah membaca post sharing saya kali ini. semoga dapat kita amalkan walau tidak kesemuanya. mengikut keserasian dan citarasa masing-masing...
 
1. Hug them.
2. Write a love note.
3. Call them at work just to say "Hi."
4. Give them a foot massage.
5. Tell them a joke.
6. Caress them with slow gentle strokes.
7. Go for a walk with them.
8. Send them a "happy gram."
9. Admit your mistakes.
10. Say: "I love you."
11. Indulge a whim.
12. Listen to them talk about an interest of theirs.
13. Be trustworthy.
14. Instead of complaining, tell them what you would prefer.
15. Look at them when you're in a discussion.
16. Send flowers.
17. Compliment something they did.
18. Offer to help.
19. Ask them to show you how to do something.
20. Call when you are going to be late..
21. Take them out to dinner.
22. Write them a poem about how special they are.
23. Cut out a cartoon they'll enjoy.
24. Ask them what they'd like sexually.
25. Go shopping together.
26. Take an afternoon drive.
27. Cuddle.
28. Put your arm around them in front of others.
29. Take them out on a surprise date.
30. Do something they want to do.
31. Listen.
32. Plan a candle light dinner.
33. Look at old photos together.
34. Serve them breakfast in bed.
35. Hold hands.
36. Share sexual fantasies.
37. Do a work project together.
38. Rub their back.
39. Take a shower together.
40. Carry their photo in your wallet.
41. Go away together for a weekend holiday.
42. Kiss them.
43. Smile more when you look at them.
44. Go for a bicycle ride together.
45. Surprise them with "special" attire.
46. Plan a picnic lunch.
47. Read something together about how to have a better relationship.
48. Repeat what they say before answering.
49. Say "Good morning" first.
50. Ask if they have a few minutes first before interrupting.
51. Send them a card.
52. Surprise them with a gift when it's a non-holiday.
53. Cook them a favorite meal.
54. Try a new restaurant.
55. Ask them how they feel.
56. Let them know when you are proud of them.
57. Ask for their opinion.
58. Turn on some romantic music.
59. Dedicate a song to them.
60. Send them a balloon bouquet.
61. Watch a sunset together.
62. Play a game together.
63. Have them teach you something they know.
64. Tell them they have the night off.
65. Go to a movie they select.
66. Ask them for a hug.
67. Wear some new cologne.
68. Discuss future plans with them.
69. Ask if you can help when they look sad.
70. Ask them about their dreams.
71. Meet them for lunch..
72. Enlarge a scenic photo of a place you've shared..
73. Give them a gift certificate for their favorite store.
74. Tell them what you like about them.
75. Buy them a new perfume.
76. Take them to a scenic spot.
77. Send them a gourmet gift basket.
78. Send them a joke card.
79. Let them know when you've thought of them during the day.
80. Buy them a toy.
81. Compliment them to their friends.
82. Bring them a thirst quenching drink.
83. Tell them when they look attractive.
84. Send them a post card.
85. Invite them to a secret rendezvous.
86. Give them a massage.
87. Take a lesson with them.
88. Look at photos together of when you met.
89. Plan a vacation with them.
90. Listen openly to their opposing opinion.
91. Buy them a new piece of jewelry.
92. Watch a TV show they like with them
93. Write them a letter.
94. Listen to music with them, such as an old favorite.
95. Whisper sweet nothings in their ear.
96. Tell them what you like that they do.
97. Give a head massage.
98. Invite them to a concert.
99. Let them know you care.

Saturday, July 25, 2015

NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI...

dah lama sebenarnya terbaca post ni di wall FB dan Whatsapp. namun ia belum sempat dikongsikan di laman beribadi ini. biarlah ramai yang sudah membaca atau telah menerima mesej sebegini. namun tak salah rasanya kalau diulang-ulang selalu. ini akan membuatkan kita tidak melupakan dan sentiasa menghargai orang-orang yang ada di sekeliling kita. seblum mulakan ekspedisi raya di Kuala Lumpur 2015. ooops terlebih sudah. sebenarnya aktiviti beraya telah pun berjalan bermula malam tadi. first destination lah katakan. ke rumah adik ipar di Persin 18, Putrajaya. terima kasih atas juadah yang disajikan. laksa penang, nasi impit dan biskut raya.
(Bacalah seketika)

 

Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu di dewan yang sudah berkeluarga dan meminta 1 orang datang ke depan. 

 

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda” 

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya. 

 

PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

 

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi. 

 

PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

 

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...” 

 

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. 

Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih. 

 

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” 

Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama orang tuanya.

 

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

 

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis. 

 

Setelah suasana tenang, 

 

PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kau tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak yang darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?" 

 

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut. 

 

Lalu lelaki itu menjawab: 

”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.” 

 

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas. Sayangilah isteri anda..

 

Tuhan 

Wanita yg membaca ini 

wanita pilihanMu 

wanita yg cantik,  

kuat & sabar... 

 

Sayangilah dia serta kasihanilah dia.

Tolong bantu tingkat kan kehidupannya, mudahkan rezekinya,  badannya, 

Jika dia melangkah mudahkan langkahnya & selamat kan dia. 

 

Kirim ke 9 wanita yg kamu sayang. Dalam waktu 9 minit kehidupan mu akan bahagia kerana 9 wanita itu juga  mendoakanmu.....

Aamin

P: TERHARU TAPI GITULAH REALITINYA

 

Mesej yg menyentuh hati dari seorang wanita....

■ Saya bekerja 24 jam sehari..

■ Sayalah ibu...

■ Sayalah isteri...

■ Sayalah anak perempuan..

■ Sayalah menantu...

■ Sayalah jam loceng..

■ Sayalah tukang masak...

■ Sayalah pembantu rumah...

■ Sayalah guru...

■ Sayalah pelayan..

■ Sayalah nenek...

■ Sayalah jururawat..

■ Sayalah jurukamera..

■ Sayalah pengawal keselamatan..

■ Sayalah kaunselor..

■ Sayalah selimut...

📝saya x ada percutian

📝saya x ada cuti sakit

📝saya x ada cuti harian

📝saya bekerja siang malam

📝saya sentiasa 'on call'

 

 

Dedikasi untuk semua wanita.

Wanita adalah karakter yg paling unik umpama garam 💋

Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia menyebabkan segalanya menjadi tawar!!
semoga segalanya bermanfaat! sekian. wassalam.

Friday, July 24, 2015

AYAH! SUAMI!MOTOR DAN KERETA

pilu menerpa ke hati tatkala saya membuka laman facebook pagi ini. sebaik saja jejariku tersentuh link berita yang memaparkan cekalnya hati seorang bapa yang tekad membawa 3 anak lelakinya yang berusia antara 3 ke 8 tahun untuk pulang beraya dari Sepang ke Pulau Pinang dengan berbekalkan Rm50 sebagai wang poket. satu-satunya ungkapan yang tercetus dari hatiku sebelum membuat posst sharing adalah segalanya harus disandarkan pada Azzawajalla kerana Dialah yang maha luas untuk menghantar pertolongan pada hambaNya yang sedang diduga ini. sungguh Engkau jualah yang bisa melembutkan hati insan untuk tampil menghulurkan bantuan. biar pun terpaksa menempuhi perjalanan hamper 16 jam yang dimulai selepas bersahur dan disudahi selepas terawih sekitar jam 10.00 malam, diri ini tidak dapat membayangkan ketabahanmu wahai ayah demi anak-anak tercinta.

segera hati saya beralih pada pengorbanan suami terhadap diri ini. memandu sendirian tanpa boleh diganti sepanjang masa oleh kerana aku adalah seorang OKU penglihatan. hanya doa yang dapat dipanjatkan agar perjalanan sentiasa dilindungi Ilahi. saban hari aku kini menempuhi perjalanan dengan menunggang motosikal berulang-alik dari Bandar Baru Bangi ke Shah Alam dan suami akan meneruskan perjalanannya ke Petalingjaya demi segenggam rezeki yang telah disuratkan untuk kami sekeluarga. dahulu, sebelum kami punya punya kereta, antara perjalanan jauh yang pernah aku tempuhi dengan menunggang motorsikal adalah Kuala Lumpur Port Dickson, Kuala Lumpur Jengka dan Kuala Lumpur Taiping. jadi segala liku perjalanan telah aku mahir. kepenatan, kepanasan dan rasa mengantuk tetap menghantui sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah setelah kudisahkan mengandung cahaya mata pertama, kereta pertama juga telah kami dapatkan. first trip pada ketika itu ialah ke Lumut kerana aku teringin sangat (mengidamlah katakan) untuk makan ikan bilis kering dan minum air kelapa fresh. sungguh ianya berbaloi. setelah hamper 4 tahun Proton Iswara silver menabur bakti tak pernah jemu, akhirnya kami terpaksa berpisah dek kerana keuzuranmu. kini kami kembara bersama kereta kedua, Produa Viva putih yang lebih kecil dan comel. semoga kebahagiaanmu tetap milik kami. nanti akan kuselit kisah sukaduka bersama keduanya. tata titi tutu.

PETUA MUDAH UNTUK SERONOK BEKERJA DAN BAHAGIA RUMAH-TANGGA

Salam Jumaat buat seluruh umat islam di seantero alam ini. pagi ni saya sangat berminat dengan satu tips untuk mencapai keseronokkan dalam bekerja dan seterusnya memacu rumah-tangga yang bahagia. memandangkan saya sendiri masih lagi baru dalam dunia pekerjaan, meski telah lapuk diijazahkan, saya secara langsungnya perlu mempertingkatkan diri dari masa ke masa. semoga tips yang ingin saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat merubah diri ini ke arah yang lebih baik dan dapat mendatangkan manfaat pada para penggemar blog sekalian hendaknya. s"sharing is Caring"

Semalam saya menerima satu soalan. Bunyinya mudah, tapi saya mengambil masa lebih 30 minit untuk memberi jawapan yang panjang lebar kepada yang bertanya.

 

Sebab sebenarnya di sebalik soalan yang nampak mudah itu ada satu rahsia yang ramai orang terlepas pandang. Petua mudah bagaimana seseorang boleh bekerja dengan hati yang sentiasa gembira. Di tempat kerja tiada masalah, mudah naik pangkat, mudah dapat peluang dan rezeki. Rumahtangga bahagia. Hati sentiasa lapang. Kali ini saya ingin kongsikannya di sini.

 

Ceritanya macam ni: 

 

Semalam petang, pukul 4 pintu office saya diketuk. 'Siapa pula yang datang?' saya pelik. Sekarang ni agak jarang pintu office diketuk sebab anak-anak didik sedang bercuti semester. Staf pun ramai takde dan fakulti lengang sebab ramai yang masih bercuti.

 

Tiba-tiba tercegat seorang anak didik. Beliau adalah pelajar tahun 3 (masuk tahun 4). Sedang buat latihan industri (praktikal) di sebuah syarikat di kawasan berdekatan.

 

"Hari ni saya cuti lagi, Dr. Saya balik awal dari Kedah sebab nak tanya Dr satu soalan" katanya dengan muka sengeh-sengeh dengan loghat Kedahnya yang agak pekat.

 

'Hamboi, hari cuti datang jauh-jauh nak tanya soalan. Soalan apa yang penting sangat ni?' tertanya-tanya pula saya dalam hati. Yelah, bunyi macam soalan antara hidup dan mati.

 

Bila saya minta beliau bercerita, memang saya terkejut. Sebab rupanya masalahnya mudah saja: 

 

Di tempat beliau membuat praktikal, beliau sepatutnya habis waktu bekerja pada pukul 5:30 petang. Tapi semua orang di syarikat itu habis kerja dan pulang pada pukul 6 petang.

 

"Surat tawaran saya kata habis kerja pukul 5:30 petang, Dr. Saya fikir saya nak cakap kat supervisor saya. Dr rasa ok tak?"

 

Itulah soalannya. Simple je kan? Tersenyum saya, buat suspen orang je hehe.

 

Saya tanya dia semula: "Awak nak dengar jawapan ikhlas dari saya?" 

 

"Sebab tu saya datang, Dr" katanya sambil mengangguk penuh yakin. 

 

Saya tanya sebab sebenarnya saya boleh bagi jawapan mudah, yang boleh ambil masa tak sampai seminit. Saya boleh kata "awak cakap je, yang penting cakap elok-elok". Atau saya boleh jawab simple "takpe, 30 minit kan tak lama". 

 

Tapi bila saya dengar soalan ni, tiba-tiba saya teringat satu fasa dalam hidup saya yang waktu itu penuh dengan tekanan perasaan yang sebenarnya datang dari kesilapan saya sendiri. Sebab tu saya mesti share dengan anak didik saya ni supaya dia tidak melakukan kesilapan yang sama.

 

Waktu itu adalah tahun-tahun awal saya berkahwin. Tiba-tiba saya kena buat perkara-perkara yang saya yakin dan pasti ia bukan tanggungjawab seorang isteri pun. Contohnya bila suami minta saya bayar bil. Muka dah berkerut, muncung sedepa. 

 

Dalam hati rasa geram 'ni tanggungjawab siapa?'. Bila saya kena bangun pukul 3 pagi untuk masak megi pun saya merungut. Kononnya badan dah letih setelah seharian bekerja.

 

Agak lama saya hidup dengan mempersoalkan tentang hak dan tanggungjawab. Sampailah satu masa kami duduk di New Zealand ketika saya menyambung pelajaran. 

 

Masa tu, suami saya terpaksa bekerja sebagai cleaner di sebuah universiti dan sekolah. Bangun pagi-pagi, pukul 3 dah mula bekerja. Balik pukul 7 pagi, lelap sekejap kemudian keluar bekerja petangnya pula. Allahuakbar, sampai susut badan suami. 

 

Tapi yang menyentuh hati saya beliau balik rumah tak pernah complain. Walaupun kepenatan, mukanya ceria menikmati apa yang saya masak seadanya dengan sangat berselera seolah-oleh itulah masakan yang paling sedap. 

 

Buat saya terfikir..suami seorang yang berpelajaran, tapi sanggup bersusah payah kerja macam tu semata-mata menemani saya sambung belajar. Semata-mata nak support cita-cita saya. 

 

Allahuakbar, apalah sangat saya kena bayar bil yang cuma beberapa ratus. Tak keluar peluh pun.

 

Dari situ saya belajar, yang bila saya berkira soal hak dan tanggungjawab sebenarnya saya hanya menekan diri sendiri. Sedangkan bahagia bukan pada apa yang kita dapat atau terima tapi apa yang kita sumbangkan kepada orang lain.

 

Sebab tu bila saya dah lulus Ph.D, untuk pengetahuan saya tak pergi pun majlis konvo di sana walaupun saya sedar memang payah nak dapatkan sijil tu. Untuk pergi sekeluarga memerlukan kos yang tinggi hanya semata-mata untuk bergambar dengan jubah dan topi. 

 

Nak pergi seorang diri, Allah..lagi saya tak mahu. Saya tak boleh bayangkan macamana saya nak naik pentas dan tersenyum mengambil gambar. Sedangkan kejayaan tersebut adalah dengan pengorbanan seorang insan yang sanggup bersusah-payah kerana menyokong saya, mana mungkin saya raikannya tanpa beliau di sisi. 

 

Orang yang mengajar saya bahawa kita bahagia dan mudah berjaya apabila tidak berkira. 

 

Hidup jangan berkira. Memang agama ada menggariskan hak dan tanggungjawab suami dan isteri masing-masing, tapi selagi kita bertelagah soal itu selagi itu kita menekan diri sendiri dan hidup tidak bahagia.

 

Samalah soalnya dengan kerjaya. 

 

Saya tanya anak didik saya: "Sebagai seorang pelajar, mana yang awak suka?:"

 

"Seorang pensyarah yang masuk kelas, bagi kuliah dan kemudian keluar kuliah. Tak kisah separuh dari kelas tak datang. Tak kisah ada pelajar yang tidur. Tak kisah bila pelajar sibuk dengan smartphone. Tak kisah pelajar faham ke tak, yang penting dia habiskan silibus"

 

"atau pensyarah yang akan tanya part mana yang student tak faham, explain balik dengan cara yang mudah supaya student akan lebih faham. Yang akan cuba ingatkan nama setiap orang walaupun dalam kelas ada lebih dari 60 orang pelajar supaya kalau mana-mana pelajar terlelap dia boleh panggil nama sampai tak jadi pelajar tu nak tidur. Yang akan buat kelas tutorial walaupun takde dalam surat tugasan pengajarannya. Yang akan tanya kenapa student A tak datang kelas. Kenapa student B fail dalam ujian"

 

Anda pun tahu apa jawapan beliau. 

 

Saya tanya lagi, "kalau awak bos, awak nak naikkan pangkat pekerja yang macamana?:"

 

"Yang pandai buat kerja tapi kerja betul ikut apa yang dibayar oleh gajinya. Maksudnya, kalau gaji RM 2500, kualiti kerja yang diberikan pun selevel dengan RM 2500"

 

"Atau pekerja yang rajin buat kerja lebih seolah-olah itu syarikat dia sendiri. Yang kualiti kerja macamlah dia dibayar RM 10,000 sebulan walaupun sebenarnya gajinya hanya RM 2500"

 

"Mana satu yang awak rasa boss lagi suka nak naikkan pangkat?"

 

Anda pun boleh agak jawapan beliau.

 

Saya kata lagi "Sebenarnya bila tadi awak macam nak berkira soal masa, soal kerja lebih..saya cakap ni bukan saya nak condemn awak. Saya tahu awak tak tahu benda ni sebab memang ramai orang tak sedar hal ni. Termasuk saya sendiri masa muda-muda macam awak. Hidup berkira. 

 

Not willing to do more, to give more.

 

Tapi kalau awak faham apa yang saya cakap ni dan amalkan dari sekarang, inilah yang akan menyebabkan awak bekerja nanti dengan hati gembira sebab tidak berkira. Bab rezeki jangan risau. Bila kita buat lebih, orang sendiri akan nampak. 

 

Kalau orang lain pun nampak, apatah lagi Allah yang Maha Melihat. Dia boleh bagi rezeki any time.

 

Kalau awak dah kahwin, pasangan awak pun akan hargai awak selaku teman hidupnya bila awak tak berkira soal hak dan tanggungjawab. Nanti dia sendiri pun tidak berkira. Bila masing-masing do more and give more and complaint less, insha Allah bahagia hidup bersama."

 

Saya harap kunjungan beliau jauh-jauh dari Kedah semalam tidak sia-sia. Saya doakan semoga beliau berjaya dalam kerjaya dan bahagia dalam rumahtangganya nanti.

 

Semoga juga ada manfaat dari perkongsian kecil ini buat anda yang sudi membaca.

 

Lets live "willing to do more, give more. and complain less" Satu petua mudah untuk bekerja dengan gembira dan rumahtangga bahagia.

 

FB: Dr Siti Ujila Official

23 Julai 2015.

Wednesday, July 22, 2015

Kisah Benar:: "Malaysian Tribune" Hinanya Kami Mak Bapa Dia .... Mereka Tidur Hotel


Sama-samalah kita ambil pengajaran dan saling mengingati.
Tulisan ini dikongsikan oleh Tuan Abd Ghani Haron yang menceritakan perbualannya dengan seorang ibu mengenai sikap anaknya ketika balik beraya di kampung. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua. Baca lagi:

  

 

 

 

 

TAK SANGGUP TIDUR DI RUMAH EMAK

 

Seorang wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya dan hal anak tunggalnya. Air mukanya berubah. 

 

Katanya, "Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan jem."

 

"Takpalah, asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana, di Kg Tongplu, dekat Pedu. Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu saya bertanya mak dia, kita nak tidor di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya."

 

Sampai disini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan hujung telekong yg masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.

 

"Hinanya kami mak bapa dia. Bapa yg membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain sentung, menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami."

 

"Saya tahu, depa jijik tegok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik tidur yang panas bertilam kabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidok rumah ibubapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat dirumah tu, kerana dia anak tunggal. Tergamak dia." Kesedihannya makin berlarutan.

 

Wahai anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu, bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka. Jika biasa dengan kemewahan dirumah sendiri, jangan mengharap yang sama dirumah ayah bonda. Kita dibesar dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak selesa dirumah ibubapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa, kenapa tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita. 

 

Ingat kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita kerana mereka yang melabur harta dan tenaga utk mencipta kejayaan kita, tetapi hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup dirumah tuanya. Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini, tidur dihotel kerana tak sanggup tidur dirumah ayah yang penuh geli geleman pada kita.

 

Jika anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik dengan apa yg orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.

 

Betapa ibu ayah mengharap anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama, berkongsi bilik air dan bilik tidur dsbnya. Jika terasa payah pun, biarlah demi menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini. Mungkin emak ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saydara mara, mungkin mereka sedikit ingin berbangga dgn kejayaan anak, bawalah bertandang, bershopping. 

 

Sesungguhnya Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim, menggembirakan ayah ibu. Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi gurisan tajam ke hati ibu ayah yg akan memahat dosa yang besar.

 

Tidak salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai, mohon izin dengan baik pada ibu ayah. Mereka tentu memahami. Menipu itu ibarat bangkai, yang amat mudah tercuim busuknya, apa lagi bila Allah hendak membukanya. Bertindaklah dg rasional, ibu ayah itu keutamaan. Ingat suatu hari nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.

 

Tuesday, July 21, 2015

Tazkirah: Ingati Allah Selalu


 
"Ouch!"
 
Kakiku terpijak kaca. 
 
Perlahan-lahan cuba buang serpihan kaca di tapak kaki. 
Kecil saja. Tapi berdarah juga.
 
Aku terhincut-hincut ke ruang tamu.
  
"Kau okay ke?" Kawan tanya. Ambil berat betul.
 
"Entah. Kaca tu tak belajar sekolah agama kot. Duk tengah-tengah jalan sampai dipijak aku yang sangat hensem ini."
 
Aku menjawab malas sambil mengambil tempat duduk di sebelahnya.
 
"Aku teringat satu kisah benar yang diceritakan padaku oleh pelajar USIM. Dia ceritakan mengenai kawannya yang satu universiti dengannya.
 
Kau nak dengar?"
 
Aku mengangguk sambil membulatkan mata macam Heliza Helmi.
 
"Suatu hari, pelajar perempuan ni memandu keretanya merentasi lebuhraya. Siang hari.
 
Entah macam mana, tengah-tengah drive tu tiba-tiba berlaku sesuatu. Hilang kawalan.
 
Kemalangan. Keretanya berpusing-pusing terbalik atas jalan. Remuk hancur keretanya.
 
Kenderaan-kenderaan lain memberhentikan kereta. Dari luaran, memang dah tak ada harapan dengan keadaan kereta yang sebegitu dahsyat. Sangka orang ramai yang lalu-lalang di situ, pemandu pasti dah meninggal dunia tersepit.
 
Tiba-tiba, kelihatan seorang gadis keluar dari kereta. Terhuyung-hayang. Masya-Allah, tiada sebarang kecederaan langsung! 
 
Kereta barai, tuan tidak apa-apa. Lantas kawannya yang lalu di tempat kejadian memberhentikan kereta dan menolong beliau."
 
Kawanku mengusap-usap janggut helai jagungnya berkali-kali sambil menyambung,
 
"Dalam perjalanan, kawannya bertanya si gadis sebenarnya apa yang terjadi. Si gadis tu pun blur. Ingat-ingat lupa. Semua berlaku sekelip mata. Si gadis adalah seorang hafizah yang hafal 30 juz al-Quran. 
 
Pada pagi kejadian, dia kata dia terlewat bangun untuk solat Subuh. Tapi, dia qadha (ganti) solat tu walaupun terbangun agak lewat.
 
Mungkin kerana terlewat itulah, Allah uji dengan kejadian sebegini. Menurutnya, ini bukan kali pertama berlaku kejadian-kejadian sedemikian. Bila dia buat sedikit kesilapan, Allah terus berikan musibah dan ujian sebagai kaffarah dosa.
 
Bila Allah sayang seseorang ha
mba-Nya, Dia akan jaga orang itu, Dia akan duga, Dia akan cuba sisihkan dosa-dosa hamba-Nya itu sehinggalah hamba itu bersih dari dosa. Sebab apa?
 
Sebab Allah nak masukkan dia dalam Syurga juga macam mana pun." ..        
 
Aku bersila berlaga lutut dengan lutut kawanku. Tatap muka kawanku penuh perhatian dengar cerita.
 
"Pengajaran dari cerita ini. Kau terpijak kaca, pasti sebab Allah suruh kau ingat kembali pada Dia. 
 
Pasti ada saat kau terlupakan Dia.
 
Sekarang, setelah dengar cerita aku, kau mulai ingat tak pada-Nya?"
 
Aku tunduk tengok kain pelekat kawanku.
 
"Aku solat Asar pukul 6.59 petang tadi. Aku sengaja lewatkan sebab aku nak tengok facebook aku. Aku suka tengok orang likes."
 
Kawanku menepuk-nepuk bahuku.
 
"Jangan ulang lagi. Jangan sampai Allah enggan beri hidayah lagi. Bila Allah tak nak peduli kau lagi, hati yang gelap tu takkan mampu bercahaya lagi. Itulah ibu segala bala. Bila di dunia Allah tak simpati, di akhirat Allah pandang muka kau pun tak sudi. Apatah lagi Syurga nak Dia beri." ..
 
Aku tunduk mengalah.
 
Malu semalu. Malunya ..
   [moga dapat forward & peroleh manfaat yg berterusan]
-copi pesh ja -