Sama-samalah kita ambil pengajaran dan saling mengingati.
Tulisan
ini dikongsikan oleh Tuan Abd Ghani Haron yang menceritakan perbualannya dengan
seorang ibu mengenai sikap anaknya ketika balik beraya di kampung. Semoga kisah
ini menjadi pengajaran buat semua. Baca lagi:
TAK
SANGGUP TIDUR DI RUMAH EMAK
Seorang
wanita yang lebih tua dari saya yang berjemaah solat, berbual lepas solat
ketika saya berada di motor untuk balik. Saya bertanya tentang sambutan raya
dan hal anak tunggalnya. Air mukanya berubah.
Katanya,
"Dia sampai balik pagi raya dengan anak bini. Katanya tak cuti dan jalan
jem."
"Takpalah,
asal dia balik. Petang raya, dia kata nak pi rumah mentua dan tidok di sana, di
Kg Tongplu, dekat Pedu. Saya tak kata apa. Tapi masa depa nak naik kereta, cucu
saya bertanya mak dia, kita nak tidor di hotel semalam ka? Mak dan bapa dia
diam tetapi saya sempat melihat menantu saya membeliak mata pada anaknya."
Sampai
disini dia berhenti bercakap. Dia tunduk dan mula mengesat air mata dengan
hujung telekong yg masih dipakai. Saya faham anaknya sebenarnya bermalam di
hotel dan pagi itu baru balik ke rumah orang tuanya. Kes pecah tembelang.
"Hinanya
kami mak bapa dia. Bapa yg membesaqkan dia, yang mendodoikan dia dalam kain
sentung, menepuk hingga lena dlm kelambu takut digigit nyamuk. Hinanya emak dia
yang dia gonggong susunya hingga bertahun, disuap nasi hingga membesaq, hinakah
kami yang beri dia sekolah dengan titik peluh kami."
"Saya
tahu, depa jijik tegok dapor saya, jijik bilik ayaq dan jambannya, jijik bilik
tidur yang panas bertilam kabu. Tapi depa tak sedaq mereka membesaq dengan
keadaan itu, tapi hari ini depa pandang jijik. Itu sebab depa tak mau tidok
rumah ibubapa sendiri, mereka tidok hotel. Bukan tak ada tempat dirumah tu,
kerana dia anak tunggal. Tergamak dia." Kesedihannya makin berlarutan.
Wahai
anak, bukanlah perkataan dari lidahmu sahaja boleh melukakan hati ayah bondamu,
bukanlah tingkah lakumu sahaja boleh mengguris hati emak ayahmu, tetapi
tindakanmu juga boleh merobek hati kecil mereka. Jika biasa dengan kemewahan
dirumah sendiri, jangan mengharap yang sama dirumah ayah bonda. Kita dibesar
dengan kepayahan ayah bonda, sesekali laluilah kembali. Jika kita rasa tidak
selesa dirumah ibubapa, kenapa kita biar mereka hidup tidak selesa, kenapa
tidak diupgrade rumah ibu bapa seperti rumah kita.
Ingat
kekayaan yang kita miliki sebenarnya berpunca dari pengorbanan ayah ibu yang
menyekolahkan kita. Maka sepatutnya mereka hidup lebih selesa dari diri kita
kerana mereka yang melabur harta dan tenaga utk mencipta kejayaan kita, tetapi
hasilnya kita kaut semuanya, meninggalkan ayah ibu dengan hidup dirumah tuanya.
Apa juga perkara yang kita rasa jijik pada kehidupan ibu ayah kita, sepatutnya
dibeban kepada diri kita, bukan melarikan diri dari keadaan itu. Dalam kes ini,
tidur dihotel kerana tak sanggup tidur dirumah ayah yang penuh geli geleman
pada kita.
Jika
anak anak tidak dididik untuk merasa kepayahan orang lain, suatu hari mereka
tidak akan mampu hidup bila ditimpa kepayahan. Jika anak dididik merasa jijik
dengan apa yg orang lain lalui, apa lagi keturunannya, suatu hari nanti, mereka
akan memandang jijik kepada seluruh mereka yang miskin.
Betapa
ibu ayah mengharap anak yang pulang sesekali, menghidupkan kembali suasana
rumah yang sunyi setelah anak berkeluarga. Tidurlah semalam dua, makan bersama,
berkongsi bilik air dan bilik tidur dsbnya. Jika terasa payah pun, biarlah demi
menjaga hati emak ayah, janganlah merungut tidak sempurna itu ini. Mungkin emak
ayah teringin naik kereta baru kita, bawalah mengunjung saydara mara, mungkin
mereka sedikit ingin berbangga dgn kejayaan anak, bawalah bertandang,
bershopping.
Sesungguhnya
Allah memberi ganjaran yang baik kerana berkunjung mengerat silaturrahim,
menggembirakan ayah ibu. Jangan jadikan kunjungan beraya ke kampung menjadi
gurisan tajam ke hati ibu ayah yg akan memahat dosa yang besar.
Tidak
salah tidur di hotel atau homestay jika keadaan rumah tidak muat kerana ramai,
mohon izin dengan baik pada ibu ayah. Mereka tentu memahami. Menipu itu ibarat
bangkai, yang amat mudah tercuim busuknya, apa lagi bila Allah hendak
membukanya. Bertindaklah dg rasional, ibu ayah itu keutamaan. Ingat suatu hari
nanti kita juga akan berada di situasi ibu ayah kita.
No comments:
Post a Comment