Saturday, December 19, 2015

SAMBUTAN HARI OKU DI ONE CITY HOTEL USJ

assalamualaikum warkah kenanganku. kali ni saya cuba update blog di rumah pula. sebelum ni hanya menggunakan IPhone dan PC di pejabat aje. tapi memandangkan susah sangat nak perbetulkan masa dan tarikh terpaksalah diabaikan. sambutan hari OKU peringkat negeri Selangor telah diadakan pada 17 Disember 2015 (khamis) dengan jayanya. majority jemputan hadir memeriahkan majlis. terima kasih pada semua. pertama kali saya menyambut hari OKU bergelar pennjawat awam lebih-lebih lagi sebagai kakitangan JKM. baru kini nikmatnya terasa. saya turut terbabit melibatkan diri walau tidak begitu ketara. apa yang mereka percaya untuk saya lakukan telah saya pikul. diri ini mohon maaf di atas segala kekurangan. saya tak punya bakat seperti teman-teman senasib yang lain. ada di antara kami yang mampu mengalunkan ayat suci Alquran Al-karim dengan begitu merdu sekali. ada yang berkeupayaan menjadi pengacara majlis dan tak kurang juga yang boleh mengadakan persembahan nyanyian. diri ini sememang terlalu kekurangan. tiada apa yang dapat dipertonton sebagai kenangan manis buat mereka. walau hati ini terlalu ingin mencuba, namun apa daya saya tidak dikurniakan suara merdu dan bakat yang besar. tahniah rakan-rakan itu rezeki kamu semua. saya hanya menumpang sekelumit bangga. pada 2 hari sebelumnya telah diadakan konvensyen OKU ke arah memberdayakan OKU Selangor. dengan adanya cadangan resolusi meliputi 4 aspek dapat meletakkan OKU ke landasan sepatutnya. antara bidang yang menjadi keutamaan ialah pendidikan, kesihatan, aksesibiliti dan peluang pekerjaan. tahniah kepada semua penalis. anda telah membantu menyuarakan sekalian banyak harapan OKU yang masih tidak dipenuhi. terimbau kta-kata tuan pengarah, "nothing about us with out us". terima kasih sekali lagi pada kerajaan negeri Selangor kerana telah mencelikkan minda untuk merealisasikan harapan OKU yang telah sekian lama terpinggir dan dinafikan. mohon semua pihak berlapang dada dan gerakkan usaha untuk memberi sinar kepada kami yang didiskriminasi ini. meskipun saya telah bergelar sebagai penjawat awam, namun hati ini tetap perku kental melalui segala liku dan enak. ingatlah Manja ini jalan yang telah kau pilih. jalanilah mengikut acuanmu sendiri. jangan dibandingkan dengan keistimewaan rakan-rakanmu yang lain itu. ingatlah segala rentetan duka yang telah kau kelek sejak keluar dari Rahim bonda. binalah kekentalan di sebalik kelemahan yang dimiliki. syukur kupanjatkan kerana diberi ruang bernafas di muka bumiMu ini. sekianlah dulu

Monday, December 14, 2015

PROGRAM TAUTAN KASIH PPR

assalamualaikum. setelah 4 hari bercuti, dah rasa macam malas pula nak masuk kerja he. terima kasih kat Selangor sebab tambah 1 hari lagi. tahniah kerana telah Berjaya melaksanakan misi 33. tahniah juga kepada pasukkan Kedah meskipun menguasai permainan namun luck tidak menyebelahi. beginilah adat dalam permainan. hari khamis lepas 10.12.2015, saya telah menyertai 1 program anjuran PK di Homestay Hj Durani Sabak Bernam. terdapat pelbagai aktiviti sukaneka yang telah diadakan. antaranya ialah memukul tebuan dengan bertutup mata, boling kelapa dan anyaman trompet dari daun kelapa. lucky draw turut juga diadakan. pada waktu tengah hari kami telah dihidangkan dengan hidangan BBQ. sungguh menyelerakan kerana menikmati santapan dalam suasana kampong yang damai. on the way, kami sempat lagi singgah makan cendol bakar di Kuala Selangor. hebat sungguh gerai ni siap dilengkapi drive true lagi. hamper 6.30 petang, barulah kami tiba di office dalam hujan renyai.

Sunday, December 6, 2015

JALAN-JALAN HUJUNG MINGGU

salam berhujung minggu buat semua. kali ni saya nak cerita tentang aktiviti kami di sepanjang hari ahad tadi. tapi first of all nak ucap tahniah kepada Cliph Buskers kerana layak ke final AJL dengan lagu Hanya Namamu walau pun berlaku sedikit kesilapan teknikal. tapi apa yang penting arrangement dan lirik yang menjadi tunggak puitis lagu tersebut. bagi saya sememangnya membawa mesej yang cukup terkesan di hati. cuma cara bawaan Caliph Buskers yang mengekalkan originality menjadi punca kepada kekurangan itu. syabas dan tahniah sekali lagi. Kedah dan Selangor pula akan berentap di perlawanan akhir Piala Malaysia pada 12.12.2015. dapatkah Selangor mencapai misi ke 33 setelah 10 tahun kemaraukan piala ulung itu. sama-samalah kita tunggu. kenalah lock jadual malam sabtu akan datang ni ya. sempena birthday boy abah telah bersetuju membawa kami berjalan menaiki bas 2 tingkat milik RAPID. walaupun bas ini dah hamper 3 bulan beroperasi di atas jalanraya inilah kesempatan pertama yang kami dapat. setelah makan tengah hari kami bergegas ke hentian terakhir bas tersebut di seksyen 2. menunggu hamper 40 minit tidak mematahkan semangat kami untuk merasai bas berkenaan. ok, kami memilih untuk duduk di tingkat atas kerana anak-anak nak melihat pemandangan dari ketinggian. bas 2 tingkat ini boleh memuatkan 108 penumpang pada satu perjalanan. 48 adalah tempat duduk yang disediakan di bahagian atas. tak sampai setengah jam kami dah pun tiba di hadapan Nucentral. penat berpusing di nucentral kami ke MCD kerana anak-anak nak makan aiskrim sunday. namun kami hampa di perjalanan pulang kerana tidak dapat naik bas 2 tingkat 2 lagi. 2 jam menunggu dan hujan yang semakin ingin menyimbah bumi kami pulang dengan bas biasa saja. kala waktu sampai di rumah pun hujan masih lagi lebat. thanks pada abang kerana temani ayang dan anak-anak berhujung minggu.

Thursday, December 3, 2015

RISAU RISAU DAN RISAU

salam semua. sedar tak sedar hari ni kita dah pun melangkah ke hari pertama dalam bulan terakhir bagi tahun 2015 kan. tidak lama lagi jika masih diberi peluang dan kesempatan, akan dapatlah merasai Januari 3016. hopefully macam tu lah kan. sebenarnya inilah perjalanan yang Manja impikan. suka tak suka perlu ingatkan diri sendiri agar bersabar menempuhi setiap dugaan yang mendatang. bergelar sebagai ibu, OKU dan pekerja banyak ranjau dan onak yang menanti. kebahagiaan itu akan diiringi airmata sepanjang masa. Manja kini sudah 5 bulan menjalani rutin kerja baharu. tapi sebenarnya masa yang begitu lama masih belum menjadikan saya berkeyakinan. di sekeliling diri terdampar kesulitan dan duri. kadang-kadang Manja tidak cukup kuat mengharunginya. hanya Allah tempatku mengadu, manusia itu belum lah tentu. tiada lagi yang simpati dan penuh pengertian. sudah nasib Manja begini. saat di universiti lagi ku sudah ingin putus-asa. getir yang dilalui hanya bersendirian. tempoh 3 tahun itu terasa cukup lama. tidak dinafi ada yang indah. tetapi ia diselangi pahit dan perit. berkelana dengan 500 orang pelajar menjadikanku insan tabah. kini berjuang pula di medan pekerjaan setelah 9 tahun menanggung harapan. perjuangan belum berakhir, bahkan ini 1 permulaan. penghambaan demi sebuah cita-cita. perlu duduki exam. perlu memantapkan diri dengan kursus dan pengetahuan. perlu melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar menjadikankurebah di pasiran. menangis semahu-mahunya menyerah diri. ya Allah peliharalah rezeki ini bila ia telah ditakdirkan untukku. aku manusia ciptaanmu yang lemah telah lelah dengan kerendahan hati manusia lain. kurniakanlah mereka hidayah ya Rabbi pemilik araj yang agung. jiwa ini rasa sakit dan semakin sakit kini. hadirkan insan-insan yang berlemah-lembut denganku. kusedar aku yang kurang dan kamu yang sempurna.

Monday, November 30, 2015

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT NEGERI DI SACC

salam hari isnin buat pembaca yang budiman. ini antara rentak kerjaya yang ingin saya kisahkan. diharapkan tidak jemu menatap diari kehidupan insan buta ini. pada 28 November 2015 lepas telah diadakan sambutan hari kanak-kanak sedunia dengan tema 'keep safety aware alert' bagi menghargai sumbangan kanak-kanak dan mengiktiraf golongan ini sebagai sebahagian dari masyarakat yang juga asset Negara. pelbagai aktiviti sampingan diadakan selain dari penglibatan JKM selaku urusetia perasmian. antara yang menarik perhatian saya pada hari itu ialah kelembutan dan kehalusan nyanyian koier oleh kanak-kanak TADIKA Pintar Soleh yang telah mendendangkan lagu "Tanya sama pokok". masing-masing telah mengenakan costume yang cukup kreatif dan indah. lain-lain persembahan termasuklah bacaan puisi, dikir barat arab, tarian arab, penyampaian qasidah, pidato dan sebagainya. seiring dengan sambutan turut diadakan MICF iaitu 'malaysian Islamic Education Children Fare'. kemuncak perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan iaitu Puan Dr Daroya Alwi. dalam gimik perasmian tersebutlah 2 permata hati telah melibatkan diri. mereka dipakaikan pakaian seragam bomba bagi mencapai matlamat tema. tahniah wahai anak ummi dan abah. doa ummi dan abah mengirimu selalu. amin! terima kasih kepada pihak-pihak yang telah memberi peluang.

Sunday, November 29, 2015

BORONG JUBAH

salam berhujung minggu buat semua. pagi tadi on the way ke Selayang ikut jalan belakang, hati ini teringin nak melaram jubbah baru pula. maklumlah bukan senang nak bershoping dengan komitmen yang semakin bertambah sekarang ni. Dia berikan nikmat di samping ujian yang perlu ditempuhi agar tidak lupa padaNya. selepas menikmati sarapan di food cort seksyen 16 hati ni dah berbunga-bunga bagaikan taman nirwana. tak sabar nak tengok ada ke koleksi yang tepat dengan saiz body saya ni. kalau ada boleh beli beberapa helai. hmm kalau tidak putih mata aje lah jawabnya. sesampainya di kedai tersebut terus je tuju ke tempat yang berkenaan tanpa buang masa. lepas 1 paten dibelek, belek pula lagi 1 paten. setelah membuat kiraan dan pemilihan dapatlah saya menyhambar 4 helai jubbah untuk kegunaan kerja sebenarnya. 2 jubbah kembang berwarna pink dan ungu serta 2 jubbah biasa berwarna biru kelabu dan merah meron. memang habislah duit gaji bulan ni. tapi apakan daya, saya memang sedang kekurangan baju untuk dipakai pada hari bekerja. kan dah tukar profesyen, maka gaya pun kenalah sedikit berubah. jangan risau ya abang, fesyen dan pakaian bukan satu keutamaan pada saya sekarang ni. hanya akan membeli apabila benar-benar perlu sahaja. hati ni rasa insaf sedikit apabila mengemas rumah dan melihat barang-barang yang entah bila akan digunakan. terasa membazir pula dah. semoga selepas ini saya semakin menjadi lebih berhemah berhunung dengan citarasa dan motif pembelian. jangan mudah terpengaruh ya manjalara! berhentilah melakukan sesuatu yang tidak matang. entah bila akan ditukar penggunaan beg tangan yang pelbagai gaya dan Tupperware pelbagai koleksi tu. semuanya perlu dsimpan dan disusun rapi agar tidak rosak begitu sahaja. oh ya, terima kasih kat hubby yang sudi singgah kat kedai jubbah tu ya. next time kalau ada rezeki lebih temankan ayang shoping lagi tau. bukan apa! baju kerja yang ada dalam almari tidak sampai pun 20 pasang untuk digilir saban minggu. dah pupuk dalam hati ini bukan pembaziran tapi keperluan hehehe.

Tuesday, November 24, 2015

INTAI-INTAI PERABOT

assalamualaikum pembaca sekalian. sajalah kan nak sharing tentang perabot ni. mungkin ada di antara kalian sedang usya-usya perabot baru kan. begitu juga dengan saya. rumah tu perlu diisi dengan sofa, tilam dan meja makan 6 tempat duduk. meja makan yang digunakan sekarang hanyalah meja makan plastic seperti yang selalu digunakan di kedai-kedai makan. kasihan pada anak, mana taknya setiap kali makan, dia orang perlu makan di bawah. kadang-kadang hati ni dihantui rasa sedih bila mana kami tak dapat makan bersama. nak diceritakan setelah berpindah ke rumah baru, maka besarlah hajat untuk memiliki barang-barang tersebut. pusing punya pusig kat Shah Alam semenjak 2 minggu ni, akhirnya ketemulah kami dengan 1 kedai yang terletak di Padang Jawa ni. kedai tu terletak di Alam Avenue. bersebelahan kedai tu pula terdapat kedai bermula dari RM2.12 tau. confirm korang akan tertarik untuk mendapatkan perabot di kedai ni dengan barjedt kecil yang ada. ingat membeli tu jangan sampai membazir tau. apa yang boleh saya kata, kualiti barang di kedai perabot ni sangat menarik perhatian saya dan suami yang berpendapatan rendah ni. harga yang diberikan adalah harga mampu milik bagi kami yang kurang barjedt. siap boleh nego lagi tu! sebelum ni kami ada usya juga shop lot di seksyen 9 dan 13. tapi harganya sangat tinggi. mujurlah tak sempat ke court mammoth di seksyen 26 tu lagi. takut pula terjebak dengan fleksi kredit. tambahan di kedai ni siap berikan barangan percuma dan free of delivery lagi. Alhamdulillah segala rezeki dating dari Allah. tak mudah untuk saya dapatkan sesuatu menjadikan kami sekeluarga lebih menghargai. kebahagian itu anugerah dari jerih kepayahan. biar diuji hati ini akan bergantung kukuh pada tali Allah. Insyaallah!

100 ++

assalamualaikum semua. zaman kanak-kanak merupakan suatu zamanyang cukup indah untuk dikenang. buat selam-lamanya ia takkan terulang lagi. bukan sahaja pada ketika itu usia kita yang masih lagi muda, namun kerana alam itu sendiri menjanjikan keceriaan yang berganda. apabila kita menginjak ke usia remaja sedikit demi sedikit tangungjawab perlu dipikul oleh kita. selaras dengan kematangan umur, anjakan fikiran juga perlu seiring. teringin sangat nak sharing dengan semua antara yang menjadi kesukaan saya pada waktu kanak-kanak. walaupun tiada penglihatan sempurna, segala aktiviti cuba dilakukan mengikut kesesuaian. BERIKUT INI 100++ AKTIVITI BUDAK BIJAK ZAMAN DAHULU YANG BAHAGIA DALAM HIDUP YANG BUDAK ZAMAN INI TAK DAPAT RASA. Y untuk ya dan T untuk tidak. mari sama-sama kita susuri ; 1. Tangkap ikan puyu (Y) 2. Main konda kondi (T) 3. Rondes (Y) 4. Ais Kepal (T) 5. Baling selipar (Y) 6. Laga ikan (Y) aku ada ekor ikan sempilai. sape orang Kelantan mesti tahu he 7. Main bola pakai pen berspring (T) 8. Main bola guna kadbod yang dibentuk V terbalik. (T) 9. Tekap lukisan pakai minyak masak (T) 10. Galah panjang (Y) 11. Main terup tampar siapa terbalik kalah (T) 12. Main guli (Y) 13. Gasing pangkah (siap leperkan paku macam pemahat nak kasi gasing orang terbelah) (T) 14. layang-layang buat pakai surat khabar (Y) saya pakai kertas kajang. 15. Letak cermin di kasut skodeng cikgu pakai skirt dan teka warna seluar dalam. (T) 16. Main tetris(T) 17. Game pakai catridge main Supermario pun nak excited sangat (T) 18. Aerial TV letak tudung periuk (T) 19. Tangkap ayam pakai tali jerut dan tabur nasi (T) 20. Tangguk ikan di taliair (Y) saya siap ada mata kail tau. pernah sampai udang yang masuk. 21. Mandi sungai sambil selam-selam budak kecil sampai budak tu pandai berenang.(Y) maaf! saya tak selam orang tau. 22. Tangkap belalang kunyit di rumput (T) takutlah dengan belalang. member yang tangkap adalah! 23. Cari rumput jarumas di padang sekolah cikgu bayar seringgit (cikgu cakap untuk power) (T) 24. Tanya mentadak macammana orang lain tidur (T) 25. Tangkap pepatung (T) kalau ada pun member yang tolong tangkapkan untuk saya 26. Sambil minum guna straw tiup sampai keluar buih (Y) 27. Main judi tikam di kedai runcit (Y) habis hari-hari minta duit dekat emak. 28. Minum air oren setiap kali raya (Y) 29. Pekena kawan dengan perangkap lubang dalam tu ada taik kita. (T) Buat lubang dulu dan tutup dengan ranting rapuh dan baru letak tanah sikit-sikit bawak kawan sampai terjeblos dalam lubang. (Y) 30. Tali pinggang JQ kepala besar hujung berbesi (T) 31. Ken Follet jenama kegilaan remaja (T) 32. Tak dengar Nirvana tak cool (T) 33. Keluar bandar mesti pakai kemeja dan seluar slack (T) 34. Main meriam pakai tin Ridsect (T) 35. Modify basikal bagi sepit udang tinggi macam Harley Davidson (T) 36. Tengok Knight Rider, McGyver, Maero Attack, Mospeada, Voltron. (Y) 37. Pancing ikan pakai cacing Tanah (Y) 38. Basuh basikal di sungai mesti terbalikkan basikal dan kayuh paddle sampai tayar berpusing sambil memercikkan air. (Y) Ada "monyet" yang main air percikan tu. 39. Kena hukuman ikat di pokok letak kerengga. (T) 40. Berdiri atas kerusi dan meja (Y) 41. Kena berdiri di luar kelas bila awek yang kita suka lalu, terus cover macam sedang melukis pemandangan luar kelas. (T) 42. Pagi Sabtu mesti tunggu rancangan TV mula dan setia tengok color bar di TV. Rancangan pertama WoodyWoodPecker 43. Video tape VHS besar. Ulang-ulang tengok Jaka Sembung dan Sundel Bolong (what a life) 44. Balik sekolah jalan kaki itu selamat. Siap cari jalan potong lalu bukit dan belakang rumah orang. 45. Main card yang ada gambar kereta, kapal terbang, kapal laut yang siap ada spesifikasinya. 46. Buat call-card RM3.50 untuk 10 keping. Kalau jadi agen dapat 10 orang kita dapat 1 set percuma. 47. Tiap-tiap hujung tahun budak perempuan dah bagi buku autograf untuk sain. Mesti kena lukis sikit dan buat kata-kata semangat dan biodata. 48. Nak tengok paling porno pun boleh jumpa dalam URTV tengok Ziana Zain pakai baju ketat. Itupun dah teransang 49. Tunggu Pilihan Bersama dalam Radio dan tunggu dengan tape kosong dan jari sedia sahaja di button rekod. 50. AC Mizal pakai CD gantung di leher buat rap seret kaki. 51. Rapers sikit sahaja mesti pikul mini-compo baru rapers 52. Rockers mesti seluar getah ketat dengan rambut panjang ganas tapi lagu jiwang berlendir. 53. Kebanyakan lagu dalam radio ialah lagu kekecewaan putus cinta 54. Final Piala Malaysia satu kampung berkumpul tengok TV pakai generator. Paling frus bila generator hiccup dan TV mati bila on balik dah SCORE. 55. Kalau merayap main tak ingat balik makan tengahari kena takut-takutkan ada benggali potong kepala buat jambatan. 56. Kalau merayap petang-petang sampai senja tak balik-balik nanti kena sorok hantu kopek. 57. Kalau mandi sungai tak reti-reti balik nanti kena tarik hantu air. 58. Siapa pakai Proton Saga senang dapat jodoh. 59. Bila tiba-tiba jalan kampung orang sodok itu tanda nak pilihanraya 60. Bila jalan yang disodok itu diletakkan batu dan disiram bitumen itu tanda pilihanraya LAGI SATU nak berlaku. 61. Bila jalanraya batu siram bitumen tu diturap penuh itu tanda pilihanraya yang lagi lagi satu nak berlaku. 3 pilihanraya baru jalanraya siap. 62. Kalau tiba-tiba jalan utama masuk Felda jadi cantik, rumput kena potong dan bunga baru letak dalam pasu itu tanda menteri nak datang. 63. Tulis surat cinta mesti letak bedak. 64. Surat mesti ada pantun di hujungnya "Pecah kaca pecah gelas, Sudah baca harap balas". 65. Tak sabar nak besar kerana ruangan MENCARI KENALAN di URTV kebanyakan semua lagi tua dari kita. Susah nak cari makan. 66. Pancing public phone dengan duit 50 sen yang dipasang tali tangsi. Boleh sembang lama-lama. 67. Telefon bimbit ATUR sebesar peti ais. 68. Makan ayam planet (ayam rangka goreng). 69. Kalau naik bas ekspress yang ada tandas, memang bacin 70. Buat rambut kotak macam Vanilla Ice 71. Sempat lalu zaman seluar carrot cut dan bell bottom. 72. Dulu ada penpal 73. Main baling tin 74. Suka jadi pengawas kerana boleh menyemart pakai neck tie nampak macam budak pandai dan berwawasan. 75. Baca komik Alam Perwira, Pendekar Laut dan Pedang Setiawan. 76. Yang funky baca Ujang. Yang nerd baca Dewan Pelajar & Dewan Siswa 77. Beratur di bilik air asrama dengan cara meletak bekas sabun. 78. Tak puas hati dengan senior yang buli suruh basuh baju, bilas seround spendar dia dalam air longkang belakang kantin. Lepas tu dia kena kurap 79. Rewind cassette pakai pen 80. Walkman sebesar kotak tissue pun ada. 81. Jemur battery walkman yang dah lemah. 82. Pakai lencana sekolah jenis lekat dan seterika. 83. Selisih cikgu di pasar menyorok belakang tiang punya takut 84. Bila pakai cermin mata sahaja terasa diri dah kelihatan pandai. 85. Nak pilih persatuan di sekolah mesti ushar awek kita syok tu pilih persatuan apa kemudian kita follow. 86. Paling sosial pun nak ajak awek jumpa ialah "jumpa kat library balairaya petang ni". Itupun pakai surat. Bila dah jumpa dalam library cuma tanya "Awak suka makan apa?warna kegemaran? air kesukaan? nombor kesukaan?" kemudian balik dengan hati berbunga-bunga. Itu sahajapun maksimum tak adalah sampai sentuh sampai pregnan. 87. Zaman itu ingat kalau lelaki kahwin dengan perempuan tak payah buat apa-apa nanti dia pregnan sendiri. 88. Zaman itu fikir seks itu haram sampai mati walaupun dah kahwin. Ustaz ke cikgu ke mak ayah ke semua segan-segan nak ajar. 89. Semua fikir Tengku Haslinda adalah isteri Farid Ismeth Emir 90. Suka tengok Sekapur Sireh kerana ada Mat Zimbo dan Christin Ling itu sangat comel masa itu. Nurfarahin Jamsari pun masih muda lagi. 91. Filem dipanggik kodak. 92. Tengok wayang pacak di Kedai Mara sebelum pilihanraya. Nanti ada selingan ceramah politik. 93. Paling stylo pergi sekolah pakai kasur BM2000 atau Palas Zap. 94. Bangga kalau dapat beli jam Boy London. 95. Najib Razak ketika itu Menteri Belia & Sukan u know? 96. Dalam kelas main Capteh 97. Tiada Gardenia yang ada Roti Cap Superman 98. URTV mesti banyak gambar artis tayang dada 99. Pakai internet nanti line telefon engage. Bunyi dialing dia macam bunyi anjing tercekik selipar. 100. Tiga puluh sen boleh dapat Nasi lemak dan air sirap di kantin. 101. Main bola ada 2 team, 1 team mesti tak pakai baju. 102. Main tudung oren 103. Yang perempuan main batu seremban 104. Baling batu ke air siapa punya mantul di air lagi banyak dia champion 105. Dalam TV ada slot DRAMA SWASTA. 106. Dalam TV orang kaya mesti pakai blazer dan necktie walaupun dalam rumah sendiri sambil makan roti dan perbualan mesti sebut London, Los Angeles, Paris. 107. Anak orang kaya dok asrama sikit-sikit reverse charge di public phone. 108. Bakar timah dalam batteri kereta nak buat buckle talipinggang tapi semua tak jadi. 109. Kad Raya mesti gambar masjid 110. Main tengteng (jengkek) 111. Makan Ice cream pop. hisap dari bawah 112. Setiap Sabtu malam sakit perut alasan taknak mengaji tapi tengok Doraemon sihat. 113. Jenama Alien Workshop. Sticker pun jadilahh. 114. Iklan Ding Dang mesti dapat percuma mainan. P/S: Walaupun kita berpangkat besar atau kecik Seronok juga sekali sekala melupakan kekalutan dunia hari ini dan mengenang kembali kisah lama... ( Sorry!!! Panjang giller!!!) penat betul nak edit Ni game kita dulu2.jgn termenung lama2...hahahhaaa

Sunday, November 22, 2015

PROGRAM TUNAS DAERAH HULU LANGAT

hai readers. bangun awal pagi meskipun pada hari cuti adalah suatu yang mesti dilakukan kerana waktu pagi adalah sumber datangnya rezeki. setelah soalat Subuh teruskanlah dengan rutin harian seperti biasa buat beberapa jam sebelum berehat semula jika dah kepenatan. macam saya, pagi-pagi tadi dah bergerak ke Dewan Orang Ramai Hj Mat Silin Beranang kerana ada program Siri Jelajah Tunas Daerah Hulu Langat. tunas merupakan insentif kerajaan Selangor membantu kanak-kanak di peringkat awal pendidikkan iaitu antara usia 4 ke 6 tahun. dengan bantuan Waze kami tiba di sana sekitar 9.30 pagi. program tidak hanya tertumpu kepada tunas sahaja bahkan turut melibatkan jenis-jenis bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan Selangor untuk rakyatnya. setelah mendapat info berkaitan kami disapa oleh penjaga kaunter pendaftaran yang meminta supaya 2 permata hati dapat menyertai pertandingan mewarna. mengikut aturcara sebenar, pertandingan tersebut telah tamat pada jam 10.00 pagi namun guru berkenaan memberi masa 5 minit untuk disiapkan. inilah yang dikatakan rezeki kan. sementara menunggu majlis perasmian penutup kami ibubapa dihidang dengan ceramah motivasi keibubapaan oleh ustazah Ismadiyah. sambil itu kami menikmati sarapan yang disediakan. jam 11.00 pagi majlis telah dimulakan dengan ucapan penyelaras program, pengurus operasi tunas dan perasmian penutup oleh YB ADUN Bangi. kini tibalah masa yang ditungu-tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan mewarna yang diadakan sebentar tadi. saya dan abang tidak membuat sebarang jangkaan kepada 2 putera kami tu. pengumuman MC yang mengumumkan adik sebagai tempat kedua dan yang sulung di tempat ketiga, merupakan suatu kejutan buat kami. pengalaman pertama yang sungguh bermakna dan berharga sangat. semoga ini merupakan suatu permulaan baik buat mereka. hamper jam 1.00 tengah hari, kami meninggalkan majlis dengan azam di hati. syabas dari ummi dan abah buat kamu berdua! semoga terus melakar kejayaan di dunia bahkan di akhirat jua! amin!

Thursday, November 19, 2015

SEDIH DAN PILUUUUUUUUUUUU!

assalamualaikum. malam ni saya nak nukilkan kelukaan yang menerobos ruang hati ini. perasaan sedih benar-benar menghantui dan mencengkam jiwa. tidak kuketahui berapa kali gugurnya airmata ini. setiap kali diri ini dilanda hiba airmata terlalu murah untuk mengalir. aku tak pasti adakah kerana diri ini yang terlalu sensitive ataupun kerana kekurangan yang dialami menjadikan aku sangat dibebani gejolak rasa. menangis menjadi kelegaan bagiku bila aku aku terlalu gembira, mengalami rasa marah, tidak berpuas hati dan memendam perasaan. kubiarkan saja segala yang ingin dicurah padaku. lepaskanlah andai itu buat kamu bahagia. jangan ditanya tentang perasaan aku ataupun komen aku terhadap kamu. nilailah sendiri, setimpalkah kemarahan kamu padaku itu. aku perlukan bantuan bukannya tempatmu melepaskan kemarahan. bukannya mudah bagi diri ni nak berdiri dan berada di sini. segala liku amat perlu diharungi demi bersaing dengan kalian. kesempurnaan tiada pada diriku. tolonglah fahami itu! cetusan rasa ini terus kutitip di atqas baris pena. aku bukanlah pendebat yang handal untuk mengalahkan setiap hujahmu. bila aku benar -benar redha, aku mampu melepaskan andai tempatku bukan di sini. cubalah duduk di tempat aku ni! barulah kamu dan kamu dan juga kamu akan faham. selagi kamu tidak berada di posisi kami, jangan katakan yang kamu telah benar-benar faham akan diri kami. jangan menuduh aku tidak mahu berdikari kerana jalan itu amat sempit untuk aku lalui. bukan simpati membutatuli yang aku perlu, tetapi simpati dengan cara yang berhemah. jangan kerana kesibukkan dan kurangnya pengalaman kalian saja yang perlu aku fahami, tapi siapa yang akan faham bila aku diminta itu dan ini tanpa sepengetahuanku. tidak adil kan. inilah dunia manusia yang hanya melihat kesempurnaan pada mata kasar. aku yang tersadung rebah di tepian pantai. kufaham dan mengerti inilah laluan yang perlu aku langkah perlahan-lahan belajar berjalan menuju jalan pulang. semoga aku lebih berhati-hati dan menjadi lebih tabah selepas ini. semoga Allah terus mendekatkan ku dengan insan-insan yang ikhlas membantu tanpa sebarang imbalan. panjang dah kot. berhentilah dulu. kalau ada yang terasa, saya mohon maaf banayak-banyak. ia sekadar meluah perasaan bagi membung yang terpendam di hati. jumpa lagi di entri akan datang.

Monday, November 16, 2015

HOTEL PREMERE KLANG

assalamualaikum pada semua. sebenarnya post ni dah terlepas dari tarikh kejadiannya. pada 28-30 Oktober lepas, saya telah berpeluang mengikuti 1 kursus kendalian bahagian tempat bertugas di salah sebuah hotel bertaraf 4 bintang di Klang. hmm sememangnya hotel ni dekat je dari office. kalau ikut KESAS highway tu tak sampai pun setengah jam. apa yang dikursuskan tak perlulah saya catatkan di sini kerana dah ditempatkan di penulisan yang berlainan okey. memang cantik dan tip top lah hotel ni. ruang bilik yang luas serta dilengkapi bilik mandi yang selesa dan besar pula tu. ia sangatlah memberi keselesaan kepada saya yang blind ni. Alhamdulillah dengan dibantu rakan sepejabat Nadia segalanya berjalan lancar. thanks for everything Nad. hanya Allah yang dapat membalas jasamu! tentang menunya pula memang takada citarasa melayu di sini. no cili jeruk, no sambal belacan dan no masakkan pedas dan masak merah sepanjang 3 hari stay. siapa yang tak suka makan pedas dan inginkan menu sihat bolehlah mencuba makan di hotel ni ya. bagi saya, dizet dan western lah jadi pilihan. mujurlah ada pemanis ABC disediakan semasa makan tengah hari. keberseihan hotel dan kemesraan pelayan juga memuaskan hati. wifi pun boleh tahan lajunya. selepas lunch hari Jumaat kami semua check out. enjoy soon!

Wednesday, November 11, 2015

2 NYAWA 1 CINTA

salam hari rabu. terasa kurang mood untuk naik kerja pagi ni. maklumlah rumah baru tu masih belum habis berkemas lagi. badan pula teras sudah benar letihnya. hidung pula dah tersumbat mungkin kerana terlalu banyak habuk. untuk menceriakan mood saya nak post lagi 1 novel boleh? harap adalah yang sudi baca, walau sebenarnya blog ini wujud untuk tatapan sendiri aje. bahkan my family pun tak tahu tentang adanya diri ni di celah-celah alam maya ini. biarlah.biarlah.biarlah. mereka tak tahu. lagi senang untuk saya terus melakar kisah perjalanan diri ini. novel ini baru saja diterbitkan pada 26 Jun yang lepas oleh PTS. pemilik karya ini adalah Hanah Rishas. harga senaskah ialah RM30.00. bolehlah dibeli secara online ataupun kunjungi mana-mana kedai buku yang popular. penceritaannya adalah lebih kurang begini : HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan! “Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah’ yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran. “Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?” Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri. selamat membaca tau

Monday, November 9, 2015

SURAT PENGESAHAN PERLANTIKAN

salam you alls. update yang ni mesti tidak boleh ditngguhkan. sedang santai selepas solat zohor datanglah sahabat yang bernama S ke meja kerjaku. s: kak Mas, ada surat ni. saya: surat apa? s: pengesahan perlatikan. syukur ku kehadrat Pemilik Araj Yang Agung atas anugerah ini. setelah berkhidmat hamper 4 bulan dan beberapa hari akhirnya detik itu tiba jua. sukar untuk digambarkan perasaan saya sebenarnya ketika itu. dalam hati saya berkata, kuhanya makhluk lemah, bersedia dengan suratan yang telah ditentukan. walau indah di matamu tapi di hatiku tetap terpalit keresahan itu. saya berdoa selepasa ini semoga bertemu dengan jawapan yang tepat. lari dari topic asal sikit yer. sebenarnya kami sekeluarga telah pun berpindah ke Kuartes Kerajaan Negeri Selangor. dekatlah sikit nak ke office. bermula 7 November. terima kasih pada hubby yang bertungkus-lumus sepanjang proses pemindahan. nanti ayang belanja 'body massage' ya? semoga kebahagian tetapa mengiringi kami walau ujian tak jemu bertamu. adam pun dah selesai exam di tadika. namun demikian markahnya agak merosot. kata guru, dia banyak main ketika di dalam kelas. hopefully Adam boleh ubah sikapnya pada tahun hadapan. ummi dan abah mohon yang terbaik darimu nak. sampai sekarang operasi mengemas belum lagi settle. selamat tinggal Bandar Baru Bangi. tak dilupakan, terima kasih kepada yang bersungguh-sungguh menyegerakan proses permohonan kami tu. buat mak dan abah, jasamu dikenang selamanya. buat cek dan ayah limpahkan doa dan restu buat anakmu yang buta ini. kisah inilah yang akan dikenang sepanjang hayat.

Thursday, November 5, 2015

BUKAN ISTERI SIMPANAN

salam jumaat untuk semua. tak habis lagi nak preview tajuk novel kat sini. hmm dah memang minat nak buat macam mana kan! tak ada ke minat yang lain hoi Manjalara! ya. ya. memang tak ada buat masa ini. ni je yang saya nak sharing ya. oh ya. 8 November ni ada perjumpaan sekolah Adam. kan dah akhir tahun ni. Adam pun dah selamat jawab exam hari tu. apalah keputusan dia tu kan... surprise ummi dan abah nak tahu ni! back to the early story. benda lain nak cerita benda lain yang ditaip. ahahaaahahahaha. sebelum terlupa, nak ucapkan takziah kepada ibu W yang mana suaminya terlibat dalam kemalangan jalanraya di JB. semoga tabah mengharungi dugaan. patah kaki katanya dan selamat dibedah. innalillahiwainna ilaihirajiun. segalanya dari Allah dan kembali jua pada Allah. jangan lupa layanz novel ni pula tau! tau! tau! "Bukan Isteri Simpanan" ditulis oleh Mia Kiff. diterbitkan pada 21 November 2013 oleh GEDEbook. harga buku RM29.00. synopsis : DANIA - Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff. AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain? talk soon!

Friday, October 23, 2015

BARJEDT, INTERNET BANKING DAN ZALORA (BIZ)

salam petang isnin semasa entri ni ditulis. kali ni saya menulis entri 3 dalam 1. terlalu banyak yang ingin dirakam dalam blog peribadi ni namun mungkin saja keadaan, masa dan situasi kurang mengizinkan. seperti yang sedia maklum belanjawan Negara 2016 telah selamat dibentang di parlimen oleh YAB DSNR. sebenarnya apa yang menarik dalam kupasan kali ini ya. adakah mengenai lebuhraya Pan-Borneo, imbuhan perkhidmatan awam ataupun kebajikan untuk golongan marhain? seperti tahun sudah, BRIM telah dinaikkan walaupun mendapat kecaman sesetengah pihak. apakah yang perlu kita hadapi menjelang 1 November nanti? minyak naik ke? lebih membimbangkan kenaikkan tol yang tinggi telah memberi impak khususnya kepada harga barang. sedikit yang menarik adalah GST pengguna prepayed akan tamat pada 31 Oktober ini. harganya akan kembali seperti sediakala dengan pengembalian kadar GST yang telah dikenakan antara April hingga Oktober. saya tidak menerima kesan kerana menggunakan perkhidmatan pascabayar. internet banking. mungkin pada orang lain kemudahan ini sudah basi. tapi bagi saya, ia masih baru. telah banyak kaedah pembayaran yang tersedeia dilakukan secara online membuatkan saya teruja untuk belajar menggunakannya. setelah beberapa lama tertangguh, akhirnya saya nekad sekali lagi untuk melakukan proses pendaftaran secara dalam talian. setelah beberapa kali mencuba dan mendapat guard line dari call centre, ia mampu berfungsi sewajarnya. mengikut pengalaman, sekiranya internet banking nda gagal berfungsi, maka dipersilakan untuk mengubah mod pelayar anda. pada mulanya saya menggunakan IE namun kemudian beralih kepada google chrome, barulah ia dapat distabilkan. pembelian baju di laman shoping zalora menjadi pengalaman pertama. zalora. hai zalora. semua orang tahu kan tentang hotnya pusat membeli-belah atas talian tu kan. begitulah dengan saya. walaupun OKU tapi sangat tak mahu ketinggalan dari mencuba perkhidmatan yang disediakan. tanpa bantuan kawan yang punya penglihatan, saya telah memandai-mandai je membuat order. heh macam tak percaya order saya success. jubbah Aisha dari Jenifer Creation bewarna pink jadi sandaran. sehingga pesanan disahkan barulah saya tahu bahawa baju yang saya beli itu bewarna pink. maklumlah saya ni tidak dapat melihat gambar baju tersebut. sebab tu lah saya kurang berminat untuk melakukan pembelian atas talian. dengan kemesraan perkhidmatan yang tersedia oleh Zalora, saya benar-benar teruja. lalu rasa takut saya buang jauh-jauh. selepas buat pesanan barulah saya nyatakan kepada abang akan pembelian saya itu. balik ke rumah abang bantu saya melakukan ITBFB secara online. Alhamdulillah submition saya Berjaya. meskipun menghadapi sedikit halangan, pihak Zlora sangat professional dalam menghulur bantuan. sekarang tengah menunggu tempahan saya itu keluar dari gudang. huh! benar-benar tak sabar ni. tak lupa good luck untuk my son Adam yang menjalani peperiksaan akhir tahun. semoga anak ummi Berjaya!

Sunday, October 18, 2015

SUSPEK DENGGI

hamper tidak dapat melelapkan mata pada malam sabtu lepas. Danial anakku diserang batuk yang sangat teruk. jam menunjukkan angka 1.00 pagi. dia lapar dan ingin makan nasi. abah segera membawa dia turun makan di kedai berhampiran sementara saya tinggal di rumah menunggu Adam yang tidur. pukul 2.00 pagi keadaan agak tenang sedikit setelah diberi ubat batuk Woots yang dibeli dari Seven Eleven. beberapa jam kemudian dia mengadu pula sakit perut. dengan pengalaman yang ada, saya mengambil minyak ubat TYT dan menyapu di keseluruhan betis. pada saat inilah kekhuatiran saya bertambah kerana nafasnya sudah berbunyi dan tersekat. saya kejutkan abang dan Adam dan kami bergegas ke hospital Serdang. jam 7.00 pagi Danial dikejarkan ke bahagian kecemasan. darahnya diambil, di xray dan diberi gas sebanyak 3 kali bagi mencairkan kahak. hamper jam 10.00 pagi, baru keputusan dapat dibuat para doctor. jika perkembangan terus negative, ke arah serangan denggi, Danial perlu dirujuk ke klinik kesihatan Bangi sebelum admit ward . hati ni mula gelisah dan tidak tenteram, tambahan pula Danial enggan makan ubat yang diberi, menjelang tengah hari suhu badannya menjadi lebih panas. saya tersangat risau. namun saya tetap memujuk Danial untuk makan sedikit bubur nasi. dengan pemahaman yang diberi Danial akhirnya setuju untuk makan dan menelan semua ubat yang diberi. barulah fikiran ni dapat berfungsi dengan waras semula. saya cuba menyelidik dari teman dan keluarga menerusi whatsapp tentang langkah pencegahan denggi. inilah yang ingin saya kongsi dengan pembaca sekalian. berilah mereka minum air rebusan pucuk betik. jika tidak pun, dapatkan jus betik yang telah dibotolkan dari farmasi berhampiran. selain itu juga minumlah air rebusan ketam batu yang telah dimasak sehingga empuk. semoga perkongsian dari saya ini akan berguna buat kalian yang memerlukan satu hari nanti. semalam, Danial kembali bertenaga seperti biasa, di sudah makan semula, bermain, suhu badan tidak lagi panas dan batuk mula berkurangan. namun demikian rasa bimbang masih bertamu. saat ingin ke tempat kerja, batuk sudah kembali menyerang. apa yang terlintas di fikiran, sepulang dari tempat kerja akan saya dan abang usahakan membeli madu pula. semoga Danial cepet sembuh dan pulih seperti biasa. amin!

Wednesday, October 14, 2015

KEK BATIK SAVANAH

assalamualaikum dam salam Maal Hijrah 1437 buat semua. tiba-tiba mood ni teringin sangat nak makan kek batik. jika harap nak beli tentu mahalkan. setelah difikir-fikir, buat sendiri lebih menjimatkan. mana tidaknya boleh makan sampai 1 bekas dan pada bila-bila masa. sebelum bercuti umum sempena awal Muharam, kami anak-beranak bergegas ke Icon Save jalan Reko bertujuan membeli barang yang sepatutnya. kali ni kami ubah sedikit resipinya. terima kasih abang kerana beri kerjasama. bahan dan cara membuatnya akan saya catat di sini. cukup mudah dan simple sebenarnya. 1 buku mentega buttercup 250 gram. 1 tin susu pekat manis. (tak kisah apa jenama pun). 2 bungkus biskut Marie plain. dan 250 serbuk minuman coklat Savanah. proses membuatnya : panaskan mentega sehingga cair. kemudian masukkan 1 tin susu pekat manis, lalu kacau hingga sebati. setelah itu masukkan pula serbuk cokelat dan dikacau lagi hingga rata ketiga-tiga bahan tersebut. setelah berpuas hati, tutup api. ambil biskut Marie, patah-patahkan dan digaul bersama bahan yang masih panas lagi. tuangkan ke dalam bekas lalu dipadatkan. setelah sejuk, masukkan ke dalampeti ais. setelah beberapa jam ianya siap dipotong dan dihidangkan. wow! kali ni menjadi sangat. tidak begitu lembap seperti mana menggunakan milo seperti selalu dan biskut Marie juga telah ditambah dari 1 bungkus kepada 2 bungkus. rasanya sangat sinonim iaitu tidak terlalu manis. anak-anak pun teruja makan. dah tinggal separuh bekas dah tu. cadangnya macam nak buat lagi je. maklumlah stok minuman cokelat malt Savanah tu banyak lagi kan. kuabadi kenangan bersama abang.

Tuesday, October 13, 2015

KURSUS THERAPIST WANITA

pn. Mariah PWB Bangi menghantar SMS kepadaku. sila hadir ke temuduga kursus pada 13.10.2015 di pejabat SUK Bangunan SSAH, Shah Alam pada jam 2.00 petang. sila bawa bersama borang yang dihantar melalui email dan dokumen berkaitan. pada mulanya saya berkira-kira nak pergi ataupun tidak. telah saya ketahui, siapa yang akan membawa dri ini ke sana nanti. tambahan pada hari kerja pula tu. nak minta tolong abang, semestinya tidak dapatlah kan. abang memang terikat dengan tugas pejabatnya. semoga Allah membantu pohonku di dalam hati. saya cuba suarakan pada teman sepejabat. Alhamdulillah M sudi temankan saya ke sana. jam 2.15 petang kami berdua bergegas ke SUK dengan kereta. sampai di sana, kami tercari-cari tempat temuduga tersebut. pada mulanya kami ke tingkat 14 seperti yang diarahkan dalam surat. namun tak lama, kami turun ke tingkat 5 pula. urusan mengisi borang M yang lakukan untukku. hamper 10 minit menunggu, saya dipanggil. berdebar juga hatini. maklumlah ramainya pegawai mengelilingi meja temuduga. setiap soalan saya cuba menjawab dengan lancer. antara yang ditanya apakah strategi 'marketing' yang akan dilakukan setelah saya Berjaya mengikuti kursus berkenaan. hamper 15 minit, saya selamat keluar dari bilik temuduga. saya bersyukur kerana segalanya berjalan lancer. kini diserahkan kepada Allah yang maha kuasa. jika ada rezekiku maka adalah nanti. tiba-tiba perut terasa lapar pula. kami bergegas ke seksyen 2 untuk menjamu selera. hamper 4.45 petang, saya dan M tiba di pejabat. terima kasih M atas bantuanmu. hanya Allah yang dapat membalasnya. semoga dirimu dan keluarga dilimpahi rahmat dunia dan akhirat. amin!

Thursday, October 8, 2015

KOLEKSI TUDUNG PART 1

assalamualaikum. seiring dengan perkembangan gaya berfesyen hari ini, golongan muslimah tidak kurang hebat terkena tempiasnya, pelbagai gaya dan trant ditampilkan bagi memenuhi citarasa dan permintaan. dulu, sebelum berkecimpung dengan bidang urut, saya juga seorang yang fationista. maklumlah cek dan ayah yang supportkan, mestilah dia orang nak anaknya ni dapat memiliki koleksi-koleksi fesyen tertentu. contohnya pelbagai varian tudung bawal, baju kimono, kebaya, jubbah dan kurung pelbagai style. 6 tahun saya jumud dalam dunia fesyen ni. pakai apa saja dan ala kadar. setelah menjejak kaki ke sector awam dah mula menggelabah. saya serak kembali almari mencari baju-baju kurung dan mengintai setiap inci kedai dan butik bertujuan mencari pakaian sesuai. ooopppppsssss!!!! banyak yang dah terkeluar dari topik asal tajuk entri ni ditulis. sebenarnya saya nak bercerita tentang koleksi tudung terkini yang saya ada. shawl dan selendang panjang saya kurang mahir nak memakainya. tengah berjinak-jinak semula ni. antara yang saya punya adalah selendang butterfly, selendang instant, tudung sarung biasa dan bertingkat, selendang bunga, tudung 2 alam dan lain-lain. terkini saya juga memiliki tudung moscrepe hijau yang dijual Huraizah. masih dalam tempahan pula selendang instant krim tiara dari Huraizah dan selendang pink Hani dari Anis. lain-lain akan diupdate dari masa ke masa. jumpa lagi. da!

DIA BUKAN ARISSA

hai..hai..hai.. baca novel lagi. hmm mana nak simpan koleksi Enovel yang saya ada ni ya. sekarang ni memanglah tersusun elok di dalam IPhone 6 gold kepunyaanku. kalau dah full nanti mana nak saya bubuh pula. pemilik portal sama sekali tidak membenarkan elimen coppy paste dan save as. huhuhuhu...tolonglah bangunkan suatu perisian lagi agar khazanahku selamat dalam simpanan. sebagai altenatif awal, sebarang gambar atau video tidak berapa penting tak boleh ada dalam memory IPhone ni. semuanya saya transfer ke dropbox dan email bertujuan memudahkan proses penyimpanan. . kali ni nak sharing satu lagi novel. hopefully korang semua suka. novel ini ditulis oleh Syahida Ilmuna, terbitan Karangkraf pada 9 September 2013 berharga rm18.00. ringkasan synopsis : Arissa mati dibunuh? Arlisa panik melihat kakak kembarnya yang sudah dua tahun menghilang dan kini muncul semula, terbaring berlumuran darah di rumahnya. “Kalau kau tak nak dituduh membunuh kakak kau dan meringkuk dalam penjara, kau kena ikut cakap aku. Kau mesti menyamar jadi Arissa! Mayat ni biar aku yang uruskan,” ujar lelaki yang tidak dikenali yang datang tiba-tiba. Arlisa terpaksa menurut. Dia ke rumah ‘mertuanya’ menyamar sebagai ‘menantu’ Puan Murni, ‘ibu’ Ameera dan... ‘isteri’ Adam! Barulah dia tahu siapa Arissa selama menghilangkan diri. Satu rumah membenci Arissa kerana kejahatannya. Sedangkan sifat Arlisa berbeza dengan Arissa. Bagaimana Arlisa hendak berhadapan dengan semua ini? Bagaimana dia nak berdepan dengan Adam? Adam melayannya mesra bagai seorang suami. Ahh... payah! Memang payah! Arlisa perlu lakukan sesuatu... tapi apa? Dia adalah dia, bukan Arissa. Dan dia mula jatuh cinta pada... Oh, tak mungkin. Adam tak cintakan dia. Adam cintakan Arissa yang sebenar. Tanpa mereka sedar, semua yang terjadi adalah komplot yang dirancang! semoga enjoy!!

Wednesday, October 7, 2015

RINDU AWAK 200 %

assalamualaikum semua. inilah yang terjadi padaku di kala hati gundah gulana. saat jiwa berduka nestapa. ketika raga bertamu dengan rawan. mana tidaknya sehari dua ni kudihimpit pelbagai dugaan & dan masalah. bagaimana untuk kucoretkan satupersatu dalam blog kecilku ini ya! tentang perasaanku! tentang harapanku tentang cita-citaku. tentang kelemahanku dan tentang apa-apa saja yang membelenggu diri saat ini. kesihatan cek dan ayah sangat membimbangkan. mereka dimasukkan ke ward hospital Ampang oleh Nor. mujurlah Anis sedia menjaga keduanya. hanya doa kutitip dari jauh kerana kekangan masa dan jarak tempat tinggal, aku dan suami tidak betah menziarahi saban hari. kusemakin terhimpit dengan keadaan dan suasana di tempat kerja. kadang-kadang aku merasa ada lebih baiknya aku menjalani kerjaku yang seperti dulu iaitu juru urut sepenuh masa. meskipun bayaran diterima tidak tetap tetapi aku sangat berpuas hati dengan tenaga yang telah aku curahkan, tidak seperti di sini, aku terasa seolah-olah makan gaji buta lakunya. ya Allah, hanya Dikau yang dapat melepaskanku dari bebban perasaan ini, aku semakin tertekan dari hari ke hari, tidak cukupkah aku untuk melaluinya meskipun ini yang telah ditakdirkan padaku sejak azali lagi. banyak lagi yang aku nak perkatakan tentang situasiku di tempat kerja. namun biarlah aku catatkan dari masa ke masa nanti, kupercaya setiap orang pasti mempunyai cabaran dan pengalaman masing-masing, ini hanyalah dari persepsiku saja. mudah-mudahan tiada yang menganggap aku ini lemah, mengada-ngada, sell-fish dan sebagainya. tolonglah wahai pembaca sekalian, jangan letakkan diri ini dilebel itu kerana aku OKU yang semestinya tidak diminta untuk dilahirkan sebegini, ini adalah sebahagian ujian yang Dia telah gariskan untuk aku dan insan senasib telah dan akan harungi. tolonglah belajar mengenali kami seperti mana kami tetap belajar untuk mengenali hati kamu dan diri kami juga. jangan letakkan kami di aras paling bawah, tanpa kalian metetakkannya, telah kami sedar akan hakikat itu, tolong pimpin tangan kami untuk bangkit dari tempat tersebut. sedarlah kita hanya khalifah yang dilahirkan sementara di mukabumi ini. dengan terungkapnya kata-kata ini menandakan rawan di hati sudah menjulang ke tahap maksimam. sebaik saja dilahirkan dan sehingga ke saat ini pun kami perlu lalui pedih luka yang sama. boleh diibaratkan sengaja mengambil pisau dan memotong jari sendiri dengan harapan hirisan kedua, ketiga dan seterusnya menjadikan kami lebih kebal lagi. tapi tidak, darah merah tetap mengalir dari jari itu bisa dan pedih tetap mencecah sampai ke tulang. diri ini bukan besi waja yang ampuh untuk menahan titisan airmata dari tumpah ke pipi. rayuanku! sempurnakan hidup kami dengan kesempurnaan yang anda miliki. itulah kebahagiaan yang kami damba di alam fana' ini. akibat dari memendam rasa di lubuk sukma, aku grab lagi 2 buah novel secara online. inilah kegemaran ku saban kali dilanda resah yang tak bernoktah selain dari menangis dan menikmati kelazatan makanan yang manis seperti kek, cokelat, trafel dan yang seangkatan dengannya. ulasan novel ada kat bawah ni ya. jangan lupa review tau, harap terhibur! novel ditulis oleh Liyana Zahim dan diterbitkan Krangkraf pada 6 September 2013. mengandungi 608 mukasurat dan berharga rm23.00. ZILL FAEZRUL IQBAL - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang, tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya, rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku-sakat Jula Juli Bintang Tujuh? nak tahu tentang keseluruhan plot dan jalan cerita kenalah beli novel tu ye! okay see you all in the next entry.

Monday, October 5, 2015

BUAH HATI HWD MERAGAM

hamper 6.15 petang aku masih tertunggu panggilan suami untuk menjemputku pulang dari tempat kerja. namun dek hati yangelisah segera kuhubunginya pula. abang: W meragam yang. tiba-tiba jer mati. ayang: ya ke. sudah terbayang dugaan yang akan melanda. hati ini dinasihatkan agar bertenang dan tunggu kehadiran abang terlebih dulu. lewat 20 minit abang Berjaya sampai ke pejabatku, kami terus pulang seperti biasa untuk mengambil anak dari tadika. semasa di dalam kereta, sempat kami berbicara empat mata mengenai masalah yang timbul. abang mencadangkan agar kami bertukar kepada yang lain pula. hmm. baru je nak lega dengan ekonomi yang tak berapa nak stabil ni. aku dan abang bernekad mengambil ini sebagai satu cabaran hidup. pada hari sabtu lepas kami cuba mencari sparepart untuk diganti pada hujung minggu, usaha abang yang tak pernah jemu menemui jalan buntu. kami perlu bercuti kecemasan untuk menguruskan hal tersebut, namun Allah masih memudahkan jalannya, MGT pula jadi pilihan dan taruhan kami, semoga kehadiranmu sebati dengan kami sekeluarga. selamat datang! apapun syabas aku ucapkan kepada HWD yang mengemudi perjalanan kami selama ini tanpa sebarang cacat cela. baktimu kukenang dan abadi dalam blog ini, tarikh keramat 7.5.2013 hingga 5.10.2015. jumpa lagi sayang!

Saturday, October 3, 2015

MAJLIS BAHAGIA SYAM DAN SYAFIQA

tengah hari tadi, usai menghantar cek dan ayah ke rumah Nor kami bergegas ke MAB untuk memenuhi undangan walimatul urus Sham dan Syafiqa. maaflah yang saya kenal hanya pengantin lelaki sahaja. sham bekas rakan sekerja di Nuri Therapi. selamat pengantin baru buat kalian berdua dan semoga kekal sampai ke jannah. amin! jam 1.30 kami sedang enak menjamu selera dalam cafeteria yang berhawa dingin itu. hidangan tersedia Alhamdulillah sangat menyelerakan. antara menu yang ada nasi beriani, ayam masak merah, rendang minang dan air longan. yang paling saya suka sebab ada kek cokelat yang didatangkan khas dari Safa Bakery. hamper sepinggan saya makan. wah!! banyak tuuuuuu!! terima kasih banyak-banyak Sham

Wednesday, September 30, 2015

PUTERA SULUNG SAHABAT

assalamualaikum. syukur dan Alhamdulillah dan tahniah saya garapkan kepada sahabatku Rosni dan suami yang selamat menerima cahaya mata pertama mereka lewat pagi tadi. putera lelaki seberat KG2.8 telah dilahirkan di hospital Putrajaya. keceriaan suaramu menggamatkan suasana. semoga kebahagiaan terus bertambah di kehidupanmu sekeluarga. amin! Insyaallah jika ada kesempatan saya akan melawatmu di rumah nanti.

Monday, September 21, 2015

SIRI KENANGAN TAIPING

assalamualaikum. hari ni last day masuk office sebelum bercuti sempena sambutan aidil adha. menyebut tentang aidil adha suka saya memperingatkan semua supaya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan sekalian Jemaah haji di Makkatul Mukarramah. semoga mereka dapat melakukan ibadah dengan sempurna dan hajinya diterima sebagai haji mabrur. amin! bagi mereka yang pulang ke kampung halaman pula semoga perjalanan pulang dan kembali ke tempat tugas berjalan dengan lancer dan di bawah lindungan ilahi. amin! yang ingin dikisahkan di sini ialah mengenai satu tempat di Malaysia yang punyai sejarah tersendiri buat diri ini. Taiping oh Taiping! kau telah mencipta episode kenangan dalam hidupku. seingat saya kali pertama ke tempat ni adalah ketika darjah 5. masa tu saya menjadi atlit Johor sempena sukan OKU MSSM. kami menginap di salah sebuah sekolah menengah yang terdapat di sana. namanya saya mungkin telah lupa dan kalau tak silap ialah Sekolah Menengah Sultan Muzaffar Shah. kali kedua pula pada 2009 setelah 2 minggu saya bergelah seorang isteri. saya dan abang ke majlis perkahwinan kak N dan abang K. simboliknya kami ke sana pada masa tu adalah dengan menunggang motorsikal aje. dah itu kenderaan yang kami punya semasa tu. saya hanya berserah pada Allah semata-mata. perjalanan kami selamat bermula jam 7.00 pagi dan tiba di rumah pada jam 7.00 malam. syukur Alhamdulillah. beberapa kali juga kami perlu berhenti di sepanjang perjalanan. dapatlah kuselami pengorbanan suami yang berulang-alik KL Penang sebelum menikahiku. kali ketiga pula bertemu rakan senasib dengan ku iaitu Isna. masa tu kalau tak salah perkiraan ialah pada cuti tahun baru cina tahun 2013. nah kali keempat pula demi menjalankan tugas iaitu pada 19-21 September 2015. kali ni program tersebut diadakan di Taiping Golf Resort, RSK dan Zoo taiping. pada kehadiran ni saya dapat mengenali pentingnya pengorbanan seorang teman. thanks Isna atas kesudian menghulur bantuan pada saat-saat memerlukan. terima kasih juga pada rakan sekerja iaitu KZ, kak N, kak H, dan L yang banyak bantu diri ini di sepanjang program. semoga kalian sejahtera dunia dan akhirat. amin! rupanya ada kejutan buatku. aku telah bertemu dengan pn. M ataupun Jun yang telah pun sukses sebagai kaunselor. resah sungguh hati ni bila mengingatkan zaman belajar di UM dahulu. terima kasih Jun kerana masih menganggap diri ini sebagai kawan meskipun 9 tahun tidak bersua. Jun adalah antara rakan setingkat yang rapat dengan kami mahasiswa OKU pada masa tu. saya percaya di mana-mana Allah telah menghadirkan insan terbaik untuk membantu hambaNya yang tidak sempurna zahir dan batin ni. sepulang ke pejabat hati ini tetap yakin bahawa Allah sedang mengaturkan yang terbaik untukku. Ya Rabbi permudahkanlah jalan hidupku ini.! sekian. jumpa lagi

Thursday, September 17, 2015

SEMERAH RED VELVET

buat reader sekalian. kali ni saya nak tulis mengenai sinopsis satu lagi novel yang telah saya beli. tapi belum habis baca lagi tau. huhu. semoga dapat menarik minat anda semua untuk memiliki novel seperti tajuk di atas. ia merupakan karya Hezzy Azra, terbitan Karang Kraf pada 30 Ogos 2013. kalau tengok pada kulit memang menarik jalan ceritanya. harga pun boleh tahan iaitu RM21.00. Di waktu Raina ingin lari daripada Emir Hadhri, kek cawan Red Velvetnya telah menemukan mereka kembali. Raina jadi kalut. Hati Emir semakin terpaut. Mereka bagai langit dan bumi. Namun rasa cinta itu lebih mengatasi sehingga Raina tidak teragak-agak untuk menjadi isteri kepada lelaki yang baharu sahaja dikenalinya. Oh… rupanya tidak mudah menyesuaikan diri. Banyak perbezaan wujud di celah-celah kehidupan mereka. Setiap kali Emir berulit dengan buku, Raina mati kutu. Raina kepingin untuk berkumpul dengan adik-beradiknya, Emir pula mahukan ruang privasinya. Emir terlalu obses dengan pengajiannya, Raina dambakan kemesraan mereka. Tersilap kata, cemburu pula melanda. Rasa tidak puas hati semakin membukit. Kisah lama kembali diungkit. Hati masing-masing mula rasa sakit. Hidup sebumbung, tetapi tetap rasa kosong. Benarkah perpisahan merupakan yang terbaik buat mereka? segeralah mencarinya samaada online mahupun of line. tata titi tutu! selamat membaca!

MAKNA BACAAN SOLAT

assalamualaikum semua. harap sudi luangkan masa untukmembaca post kali ni. ia sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. amalan solat tiang agama umat islam. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat. Takbiratul-Ihram / Takbir: Allah Maha Besar. Doa Iftitah: Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah: Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk: Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk: Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Bacaan ketika iktidal: Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian. Bacaan ketika sujud: Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika duduk di antara dua sujud: Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku. Bacaan ketika Tahiyat Awal: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad. Bacaan ketika Tahiyat Akhir: Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung. Doa Qunut: Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah. Semoga bermanafaat utk semua.termasuk DIRIKU😊

NOMBOR DAN AYAT

assalamualaikum semua. dah seminggu lebih ya tak update blog ni. tak apalah ni sharing saya bagi untuk semua. sudi-sudilah baca!Satu fikiran yg agak menarik.... 🔺jika: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z bersamaan dengan: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 🔻maka, NYA 🔹H+A+R+D+W+O+R+K; 8+1+18+4+23+15+18+11=98% 🔹K+N+O+W+L+E+D+G+E; 11+14+15+23+12+5+4+7+5=96% 🔹L+O+V+E; 12+15+22+5 = 54% 🔹L+U+C+K ; 12+21+3+11 = 47% 🔸Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%? 🔸Wang? NO! 🔹M+O+N+E+Y= 13+15+14+5+25=72% 🔸Leadership? NO! 🔹L+E+A+D+E+R+S+H+I+P= 12+5+1+4+5+18+19+8+9+16=97% 🔸Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah "ATTITUDE"... (sikap ) kita. 🔹A+T+T+I+T+U+D+E ; 1+20+20+9+20+21+4+5 = 💯% Oleh with ATTITUDE👍 kita terhadap kehidupan & pekerjaanlah yang membuat kita 💯%Successful. 🔰 👍menakjubkan Mathematics🔣🔢 Akan tetapi.. ❤ SAYANG ALLAH 19+1+25+1+14+7 1+12+12+1+8 = 101% Mengatasi semuanya 😊.

Tuesday, September 15, 2015

GAJI PERTAMA TABLET PERMATA HATI

pagi-pagi tiba di pejabat rakan sekerja menyapa. puan Z: dah tengok E penyata? saya: belum lagi. puan Z: tapi dah tahu ke bila dapat gaji pertama tu? saya: admin kata 17 September ni. dek kerana JAWS yang meragam subuh-subuh hari puan I telah membantu saya membuat regeistration. Alhamdulillah! berbaloi. berpinar kejap kepala ni tengok angka gaji tu. seronok, bersyukur dan rasa tak terluah bercampur-baur menjadi satu. tapi dalam hati ni dah mencongak itu dan ini. nazar seekor kambing putih cek akan uruskan menjelang aidil adha nanti. tablet permata hati! itulah yang menjadi target. survey punya survey kami akan dapatkannya di BBB saja. sungguhpun bukanlah berjenama harapan ku mereka menyukainya. terima kasih kat abang juga sebab tak jemu-jemu buat survey. Insya Allah apa yang kamu mahukan ummi dan abah berusaha tunaikan. semoga kamu jadi kebanggan ummi di dunia dan akhirat. amin!

Monday, September 14, 2015

BETTLE OF THE BAND OKU PENGLIHATAN 2015

hai semua. jumpa lagi kita buat sekian kali ya. entri ni sebenarnya dah terlepas tarikh nak diblogkan. bukan apa. saya tak tahu macam mana nak tulis dan macam mana nak digambarkan perasaan saya ketika itu. pada malam 12.09.2015 telah dianjurkan acara berkenaan di perkarangan kompleks MAB. saya hanya penonton saja. tidak terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dengan program. bahkan inila pertama kali saya dapat menyaksikan pertandingan tersebut secara life. program turut mendapat kerjasama PETRONITA, DBKL dan fakulti Komunikasi massa UITM Shah Alam. ia juga dipancar secara life streaming di Amboi FM radio milik OKU penglihatan sepenuhnya. Caliph Buskers antara undangan bagi menyempurnakan pertandingan. begitu juga dato' Mokhzani dari Orkestra RTM. jika ada kesilapan saya dalam menulis entri ini boleh perbetulkan di ruangan komen. terdapat 6 kumpulan yang telah berentap untuk merebut kejuaraan. kumpulan tersebut ialah Setapak Generation, Eksperimental, Chocolate Chip, Recover Band, Setapak Cinneer dn De ilitz. masing-masing telah memberikan impak persembahan yang sungguh luar biasa. sungguhpun demikian masih terdapat banyak lagi elimen yang boleh ditambah baik untuk meningkatkan mutut persembahan ke tahap paling maksima. tahniah kepada yang menjadi juara iaitu kumpulan Recover Band di samping dapat mengekalkan kejuaraan 2 kali berturut-turut. saya juga ada memuat turun MP3 dari blog cikguazhar.blogspot untuk simpanan peribadi. sekali lagi ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang telah bertungkus-lumus menjalankan program berprestej ini. jumpalagi next year.

Wednesday, September 9, 2015

RANGAU

sebelum nak keluar dari office petang ni saya nak storimori sikit tentang tajuk di atas. maaf ya pada sesiapa yang tidak suka membaca novel. ini adalah sebahagian dari minat saya. apa yang saya kisahkan adalah mengenai latar belakang diri saya ini. walaupun novel ni dah lama keluar di pasaran, tapi saya baru je punya kesempatan membeli dan baca novel ni. serba ringkas sinopsisnya adalah seperti berikut : Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat. Harga : RM 19.90 terbitan Alaf Baru SDN BHD. ni adalah komentar yang dipetik dari cempakasari-08.blogspot tq ya. Pada awal cerita, diceritakan kehidupan dan keluarga Rusdi sejak kecil. Rusdi kehilangan adik perempuan kerana mati lemas di sungai semasa kecil lagi. Banyak juga peristiwa aneh dan ilmu hitam yg diceritakan oleh penulis. Watak Ayah Rusdi juga diceritakan berhadapan dengan ilmu hitam. Ketika membaca novel ini, difahami bahawa Ranggau adalah perantaraan yg dihantar untuk menyakiti seseorang dengan menggunakan ilmu hitam. Ranggau adalah istilah bahasa Sabah. Banyak diselitkan bahasa asing seperti Sabah dan bahasa Brunei dalam dialog watak2 novel ini. Cerita Ranggau dikategori cerita pembunuhan seram kerana ia berkisarkan pembunuhan bersiri gadis2 yg berlaku di Sabah. Mayat2 yg dijumpai didapati kehilangan mata dan buah pinggang. Pada mulanya ia disabitkan sebagai perbuatan pemujaan. Rusdi terlibat dalam penyiasatan pembunuhan kejam itu apabila seorg gadis kaya, Ursula telah memintanya mencari adik perempuannya, Janet yg hilang. Ayah Ursula, Tuan Gimbang seorg tokoh perniagaan terkenal tidak mahu melaporkan pada pihak polis. Ursula mengupah Rusdi untuk menyiasat apabila tertarik membaca novel penyiasatan Rusdi dan menyangka Rusdi mempunyai kebolehan menyiasat. Ursula bercinta dengan Dr Zahid, namun Tuan Gimbang kurang menyukai Zahid. Tuan Gimbang banyak disedarkan oleh Rusdi tentang nilai2 hidup, dan mereka kerap berbual. Banyak halangan yg berlaku semasa penyiasatan. Rusdi berjaya mengesan lelaki terakhir yang ditemui bersama Janet iaitu Kim. Menyedari ia menjadi buruan, Rusdi dipukul oleh Kim dan dicampakkan ke gaung, namun diselamatkan oleh Farhana. Kim berjaya ditangkap tetapi mati akibat disuntik racun oleh seseorang sewaktu ditahan di wad. Inspektor Solehin kawan baik Rusdi yg ditugaskan penyiasat kes tersebut juga dibunuh kejam. Kim adalah seorang upahan seseorang yang mencari mata dan buah pinggang utk pasaran gelap. Asalnya Kim adalah Boon Ching yang menjadi buruan polis kerana mengedar dadah. Boon Ching diselamatkan dan diubah identiti utk menjadi orang suruhan. Namun siapa tuannya terus menjadi rahsia dengan kematian Kim. Hubungan Dr Zahid dan Ursula agak berantakan kerana Doktor Zahid mencemburui Rusdi yang sentiasa bersama Ursula. Dr Zahid mengajak Ursula berkahwin, tetapi Ursula membantah kerana tengah sibuk mencari Janet. Kerana berdendam, tak disangka Doktor Zahid yg berwatak perikemanusia rupanya tiada perikemanusiaan. Doktor Zahid yg merancang semua, memberi wajah dan hidupan baru pada Kim, membuka klinik untuk membantu golongan miskin tetapi bersekongkol dengan Yahudi bernama Benjamin. Dia membunuh Tuan Gimbang dan mengaku Janet sudah mati serta hampir meragut nyawa Ursula, kekasih hatinya sendiri. Ursula dibiarkan terkurung di ruang bawah tanah rumahnya, banglo dan kliniknya dijual sebelum melarikan diri ke luar negara. namun niatnya tidak kesampaian kerana rahsianya terbongkar lebih awal dengan penemuan Ursula di rumahnya oleh Rusdi dan Farhana. Dr Zahid mencari buruan polis dan meminta bantuan rakannya Benjamin utk menukar identiti menjadi Dr Aiman, seorang lagi mangsa tangan kejamnya. Ending cerita, Doktor Zahid mati ditangan rakan subahatnya sendiri apabila pembedahan plastik menukar wajah org lain tidak berjaya. Rakannya juga Benjamin mati dibunuh kerana gagal melaksana tugasnya pada seorang penjenayah kejam. selamat membaca semua!

Tuesday, September 8, 2015

SECOND SON

menjelajah FB pada 3 September lepas hati ini tertunak riang. Shamiza dan Ayub telah selamat menerima cahaya mata kedua melalui photo yang diuploadkan. tahniah.tahniah.tahniah. dah lah sebelum ni langsung saya tak mengetahui tentang berita kehamilannya. tak apalah. bagiku itu hak masing-masing untuk menjadikannya berita umum ataupun tidak. saya sendiri pun tidak gemar jika berita tentang diri ni diheboh dan jadi perhatian sesiapa. cukuplah sekadar ada yang tahu dan tidak bertanya sepanjang masa. saya ni mudah naik rimas jika orang terlalu busy body. maklumlah saya sememangnya tidak suka nak menyibukkan hal orang lain. sekali dua jika ditanya masih saya tidak kisah. tapi kalau dah mengandung 9 bulan setiap masa orang nak ikut perkembangan rasa jemu dibuatnya. sehingga ke hari ni masih tak berpeluang bercerita panjang dengan Shamiza. mungkin dia tengah sibuk lah tu. tak bercadang pun nak menganggu setelah percubaan kali pertama berhubung gagal. selamat untukmu teman. giliranku pula.....tengoklah kalau ada rezeki nanti!

Monday, September 7, 2015

MENGIDAM PAFFLOVA

sambil layan mata mengantuk lepas makan nasi lemak. semalam balik kerja dalam kehujanan lagi. beginilah nasib badan kan. tiba hati terdetik nak makan something yang manis dan bercampur potongan buah. apa lagi beritahu abanglah. after ambil kedua-dua putera tu maka merayaplah kami kat sekitar medan PB. guna kecanggihan IPhone dapatlah intip 1 kedai backery ni. terus bergelora rasa nak mencuba he. set up jalan guna waze pulak. pusing-pusing akhirnya abang ternampaklah sign board 'brade time' di jalan Medan PB2A. setelah memarkir kereta bergegaslah kami anak-beranak melangkah masuk ke dalam. mujurlah pekerja di kedai ni boleh tahan juga peramahnya. setelah survey aku memilih membeli pafflova yang sememangnya penuh dengan hirisan buah-buahan. harga boleh tahanlah RM45.00 dengan berat G500. apa yang menariknya kedai ni ada pula potongan harga untuk OKU. tak banyak pun 5 peratus je. tapi syukurlah kan daripada tak ada. mujurlah anak-anak pun laju je makan. balik kerja karang kita sambung lagi makan ya! tq so much abang!

Sunday, September 6, 2015

LANGKAWI OH LANGKAWI

hai. hai. hai. Pulau Langkawi sedia terkenal sebagai satu pusat pelancongan terkemuka di Malaysia. sejak kecil lagi, saya sudah mengidam untuk ke sana. akhirnya pada tahun 1997 buat pertama kali saya dan keluarga menjejakkan kaki. pada masa tu Taman Tema Air Aqwabin tengah hot tau. Delima Resort dan Langkasuka Resort jadi bualan. meskipun pada sesetengah orang, Langkawi tu biasa-biasa aje, namun tidak bagi saya. saya sangat sukakan tempat tersebut. hinggakan ia menjadi distenasi bulan madu saya pada tahun 2009. sangat berbeza ketika pergi bersama family dahulu berbanding pergi bersama suami tercinta. banyak perubahan ketara telah berlaku di sana. jika dulu, saya tak tahu apa yang hendak dibeli di Langkawi tetapi kini ia merupakan syurga cokelat dan barangan kaca. hamper kabur mata saya sepanjang beli-belah di sana. pada cuti merdeka, cek dan ayah ikut Nor ke sana pula. banyak yang mereka bawa pulang. termasuklah saya yang ambil kesempatan minta dibelikan cokelat. thanks ya Nor dan Arif. dalam hati saya masih menyimpan impian untuk ke sana lagi. one day akan pasti tiba. Langkawi mu tunggu aku datang. seruku.

SEPASANG KURUNG PINK

hai you alls. salam hari isnin. entri kat atas ni bukan nak cerita tentang baju kurung pink yang saya ada atau pun baju baru yang dibeli. ini adalah tajuk sebuah novel ya. novel ini ditulis oleh Nureen Mirza diterbitkan pada 17 Februari 2014 terbitan Karang Kraf. harganya RM23.00. serba sedikit sinopsisnya begini : "Jadikan Diza Irdina sebagai teman hidup aku?" Mama kata, Diza Irdina cantik. Boleh dijadikan calon isteri. Huh! Merepeklah... Cantik sangat ke perempuan itu? Muka pucat lesi. Pakai pula tudung litup. Asyik-asyik bajunya warna pink. Kerjanya pun setakat guru sekolah. Hisy, mana padan dengan dia, seorang engineer! Namun, puas dielak... jodoh Syahrin tetap dengan Diza. Misi sakit hati Syahrin pun bermula. Dia mahu membuli isterinya sesuka hati. Selagi perempuan itu tidak menangis, jangan panggil dia Syahrin Haiqal. "Sebelum keluar dari rumah awak, saya dah tengok muka saya kat cermin. Memang saya tak sepadan dengan awak.” Tetapi, Diza pun ada harga diri. Takkan selama-lamanya dia hendak biarkan Syahrin buli dia? Kalau orang tidak sudi, dia sedia angkat kaki. Sejak Diza pergi, hidup Syahrin jadi kosong dan sepi. Egonya turun naik bila Diza berbaik-baik dengan Remy. Tak boleh jadi! Dia mesti pikat isterinya kembali. Andai Diza tidak sudi, biarlah warna merah jambu yang dibenci itu menjadi pengubat rindunya. memang tengah layanzzz ni. hobi baca novel ni memang terpupuk sejak kecil dan terbawa-bawa hingga kini. rasanya dah beratus kot novel yang dibaca, namun satu pun tak dicoretkan. bahkan mungkin ada yang terlupa. menerusi 'pesona pelangi jiwa' semoga saya terus bersemangat melakar kisah diri ini. huhuhu

Monday, August 31, 2015

IC RECORDER SONY

salam kemerdekaan dan salam sehati sejiwa. sebenarnya peristiwa ni berlaku semalam iaitu hari ahad, tapi saja je nak taip hari ni. ia bagi mengenang sambutan hari kemerdekaan Malaysia Tanah tumpah darahku yang ke58 kan. semestinyalah dalam mood cuti umum, direct holiday. huhu! bukan itu yang seharusnya dikenang. apa yang tersirat dalam erti kemerdekaan yang perlu kita terapkan dalam hati dan minda. berbanggalah kerana menjadi rakyat Malaysia. meski diuji dengan cabaran dan dugaan, jangan sekali berundur dari medan. jangan sekali diperdagangkan bangsa Melayu dan Negara kita Malaysia meski diulit intan berjuta dan bintang berkelipan. inilah pusaka warisan tinggalan moyang yang akan kita wariskan pula bagi generasi terkemudian. janganlah mereka tidak dapat merasa apa yang telah kita nikmati dan kecapi sehingga hari ini. ok! semalam merayau dengan anak dan husband di plaza Low Yat. berpusing-pusing juga mencari benda ni. alah sebenarnya bukan susah sangat. tuju je ke Sony Centre, maka akan terjumpalah barang yang dicari. tapi saja melengahkan masa, dengan meninjau setiap kedai hp dan tablet. tak ketinggalan cuci juga tangan dengan hidangan laptop terkini. angan-angan telah dipasang untuk memiliki satu daripadanya. berbalik kepada tujuan asal, saya ke sini bagi mencari recorder untuk kegunaan tempat kerja. terdapat banyak juga Sony Centre di Low Yat ni. kerana terpesona dengan penerangan yang detail dan terperinci diberi oleh 'sales girl' berbangsa cina di aras 1, berakhirlah pencarianku. IC Recorder pink 4 GB jadi tarikan. harganya setelah diberi diskaun ialah RM399.00. terima kasih juga pada abang Long dan Rosni yang memperkenalkan saya dengan kemudahan ni. semoga adanya devise ini dapat membantuku melakukan tugasan pejabat nanti.

Tuesday, August 25, 2015

TERIMA KASIH ABANG

Assalamualaikum !! !! hai you all's. tulisan di bawah adalah selingan dari kata-kata abang yang cuba diterjemahkan oleh saya. ketika lif bergerak ke level 23 sempat lagi abang mengukir bicara. mungkin secara spontan di mana kami saling bersalaman sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. abang: sayanglah yang telah melahirkan kedua-dua putera untuk abang. saya: herm itu kebenarannya kan. abang: sayang sanggup berkorban melahirkan. saya: inilah sebahagian dari bakti yang ayang dapat tunaikan. apabila pintu lif terbuka, hati ini masih berbunga riang dengan kata-katanya. terima kasih abang kerana sentiasa mengenangkan diri ini. semoga abang dalam keadaan sejahtera dunia dan akhirat. amin! BEZA ANTARA Isteri dan Perempuan Simpanan En Suami : Ustaz.. pompuan simpanan saya lebih ramping tubuhnya.. tp isteri saya gemuk. Ustaz : Pompuan simpanan kamu pernah mengandungkan zureat kamu ke? Tentu tak kan? Sebab dia lebih sayangkan bentuk badannya dari kamu.. isteri kamu pulak sanggup korbankan bentuk badannya untuk kamu kerana dia lebih mencintai kamu dari bentuk badannya. En suami : Tapi ustaz pompuan simpanan saya lebih manja & lemah lembut. Isteri saya jarang ada masa untuk saya & kadang2 garang. Ustaz : Pompuan simpanan kamu takda tanggung jawab untuk dipikul tentang kamu, dia tak perlu ambil tahu semua masalah kamu, makan minum kamu, hutang piutang kamu, sebab itu dia sentiasa nampak gembira bila bersama kamu. Tetapi isteri kamu memikul semua beban masalah kamu, masanya dibahagi-bahagi antara kamu & anak2 kamu. Kerana dia tahu menjaga anak2 kamu adalah tanggung jawab & itu tanda cintanya padamu. En suami : Isteri saya jarang memujuk saya ustaz tak seperti pompuan simpanan saya.. Ustaz : Itu kerana isteri kamu sudah puas memujuk anak2 kamu bila mereka bertanya kemana kamu pergi tak pulang sampai ke pagi. Anak2 mengadu tentang kamu yang tak pernah ambil tahu tentang mereka bersedih memikirkan kamu yang tidak ada masa untuk mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di depan mata anak2 kamu sedangkan kamu sendiri terus hanyut bergelumang dosa dgn pompuan simpanan kamu itu. En suami : …. tapi kan ustaz…. Ustaz : Camni lah… kalau isteri awak sentiasa tak cukup sempurna di mata awak, awak ceraikan sajalah dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tak tahu bershukur seperti awak. Cuba awak pikir kalau bukan kerana dia yang korbankan bentuk badannya kerana awak, sepanjang hayat awak takkan melihat waris keturunan awak. Kalau dia mahu, dia bole memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai awak. Tapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tak pernah awak hargai. Bukan dia yang tak cukup sempurna tapi awaklah yang tidak layak mendapat seorang isteri seperti dia. Subhanallah!

Monday, August 24, 2015

HUKUM MENGAHWINI WANITA HAMIL

Assalamualaikum. sharing saya kali ini adalah untuk menunjukkan rasa sedih dan marah atas situasi yang berlaku dalam masyarakat. tak apalah ini sesuatu yang aib. biar yang Esa menghakimi di sana nnanti. ilmu ini dikongsi bagi mengelakkan kesalah fahaman dan kekeliruan yang banyak terjadi di media sosial. harapan saya semoga kita sama-sama sedar dan insaf bahawa hukumnya maha berat di akhirat. semoga generasi hadapan ku akan terlindungi dan terhindar dari bencana seumpama ini. amin! anak Luar Nikah Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net Soalan Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini. surachei@aicsemicon.com Jawapan UZAR Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita. Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya. Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu. "Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya. "Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta apabila kerosakan enjin keretanya" Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si empunya kereta memberitahu :- "Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol" Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah. "mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah. Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya. Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:- Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut. HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah. Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78). a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :- Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 ) b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :- وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3) c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :- والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 ) Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah : ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 ) Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah. Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik. Kes Zina Bermasalah Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain. Ulama berbeza pandangan dalam hal ini. Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21) Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a. Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a : Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati" Dan juga sebuah lagi dalil iaitu : لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح Ertinya : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif) Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah. Lagi Displin Khas Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah. Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya : "Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan) Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah. Adapun berkenaan jawapan seorang imam yang disebar luaskan oleh orang ramai berikut :- SIla buka di sini Jawapan di atas juga ada benar sebahagiannya jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini. Kesimpulan Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin. Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ 6 Mei 2007

SI IBU YANG BODOH

hai pembaca sekalian. post saya kali ini santai-santai saja. diharapkan pembaca tidak pernah jemu dan bosan. namun demikian ada mesej tersirat yang boleh kita ambil dari perkongsian di bawah. Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Naqiyudin Bilboa, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian. Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka! "Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi." Pendedahan Naqiyudin Bilboa itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin Bilboa menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya. "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!" Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin Bilboa itu. "Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..." Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin Bilboa itu. "Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin Bilboa di hadapan tu!" Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi. "Takde apa cikgu. Maaf cikgu." Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin Bilboa tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. "Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?" Cikgu Yong mengangguk. "Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?" Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin Bilboa. "Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh." Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin Bilboa menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin Bilboa sudah menyerang balas dahulu. "Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah. Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik! Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada...??" Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata. *** Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu. Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.' Meskipon si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada penilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya!

JIKA IA BERLAKU?

Assalamualaikum. ya, setiap daripada kita pasti merasai mati. terima kasih atas sharing yang sangat bermanfaat dari wall FB seorang teman. diharapkan ia akan berguna untuk setiap dari kita. Untuk rujukan Silalah kongsi dengan ahli keluarga dan sahabat2 Bagaimana kalau tiba tiba ada kematian di rumah kita Apa tindakan kita jika tiba tiba berlaku kematian yang mengejut di rumah kita Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah Jangan cemas tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua dua tangan di atas perut letak pisau gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling Tangan diikat dengan perca kain Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain jika ada darah yang keluar dari hidung telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik hospital Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah masjid Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520 mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu Patut juga kita ambil tahu nama nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba tiba terjadi dalam rumah masing2 Harus bersedia menghadapi kematian Mati yang pasti Wallahu alam

Wednesday, August 19, 2015

KENAPA SAYA YANG KENA? ? ?

sungguh malu rasanya. saya diminta lakukan sesuatu yang telah lama saya tinggalkan. kali terakhir, semasa di UM 9 tahun lalu. itu pun kerana tuntutan subjek. kali ni adakah dia kerana tuntutan juga. semoga ini yang terakhir. hopefully gagal lah. saya tahu saya bukan siapa-siapa. diri ni sememangnya "low profile". suka memberi khidmat di belakang tabir lakunya. tuhan tolonglah saya!

Monday, August 17, 2015

CAHAYA MATA KAK T DAN I

salam. dari title mesti telah dapat diteka apa yang ingin saya tulis. ya tahniah buat mereka. cahaya mata baru. cahaya mata pertama. semoga dengan kehadirannya akan bertambah seri mahligai yang dibina. saya hanya dapat khabar dari RA menerusi panggilan telefon. di hospital besar Selayang telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan.

LAPARNYA !! !!

salam isnin. hope you all in a good mood. selesai berusan di salah satu pejabat kerajaan yang terdapat di SA, saya beritahu abang tentang rasa lapar. saya: nak beli kuihlah. lapar sangat pagi ni. semalam makan awal kan. abang: herm. tak apa. kat ground floor ada kios. kita cuba tengok apa yang ada. roti pun boleh. saya angguk tanda setuju. selesai memilih dapatlah 2 "slice" roti sossage dan sekotak susu Dutch Lady. hati girang sebab rasa lapar akan terlunas sekejap lagi. naik je office terus buka bungkusan. herm lain macam je bau dia. kata saya dalam hati. tak puas hati tangan mencubit sedikit roti dan sossage. sah memang rasanya sudah berlainan. mayonisnya agak berlendir. mungkin roti ni dari hari khamis atau jumaat lagi kan. segera bungkusan dicampakkan ke dalam tong sampah di sisi. bukan rezeki getus saya. mujurlah ada 1 friend ni nak turun sarapan. kenalah beli lain sebagai ganti. peringatan pada diri dan sahabat pembaca sekalian, di kala enak memilih roti pelbagai rupa dan rasa, cuba perhatikan hari apa ni ya. of course lah jika di bangunan kerajaan, mana mungkin ada kios yang dibuka pada cuti hujung minggu kan! so tak payahlah nak teruja sangat! macam saya yang dah terkena di pagi hari ni!

Thursday, August 13, 2015

JAUHNYA !!!! MAKAN SEAFOOD

punya lama barulah teringat nak tulis kisah ni. bukan melupakan tapi ia masih segar di ingatan. jauh kami berjalan ke restoran Alai Melaka untuk makan seafood. sangat berbaloi! warga nuri telah menggamatkan suasana kedai sepanjang 3 jam. antara menu pilihan ialah sotong tepung, udang tepung, kupang, ikan siakap, kembong dan cencaru. maaflah saya dah lupa nama masakkannya. sepahat adalah jenis makanan laut yang saya tak pernah makan sebelum ni. ia berbentuk jejari. setakat mencuba boleh la! mujurlah tak ada kepah dan tiram. hamper 2.00 pagi kami tiba di rumah masing-masing dan esoknya diisytiharkan cuti. tarikh peristiwa: 15.09.2013

KALAM JAMA'I

pada hari sabtu lepas Adam telah menyertai pertandingan Kalam Jama'i peringkat Serdang bertempat di sekolah KAFA Integrasi Taman Ihsan Impian Balakong. pada mulanya saya tak faham apa itu Kalam Jama'i. rupa-rupanya ia mirip dengan "coral speaking". Alhamdulillah Adam dapat hafal setiap perkataan berbahasa arab sepenuhnya. saya kagum setiap kali dia praktis di rumah. meskipun hadiah bukanapa-apa, ia lebih kepada penghargaan buat Adam permata hati ummi dan abah.

Wednesday, August 12, 2015

PUTUSKAH SAHABAT DENGAN RM10?

sambil belek-belek katalog avon tidak terduga keluar ayat ini dari abang. "takkan kerana RM10 putus sahabat kot?" saya tersentak. fikiran segera berbalik kepada peristiwa hamper 2 bulan lalu. sulit untuk dirungkai sukar untuk diceritakan. inilah lumrah kehidupan. L telah membeli minyak Wangi Vanilla Soft Mass ML50 dengan sekian harga. perasaan curiga dan tidak puas hati memaksa bibit pertelingkahan tercetus. dalam apa jua keadaan saya merendah diri dan mengalah. saya telah di unfriend dari FB dan di remove dari group whatsapp. so .. .. .. .. .. kau yang memutuskan. inilah kesudahan .. .. .. .. .. .. . ..

Monday, August 10, 2015

TRAGEDI DI ELITE HIGHWAY

selesai berbuka, tak sabar nak update 1 perkara yang terjadi petang tadi "on the way" dari office. abang jemput saya sekitar 6.00 petang. hati berdebar sebenarnya nak menukar arah perjalanan. maklumlah saya ni memang takut sikit naik motor di highway. ya lah semua kenderaan akan speed maksima kan. setibanya kami di permulaan highway elite, cuaca macam nak hujan. angin bertiup kuat. jalan agak sibuk kerana kenderaan saling berasak-asak untuk ke distenasi masing-masing. ini kali ketiga kami menggunakan lebuh raya elite dengan cara berbeza. kali ni cadangnya akan keluar di exit 606 "Saujana Putra" lalu bersambung ke SKVE sehingga ke Country High dan mengambil highway Kajang Silt pula sebelum sampai ke tadika anak. tak sampai 10 minit masuk ke highway, abang membrek. motor. tak semena-mena aku rasa ada sesuatu telah melanggar kami dari belakang. syukur sangat kami tidak jatuh. namun dapat kudengar sesuatu berupa plastic telah pecah. abang berhentikan motor. tetapi kenderaan yang melanggar kami tidak. abang memblok di hadapan kenderaan tersebut. ya Allah, pacuan 4 roda Toyota Hi-Lux rupanya. abang berbincang dengan pemandunya. "maaf sebut" berbangsa cina dengan seorang pekerja Indonesia. mereka berdolak-dalih. aku amat terasa akan hentaman kenderaan di belakang. takkan no. plat hadapan kenderaan tersebut boleh patah sendiri tanpa melanggar sesuatu. tidak mendapat apa-apa, abang terus beredar. terima kasih aku ucapkan kepada pemandu tersebut yang sedikit pun tidak punya rasa tanggung-jawab atas perbuatannya. rasa bersalah jauh sama sekali. semoga mendapat balasan setimpal atas penganyiayaan ini. kubernekad tidak akan gunakan highway elite lagi selepas ini sekiranya bermotorsikal. "back to normal" pujukku pada abang walau hatiku fobia sangat.

PEMANDU KERETA!!TOLONGLAH BERHEMAH

salam to all. sebenarnya entri ni dah nak saya tulis dari minggu lepas lagi. tetapi memandangkan ini kejadian kedua dalam masa terdekat so kita combind lah sekali ni. kejadian ni menimpa di tempat hamper sama iaitu di seksyen 7 BBB. tetapi nasihat ni sememangnya dituju pada semua exspecially bagi yang bawa kereta. kali pertama khamis lepas. keteka tu bersama abang dan anak membonceng motorsikal di sekitar jalan sebelum masuk ke kawasan pasar malam. abang memberek dengan kuat dan kami hamper hilang kawalan. abang sempat berhenti dan memarahi pemandu yang tidak mengikuti peraturan sebenarnya. begitu juga kejadian pagi ni "on the way" ke pejabat. abang terpaksa membunyi hon dengan kuat agar si pemandu sedar akan kesilapannya. senang cerita saya nak mention kat sini kepada para pemandu kereta tolonglah berhemah sikit. apabila dah buat keputusan untuk masuk simpang atau menukar layn dan masuk ke susur dipersilakanlah memberi signal dan tolong tengok cermin pandang belakang anda bahawa ada terdapat penunggang motorsikal berdekatan anda atau pun tidak. kasihanilah kami para penunggang motorsikal yang ibarat timun. melanggar pun kami terluka dilanggar pun lebih-lebih lah lagi. janganlah nak kata pada kami begini pulak. kalau takut naik motorsikal maka naiklah kereta untuk ke mana sahaja. ingat semua bahawa kami bukan suka-suka untuk menunggang motorsikal demi membahayakan nyawa kami sendiri tatapi kami tidak mampu untuk berkereta seperti anda saban waktu. sekianlah dulu. sama-samalah kita berhati-hati di jalanraya!