Wednesday, October 7, 2015

RINDU AWAK 200 %

assalamualaikum semua. inilah yang terjadi padaku di kala hati gundah gulana. saat jiwa berduka nestapa. ketika raga bertamu dengan rawan. mana tidaknya sehari dua ni kudihimpit pelbagai dugaan & dan masalah. bagaimana untuk kucoretkan satupersatu dalam blog kecilku ini ya! tentang perasaanku! tentang harapanku tentang cita-citaku. tentang kelemahanku dan tentang apa-apa saja yang membelenggu diri saat ini. kesihatan cek dan ayah sangat membimbangkan. mereka dimasukkan ke ward hospital Ampang oleh Nor. mujurlah Anis sedia menjaga keduanya. hanya doa kutitip dari jauh kerana kekangan masa dan jarak tempat tinggal, aku dan suami tidak betah menziarahi saban hari. kusemakin terhimpit dengan keadaan dan suasana di tempat kerja. kadang-kadang aku merasa ada lebih baiknya aku menjalani kerjaku yang seperti dulu iaitu juru urut sepenuh masa. meskipun bayaran diterima tidak tetap tetapi aku sangat berpuas hati dengan tenaga yang telah aku curahkan, tidak seperti di sini, aku terasa seolah-olah makan gaji buta lakunya. ya Allah, hanya Dikau yang dapat melepaskanku dari bebban perasaan ini, aku semakin tertekan dari hari ke hari, tidak cukupkah aku untuk melaluinya meskipun ini yang telah ditakdirkan padaku sejak azali lagi. banyak lagi yang aku nak perkatakan tentang situasiku di tempat kerja. namun biarlah aku catatkan dari masa ke masa nanti, kupercaya setiap orang pasti mempunyai cabaran dan pengalaman masing-masing, ini hanyalah dari persepsiku saja. mudah-mudahan tiada yang menganggap aku ini lemah, mengada-ngada, sell-fish dan sebagainya. tolonglah wahai pembaca sekalian, jangan letakkan diri ini dilebel itu kerana aku OKU yang semestinya tidak diminta untuk dilahirkan sebegini, ini adalah sebahagian ujian yang Dia telah gariskan untuk aku dan insan senasib telah dan akan harungi. tolonglah belajar mengenali kami seperti mana kami tetap belajar untuk mengenali hati kamu dan diri kami juga. jangan letakkan kami di aras paling bawah, tanpa kalian metetakkannya, telah kami sedar akan hakikat itu, tolong pimpin tangan kami untuk bangkit dari tempat tersebut. sedarlah kita hanya khalifah yang dilahirkan sementara di mukabumi ini. dengan terungkapnya kata-kata ini menandakan rawan di hati sudah menjulang ke tahap maksimam. sebaik saja dilahirkan dan sehingga ke saat ini pun kami perlu lalui pedih luka yang sama. boleh diibaratkan sengaja mengambil pisau dan memotong jari sendiri dengan harapan hirisan kedua, ketiga dan seterusnya menjadikan kami lebih kebal lagi. tapi tidak, darah merah tetap mengalir dari jari itu bisa dan pedih tetap mencecah sampai ke tulang. diri ini bukan besi waja yang ampuh untuk menahan titisan airmata dari tumpah ke pipi. rayuanku! sempurnakan hidup kami dengan kesempurnaan yang anda miliki. itulah kebahagiaan yang kami damba di alam fana' ini. akibat dari memendam rasa di lubuk sukma, aku grab lagi 2 buah novel secara online. inilah kegemaran ku saban kali dilanda resah yang tak bernoktah selain dari menangis dan menikmati kelazatan makanan yang manis seperti kek, cokelat, trafel dan yang seangkatan dengannya. ulasan novel ada kat bawah ni ya. jangan lupa review tau, harap terhibur! novel ditulis oleh Liyana Zahim dan diterbitkan Krangkraf pada 6 September 2013. mengandungi 608 mukasurat dan berharga rm23.00. ZILL FAEZRUL IQBAL - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang, tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya, rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku-sakat Jula Juli Bintang Tujuh? nak tahu tentang keseluruhan plot dan jalan cerita kenalah beli novel tu ye! okay see you all in the next entry.

No comments:

Post a Comment