Sunday, October 18, 2015

SUSPEK DENGGI

hamper tidak dapat melelapkan mata pada malam sabtu lepas. Danial anakku diserang batuk yang sangat teruk. jam menunjukkan angka 1.00 pagi. dia lapar dan ingin makan nasi. abah segera membawa dia turun makan di kedai berhampiran sementara saya tinggal di rumah menunggu Adam yang tidur. pukul 2.00 pagi keadaan agak tenang sedikit setelah diberi ubat batuk Woots yang dibeli dari Seven Eleven. beberapa jam kemudian dia mengadu pula sakit perut. dengan pengalaman yang ada, saya mengambil minyak ubat TYT dan menyapu di keseluruhan betis. pada saat inilah kekhuatiran saya bertambah kerana nafasnya sudah berbunyi dan tersekat. saya kejutkan abang dan Adam dan kami bergegas ke hospital Serdang. jam 7.00 pagi Danial dikejarkan ke bahagian kecemasan. darahnya diambil, di xray dan diberi gas sebanyak 3 kali bagi mencairkan kahak. hamper jam 10.00 pagi, baru keputusan dapat dibuat para doctor. jika perkembangan terus negative, ke arah serangan denggi, Danial perlu dirujuk ke klinik kesihatan Bangi sebelum admit ward . hati ni mula gelisah dan tidak tenteram, tambahan pula Danial enggan makan ubat yang diberi, menjelang tengah hari suhu badannya menjadi lebih panas. saya tersangat risau. namun saya tetap memujuk Danial untuk makan sedikit bubur nasi. dengan pemahaman yang diberi Danial akhirnya setuju untuk makan dan menelan semua ubat yang diberi. barulah fikiran ni dapat berfungsi dengan waras semula. saya cuba menyelidik dari teman dan keluarga menerusi whatsapp tentang langkah pencegahan denggi. inilah yang ingin saya kongsi dengan pembaca sekalian. berilah mereka minum air rebusan pucuk betik. jika tidak pun, dapatkan jus betik yang telah dibotolkan dari farmasi berhampiran. selain itu juga minumlah air rebusan ketam batu yang telah dimasak sehingga empuk. semoga perkongsian dari saya ini akan berguna buat kalian yang memerlukan satu hari nanti. semalam, Danial kembali bertenaga seperti biasa, di sudah makan semula, bermain, suhu badan tidak lagi panas dan batuk mula berkurangan. namun demikian rasa bimbang masih bertamu. saat ingin ke tempat kerja, batuk sudah kembali menyerang. apa yang terlintas di fikiran, sepulang dari tempat kerja akan saya dan abang usahakan membeli madu pula. semoga Danial cepet sembuh dan pulih seperti biasa. amin!

No comments:

Post a Comment