Wednesday, November 30, 2016

5 Hari Tanpa Kamu

salam semua. pagi-pagi ni mood ummi dah terganggu. panggilan telefon dari Nor membuat hati ini dilanda kecamuk. bahang perasaan kian menular. mengundang resah dan menyesakkan dada. kenapa nak? kenapa nak? ummi tak faham. kesalahan apa yang ummi lakukan sehingga orang sekeliling melihat kamu sedang memberontak? kenapa setiap kali kamu tidak bersama ummi dan abah kamu jadi begitu? seseungguhnya hati ummi benar-benar hiba sepanjang separuh hari ini. ummi tak mampu fokus. fikiran ummi terbawa jauh untuk mengawasi kamu. kenapa? sukarkah untuk kamu mendengar nasihat sesiapa sahaja yang berdekatan dengan kamu? kenapa kamu membuat hati ummi tersedu-sedu sendiri. nak diluah pada abah. ummi tak pasti. takut keadaan makin keruh. hanya doa ummi titip dari jauh. Ya allah, selamat dan lindungilah permata hati ku walau di mana dia berada. peliharalah keduanya dlam rahmat kasihMu. amin! semoga Yang Di Atas memahami maksud doa hamba yang sangat kerdil ini. kenapa dengan teguran-teguran mereka ummi rasa sebal sangat. hati ini tercampak remuk ke lantai. bagaimana sebenarnya mereka mendepani anak-anak ummi? ummi tidak tahu. apakah kau sebenarnya disakiti dengan perkataan? jika itu nak. pulanglah pada ummi. biarkan ummi terus membesarkan kamu walau dalam masa senggangmu yang panjang. ummi beri peluang ini kerana ummi faham akan hati kecilmu. kemahuanmu meminta supaya ummi mengizinkan kamu ke sana. adakah kerana ketiadaan ummi di sisi membuat kamu bersikap sedemikian rupa? ingatlah apa yang telah ummi ajarkan pada kamu selama ni. pandai-pandailah kamu bawa diri. kenapa perlu kamu memecahkan lampu belakang kereta poksu? adakah kerana mereka yang membahangi kamu? tapi ummi tetap memperingatkan kamu tentang perasaan sabar. sabar dan sabarlah wahai permata hatiku.

BLOG DI IPHONE

Tak tahu lah kerja apa nak buat pagi-pagi ni. Merapu kat appstore gayanya. Test aplikasi yang mesra bagi orang buta. Ni lah hasilnya. Harap-harap menjadilah. Sebelum ni dah cuba juga. Tapi tak berapa berjaya. 😇😇☺️☺️

APL : JANGAN LUPAKAN AKU

hari ni baru ada mood untuk mengupas akan novel yang sedang aku baca. tapi APL hanya bacakan satu bab pada setiap kali siaran. jadi aku kena bersabar untuk mengetahui kesudahan novel ini. herm, secara keseluruhan ia agak menarik dan terdapat juga unsur-unsur yang tidak dapat aku teka apa akan terjadi. aku suka dan gemar jalan cerita novel yang begitu. tidak terlalu rigik pada satu-satu motif tertentu. tak rugi untuk dimiliki dan dibaca. namun perlu diutamakan apa yang utama. ini semua rencah dunia! ikutilah ulasan serba sedikit di bawah yang aku petik dari laman karangkraf. tajuk : Jangan Lupakan Aku Penulis : Iza Safiya Harga: RM 22.00 ISBN: 978-983-124-840-9 Halaman: ~576 Berat: 400 gram Tarikh Terbit: 20 Jan 2013 Sinopsis Zara rela apabila Izack meluahkan cinta terhadapnya. Kesungguhan Izack serta restu keluarga membuatkan Zara pasrah menerima lafaz akad seorang lelaki. “Aku suami dan kau isteri... bersetialah kita pada janji sehingga mati!” Namun, kebahagiaan mereka bagai terhenti apabila Izack kemalangan. Dia mengalami kecelaruan ingatan. Izack yakin dia masih bujang dan sedang bercinta dengan Nyiela, kekasihnya yang hidup bebas. Tetapi, hatinya jadi sakit pada hakikat yang dia seorang suami pada wanita yang suka berbaju kurung dan bertudung litup. Menerima hakikat Izack tidak mengingatinya, Zara jadi sengsara. Nama Nyiela sering disebut oleh suaminya dalam sedar atau mimpi. Akhirnya, Zara relakan Izack mencari Nyiela demi satu hakikat. “Abang... Cinta kita adalah benar! Perkahwinan kita adalah benar! Zara sangat cintakan abang. Abang pun memang cintakan Zara!” Masihkah ada sisa kasih di hati si suami? Masih belum cukupkah air mata Zara agar ingatan Izack kembali pulih? Hanya takdir yang merungkai segalanya. saat ini aku telah pun membaca sehingga bab tiga puluh. sepuluh bab awal boleh dibaca di laman karangkraf juga. pada aku Zara merupakan seorang gadis melayu yang teguh dengan identiti melayu dan penulis berjaya memperkuatkan elemen kemelayuan dalam watak Zara. begitu juga dengan Izack. seorang yang berjati diri tinggi meski jauh berkelana di US. adakah kebahagian kekal milik mereka? cuma ketahuilah bahawa di dunia ini tiada satu pun yang akan kekal. selamat membaca. note : aku bukan siapa-siapa untuk membuat ulasan. sekadar menyatakan apa yang terlintas di fikiran sahaja. tak suka tak apa!

Saturday, November 26, 2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI GABUNGAN SHAH ALAM

tepat jam 8.15 sebentar tadi kami berempat telah tiba di dewan Al-Falah SRA Seksyen 3 Shah Alam demi menyaksikan sebuah majlis gilang-gemilang untuk anak-anak PASTI. majlis kali ini mengiktiraf semua anak-anak berusia 4-6 tahun yang belajar di PASTI As-Shafi'ie seksyen 2 dan PASTI Khalif seksyen U12. apa yang menyebabkan hati ini dicuit keturjaan ialah Danial telah mendapat nombor 1 untuk pelajar berusia 5 tahun. Adam pula mendapat nombor 5 juga sangat membanggakan hati ummi. pada malam ini juga ibubapa dan hadirin disajikan dengan persembahan anak-anak dari kedua-dua pasti. Danial menyampaikan persembahan untaian hadis dan selawat tafrijiyah. Adam pula mempersembahkan 2 buah lagu nasyid bertajuk Bahtera Nuh dan PASTI Cemerlang Dan Terbilang. yang membuat hati ummi bertambah terharu Adam telah menyampaikan ucapan alu-aluan. ummi tak sangka Adam boleh melakukannya meski berhadapan dengan orang ramai. padahal di rumah, ummi tak pernah mendengar Adam membuat sesi latihan. "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. kami dari kumpulan nasyid PASTI As-Shafi'ie akan mempersembahkan 2 buah lagu yang bertajuk Bahtera Nuh dan PASTi Cemerlang Dan Terbilang". cukup dengan beberapa patah perkataan membuatkan hati ummi terusik bangga. semoga dikau lebih cemerlang pada masa hadapan duhai kedua puteraku. hampir jam 10.30 majlis telah berakhir. sebelum berpisah, kami bertemu sua dengan mualimah Hafizah dan guru-guru lain untuk mengucapkan selamat tinggal dan memohon maaf atas segala silap dan salah selama ini samada secara sengaja mahupun tidak. mohon guru menghalalkan setiap titis ilmu yang disampaikan kepada kedua-dua putera kami. merisik khabar potensi Adam : mualimah memberitahu sebenarnya orang lain sepatutnya yang menyampaikan ucapan tersebut, namun tidak menghadirkan diri. dengan bijak dan pantas, mualimah membuat keputusan bahawa Adam wajar menjadi pengganti. alhamdulillah! syukur atas anugerahNya. Adam mampu memikul amanah yang diberi dengan jaya. berakhirlah kisah perjalananmu di PASTI nak! semoga kamu siap untuk menempuhi alam baru dan masa depan yang lebih mencabar. 4 Januari - 25 November 2016

HARI ORIENTASI MURID

sebelum jam 9.00 pagi kami telah tiba di SRSA untuk pendaftaran 2 putera ke darjah 1 dan pra sekolah. alhamdulillah, mereka tetap bersekolah di tempat yang sama. sangat merunsingkan hati ummi dan abah jika mereka perlu diasingkan tempat persekolahan. ummi hampir 14 tahun telah meninggalkan alam persekolahan. semoga hati ummi tetap kuat untuk mengasuh semua anak-anak ummi. ummi mendengar ceramah pengenalan di dewan sekolah sementara abah ke kelas pra dan mendengar taklimat yang disampaikan. sebelum itu, Adam telah diserahkan kepada guru kelas 1 Z/merah untuk mengikuti sedikit ujian literasi dan mumerisasi. Ya Allah betapa berdebarnya hati ummi tatkala begini. seolah-olah ummi yang akan menduduki ujian tersebut. semoga Adam dapat melakukan yang terbaik. hanya doa yang mampu ummi hulurkan. setelah itu, ummi dan abah kiu pula untuk pendaftaran dan pembayaran yuran sekolah. sebanyak RM139.00 termasuk sumbangan PIBG. baju sukan sekolah lengan panjang telah ditempah untuk Adam. Adam memaklumkan kepada ummi bahawa sekolahnya besar sangat dan ramai orang. inilah pengalaman untuk kamu nak! ummi pun seperti kamu juga sewaktu kecil dahulu. semoga anakku tidak melalui kesusahan seperti yang pernah ummi lalui. anugerahkan kekuatan buat kedua-dua puteraku. itu doa yang tak henti-henti ummi pohon. sebelum pulang kami melunaskan bayaran Rm100.00 untuk baju seragam prasekolah Danial pula. selamat datang 3 Januari 2017! di sinilah anak-anak ku akan mengisi usia kanak-kanak dengan himpunan ilmu.

Friday, November 25, 2016

PENGALAMAN BERTANDOM DENGAN SUAMI

hai salam untuk semua. dah lama tidak menjengah dqan update blog ni. maklumlah kesibukan dan juga kemalasan sedang tegar melanda. ni petang-petang Jumaat, sementara menunggu waktu balik pejabat, kita curi-curi masa sikit lah kan. kisah yang nak saya tulis ini agak panjang sebenarnya dan berlaku sekitar 2 minggu sudah. berjanji dengan Siti Huraizah di MAB sempena carnival usahawan OKU anjuran PERKUM membuatkan hati ni teruja nak bertandom semula. bukan apa, saja untuk mengisi masa lapang kerana ketiadaan program pejabat mahupun program peribadi. lagi pun saya tertarik dengan semangat dia yang sedang giat bertandom. berdasarkan pengalaman, Siti Huraizah lebih dahulu otai dari saya. saya ni bukan nak menjadi rider tegar. sekadar seronok-seronok sahaja. lagi pun lebih banyak tanggungjawab lain perlu diutamakan. secara bergurau, saya cuba dapatkan respon en. suami. mujurlah dia tidak membantah. katanya dia tiada langsung pengalaman bertandom. naik basikal bersendirian di kampong di masa kecil dan remaja tu adalah. dia sangat teruja untuk ride dengan saya kali ni. untuk mendapatkan lebih maklumat tentang program bertandom, Siti Huraizah telah meminta group Rainbow tandom rider untuk add saya sebagai salah seorang ahli mereka. saya dengan senang hati bersetuju. kata Siti Huraizah lagi, group ini adalah hasil kerjasama antara volunteers dan kebanyakan program di bawah kendalian mereka. group tandom MAB, tidaklah semeriah group ini. herm. tak apalah. saya bukan mengejar nama apa lagi bak berlumba-lumba. saya join sekdar untuk melepaskan stress dan menganggapnya sebagai satu aktiviti riadah. setelah menjadi sebahagian dari ahli group RTR, barulah saya tahu tentang perjalanan aktiviti grou. segala info mengenai tandom dan basikal aje yang akan dibincangkan. sesuailah dengan matlamat penubuhannya kan. terdapat 1 program overnight yang ke Hulu Langat pada Februari 2017. saya terpaksa tolak tepi kerana perlukan bermalam. saya punya tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak. herm. tak apalah. nanti-nati adalah rezeki tu. tidak lama kemudian, saya mulakan komunikasi bertanya mengenai ride terdekat. kata Eddy Chong, pada 13.11 akan diadakan trip ke Jenjarom dari HTCC Heavy Tour Cycle Centre Subang Jaya. setelah memikirkan masak-masak saya bersetuju memandangkan masih terdapat kekosongan. tapi apa yang membimbangkan, saya tidak mempunyai helmet basikal dan padding pance. dengan kayuhan sejauh km78 mampukah saya bertahan. tak apalah. ini kali pertamakan. saya sahut cabaran, walau hakikat akan sakit di bahagian ponggong kerana saiz tempt duduk terlalu kecil. nak beli kesemua perllatan tersebut, ia tidak termasuk dalam bajet kami. en. suami pun belum beri lampu merah untuk berbuat demikian. pada pagi yang dijanjikan, dengan hanya berpakaian sukan biasa kami bergerak ke tempat berkumpul. anak-anak dijaga oleh ibu dan ayah mertua yang baik hati. aku sebenarnya sangat berdebar kerana tidak melakukan sebarang persiapan samada dari segi ttamina dan training. hanya sebotol air mineral dan sebotol 100 plus yang kami bawa. menunggu hamper 30 minit, marsher mengarahkan masing-masing mengammbil tandom, helmet, mengenali stokker dan membuat persediaan akhir seblum perlepasan. belum separuh jalan telah aku rasa kepenatan. ish. ish. ish. tu lah langsung tak buat persiapan. padan muka aku kan. tapi aku terima segalanuya kerana motif aku join sekadar untuk riadah sahaja. tak lebih dari tu. dari pengalaman pertama husband, dia kata okey. tapi basikal digunakan semacam tiada power langsung. semakin lama ia semakin berat meskipun pergerakan gear telah dikawal. kebanyakan masa kami perlu mengerah tenag untuk ride. mungkin kerana husband tiada pengalan mengendalikan tandom putusku dalam hati. hampir 2 kilometer sebelum ke garis penamat, aku semakin sakit di bahagian ponggong dan sukar bagiku meneruskan kayuhan. lagipun kasihan sangat aku tengok husband yang dah kepenatan melayan basikal yang tak berapa sihat tu. aku teruskan perjalanan dengan support car untuk menikmati sarapan pagi di warung mamak berdekatan tesco Jenjarom. pada kayuhan pulang, aku nekad untuk berkereta sahaja dan membiarkan husband berkayuh sendirian lagi. hampir 5 kilometer, husband tidak dapat meneruskan kayuhan kerana keadaan basikal yang tidak mengizinkan. dia akhirnya berkereta bersamaku sehingga ke Subang Jaya semula. hampir jam 1.15 petang kami selamat tiba ke destinasi permulaan. dengan penat yang menghantui kami mengucapkan thanks to all support team kerana dapat menganjurkan program dengan jayanya. next trip pada 11.12 ride dari MAB ke hospital Orang Asli di batu 12 Gombak. aku tidak join kali ni setelah mengambil kira pandangan husband. husband nak tumpukan pada jarak yang dekat-dekat sahaja. aku juga berfikir sedemikian. so next trip kami adalah pada 3 Disember, MAB ke Bukit Tungku. semoga kali ni kami akan berjaya. doakan kami wahai pembaca budiman. tunggu next entry kalau berminat nak tahu! harap-harap basikal yang kami dapat masa tu mesra alam dan tak banyak onar. dari ulasan group, pastilah aku bahawa basikal yang kami ride telah rosak rantai dan giernya. namun ia tetap menjadi ride yang menyeronokan.

Wednesday, November 23, 2016

WA AKU PENGLIPUR LARA

salam tengah hari. entah siapalah yang sudi view blog ni. tak perlu aku usha. siapa yang sudi baca, bacalah. ini sekadar kisah peribadi aku. tempat ni lah yang menjadi kesukaan saya mencatat sesuatu kisah hidup, selain dari FB, twitter dan sebagainya. biar pun ayat yang tercipta tidak seindah penulis mahupun sasterawan, aku tetap bangga. sekurang-kurangnya dapatku mencatat seuatu sebagai kenangan dalam hidup. dulu kita popular dengan catatan diari. aku tak pernah lama menulis suatu diari. minat hanya sebentar. lepas tu tergendala separuh jalan. mujur ada blog. nak update bila, hanya perlu log in sahaja. tidak perlu dibawa ke hulu ke hilir seperti membawa diari. saat ini semuanya menjadi lebih mudah. dalam waktu tengah hari begini, satu whatsapp dari teman sekolah ku Idah yang bertanya khabar menarik hati aku untuk bersembang lanjut. padahal aku sibuk benar pada masa tu. membuat statistik bulanan untuk bahagian aku bertugas. naik pening dibuatnya memandangkan formula-formula yang digunakan. bukan aku biasa sangat dengan excell ni. sekadar guna bila perlu saja. Idah serba sedikit menceritakan kegiatan waktu lapangny. kata dia, sekarang ni tengah excited melayan novel, cerpen dan drama audio yang dihantar menerusi whatsapp group. pening kepala ku terhenti tiba-tiba, memaksa ku beralih topik dan perhatian pada voice message Idah. wow. macam seronok ulasku dengan penuh minat. group tersebut dinamakan aku penglipur lara yang ditadbir oleh OKU penglihatan nun jauh di utaranya. tanpa segan-segan aku meminta Idah supaya dapat menambahkan aku sebagai ahli. Idah bersetuju untuk memberitahu admin. dia juga tak kedekut denganku kerana sudi menghantar bab-bab sebuah novel yang sedang berlangsung. tajuknya aku kupas nanti. voice over Damayanti menjadi pembaca setia. walaupun dengan loghat Indonesia ia tidak mematahkan semangat aku untuk meneruskan minat ku yang satu ini. terima kasih Idah. walau dalam keadaan apa sekali pun kau tidak pernah melupakan aku. berbalik kepada tajuk novel aku bercadang untuk mengupas sinopsis sekali. jumpa lagi.

Sunday, November 6, 2016

HARI KONVOKESYEN ADAM

hari ini adalah hari yang penuh rahmat. diiringi dengan hujan renyai di awal pagi, meluncur perodua viva kecil membelah jalanraya menuju ke dewan Kemunting seksyen 25. di bumi ini Adam dinobat sebagai pelajar pasti kerana telah menamatkan usia pembelajaran selama 2 tahun dengan cemerlang. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dari Yang Esa. Ummi dan abah menjadi saksi atas keringat dan jerihmu wahai anak. ummi dan abah bangga sangat. kamu berdua mampu menghafal bacaan solat, doa harian dan surah-surah pilihan dalam Al-quran. kamu telah mengenal huruf, pandai mengeja dan mengira. terima kasih dan sekalung penghargaan kepada PASTI As-Shafi'ie dan PASTi Siti Sarah. terima kasih seluas lautan buat semua guru dan sesiapa sahaja yang teribat memberikan pendidikan kepada kedua-dua putera hati kami. sayang, Danial tidak dapat meneruskan graduasi di PASTI kerana perlu menyambung pelajaran di prasekolah. tahniah.tahniah.tahniah. anak-anak ummi. ummi abah sayang kamu selamanya!inilah sijil pertama Adam. ummi dan abah akan simpan sehingga dewasa.