Saturday, November 26, 2016

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI GABUNGAN SHAH ALAM

tepat jam 8.15 sebentar tadi kami berempat telah tiba di dewan Al-Falah SRA Seksyen 3 Shah Alam demi menyaksikan sebuah majlis gilang-gemilang untuk anak-anak PASTI. majlis kali ini mengiktiraf semua anak-anak berusia 4-6 tahun yang belajar di PASTI As-Shafi'ie seksyen 2 dan PASTI Khalif seksyen U12. apa yang menyebabkan hati ini dicuit keturjaan ialah Danial telah mendapat nombor 1 untuk pelajar berusia 5 tahun. Adam pula mendapat nombor 5 juga sangat membanggakan hati ummi. pada malam ini juga ibubapa dan hadirin disajikan dengan persembahan anak-anak dari kedua-dua pasti. Danial menyampaikan persembahan untaian hadis dan selawat tafrijiyah. Adam pula mempersembahkan 2 buah lagu nasyid bertajuk Bahtera Nuh dan PASTI Cemerlang Dan Terbilang. yang membuat hati ummi bertambah terharu Adam telah menyampaikan ucapan alu-aluan. ummi tak sangka Adam boleh melakukannya meski berhadapan dengan orang ramai. padahal di rumah, ummi tak pernah mendengar Adam membuat sesi latihan. "assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. kami dari kumpulan nasyid PASTI As-Shafi'ie akan mempersembahkan 2 buah lagu yang bertajuk Bahtera Nuh dan PASTi Cemerlang Dan Terbilang". cukup dengan beberapa patah perkataan membuatkan hati ummi terusik bangga. semoga dikau lebih cemerlang pada masa hadapan duhai kedua puteraku. hampir jam 10.30 majlis telah berakhir. sebelum berpisah, kami bertemu sua dengan mualimah Hafizah dan guru-guru lain untuk mengucapkan selamat tinggal dan memohon maaf atas segala silap dan salah selama ini samada secara sengaja mahupun tidak. mohon guru menghalalkan setiap titis ilmu yang disampaikan kepada kedua-dua putera kami. merisik khabar potensi Adam : mualimah memberitahu sebenarnya orang lain sepatutnya yang menyampaikan ucapan tersebut, namun tidak menghadirkan diri. dengan bijak dan pantas, mualimah membuat keputusan bahawa Adam wajar menjadi pengganti. alhamdulillah! syukur atas anugerahNya. Adam mampu memikul amanah yang diberi dengan jaya. berakhirlah kisah perjalananmu di PASTI nak! semoga kamu siap untuk menempuhi alam baru dan masa depan yang lebih mencabar. 4 Januari - 25 November 2016