Wednesday, November 30, 2016

5 Hari Tanpa Kamu

salam semua. pagi-pagi ni mood ummi dah terganggu. panggilan telefon dari Nor membuat hati ini dilanda kecamuk. bahang perasaan kian menular. mengundang resah dan menyesakkan dada. kenapa nak? kenapa nak? ummi tak faham. kesalahan apa yang ummi lakukan sehingga orang sekeliling melihat kamu sedang memberontak? kenapa setiap kali kamu tidak bersama ummi dan abah kamu jadi begitu? seseungguhnya hati ummi benar-benar hiba sepanjang separuh hari ini. ummi tak mampu fokus. fikiran ummi terbawa jauh untuk mengawasi kamu. kenapa? sukarkah untuk kamu mendengar nasihat sesiapa sahaja yang berdekatan dengan kamu? kenapa kamu membuat hati ummi tersedu-sedu sendiri. nak diluah pada abah. ummi tak pasti. takut keadaan makin keruh. hanya doa ummi titip dari jauh. Ya allah, selamat dan lindungilah permata hati ku walau di mana dia berada. peliharalah keduanya dlam rahmat kasihMu. amin! semoga Yang Di Atas memahami maksud doa hamba yang sangat kerdil ini. kenapa dengan teguran-teguran mereka ummi rasa sebal sangat. hati ini tercampak remuk ke lantai. bagaimana sebenarnya mereka mendepani anak-anak ummi? ummi tidak tahu. apakah kau sebenarnya disakiti dengan perkataan? jika itu nak. pulanglah pada ummi. biarkan ummi terus membesarkan kamu walau dalam masa senggangmu yang panjang. ummi beri peluang ini kerana ummi faham akan hati kecilmu. kemahuanmu meminta supaya ummi mengizinkan kamu ke sana. adakah kerana ketiadaan ummi di sisi membuat kamu bersikap sedemikian rupa? ingatlah apa yang telah ummi ajarkan pada kamu selama ni. pandai-pandailah kamu bawa diri. kenapa perlu kamu memecahkan lampu belakang kereta poksu? adakah kerana mereka yang membahangi kamu? tapi ummi tetap memperingatkan kamu tentang perasaan sabar. sabar dan sabarlah wahai permata hatiku.