Sunday, November 22, 2015

PROGRAM TUNAS DAERAH HULU LANGAT

hai readers. bangun awal pagi meskipun pada hari cuti adalah suatu yang mesti dilakukan kerana waktu pagi adalah sumber datangnya rezeki. setelah soalat Subuh teruskanlah dengan rutin harian seperti biasa buat beberapa jam sebelum berehat semula jika dah kepenatan. macam saya, pagi-pagi tadi dah bergerak ke Dewan Orang Ramai Hj Mat Silin Beranang kerana ada program Siri Jelajah Tunas Daerah Hulu Langat. tunas merupakan insentif kerajaan Selangor membantu kanak-kanak di peringkat awal pendidikkan iaitu antara usia 4 ke 6 tahun. dengan bantuan Waze kami tiba di sana sekitar 9.30 pagi. program tidak hanya tertumpu kepada tunas sahaja bahkan turut melibatkan jenis-jenis bantuan lain yang disediakan oleh kerajaan Selangor untuk rakyatnya. setelah mendapat info berkaitan kami disapa oleh penjaga kaunter pendaftaran yang meminta supaya 2 permata hati dapat menyertai pertandingan mewarna. mengikut aturcara sebenar, pertandingan tersebut telah tamat pada jam 10.00 pagi namun guru berkenaan memberi masa 5 minit untuk disiapkan. inilah yang dikatakan rezeki kan. sementara menunggu majlis perasmian penutup kami ibubapa dihidang dengan ceramah motivasi keibubapaan oleh ustazah Ismadiyah. sambil itu kami menikmati sarapan yang disediakan. jam 11.00 pagi majlis telah dimulakan dengan ucapan penyelaras program, pengurus operasi tunas dan perasmian penutup oleh YB ADUN Bangi. kini tibalah masa yang ditungu-tunggu iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang bagi pertandingan mewarna yang diadakan sebentar tadi. saya dan abang tidak membuat sebarang jangkaan kepada 2 putera kami tu. pengumuman MC yang mengumumkan adik sebagai tempat kedua dan yang sulung di tempat ketiga, merupakan suatu kejutan buat kami. pengalaman pertama yang sungguh bermakna dan berharga sangat. semoga ini merupakan suatu permulaan baik buat mereka. hamper jam 1.00 tengah hari, kami meninggalkan majlis dengan azam di hati. syabas dari ummi dan abah buat kamu berdua! semoga terus melakar kejayaan di dunia bahkan di akhirat jua! amin!

No comments:

Post a Comment