Thursday, November 19, 2015

SEDIH DAN PILUUUUUUUUUUUU!

assalamualaikum. malam ni saya nak nukilkan kelukaan yang menerobos ruang hati ini. perasaan sedih benar-benar menghantui dan mencengkam jiwa. tidak kuketahui berapa kali gugurnya airmata ini. setiap kali diri ini dilanda hiba airmata terlalu murah untuk mengalir. aku tak pasti adakah kerana diri ini yang terlalu sensitive ataupun kerana kekurangan yang dialami menjadikan aku sangat dibebani gejolak rasa. menangis menjadi kelegaan bagiku bila aku aku terlalu gembira, mengalami rasa marah, tidak berpuas hati dan memendam perasaan. kubiarkan saja segala yang ingin dicurah padaku. lepaskanlah andai itu buat kamu bahagia. jangan ditanya tentang perasaan aku ataupun komen aku terhadap kamu. nilailah sendiri, setimpalkah kemarahan kamu padaku itu. aku perlukan bantuan bukannya tempatmu melepaskan kemarahan. bukannya mudah bagi diri ni nak berdiri dan berada di sini. segala liku amat perlu diharungi demi bersaing dengan kalian. kesempurnaan tiada pada diriku. tolonglah fahami itu! cetusan rasa ini terus kutitip di atqas baris pena. aku bukanlah pendebat yang handal untuk mengalahkan setiap hujahmu. bila aku benar -benar redha, aku mampu melepaskan andai tempatku bukan di sini. cubalah duduk di tempat aku ni! barulah kamu dan kamu dan juga kamu akan faham. selagi kamu tidak berada di posisi kami, jangan katakan yang kamu telah benar-benar faham akan diri kami. jangan menuduh aku tidak mahu berdikari kerana jalan itu amat sempit untuk aku lalui. bukan simpati membutatuli yang aku perlu, tetapi simpati dengan cara yang berhemah. jangan kerana kesibukkan dan kurangnya pengalaman kalian saja yang perlu aku fahami, tapi siapa yang akan faham bila aku diminta itu dan ini tanpa sepengetahuanku. tidak adil kan. inilah dunia manusia yang hanya melihat kesempurnaan pada mata kasar. aku yang tersadung rebah di tepian pantai. kufaham dan mengerti inilah laluan yang perlu aku langkah perlahan-lahan belajar berjalan menuju jalan pulang. semoga aku lebih berhati-hati dan menjadi lebih tabah selepas ini. semoga Allah terus mendekatkan ku dengan insan-insan yang ikhlas membantu tanpa sebarang imbalan. panjang dah kot. berhentilah dulu. kalau ada yang terasa, saya mohon maaf banayak-banyak. ia sekadar meluah perasaan bagi membung yang terpendam di hati. jumpa lagi di entri akan datang.

No comments:

Post a Comment