Saturday, December 19, 2015

SAMBUTAN HARI OKU DI ONE CITY HOTEL USJ

assalamualaikum warkah kenanganku. kali ni saya cuba update blog di rumah pula. sebelum ni hanya menggunakan IPhone dan PC di pejabat aje. tapi memandangkan susah sangat nak perbetulkan masa dan tarikh terpaksalah diabaikan. sambutan hari OKU peringkat negeri Selangor telah diadakan pada 17 Disember 2015 (khamis) dengan jayanya. majority jemputan hadir memeriahkan majlis. terima kasih pada semua. pertama kali saya menyambut hari OKU bergelar pennjawat awam lebih-lebih lagi sebagai kakitangan JKM. baru kini nikmatnya terasa. saya turut terbabit melibatkan diri walau tidak begitu ketara. apa yang mereka percaya untuk saya lakukan telah saya pikul. diri ini mohon maaf di atas segala kekurangan. saya tak punya bakat seperti teman-teman senasib yang lain. ada di antara kami yang mampu mengalunkan ayat suci Alquran Al-karim dengan begitu merdu sekali. ada yang berkeupayaan menjadi pengacara majlis dan tak kurang juga yang boleh mengadakan persembahan nyanyian. diri ini sememang terlalu kekurangan. tiada apa yang dapat dipertonton sebagai kenangan manis buat mereka. walau hati ini terlalu ingin mencuba, namun apa daya saya tidak dikurniakan suara merdu dan bakat yang besar. tahniah rakan-rakan itu rezeki kamu semua. saya hanya menumpang sekelumit bangga. pada 2 hari sebelumnya telah diadakan konvensyen OKU ke arah memberdayakan OKU Selangor. dengan adanya cadangan resolusi meliputi 4 aspek dapat meletakkan OKU ke landasan sepatutnya. antara bidang yang menjadi keutamaan ialah pendidikan, kesihatan, aksesibiliti dan peluang pekerjaan. tahniah kepada semua penalis. anda telah membantu menyuarakan sekalian banyak harapan OKU yang masih tidak dipenuhi. terimbau kta-kata tuan pengarah, "nothing about us with out us". terima kasih sekali lagi pada kerajaan negeri Selangor kerana telah mencelikkan minda untuk merealisasikan harapan OKU yang telah sekian lama terpinggir dan dinafikan. mohon semua pihak berlapang dada dan gerakkan usaha untuk memberi sinar kepada kami yang didiskriminasi ini. meskipun saya telah bergelar sebagai penjawat awam, namun hati ini tetap perku kental melalui segala liku dan enak. ingatlah Manja ini jalan yang telah kau pilih. jalanilah mengikut acuanmu sendiri. jangan dibandingkan dengan keistimewaan rakan-rakanmu yang lain itu. ingatlah segala rentetan duka yang telah kau kelek sejak keluar dari Rahim bonda. binalah kekentalan di sebalik kelemahan yang dimiliki. syukur kupanjatkan kerana diberi ruang bernafas di muka bumiMu ini. sekianlah dulu

No comments:

Post a Comment