Monday, January 4, 2016

CIMB CARD

salam buat teman-teman OKU penglihatan. hari ni saya nak kongsi pengalaman membuat kad bank CIMB. mungkin di antara kalian, ada yang mengalami masalah untuk memiliki kad tersebut. mula-mula terasa ragu juga untuk membuat permohonan kerana selalu diterjah perasaan hampa oleh layanan pegawai. katanya kami OKU penglihatan tidak boleh memegang kad sendiri, tidak boleh sign dan pelbagai alas an lagi. selain itu, mereka juga tidak punyai masa untuk melayan kerenah picisan sebegini. mungkin dengan service yang maju dan kalangan customer yang berjuta-juta. sesuai dengan peredaran masa, kami juga adalah sebahagian daripadanya. kami juga ingin seperti anda. ingin melakukan pembelian secara debit dan atas talian. bergunakah setiap kemajuan yang dicapai tanpa dapat memenuhi sebahagian dari kepentingan lapisan masyarakat. akhirnya dengan hati kental, melangkahlah saya dan suami ke menara CIMB. hmm! tanpa banyak soal dan provakasi permintaan tersebut telah ditunaikan. ha! kan senang kalau kalian tidak memperlekehkan kami seoalah segala kecanggihan teknologi tidak layak kami nikmati mentang kami OKU. apa yang lainnya kini, tiada lagi buku bank dikeluarkan bagi menjimatkan kertas. segala proses dilakukan dengan bantuan elektronik. persiapan yang perlu dilakukan oleh OKU penglihatan adalah keyakinan diri untuk menurunkan tandatangan di atas skrin sesentuh. cabaran beb! kata abang, tandatanganku sudah jadi macam ular dah. nasib baik computer boleh di tact. usai ujian tersebut, abang bantu aku mendaftar CIMB Klicks pula. jadi kepada teman-teman jangan ragu, segeralah ke CIMB berdekatan untuk memohon kad debit anda.

No comments:

Post a Comment