Friday, January 22, 2016

SUMBER PENDAPATAN

entri ini saya tujukan kepada teman-teman yang tak henti bertanya apakah bezanya kerja makan gaji dan kerja sendiri. nak dikata saya ni banyak pengalaman sangat tu tidaklah. tapi saya menulis atas apa yang saya rasa. mohon maaf jika ada yang menganggap penulisan saya ni tipikal ataupun berat sebelah. bukan maksud tidak bersetuju atau bias, hanya untuk berkongsi pandangan saja. sebelum ini, saya pernah bekerja dengan menerima bayaran komisyen sahaja. pernah juga bekerja dengan bayaran gaji hari. pernah juga bekerja di syarikat swasta. pernah juga bekerja sendiri sepenuhnya dan kini bekerja makan gaji dengan kerajaan Malaysia. sebut je makan gaji dengan kerajaan, orang akan anggap wow faedah, kebajikan dan masa depan terjamin walau gaji tidak setinggi mana. makan gaji dengan pihak swasta pula, gaji yang diberi akan setimpal dengan tanggungjawab yang digalas. bila gaji besar maka besarlah sumbangan yang perlu diberi. bila gaji hari pula sudah tentu seseorang tersebut akan berusaha untuk bekerja secukupnya demi meraih gaji yang disasarkan. bila bayaran komisyen,, ia sangat bergantung keupayaan kita mencapai sasaran dari segi kuantiti. bila bekerja sendiri sepenuhnya tertakluk kepada usaha sendiri di samping tawakal kepada pemberi rezeki iaitu Yang Maha Agung di atas sana. jadi yang mana satu pilihan anda. tepuk dada tanya selera. berpeganglah kita bahawa setiap yang di bumi dan di langit ini telah diaturkan rezeki masing-masing. namun jika ada peluang untuk berubah dari 1 tahap biasa kepada 1 tahap yang tidak biasa, berusaha dan redha dengan segala takdirNya. ingatlah sifat redha itu mendekatkan kita dengan limpahan rezeki dan rahmat Allah yang maha luas lagi. justeru itu, saya mengajak pembaca untuk menilai kekuatan hubungan kita dengan Yang Maha pemberi rezeki walau apa jua sumber pendapatan yang kita perolehi. sekianlah dulu buat kali ini!

No comments:

Post a Comment