Friday, July 24, 2015

AYAH! SUAMI!MOTOR DAN KERETA

pilu menerpa ke hati tatkala saya membuka laman facebook pagi ini. sebaik saja jejariku tersentuh link berita yang memaparkan cekalnya hati seorang bapa yang tekad membawa 3 anak lelakinya yang berusia antara 3 ke 8 tahun untuk pulang beraya dari Sepang ke Pulau Pinang dengan berbekalkan Rm50 sebagai wang poket. satu-satunya ungkapan yang tercetus dari hatiku sebelum membuat posst sharing adalah segalanya harus disandarkan pada Azzawajalla kerana Dialah yang maha luas untuk menghantar pertolongan pada hambaNya yang sedang diduga ini. sungguh Engkau jualah yang bisa melembutkan hati insan untuk tampil menghulurkan bantuan. biar pun terpaksa menempuhi perjalanan hamper 16 jam yang dimulai selepas bersahur dan disudahi selepas terawih sekitar jam 10.00 malam, diri ini tidak dapat membayangkan ketabahanmu wahai ayah demi anak-anak tercinta.

segera hati saya beralih pada pengorbanan suami terhadap diri ini. memandu sendirian tanpa boleh diganti sepanjang masa oleh kerana aku adalah seorang OKU penglihatan. hanya doa yang dapat dipanjatkan agar perjalanan sentiasa dilindungi Ilahi. saban hari aku kini menempuhi perjalanan dengan menunggang motosikal berulang-alik dari Bandar Baru Bangi ke Shah Alam dan suami akan meneruskan perjalanannya ke Petalingjaya demi segenggam rezeki yang telah disuratkan untuk kami sekeluarga. dahulu, sebelum kami punya punya kereta, antara perjalanan jauh yang pernah aku tempuhi dengan menunggang motorsikal adalah Kuala Lumpur Port Dickson, Kuala Lumpur Jengka dan Kuala Lumpur Taiping. jadi segala liku perjalanan telah aku mahir. kepenatan, kepanasan dan rasa mengantuk tetap menghantui sehingga ke hari ini.
Alhamdulillah setelah kudisahkan mengandung cahaya mata pertama, kereta pertama juga telah kami dapatkan. first trip pada ketika itu ialah ke Lumut kerana aku teringin sangat (mengidamlah katakan) untuk makan ikan bilis kering dan minum air kelapa fresh. sungguh ianya berbaloi. setelah hamper 4 tahun Proton Iswara silver menabur bakti tak pernah jemu, akhirnya kami terpaksa berpisah dek kerana keuzuranmu. kini kami kembara bersama kereta kedua, Produa Viva putih yang lebih kecil dan comel. semoga kebahagiaanmu tetap milik kami. nanti akan kuselit kisah sukaduka bersama keduanya. tata titi tutu.

No comments:

Post a Comment