Monday, February 1, 2016

TAK PERLU MENAJA ! TAK PERLU CARI ORANG HANYA DUDUK DIAM DAN DAPAT DUIT

herm ayat sebagai tajuk kat atas dah banyak digunakan orang khususnya untuk menambahkan income. logikkah dengan duduk diam-diam kita boleh dapat duit yang banyak hehehe. nak tergelak pun ada, rasa ingin tahu pun saling tak tumpah bertandang di hati. maklumlah kan siapa yang tak suka dan tidak kabur mata, sekiranya wang bertimpa-timpa jatuh atas riba tanpa perlu bersusah-payah. muhasabahlah wahai Manja. jangan diikut sangat gejolak hawa nafsu dan kehendak yang bersarang di jiwa tu. keberkatan dan rezeki yang berpanjangan itu lebih nikmat. jangan terpesona dengan ayat-ayat pemanis berkenaan. dah tentu-tentulah jika mahukan sesuatu kita perlu berusaha dan mohon doa dari Allah. bahkan bukannya diam melunsuri FB sepanjang hari untuk melihat kejayaan orang lain. syukurlah! setakat hari ini belum lagi terpengaruh dengan daiyah sebegini, walau ada yang terdekat datang memberi undangan. setelah membuat sedikit pembacaan, hati ini kuat mengatakan cara memperoleh wang sebegitu adalah tidak patut dilakukan oleh seseorang yang mementingkan rezeki berkat. saya tak mahu menyebut mana-mana skim berkenaan, bukan kerana takut dikecam, tetapi saya hendak pembaca mengambil 5 minit untuk berfikir sejenak sebelum mengorak langkah lebih jauh. janganlah kerana ingin hidup senang dengan cara memerah keringat orang lain untuk menyenangkan kita. huhuhu! skim ini akan hidup mati dan hidup semula selagi ada manusia yang tamak dan rakus dengan menghukum orang lain. yang masuk di permulaan akan menikmati keuntungan tanpa batas. tapi apa cerita bagi yang masuk kemudian atau paling akhir sebelum skim ini tersungkur. takkan hanya gigit jari je kan! pernah sekali dulu RM60.00 ku lesap entah ke mana. konon akan dapat duit setelah mempromosi iklan. nasib baiklah jumlahnya kecil. jadi tak adalah hati ni hiba sangat. inga, ingat dan ingatlah Manja jika nak kan rezeki hendaklah berusaha dengan gigih dan tak lupa mohon pada Allah yang maha mengasihani.