Monday, February 29, 2016

4 TAHUN SEKALI MENJENGAH

salam isnin. Monday mood. 29 Februari hanya berlaku 4 tahun sekali kan. 2016 berada di JKMNS, Shah Alam. 2012 aku berada di negeri Kelantan. 2008 tengah buat executive trainee di JKM ibu pejabat pada masa tu di Menara TIMA. seronok sangat! lagi-lagi kalau dapat kerja goverment kan. angan-angan aku yang menggunung walau persekitaran sekeliling tidak begitu mesra. 2004 berada di tahun 1 semester 2 di Universiti Malaya. tempat kebanggan aku study. 2000 tengah sweet 17 di MSAB. masa ni emosi aku tak begitu stabil. kadang gembira kadang sedih. 1996 starting alam menengah. segalanya mencabar tidak seperti alam kanak-kanak yang penuh keriangan. 1992 baru darjah tiga. seronoknya selalu dapat hadiah dari cikgu-cikgu yang ingin meningkatkan motivasi murid. 1988 mungkin berada di PASTI Kg Kemasin waktu tu. ingat-ingat lupa dah. 1984 baru 3 bulan lebih lahir ke dunia. pantas sungguh masa berjalan meninggalkan ku termangu keresahan. membina harapan. memenuhi lajur impian. semoga jadi kenyataan. menongkah segala gelombang. membuang kepahitan. melakar seribu kemanisan untuk dikenang sepanjang zaman.