Wednesday, March 2, 2016

BINGKISAN DARI SACC

ini kisah sukarku. mungkin ada yang mengalami dan mungkin tidak. tapi dipohon jangan ada yang kecam setiap titik ayat ini. ia lahir dari hati kecil yang harus bertahan mengharungi apa saja dugaan. tidur kudiganggu dengan bisikkan halus. antara ngiangan kata itu, macam manakah hari esok kamu. kamu perlu ke seminar. tetapi tiada yang menemani kamu sepanjang hari. apa yang akan berlaku di sana nanti? siapa yang akan peduli tentang kamu ya? ya Allah jika benar ini ujian yang harus ketempuhi kurniakanlah aku titik cahaya agar aku tidak gelita seperti mereka lain yang diberi sempurna penglihatan. kirimkan padaku insan berhati suci yang sedia dan ikhlas membantuku. walau dalam senang, walau dalam susah hanya aku bersendirian. meski ada yang mendampingi namun hakikatnya kepayahan itu hanya aku yang rasa. jika saya tidak pergi bersendirian, bagaimanakah untuk melengkapkan 7 hari kursus yang ditetapkan. sudahlah tiada siapa pun yang sudi menjemputku hadir ke kursus. mungkin aku ini tidak diperlukan bak pepatah "ada tidak menambah, tiada pun tidak berkurang". siksanya realiti yang perlu digalas sepanjang hayat. ia cukup menjadikan diri ini terkongkong walau berada di tengah keriuhan. hibanya hati ni. walang sungguh perasaan ini.
paginya aku bersiap seperti biasa. menganggap tiada apa yang berlaku. serabut kalau asyik fikir tentang kekurangan diri. puas berfikir, biar Allah tentukan putusku. dalam perjalanan kumaklum pada abang, ayang akan bersendiri sepanjang hari ni. setibanya di SACC, abang lepaskan ku dengan berat hati. mujur juga tepat pada orangnya. mungkin dia nampak kemendungan di wajahku dan beratnya hiba yang kutanggung. demi menenangkan jiwa yang kacau, dia ambil sarapan buatku. sukar bermula semasa pendaftaran lagi. nama ku tiada dalam senarai. jadi apa guna aku meletakkan nama sekiranya namaku tidak sampai ke pihak pengurusan dan penganjur program. salahnya di mana, aku tak pasti. malaslah pula nak menyiasat. nasibku baik pihak penganjur tidak kisah pun sebenarnya. episod seterusnya di ruang makan sewaktu lunch. telinga ini sangat sadis mendengar dentingan garpu dan sudu di pinggan. aku hanya menanti ada ke yang sudi membantu. kupegang pinggan yang diberi teman, sambil dia menjengah lauk di buffet. nak guna sudu dan garfu, sangatlah aku tidak profesional. itu sangat menjadi kelemahanku. tiba-tiba kudisapa oleh seorang perempuan staff SACC. bidadari ini yang telah bantu aku. dia betulkan nasi dan duduk lauk untuk menyenangkanku makan. persis puteri kayangan. sampaikan aku rasa sangat malu. di sebelahku pula dayang dan pengasuh budiman sabar membantu. akhirnya berjaya kuhabiskan nasi sepinggan, bread scortage puding dan buah-buahan. dayang-dayang ini turut membawa ku ke surau untuk solat zuhur. selesai seminar, kutunggu abang di ruang hadapan SACC. ya Allah inilah yang akan menegarkan semangatku. alah bisa tegal biasa, jadi simbolik dalam hidupku.
note : terima kasih makcik Gayah dan sorang lagi temannya. rahmat Allah sentiasa mengiringi kalian.
cik Asyikin : staff SACC yang baik hati, sanggup menyuapkan ku makan puding yang sedap tu. semoga kamu di bawah lindungan kasih Allah selalu. amin.
pada sesiapa yang berhasrat menganjurkan event Shah Alam Convention Centre SACC adalah tempat yang mesra OKU. layanan staff yang sangat terbaik! untuk warga emas dan OKU