Saturday, March 19, 2016

BAS DOUBLE DACK BERSAMA MAK DAN ABAH

pada masa entri ni ditulis, saya belum tiba di rumah. masih di perjalanan melakukan beberapa urusan yang belum selesai. sebenarnya ini adalah kisah berkaitan dengan mak dan abah yang ingin merasa pengalaman menaiki bas 2 tingkat RAPID KL. ini adalah kali ketiga masa yang ditunda. tapi tak apa, asalkan kedua-duanya berpuas hati kan. ini akan jadi kenangan terindah di saat mengenang mereka kelak. hamper 30 minit menunggu di hentian bas UITM Shah Alam, bas yang ditunggu akan memulakan perjalanan. kami mengambil keputusan duduk di bahagian atas di seblah pergi dan duduk di bahagian bawah sewaktu balik nanti. setiba di Nucentral, kami tidak boleh lepak lama-lama kerana ingin memastikan bas tersebut membuat pusingan semula ke Shah Alam. hamper jam 1.30 kami tiba semula di Shah Alam. terima kasih mak dan abah kerana sudi berjalan dengan kami sekeluarga. bersua lagi di lain ketika.

No comments:

Post a Comment