Sunday, March 20, 2016

TIPU MUSLIHAT FIRST DIRECT BANK

salam to all mudah seller. sebenarnya entri kali ini adalah bertujuan memberi panduan untuk sesiapa yang masih baru dalam perniagaan online seperti aku juga lah. kejadian ni berlaku pada hari rabu lepas, di mana aku cuba usha2 mudah.com.my untuk menjual suatu barangan yang tidak boleh saya gunakan. nak dijadikan kisah, setelah Berjaya post iklan, ada seorang buyer menghantar mesej ke telefon bimbit untuk melakukan pembelian. so sepanjang khamis lepas, aku sibuk berhubung dengannya menerusi email. hati masa tu dah teruja nak jual sangat that item. mesej punya mesej, aku bersetuju nak pos barang tersebut keesokkan harinya. setelah menyerahkan details akaun, kuterima pula email confirmation dari first direct bank ni yang menyatakan bahawa clientnya telah mengarahkan pindahan wang ke akaun aku. dalam hati huh lega rasanya, padahal duit belum masuk lagi kan. setelah poskan barang tersebut, dia minta pula slip pos sebagai tanda pengeposan. perasaan ni belum timbul keraguan lagi pada masa tu kerana menganggapnya sebagai prosedur biasa. ya lah kan. takkan senang-senang je nak lepaskan duit. mesti nak ada beck up dan pengesahan kan. so aku follow lagi the rules. . oooh, aku lupa nak maklum akaun penyangak tu adalah akaun Hotmail. jadi aku harap sangat pada sesiapa yang kurang berpengetahuan dalam dunia internet ni supaya tidak menyerahkan setiap detail dan jumlah wang yang diminta mengikut sesuka hati. mereka ni semua penipu yang cuba menangkap mangsa yang tidak dapat berfikir secara rasional. unsur psikologi dan emosi turut digunakan agar kita terpedaya dengan janji-janji palsu mereka. mohon setiap dari kita berhati-hati dalam tindak-tanduk dan membuat penyiasatan yang menyeluruh sebelum merancang suatu keputusan. penyangak-penyangak ni akan mengambil kesempatan dari kelekaan kita. akaun-akaun email ni datangnya dari Negara-Negara di benua eropah. berbalik ke cerita aku, setelah shipping dilakukan, aku scan dan email ke first direct bank ni. mereka dengan pantas reply dan mohon aku tunggu selama 72 jam sebelum duit tersebut masuk ke akaun. aku sabar lagi. semalam hari ahad dalam jam 10.20 pagi, aku terima email pending dari mereka ni yang menyatakan bahawa duit tak dapat dimasukkan kerana jumlah pembelian tersebut tidak mencukupi. mereka minta aku buat kiriman wang secara western union atau money gram ke someone sebelum jumlah wang tersebut dapat dimasukkan ke dalam akaun aku. hati aku mula panas dan membahang dah waktu ni. aku yang jual barang, tapi kau pulak yang nak minta duit dari aku. dah terbalik dah ni. kau yang guna service pengantara tapi kau nak jadikan aku mangsa penipuan kau tu. siap ugut aku dengan Interpol dan pelbagai akta dan undang-undang. nasib baik aku ni belum terlanjur lebih jauh dan segera sedar. so tolong kepada sesiapa yang hamper-hamper nak terkena macam aku ni, ambil masa dan fikirkan secara rasional. setakat rugi barang yang telah dipos, aku redha. mujur tak rugi hingga ribuan ringgit demi memenuhi hasrat dan tekak mereka. kita yang membanting tulang mencari rezeki, senang-senang je nak rampas dari kita kan. aku mohon orang-orang Malaysia dan orang-orang asia khususnya jangan, jangan, dan jangan terpedaya dengan sendikit sebegini. semalam aku post lagi 1 iklan, dan someone yang guna akaun Hotmail telah SMS dengan menyatakan harga terbaik untuk barang aku tu. no, no, no oh no! no! no! for a 2nd time. semoga perkongsian aku kali ini dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada anda dan anda di luar sana. pada aku yang dah tertipu ni, ambillah iktibar dan belajar dari pengalaman. jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment