Friday, March 25, 2016

KEMBALI KE PANGKUAN

salam jumaat untuk muslimin dan muslimat. sekitar jam 9.00 pagi tadi, IPhone kuberdering. dari alert telah kutahu siapa gerangan di talian. abang : ayang ada berita gembira sikit. ayang : apa bang. terus je Tanya. malas nak menunggu lama kononnya. abang : barang yang kita pos tempoh hari telah written back oleh pos laju. ayang : syukur Alhamdulillah. ia tak jatuh ke tangan mereka yang tidak wajar. dengan rasa bangga, saya nak ucapkan syabas dan tahniah kepada pekerja pos laju yang telah menjalankan tugas dengan penuh amanah. memulangkan semula barang yang tidak Berjaya ditemukan penerimanya. perkhidmatan yang sangat cemerlang dan terpuji. terima kasih sekali lagi. ini gara-gara scamer di laman pasaran online mudah.com.my yang telah saya entrikan sebelum ini. selepas saya dapat menghidu permainan yang cuba ditimbulkan untuk mengenakan saya tu, tiada lagi ugutan email yang mendarat di inbox. ya lah kan mereka dah tahu yang sasaran mereka tidak tepat kali ni. jadi peringatan saya untuk sesiapa sahaja, berhati-hatilah sekiranya datang anasir tak diundang sebegini ke dalam hidup anda. bersuaralah demi hak anda. jangan takut dengan mereka selagi kita berpijak di Tanah air ini.

No comments:

Post a Comment