Saturday, March 26, 2016

HATI-HATI DENGAN WANG PALSU

salam malam hujung minggu buat pengunjung setia blog yang tidak seberapa ini. pada masa entri ini dulis, kami baru saja mengalami kejadian tersebut. ini kisah benar dan saya hanya ingin sampaikan buat peringatan kepada semua. selesai makan begur di Taman Medan, sambil menunggu hubby bersembang dengan teman-temanya, apa lagi menulis blog la aku. malam sebelumnya hubby mengeluarkan gaji dari ATM. namun keadaan yang tidak biasa berlaku apabila hubby ingin membuat payment menggunakan CDM, duit ditolak. bukan sekeping tapi lebih dari 4 keeping not RM50.00. mustahil CDM tolak mentah-mentah sedangkan duit ini datangnya dari ATM juga. hubby ceritakan kisah ini ketika berada dalam kereta. setelah memikirkan beberapa lama, barulah hubby perasan bahawa duit tersebut adalah duit palsu. mana mungkin duit palsu boleh terlepas masuk ke ATM tanpa pemerhatian rapi. takkan nak burn begitu aje kan. bukan salah kita pun. kita tidak tahu macam mana duit boleh wujud dlam mesin tersebut. jadi di sini ada tips yang ingin saya kongsi. pada sesiapa yang mengesyaki sesuatu akan duit yang baru dikeluarkan dari ATM, cuba lalukan duit tersebut di kamera yang terdapat pada mesin. ini sekadar bukti tambahan sekiranya bank tidak yakin dengan aduan yang kita sampaikan kelak. pada yang blind seperti aku, sila pekakan diri anda dengan tebal nipis kertas wang berkenaan. wang palsu mempunyai ciri kertas yang lebik seolah-olah kertas yang digunakan itu dari jenis yang biasa aje. bagi wang tulen pula, kualiti kertas yang digunakan agak tinggi. take not ya, memang boleh dibezakan melalui sentuhan pun. selain itu garisan kilauan timah berkilat yang kelihatan di bawah tulisan not juga akan berbeza. bagi yang tulen, kilauan akan kekal lama, tidak terkeluar dan tidak pecah. bagi yang palsu adalah sebaliknya. semoga kejadian ini tidak akan terulang lagi di masa akan datang.

No comments:

Post a Comment