Wednesday, March 9, 2016

PROGRAM ILMU KELUARGA LPPKN BELAIAN KASIH

selasa 8 Mac. genap 2 tahun kehilangan MH370. hanya doa dan harapan yang tak pernah putus buat mereka. terangilah jalan pencarian itu agar suatu hari segala kekeliruan ini akan hilang. semoga mereka berada dalam suasana yang selesa dan tenang. berbalik pada kisah hidupku. pagi-pagi lagi dah uruskan pendaftaran sekolah anak ke darjah 1. lepas tu, aku kena berkursus di LPPKN sepanjang hari. terima kasih abang sebab hantar ayang ke sana. kami sarapan bersama. sebenarnya abang saja nak alihkan mood aku yang risau sebab kena berkursus sorang2 lagi hari ni. dia suapkan aku makan sebab nak tengok aku gembira. dia buat aku ketawa dan mungkin hendak aku focus dan sedia melalui hari ini dengan tenang. hati ini terdetik, bahawa senangnya kalau dia sepanjang masa ada bersamaku kan. kan. kan. temani dan bantu aku walau di mana aku berada. tapi percaturan Yang Maha Esa, tidak begitu. Dia mahu aku redha dan belajar berdikari. ini mengingatkan aku pada satu ketika nanti di mana pada waktu itu kita akan benar-benar keseorangan. setiap insan dan setiap yang kita sayangi, akan kita tinggalkan jua bila tiba masanya kelak. tiada sahabat, tiada rakan, tiada keluarga, tiada saudara, tiada suami dan tiada anak pada saat itu. itulah detik kematian dimana kita akan bersendiri melalui tanpa mereka semua di sisi. terima kasih Yasmin kerana bantu aku makan tengah hari, pergi ke tandas dan hantar aku pulang. semoga rahmat Allah bersamamu selalu. pengisian kursus amat bermanfaat di mana kami diajar cara mendepani anak-anak kecil dengan berhemah. terima kasih pada penceramah yang menyedari bahawa aku yang OKU ini hadir dalam kursus tersebut. bukannya aku berniat nak meraih simpati. aku hanya mencatat sedikit dari detik-detik perjalanan hidup ini. semoga ada yang bermanfaat hendaknya.

No comments:

Post a Comment